Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KELANTAN

LATI, 17000 PASIR MAS, KELANTAN DARUL NAIM.


Tel No: 09-7912326 Fax: 09-7912677

MINIT MESYUARAT ASRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN


PENDIDIKAN KHAS KELANTAN KALI KEDUA SESI 2015
TARIKH

: 1 MAC 2015

MASA

: 1.30 TENGAHARI 4.00 PETANG

TEMPAT

: BILIK WAWASAN SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS KELANTAN

KEHADIRAN
:
1. Pn. Norazahfazila Bt. Mohd Din (Guru Besar)
2. Pn. Suhaibah Bt. Setapa (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
3. Pn. Norhaslina Bt. Mohamed (Penolong Kanan Ko-kurikulum)
4. Pn. Norul Affida Bt. Abdul Rashid (Warden Asrama)
5. Pn. Siti Zaleha Bt. Jusoh (Warden Asrama)
6. En. Mat Yasim B. Noor (Penyelia Asrama)
7. En. Mohd Nuzri Bin Ismail
8. En. Mohd Fadhil Mat Puzi @ Mohd Fauzi
9. En. Mohd Yusri B. Mohd Yusof
10. Cik Dayang Zurida Bt. Zakaria
11. Pn. Rohaiza Bt. Jafar
12. Pn. Mazlina Bt. Moidin
13. Pn. Sunita Bt. Ibrahim
14. Pn. Nur Zarina Bt. Mat Nor
15. Pn. Radiah Bt. Yaacob
16. Pn. Munirah Bt. Zulkifli
TIDAK HADIR
:
1. Tn. Hj. Abdul Ghani B. Ismail (Penolong Kanan Pentadbiran)

AGENDA MESYUARAT ASRAMA KALI KEDUA SESI 2015


1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi memulakan ucapan alu-aluan dan membuka sidang mesyuarat dengan
Surah Al-Fatihah.
1.2. Pengerusi memperkenalkan diri sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
1.3. Pengerusi mempersilakan Tuan Guru Besar selaku penasihat untuk
menyampaikan ucapan.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Asrama Kali Ke-1/2015
2.1. Pn. Radiah Bt. Yaacob mencadangkan supaya minit mesyuarat asrama kali ke-1
disahkan.
2.2. Cik Dayang Zurida Bt. Zakaria menyokong pengesahan minit mesyuarat asrama
kali ke-1.
3. Perkara-Perkara Berbangkit
3.1. Tiada.
4. Perancangan Tahunan Asrama 2015
4.1. Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa (AJK) asrama pada tahun 2015 dikekalkan.
4.2. Perancangan mengikut bulan:
Bulan
Januari

Februari

November

Aktiviti
-

Pelancaran pertandingan kebersihan dorm


Mesyuarat perancangan lawatan asrama

dalaman: Lawatan ke Taman Tengku Anis


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) asrama
Latihan kebakaran (Fire-drill akan dibuat

merangkumi sekolah dan asrama)


Mesyuarat lawatan sambil belajar ke Melaka

bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)


Mesyuarat kokurikulum asrama
Sukan asrama
Lawatan penanda aras
Jamuan akhir tahun

4.3. Aktiviti harian asrama:


4.3.1 Program memberus gigi bersama murid dengan adanya pemantauan
4.3.2
4.3.3

daripada warden bertugas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).


Program gotong-royong diadakan pada hari Jumaat minggu tidak balik.
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) diminta untuk menyediakan senarai
semak tugas harian atau aktiviti dari masa ke semasa mengikut masa dan

tandakan di ruangan yang disediakan. Setiap aktiviti yang berlaku


hendaklah dibuat laporan.
4.4. Peraturan asrama 2015:
4.4.1. Ibubapa tidak dibenarkan mengambil anak di asrama semasa minggu tidak
balik dan pengawal hendaklah memainkan peranan di pintu depan sekolah
bagi mengelak daripada ada ibubapa yang masuk ke dalam kawasan
asrama.
4.4.2. Murid hanya dibenarkan balik jika ada berlakunya kecemasan dengan
kebenaran warden. Ibubapa hendaklah menjemput anak di pintu depan
pengawal sahaja.
4.4.3. Cadangan peraturan asrama pada tahun 2015 mengikut peraturan pada
tahun 2014.
4.5. Pendaftaran persekolahan bagi sesi 2015:
4.5.1. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) hanya boleh menerima murid mulai
jam 12.00 tengahari di asrama.
4.5.2. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan warden hendaklah memastikan
murid tidak dibenarkan membawa masuk dan menyimpan beg pakaian di
asrama. Hujung tahun sahaja dibenarkan membawa beg pakaian masuk
bagi mengelakkan murid membawa barang-barang yang tidak berfaedah
dan berlakunya kehilangan barang-barang murid di asrama.
4.5.3. Murid tidak dibenarkan membawa makanan ringan ke asrama.
4.5.4. Peraturan hantar dan ambil anak di asrama bermula jam 2-6 petang sahaja.
4.5.5. Pihak asrama tidak boleh menerima sebarang bayaran yuran kecuali
bayaran untuk lencana sekolah dan name-tag sahaja sebanyak RM10.
5. Hal-Hal Lain
5.1. Jadual bertugas Pembantu Pengurusan Murid (PPM) adalah 9 jam termasuk
waktu rehat. Waktu rehat Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bebas untuk keluar
dan menjadi tanggungjawab warden untuk menjaga murid di asrama. Waktu rehat
adalah bergilir-gilir. Waktu kerja biasa rehat yang dibenarkan adalah selama 15
minit sahaja.
5.2. Disiplin murid hendaklah diperkemaskan lagi. Masa makan di dewan makan,
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) hendaklah menutup pintu dewan makan
sehinggakan semua murid selesai makan bersama-sama bagi mengelakkan murid
keluar awal dari dewan makan dan berkeliaran.
5.3. Waktu makan pagi murid asrama dilewatkan dari jam 7 pagi menjadi 7.15 pagi
bagi mengelakkan murid berkeliaran tanpa dikawal di sekolah.

5.4. Perhimpunan mingguan asrama diadakan 2 minggu sekali pada minggu tidak
balik.
5.5. Perhimpunan mingguan antara murid, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), dan
warden adalah mengikut kesesuaian masa.
5.6. Ucapan Penasihat:
5.6.1. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) asrama yang
terlibat bertungkus-lumus untuk penyediaan fail semasa kedatangan
Bahagian Pendidikan Khas (BPK) dan tiada komen negatif daripada
pencerap.
5.6.2. Berkenaan dengan warden, Pn. Maya Masitah Binti Hassan telah
meletakkan jawatan dan akan diganti dengan warden baru jika bilangan
murid bertambah.
5.6.3. Meminta agar Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membuat persiapan di
asrama untuk murid-murid Masalah Pembelajaran yang akan mendaftar
nanti.
5.6.4. Murid Masalah Pembelajaran dan Pendengaran tidak boleh digabung kelas
sama sekali kerana kurikulum yang berbeza dan ia mengikut kuota guru.
5.6.5. Pemantauan akan dibuat mengikut senarai pemantauan yang diedarkan
pada tahun 2015.
5.6.6. Jika ada berlakunya masalah disiplin hendaklah dimaklumkan atau
dilaporkan dengan segera kepada pihak atasan. (Borang disiplin: 137online).
5.6.7. Pada minggu balik dan masuk asrama, warden yang bertugas mesti ada
bersama Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di asrama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

(SITI ZALEHA BINTI JUSOH)


S/U Unit Asrama SKPKK

You might also like