Kaedah PSV

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kaedah

-Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau aturan,hukum atau prinsip.
Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada
beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang
dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku dalam diri seseoran.Oleh demikian,kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi
kepada beberapa jenis. Ianya meliputi:

Kaedah
Kaedah
Kaedah
Kaedah
Kaedah
Kaedah
Kaedah

terus
semulajadi
ajuk-hafaz
linguistik
oral-aural
terjemahan
psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara
perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar
berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara
asas iaitu:
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan
fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa
yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan
pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum
sesuatu yang kompleks.
Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataanperkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang
telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini.
Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya
bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih
tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian
kepada intonasi yang betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari
bahasa baru dari segi bunyi.

You might also like