Soalan 4 Keselamatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015

5.0 Bincangan Kemudahan asas, Keselamatan, Keselesaan dan Keceriaan yang


terdapat di Prasekolah tersebut.
5.1 kemudahan asas
Kelas prasekolah yang dibina terdapat pelbagai kemudahan asas untuk membantu
murid . kemudahan asas di prasekolah membantu murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Ruang pembelajaran Prasekolah Pramutiara mempunyai pelbagai kemudahan
kelengkapan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan
papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi,
termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga
melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Selain itu di prasekolah juga
mempunyai kemudahan penggunaan radio, televisyen, projector kepada murid-murid. Radio
dan televisyen membantu murid mebjalankan aktiviti nyanyian, cerita dan sebagainya.
Projector juga juga membantu murid untuk mendapatkan visual yang besar bagi memberi
perhatian terhadap proses pembelajaran dengan aktif.
Selain itu, alat-alat tulis yang menyokong aktiviti-aktiviti seperti pensel, pensel warna,
pemadam, gam, gunting, kertas warna disediakan kepada murid-murid. Tambahan pula,
bahan-bahan semulajadi dapat diperoleh dari persekitaran seperti pasir, tanah liat, daun, air.
Bahan-bahan ini membolehkan kanak-kanak membuat eksperimen dengannya dan
membantu kanak-kanak mempelajari ciri-ciri atau kualiti bahan-bahan tersebut. Rak-rak
disediakan untuk menyimpan barang peribadi seperti kotak pensel, baju, beg, buku, topi.
Setiap barang kanak-kanak akan dinamakan.
5.2 keselamatan
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh
individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian
atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang
atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau
tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu
supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas
dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada
manusia.
Keselamatan juga memberi maksud

kepada perlindungan yang diberi kepada

kanak-kanak dan orang dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang
selalunya berkaitan dengan amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja
adalah punca kematian utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke
bawah (Pan et al., 2006).
Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana
kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran
keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak
daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Seharusnya usaha-usaha untuk
mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab
utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak. Kemalangan yang
menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta
kepada kesihatan kanak-kanak.
Pelan Prasekolah pramutiara terdapat pelbagai aspek keselematan yang penting
kepada murid-murid di pelbagai ruang seperti berikut.
5.2.1 Fizikal bangunan
Bangunan prasekolah ini mempunyai tapak yang sesuai. Premis prasekolah tidak
boleh terletak di tengah-tengah kawasan Bandar kerana kawasa yang bising adalah tidak
sesuai untuk binaan bangunan prasekolah. Dengan ini Prasekolah Pramutiara tidak terletak
kawasan tengah bandar. Bangunan kelas ini mempunyai 2 buah pintu yang mudah
melarikan diri dengan selamat jika berlaku kecemasan seperti kabakaran. Jerjak besi mudah
dibuka jika berlaku kecemasan. Selain itu laluan keluar dari semua bilik bebas daripada
sebarang halangan. Tingkap bangunan adalah 1.2 meter tinggi dari paras lantai dan besi
bersilang di pasang di ruang terbuka. Suiz elektrik seperti suiz lampu, kipas tinggi dari paras
lantai. Dapur diasingkang dari kawasa murid melakukan aktiviti bagi menjamin keselamatan.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


