Ibnu Khaldun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun atau nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu
Bakar Muhammad bin Al-Hasan. Beliau dilahirkan daripada sebuah keluarga berketurunan
arab di Tunisia pada tahun 732 hijrah. Keluarga beliau berasal dari Hadramaut yang
berpindah ke Seville (Sepanyol) dan terus menetap di Tunis. Ibnu Khaldun merupakan
seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi. Beliau juga
merupakan seorang tokoh agama dan politik yang terbilang pada abad ke-8 hijrah bersamaan
14 Masihi. Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal bahasa arab daripada ayanhnya sendiri.
Pendidikan yang diperolehi daripada ayahnya adalah mempelajari Al-Quran dan telah
menghafal keseluruhan ayat Al-Quran ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau meninggal dunia
pada bulan ramadhan pada tahun 808 Hijrah bersamaan 16 Mac 1406 pada usia 76 tahun.
Selain daripada mempelajari al-Quran, Ibnu Khaldun juga menuntut berbagai jenis
ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik,
falsafah dan matematik daripada beberapa sarjana terkenal pada masa itu. Beliau
kemudiannya mengajar dan memegang jawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi,
dan Mesir. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Persuratan di Istana Fas, dan
dilantik menjadi Hajib (setaraf Perdana Menteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi
dan khatib. Sewaktu di Mesir, beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah
Raja dan Setiausaha Raja Muda Abu Ishak ketika baru berusia 25 tahun.
Pada tahun 789 H (1387 M), setelah kembali dari menunaikan haji Ibnu Khaldun
menumpukan pula kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan didorong oleh
pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmu tradisional dan ilmu
pengetahuan semasa terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dan pengalaman ini
menyebabkan Ibnu Khaldun peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu, umat
Islam sedang berhadapan dengan zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam yang
semakin tergugat berikutan ancaman yang berpunca daripada kemunculan dunia Barat.
Situasi ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan-perubahan yang
berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia.

1.1 Pemikiran dan Falsafah Ibnu Khaldun


Pemikiran Ibnu Khaldun tidak dapat dipisahkan daripada akar pemikiran Islamnya.
Sebagai tokoh Islam, meikiran Ibnu Khaldun sangatlah rasional dan banyak berpegang
kepada logik. Tokoh yang paling dominan mempengaruhi pemikiran falsafah Ibnu Khaldun
adalah al-Ghazali walaupun pemikiran di antara kedua-dua tokoh ini sangat berbeza. Menurut
pandangan beberapa ahli falsafah yang lain menyatakan bahawa Ibnu Khaldun mendapat
pengaruh daripada Ibnu Rushd dalam permasalahan hubungan antara falsafah dan agama.
Walau bagaimanapun, dari sudut yang lain Ibnu Khaldun juga berbeza pandangan dengan
Ibnu Rushd dalam hal-hal falsafah terutamanya dalam masalah metafizik.
Sesuatu yang aneh apabila dikatakan bahawa pandangan falsafah al-Ghazali dan Ibnu
Rushd telah mempengaruhi corak pemikiran Ibnu Khaldun. Sedangkan kedua-dua tokoh
falsafah ini memiliki orientasi yang bertentangan dalam apa-apa permasalahan dalam
falsafah. Ibnu Rushd merupakan pendukung utama Aristotle dalam Islam, sedangkan alGhazali tidak. Di sinilah kelihatan ketinggian pemikiran Ibnu Khaldun kerana beliau telah
berjaya menyatukan pemikiran falsafah al-Ghazali dan Ibnu Rushd. Dengan itu, Ibnu
Khaldun telah membangunkan corak pemikiran baru.
Ilmu berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat dan peradaban. Hal ini
kerana ilmu berkait dengan banyak perkara. Perkembangan peradaban akan mempengaruhi
perkembangan pengetahuan dan perkembangan peradaban pula juga mempengaruhi pada
perkembangan peradaban suatu tempat. Ketika sesebuah petempatan yang penduduknya
berupaya untuk mengembangkan peradaban mereka, maka pendidikannya juga akan
berkembang dan begitulah juga sebaliknya. Ibnu Khaldun menyatakan Pengetahuan juga
dapat diperoleh melalui Rihlah (perjalanan) ke tempat-tempat lain terutamanya tempat yang
telah mengalami kemajuan.
1.2 Karya Agung Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun menghasilkan beberapa buah karya-karya yang amat berguna. Antara
karyanya yang paling terkenal di Timur dan Barat berjudul Kitab al-Ibar (Muqadimmah),
Lubab al-Muhassal, Syifa al-Sail, Syrah al-Burdah dan beberapa karya lain yang berbentuk
ulasan, teguran, dan penilaian terhadap karya-karya lain. Kitab al-Ibar atau dikenali sebagai
Muqadimmah adalah karya beliau yang teragung. Muqadimmah merupakan hasil karya Ibnu
Khaldun tentang ensiklopedia sintesis metodologi sains sosial.

