Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr.

Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang
merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang
pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah
seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh
majalah Global Finance.
Isi kandungan
[tunjukkan]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]


Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah
Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa
pada 1978.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]


Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran
Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada
tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan
Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.
Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia
selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik
sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan
tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari
tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd
sejak tahun 2004.
Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM)
bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]


Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia[sunting | sunting sumber]


Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh
majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi,

kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah
Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer(Israel), Lee Seong-tae (Korea
Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah). [2]

You might also like