Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL PEMULIHAN JAWI

BERPANDUKAN
MODUL KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. PELAKSANAAN UMUM KCJ DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM
1. Bermula tahun 2015, semua sekolah akan terlibat dengan pelaksanaan KCJ
dan mesti melaksanakan
ujian diagnostik.
2. Pelaksanaan mestilah berpandukan soalan diagnostik yang dibekalkan oleh BPI
KPM.
3. Ujian diagnostik ini akan melibatkan murid Islam tahun 2 hingga tahun 6.
4. Masa yang diperuntukan untuk ujian diagnostik adalah selama satu jam.
5. Murid yang mendapat markah di bawah 60 % secara automatik akan menjadi
peserta KCJ diperingkat
sekolah masing-masing.
6. Keputusan ujian diagnostik hendaklah dilaporkan ke Sektor Pendidikan Islam oleh
semua sekolah dengan
menggunakan format borang yang disediakan. (soft copy dan hard copy )
7. Tarikh pelaksanaan ujian diagnostik akan dilaksanakan serentak seluruh negara
pada 8/7/2015 (Rabu).
8. Tarikh penghantaran keputusan ujian diagnostik perlu dihantar selewat-lewatnya
pada @ sebelum 27
Julai 2015 (Isnin)
9. Semua sekolah akan melaksanakan KCJ secara kem dan pemantauan hanya
dikhususkan ke sekolah rintis
yang tersenarai.
10. Tiada peruntukan khas yang diturunkan oleh BPI ke sekolah dan sekolah boleh
menggunakan
peruntukkan lain untuk pelaksanaan KCJ. ( PIBG, PCG Pendidikan Islam dan Moral
@ sumbangansumbangan lain )
Kaedah pemarkahan ujian diagnostik:
Soalan dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian 1 (10 soalan = 40 markah ) menyambungkan huruf
Skema pemarkahan Bahagian 1:
a) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menyambung
walaupun hanya satu huruf, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).
Bahagian 2 (10 soalan = 20 markah ) merumikan perkataan
Skema pemarkahan Bahagian 2:
b) Setiap satu soalan diperuntukan 2 markah, jika murid salah merumikan
perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah )..
Bahagian 3 (10 soalan = 40 markah ) menjawikan perkataan
Skema pemarkahan Bahagian 3:
c) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menjawikan
perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).

You might also like