5.2.2 Ruang Pembelajaran
Ruang pengajaran dan pembelajaran berfungsi untuk merangsang pembelajaran
murid dan memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan
kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilainilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri.
Oleh demikian ruang pembelajaran ini perlu dititik beratkan keselamatannya agar segala
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan selamat. Perkara pertama yang saya lihat
dalam kelas adalah pembahagian ruang mestilah seimbang. Keluasan bilik darjah
bersesuaian dengan bilangan murid iaitu antara 20-25 orang murid dalam satu bilik darjah.
Aspek keruangan ini menandakan rasa lega atau kelegaan. Tadika yang baik mestilah
mempunyai sekurang-kurangnya 9.8 meter persegi ruang untuk setiap kanak-kanak. Susun
atur perabot hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas
berjalan lancar. Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru untuk
melihat pergerakan murid. Peralatn seperti meja, kerusi dan almari tidak rosak dan
ketinggiannya bersesuaian dengan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu
diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.
Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan sebagainya
hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang digunakan seperti
krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah dipastikan bahawa ianya diperbuat
daripada bahan yang tidak bertoksid. Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti
lampu, kipas, plug, komputer, radio dan televisyen dipastikan bahawa suisnya dimatikan
selepas digunakan. Jeriji besi kelas hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah
berasingan dengan taman permainan.
Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu juga
dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Suhu ruang pembelajaran
hendaklah mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Ia akan mengelak dari
menjangkit penyakit seperti demam, selsema, sesak nafas dan sebagainya. Keadaan peti
pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta
mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan kecemasan atau kebakaran hendaklah ada
dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di tempat yang strategik. Manakala bagi latihan
kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali
setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan peralatannya mestilah sentiasa kemas
dan selamat untuk digunakan.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015

5.2.3 Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)


Setiap peralatan yang tajam seperti pisau, garpu, guntingq perlu disimpan di tempat
yang selamat. Suis peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas
selesai menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam kedudukan
yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti cerek dan kuali. Bagi bekas
yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang
tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang berbahaya seperti bahan peluntur dan pembasmi
kuman perlu dijauhkan daripada kanak-kanak. Keadaan tabung gas pula mestilah berada
dalam keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan
ditempat yang tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara yang baik
dan selamat.
Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah berfungsi
dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya. Pihak pengurusan
prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru prasekolah hendaklah sentiasa
menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan makanan dan minuman. Makanan perlu
disimpan mengikut suhu yang ditetapkan untuk mencegah kuman merebak. Makanan
sentiasa ditutup agar tidak dihinggapi lalat. Bahan mentah makan dibasuh sebelum
digunakan untuk memasak seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Bagi lantai
dan meja yang terdapat dalam ruangan ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang
kering dan bersih. Begitu juga dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah
bersih dan tersusun rapi. Pastikan hujung pinggan dan gelas tidak serpih semasa
menggunakannya. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan. Selain itu,
keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang betul.
Di ruang makan perlu menyusun kerusi dan meja bersesuaian dengan ketinggian
muris-murid. Kerusi dan meja disusun dengan kemas dan tidak membahayakan kanakkanak. Sinki untuk membasuh tangan perlu sesuai dengan ketinggian murid dan tidak
tersumbat. Pastikan sabun untuk membasuh tangan bersesuaian seperti Dettol khas untuk
membunuh kuman.
5.2.4

Ruang Bilik Air


Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya

hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan pembasmi

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan mangkuk tandas dan sinki
dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih. Begitu juga dengan saliran air yang berlaku
hendaklah sentias bersih. Manakala bahan seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan
perlu disediakan dengan baik.
5.2.5 Ruang Luar Kelas
Ruang permainan luar kelas Pramutiara juga dilengkapi dengan alat permainan luar seperti
buaian, papan gelongsor, jongkang-jongkit, rangka gayut, pondok kayu, papan meniti, kotak
permainan air dan pasir. Permukaan di sekitar dan bawah alat permainan lembut dan tahan
hentakan. Menurut pandangan tokoh kanak-kanak Frost J. L (1992), faktor terpenting adalah
peralatan permainan luar bangunan. Alat permainan dipasang di tanah dengan selamat,
sentiasa dibaiki dan tiada bucu tajam, rosak atau mempunyai selumbar dan skru atau nat
yang longgar. Ruang terbuka yang boleh memerangkap kepala kanak-kanak, jari, tangan
atau kaki dielakkan. Alat mainan tiada lubang antara 4- 8 yang boleh memerangkap
kepala kanak-kanak. Tempat duduk buaian diperbuat daripada bahan plastik, tiada prnjuru
yang tajam dan ringan. Keselamatan peralatan dengan saiz yang sesuai; ketinggian untuk
memanjat tidak boleh melebihi had jangkauan kanak-kanak. Bentuk komponen alat mainan
luar tidak bengok, melengkung, patah atau permukaan yang kemik. Tempat permainan luar
rata dan selamat iaitu tidak terdapat sampah, batu, kaca dan benda yang tajam. Setiap alat
permainan luar berada dalam keadaan selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat
atau rosak. Alat permainan tidak menggunakan cat bertoksik.
Tambahan pula, Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik Bagi ruang kaki lima
pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak kasut atau tempat letak kasut
pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Begitu juga dengan keadaan longkang
disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang berada dalam keadaan bersih dan selamat
dengan meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya mengelakkan kecederaan
kanak-kanak berlaku. Kawasan luar dipagar untuk menjamin keselamatan. Pagar dipasang
ditempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti haiwan liar. Selain itu selang antara
lubang paagar mestilah kecil supaya kepala kanak-kanak tidak boleh memasuki. Selain itu
juga terdapat pokok - pokokbunga di taman ini. Pokok-pokok yang ditanam ini tidak berduri
dan beracun.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


