Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

APA KELEBIHAN KIT PENGAJARAN DI SEKOLAH???

1. Menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif


2. Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar
3. Memudahkan pengajaran guru
4. Proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan
5. Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat
6. Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah

APA ITU KIT PENGAJARAN???


Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang sebagai bahan bantu
mengajar di sekolah. Bahan ini diguna dan dilaksanakan oleh guru-guru
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih mudah dan
difahami oleh pelajar. kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek

psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka


dengan kemahiran yang berbeza.

e)

Pendekatan Main Sambil Belajar

Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Guru boleh menggunakan
kaedah bermain sambil belajar secara berkesan untuk membantu respons murid
terhadap situasi pembelajaran. Main merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan
kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan
menggalakkan keupayaan untuk menganalisis secara objektif. Untuk menggunakan
pendekatan ini, guru perlu menyediakan murid dalam situasi yang boleh memberi motivasi. Contohnya mengadakan permainan selepas murid menguasai sesuatu kemahiran
asas.
Permainan yang dicadangkan seharusnya menimbulkan unsur-unsur penyelesaikan masalah. Murid berpeluang menggunakan beberapa cara untuk mewujudkan
kebolehan menyelesaikan masalah. Cara ini memberi peluang kepada murid menentukan
keperluannya untuk mempertingkatkan kefahaman konsep dan memperbaiki kemahiran
dalam mengaplikasikan konsep.

You might also like