Secara umumnya, Muqadimmah membincangkan sejarah dan pensejarahan. Ibnu


Khaldun membahagikan karyanya kepada 6 bab iaitu, bab pertama mengenai risalah umum
tentang masyarakat manusia, bab kedua mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang
dianggap primitif, bab ketiga mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja, bab
keempat mengenai masyarakat bandar atau masyarakat dianggap sudah maju, bab kelima
mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan
ekonomi secara umum,

dan bab keenam berkenaan tentang ilmu pengetahuan dan

pendidikan.
Muqadimmah dianggap sebagai suatu sumbangan agung dalam ilmu sejarah atau
pensejarahan kerana ia merupakan percubaan terawal yang pernah dilakukan oleh ahli sejarah
bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik manusia. Ahli sejarah
Islam sebelum Ibnu Khaldun pada pada ketika itu dianggap kurang mengetahui sosiologi
politik masyarakat. Mereka ini hanya menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang
disalurkan kepada mereka tanpa mengkaji asal-usul, sifat semula jadi atau sebab-sebab
sesuatu peristiwa itu berlaku. Berbanding dengan Ibnu Khaldun, beliau cuba untuk mengesan
secara mendalam sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Ia nya untuk mendedahkan kuasa-kuasa
moral dan spiritual yang mendasari keadaan di samping memperbetulkan undang-undang
mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa.
Ibnu Khaldun dalam karyanya Muqaddimah menjelaskan bagaimana sesuatu sejarah
itu dikaji, diteliti, dan difahami yang meliputi pendekatan yang rasional, kaedah dan
perbahasan yang analitikal serta terperinci. Ibnu Khaldun telah mengambil pendiriannya
sendiri dengan mengetepikan pensejarahan tradisional dan sikap konservatif golongan sejarah
tradisi. Beliau berusaha mencari penyelesaian yang baru dan mewujudkan suatu falsafah
sejarah yang baru.
Kandungan Muqaddimah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang asai dan tidak
asasi. Bahagian yang asasi ialah mengenai disiplin sejarah atau falsafah sejarah dan disiplin
sosiologi atau falsafah sains sosial. Bahagian yang tidak asasi pula merangkumi pelbagai
aspek termasuk geografi, kebudayaan, perusahaan, ilmu pengetahuan, peradaban, dan lainlain, Kesemua aspek ini adalah aspek yang berkaitan dengan politik, agama, dan falsafah.
Bahagian kedua yang tidak asasi hanya merupakan gagasan-gagasan umum, nukilan atau
ringkasan daripada berbagai-bagai-bagai sumber yang diambil oleh Ibnu Khaldun

bagi

menyuarakan pandangan dan pendapatnya mengenai perkara-perkara berkenaan. Kandungan


yang lebih penting dalam Muqadimah ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi.