5.2.6 Alat mainan
Kelas prasekolah ini menggelak untuk menggunakan alat-alat mainan yang
mempunyai sisi dan hujung yang tajam, komponen kecil yang kuat dan boleh bergerak. Alat
permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan membahayakan keselematan kanakkanak. Saiz alat mainan kecil sekurang-kurangnya 1 untuk menghindar dari tertelan,
tersumbat pada hidung, telinga atau saluran pernafasan. Selain itu, tali pada alat mainan
jenis pull toy tidak melebihi 12 inchi bagi mengelakkan tercekik pada leher kanak-kanak.
Alat permainan juga dibersih sekurang-kurangnya satu kali sehari bagi mengelakkan habuk
pada tersebut.
5.3 keselesaan
Dari segi aspek keselesaan Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi,
sesuai dan diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan
kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari segi susun
atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara yang penting dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid memerlukan ruang yang
mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi
dengan bahan pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan mestilah kondusif
agar dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu
mempunyai ciri-ciri berikut. Iaitu ruang pembelajaran perlu selesa dengan mempunyai
keluasan yang bersesuaian, pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Ciri kedua adalah
mudah alih bermaksud ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke
semasa. Peralatan boleh ditambah mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran
dan pembelajaran. Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.4 keceriaan
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat dengan iklim
dan suasana sekolah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah
memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria.
Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari
masa kesemasa. Persekitaran yang ceria dapat menarik minat murid untuk datang ke
sekolah setiap hari. Mereka berasa seronok ketika berada dalam kawasan sekolah. Dinding
prasekolah dicat dengan kemas dengan warna yang terang. Mural pada dinding dalam dan

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


luar bangunan prasekolah ini ditempatkan di tempat yang strategik menjadikan wajah
sekolah bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan pakaian
yang cantik dan menarik. Tingkap ruang prasekolah perlu dilangsir dengan kain yang bersih
dan terang.
Kelas yang ceria serta bersih dapat merangsang minda pelajar untuk belajar dalam
suasana yang kondusif. Maklumat-maklumat yang ditampal pada papan kenyataan harus
menarik dan diselenggara supaya dikemas kini. Penyusunan bahan dan peralatan dalam
bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran
semasa. Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.
Di luar prasekolah juga ceria dengan adanya kolam ikan, mini zoo bagi menarik
perhatian murid. Ia juga akan membantu murid-murid mendapatkan pengalaman sebenar
semasa belajar tentang haiwan dalam tema alam hidupan. Selain itu, kawasan luar
prasekolah juga mempunyai landskap yang cantik dengan pokok bunga yang berwarnawarni. Ia akan membantu untuk mendapatkan pengudaraan yang baik kepada murid.
Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan
guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah
sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu
bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


