Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT TABIKA PERPADUAN

BATU 4, SIMPANG 3 JERAM,


SELANGOR KALI 2 BAGI TAHUN 2009
Tarikh

21 Mei 2009

Masa

2 Petang

Tempat

Kelas Tabika Perpaduan Batu 4, Simpang 3 Jeram

Kehadiran

1) En. Thamilmaran al Sockan PJK,PPT

Pengerusi RT / JPTP

2) En. Periathamby a/l Veerasamy

Naib Pengerusi JPTP

3) En. Abd. Rahman bin Julli

Pen. Setiausaha JPTP

4) En. Mohd Rodzi bin Ismail


5) Puan Hapidah binti Aripin
6) Puan Rusnani binti Kamarudin
7) Puan Rosmawati binti Mohd Jamil
8) Puan Kamsiah binti Subhuddin
9) Puan Norehan binti Johari
10) Puan Kasturi a/p Pariyandawer
11) Puan Sivasangary a/p Karuppan
12) Puan Zanita Azwin binti Arifn

Setiausaha JPTP

1.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Encik Thamilmaran a/l Sockan PJK, PPT selaku Pengerusi JPTP Tabika Perpaduan Batu 4
Simpang 3 Jeram mengucapkan salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua AJK
JPTP yang sudi hadir pada hari ini. Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat ini diadakan untuk
membincangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu Majlis Hari Jadi, Pertandingan Mewarna
kanak-kanak dan Ibubapa, Sambutan Hari Ibu. Seterusnya Pengerusi meminta guru
mengulaskan perkara yang akan dibincangkan.
2.

UCAPAN GURU SERTA MEMBINCANGKAN AKTIVITI

Puan Zanita Azwin binti Arifin selaku Guru Tabika Perpaduan Batu 4, Simpang 3 Jeram
mengucapkan selamat sejahtera dan salam perpaduan kepada Pengerusi JPTP dan AJK JPTP
yang sudi hadir. Seterusnya guru memberitahu Majlis Hari Jadi ini akan diadakan sekali dengan
Pertandingan Mewarna kanak-kanak dan Ibubapa, Sambutan Hari Ibu, dan Hari Guru.
Pertandingan mewarna akan dibahagi kepada 3 kategori hadiah iaitu hadiah bagi pertandingan
mewarna 6 tahun, 5 tahun dan ibubapa. Majlis tersebut akan diadakan pada 21 Jun 2009 iaitu
pada hari Ahad. Majlis Hari Jadi pula untuk kanak-kanak yang lahir dari bulan Januari hingga
Jun, manakala selebihnya akan diraikan pada hujung tahun sebelum cuti penggal persekolahan
3.

4.

HAL HAL LAIN


3.1

Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk meluluskan segala


perbelanjaan yang telah dibincang.

3.2

En. Periathamby memberitahu pihak AJK JPTP akan bekerjasama membantu


menolong guru dan Penolong Guru dalam melaksanakan aktiviti.

OBJEKTIF AKTIVITI
4.1

Membentuk dan membina perkembangan peribadi kanak-kanak

4.2

Menggalakkan interaksi di kalangan kanak-kanak tabika

4.3

Meningkatkan interaksi dan perhubungan yang rapat di antara ibubapa

4.4

Menjadikan kanak-kanak lebih ceria dan rasa dihargai

5.

UCAPAN PENANGGUHAN
5.1

Pengerusi En. Thamilmaran a/l Sockan berharap agar semua ibubapa dapat
hadir dan memberikan kerjasama pada hari tersebut.

5.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Pencatit Minit,

........................................
(ZANITA AZWIN ARIFIN)
Seiausaha JPTP,
Tabika Perpaduan Batu 4, Simpang 3 Jeram

PERBELANJAAN BAGI AKTIVITI MAJLIS HARI PERPISAHAN AKHIR TAHUN DAN


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN AJK JPTP 2009
1.

Hadiah Cenderahati AJK JPTP

RM 5.00 X 20 Orang :

RM 100.00

2.

Hadiah Cenderahati kanak-kanak RM 4.00 X27 Orang :

RM 108.00

3.

Makanan Ibubapa dan kanak-kanak

RM 192.00

Jumlah Keseluruhan

RM 400.00

TABIKA PERPADUAN BATU 4, SIMPANG 3,


BATU 4 SIMPANG 3,
45800 JERAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Fail
Tarikh

:
:

TBK.STJ.KS/03/2004(
26hb. Mei, 2009

Pegawai Perpaduan
Daerah Kuala Selangor
Laporan Minit Mesyuarat JPTP ke 2 Bagi Kelas Tabika Perpaduan Batu 4, Simpang 3 Jeram bagi
tahun 2009
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas
2.
Adalah dimaklumkan bersama sama ini disertakan sekali Laporan Minit Mesyuarat (JPTP)
dan dilampirkan sekali anggaran perbelanjaan bagi aktiviti Hari Jadi, Pertandingan Mewarna, Sambutan
Hari Ibu, Penyampaian Sijil JPTP anjuran Tabika Perpaduan Batu 4, Simpang 3 Jeram bagi tahun 2009.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(Zanita Azwin binti Arifin)


Guru Tabika Perpaduan
Batu 4, Simpang 3 Jeram

You might also like