1.3 Sumbangan Ibnu Khaldun


Sumbangan Dalam Ilmu Falsafah
Dalam kajian sejarah beliau, Ibnu Khaldun telah memperluaskan bidang pengkajian
dengan memfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua kategori asas. Kategori pertama
ialah akal. Manakala, kategori kedua ialah undang-undang sosial dan fizikal keadaan
setempat. Dalam kajian sejarah beliau juga, Ibnu Khaldun telah menekankan kepada empat
perkara dalam menganalisis sesuatu peristiwa sejarah. Pertama, beliau mengaitkan peristiwaperistiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Kedua, beliau membuat analogi
antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Seterusnya, Ibnu Khaldun mengambil kira
kesan terhadap persekitaran. Perkara keempat adalah mengambil kira kesan keadaan yang
diwarisi dan kesan terhadap ekonomi.
Pandangan Ibnu Khaldun terhadap falsafah sama dengan Al-Ghazali yang mana
beliau juga memfokuskan kepada ilmu mystic dan teologi. Sumbangan Ibnu Khaldun yang
utama adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi. Beliau telah berusaha membuat
penulisan mengenai sejarah dunia. Naskah pertama beliau juga mengandungi analisis
peristiwa-peristiwa sejarah. Naskah tersebut yang dikenali sebagai al-Muqaddimah atau
Prolegomena mengenal pasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang
menyumbangkan kepada tamadun dan sejarah masa kini. Di samping itu, Ibnu Khaldun juga
menganalisis tentang dinamik hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan alAsabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa
politik dalam kalangan masyarakat. Antara hasil karya Ibnu Khaldun dalam bidang sejarah
ialah Universal History dan Sejarah Maghrib.
Sumbangan Dalam Ilmu Sosilogi
Ibnu Khaldun telah diiktiraf oleh dunia sebagai bapa sosiologi kerana dia telah
melakukan revolusi terhadap pengkajian sejarah yang sedia ada. Ibnu Khaldun juga
mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti
iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi. Kaedah yang

ditinggalkan oleh Ibnu Khaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah telah digunakan
oleh ahli-ahli sosiologi dunia kini. Hal ini kerana kaedah yang dibawa Ibnu Khaldun lebih
teliti dan tepat berbanding dengan kaedah lama yang hanya merekod sejarah tanpa
memahami sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku.
Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalam membuat
kajian berkenaan sesebuah kerajaan. Teori itu ialah purata usia sesebuah negara bertahan
dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata
usia sebuah negara ialah 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan kepada empat
tahap. Pertamanya ialah primitive, keduanya ialah pemilikan, ketiga beradab dan
kemakmuran. Tahap keempat pula ialah kelemahan dan kerosakkan. Teori ini telah
digunakan oleh ahli-ahli sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangunya sesebuah kerajaan.
Sumbangan Dalam Penulisan
Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulispenulis buku masa kini. Melalui kitab agungnya iaitu Al-Ibar, Ibnu Khaldun menulis
autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid terakhir daripada kitabnya. Jilid terakhir itu
menceritaakan sejarah hidup beliau secara terperinci dan tercatat setiap peristiwa dalam
hidupnya. Antara yang ditulis oleh Ibnu Khaldun ialah sejarah pendidikannya, jawatan yang
disandang, dan peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Para penulis buku telah
mengikut cara penulisan Ibnu Khaldun ini. Jika dilihat pada hari ini, bahagian luar buku-buku
pasti akan ada autografi pengarang buku itu. Ini adalah antara perubahan yang dibawa oleh
Ibnu Khaldun.
Karya Ibnu Khaldun sangat bermutu dan diterima pakai sehingga ke hari ini. Karyakarya yang Ibnu Khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai bahasa seperti Kitab
Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man
Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akhbar. Kitab ini terdiri dari muqaddimah dan tiga bab
yang dibincangkan dalam tujuh jilid. Mukadimah dan bab satu kepada kitab ini dimuatkan
didalam satu jilid yang dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun. Kitab ini dikarang
oleh Ibnu Khaldun sekitar tahun 779 hijrah/ 1377 masihi semasa beliau tinggal di benteng
Ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Melalui kitab ini, Ibnu Khaldun telah menganalisis
mengenai gejala-gejala sosial yang berlaku.

9.0 Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa, Ibnu Khaldun sememangnya seorang tokoh ilmuwan
Islam terbilang yang pernah dilahirkan Islam yang memiliki kefahaman tinggi dalam aspek
sejarah dan ketamadunan dan juga sosiologi manusia. Keunggulan Ibnu Khaldun dalam aspek
teras gagasan pemikiran yang diketengahkan melalui idea, kritikan, dan teori serta
pendekatan terbaru dalam penulisan ilmu sejarah telah memberi sumbangan yang sangat
besar kepada peradaban manusia sejagat di dunia. Idea serta sumbangannya diiktiraf oleh
para orientalis dan sarjana dari dunia Barat.

You might also like