6.0 Refleksi
Saya Umarani a/p Mohan 900529-10-6256 dengan jayanya menyempurnakan
tugasan ini. Pengurusan prasekolah ini telah membuka minda saya serta memberi peluang
untuk menimba ilmu pengetahuan baharu untuk saya dalam proses pengurusan kelas
Prasekolah. Ketika dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, saya menghadapai pelbagai
rintangan dan masalah. Antara masalahnya saya kabur dan kurang pasti dengan kriteria
penubuhan prasekolah. Tambahan pula, saya kurang faham dengan justifikasi melakar
pelan dalam dan luar prasekolah. Keadaan ini telah memberi tekanan kepada saya. Walau
bagaimanapun saya cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian untuk
mendapatkan keterangan.
Namun sebegitu, masalah-masalah ini dapat diselesaikan setelah mendapat
bimbingan daripada Pn. Fauziah Hussain. Beliau telah menerangkan secara terperinci
mengenai kehendak tugasan ini. Setelah menerima penjelasan daripadanya, saya
mendapat input dan idea untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga meneliti dan
membaca beberapa contoh lakaran pelan prasekolah dalam bentuk softcopy dan hardcopy
untuk

menjadikan

panduan

serta

membuat

perbincangan

bersama

rakan-rakan

seperjuangan saya untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dengan jayanya saya telah
menyediakan tugasan ini dengan panduan dan bantuan dari puan pensyarah serta rakanrakan.
Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat
pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengetahui tentang Penubuhan ddan Pengurusan
Prasekolah dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat
mengenai subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik
beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui cara dan kriteria yang
sebenar yang perlu ada untuk menubuhkan pusat prasekolah. Dengan itu, pengetahuan
saya terhadap kriteria penubuhan prasekolah dan perlaksanaan aktiviti yang bersesuaian
dengan kanak-kanak semakin jelas difahami.
Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tugas-tugas seorang guru prasekolah
setelah menyiapkan tugasan ini. Seorang guru prasekolah perlu mempunyai kemahiran
untuk menjalankan rutin harian seperti perancangan aktiviti harian, membina bahan bantu
mengajar, melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan sesuai, penilaian
mengemaskini fail murid dan sebagainya.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


Selain itu, semasa membuat tugasan membuat lakaraan pelan dalam dan luaran
prasekolah membantu saya untuk mempelajari pengaturan ruang di prasekolah di tempat
yang sesuai. Saya juga mengalami kesukaran untuk mencari gambar yang sesuai untuk
melakar ruangnya dengan sesuai. Saya melakar pelan ini dalam Microsoft Excel. Tugasan
membantu saya untuk meningkat kemahiran saya dalam penggunaan teknologi. Semasa
membuat lakaran ini saya juga mengalami kesukaran untuk menentukan luas bagi sesuatu
ruang bagi mengelakkan kepadatan dan kesempitan. Bagi mengatasi masalah ini, saya
merujuk beberapa contoh pelan sebagai rujukan. Saya juga mendapatkan bantuan daripada
suami saya kerana beliau mempunyai kepakaran dalam pengunaan Excel.
Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan
mengenai Penubuhan dan Pengurusan Prasekolah untuk kegunaan dan pengetahuan saya.
Selain mendalami tentang pengurusan dan penubuhan prasekolah, kerja kursus ini
membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru dan pendidik
dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang. Ini adalah penting untuk memastikan
bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritis, kreatif dan
inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai
prasekolah. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir
semester nanti.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berkerjasama
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan masa dalam usaha menyempurnakan tugasan
ini. Justeru, Bagi saya untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan,
seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang berkaitan.

Sekian Terima Kasih.

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015


7.0 Rujukan

1. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,(2004).
Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd
2. Azizah Lebai Nordin Zainun Ishak, (2005).Pendidikan Prasekolah untuk Guru.Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd
3. Zainun Ishak. 2006. Panduan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Kuala
Lumpur. Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd

4. Rohaty Mohd.Majzub & Abu Bakar Nordin.(1989), pendidikan Prasekolah. Petaling


Jaya: Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd.
5. Baharudin Omar (1992), Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like