Assignment Jeff Penglibatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pengenalan

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat ditakrifkan


sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun
beberapa pihak. Menurut Rohani Abdullah (2007), penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Penglibatan ibu bapa merupakan
aspek penting dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana ibu bapa adalah
orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke sekolah dan ibu bapa juga
merupakan orang yang paling rapat dengan kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa juga
merupakan insan yang lebih mengenali anak-anak mereka, dan ibu bapa mempunyai
kuasa serta hak untuk terlibat secara aktif di dalam memberi pengalaman dan
pengetahuan.
Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian menunjukkan
bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan berkait rapat dengan pencapaian
kanak-kanak. Dalam erti lain, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan
yang positif kepada murid, guru dan juga ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana murid
akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi
boleh diteruskan di rumah dan guru pula akan dapat mengembangkan peranan
profesional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa manakala ibu
bapa boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu
pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Ini
secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anakanak contohnya menyemai sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di
samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Konsep Asas Penglibatan Ibu Bapa dalam Prasekolah


Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung
dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak
dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan
peranan

dalam

pendidikan

anak

masing-masing.

Swick

telah

membahagikan

penglibatan ibu bapa dalam tiga proses iaitu pemuafakatan (partnership) antara
keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti,
proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan
memerlukan kerjasama setiap ahli dan juga proses di mana ibu bapa dan guru
berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama. Ketigatiga proses ini dapat menjamin keberkesanan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
prasekolah dan ia memanfaatkan ketiga-tiga pihak iaitu pihak murid, pihak ibu bapa dan
juga pihak guru.
Penglibatan keluarga juga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada
konteks. Teori Epstein menghuraikan kerjasama yang perlu wujud diantara pihak
sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan berikut bukan berbentuk hieraki
tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat
dan ahli professional pendidikan awal kanak-kanak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh
melibatkan diri dengan institusi pendidikan melalui memberi sumbangan seperti
menderma kepada pihak institusi pendidikan. Melalui cara ini ibu bapa akan lebih dapat
mendekatkan diri dengan pihak tadika. Terdapat pelbagai jenis sumbangan yang boleh
diberi kepada pihak tadika adalah seperti dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian
sukan, alatan sukan, alat bantu mengajar, alat permainan, alat tulis, buku rujukan dan
buku latihan. Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dapat meningkatkan perkembangan
kanak-kanak. Sumbangan pertama, pakaian sukan, alatan sukan dan alat tulis dapat
membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak dimana kanak-kanak yang kurang
berkemampuan dapat bersukan dengan memakai pakaian sukan yang diberikan oleh
ibu bapa.
Namun demikian, terdapat banyak halangan dalam menjayakan penglibatan ibubapa di prasekolah pada arus perdana dan globalisasi ini. Antara halangan yang paling
dominan ialah kekurangan kesedaran dalam kalangan ibu bapa. Ibu bapa tidak dapat
melihat keperluan penglibatan mereka di prasekolah. Mereka hanya menganggap

prasekolah sebagai tempat selamat untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka
sementara mereka pergi bekerja. Ibu bapa tidak faham fungsi dan peranan mereka
untuk kepentingan anak-anak dalam proses perkembangan dan pertumbuhan di
prasekolah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang rendah diri dengan kebolehan diri
sendiri dan mereka malu untuk melibatkan diri dengan program prasekolah.Terdapat
juga ibu bapa yang tidak bersikap terbuka malah menyerahkan segala urusan kepada
pihak prasekolah. Halangan-halangan sebegini telah menyebabkan kekurangan
penglibatan ibu bapa di prasekolah biarpun pihak sekolah dan guru telah melaksanakan
pelbagai inisiatif untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa.

Tugasan 1
Sewaktu saya menjalani praktikum di SK Bandar Sungai Buaya, saya telah
melakukan tinjauan mengenai penglibatan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah. Dalam
tinjauan yang saya laksanakan, saya telah mendapati bahawa prasekolah tersebut ada
menganjurkan aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Namun demikian, penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti yang dianjurkan kurang memberansangkan di mana ibu bapa kurang
memberi sokongan terutamanya dari aspek kehadiran. Biarpun begitu, terdapat juga
sebahagian ibu bapa yang bersikap terbuka dan menyokong secara langsung dalam
setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak prasekolah.
Pada pendapat saya, penglibatan ibu bapa dalam prasekolah dalah sangat
penting dan ibu bapa harus mempunyai semangat untuk melibatkan diri dalam setiap
aktiviti prasekolah. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang sepenuhnya terhapap
anak-anak mereka termasuklah tanggungjawab untuk mendidik mereka. Maka, mereka
tidak boleh menyerahkan perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka
sepenuhnya

kepada

pihak

prasekolah.

Sebaliknya,

ibu

bapa

perlu

memikul

tanggungjawab sebagai pendidik untuk membantu perkembangan anak-anak mereka.


Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang
positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana mereka merupakan pendidik di
rumah (Jeffrey Glanz. 2006 ). Penglibatan ibu bapa boleh dalam pelbagai cara seperti
dalam sumbangan, menyumbang kepakaran dan sebagainya.
Dalam tinjauan yang saya laksanakan, saya telah mendapati bahawa beberapa
aktiviti yang melibatkan ibu bapa telah dilaksanakan oleh pihak prasekolah SK Bandar
Sungai Buaya. Antaranya ialah hari pendaftaran, sukaneka, hari interaksi akademik dan
juga hari graduasi. Kesemua aktiviti ini telah dilaksanakan dengan berjaya di Prasekolah
Bintang dan Prasekolah Matahari Sk Bandar Sungai Buaya.

Hari pendaftaran
Hari pendaftaran merupakan aktiviti pertama melibatkan ibu bapa yang
dijalankan sebelum permulaan persekolahan iaitu pada akhir bulan Disember. Hari
Pendaftaran ini bertujuan untuk menerima murid-murid prasekolah yang baru. Hari
Pendaftaran telah melibatkan ibu bapa murid-murid dengan aktif kerana mereka perlu
hadir untuk membantu anak-anak membuat pendaftaran sebagai murid-murid di
prasekolah SK Bandar Sungai Buaya. Ibu bapa telah hadir pada pukul lapan pagi.
Aktiviti dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Guru besar SK Sungai Bandar Sungai
Buaya. Kemudian, guru prasekolah memberi taklimat untuk ibu bapa. Beliau telah
menerangkan tentang objektif dan harapan prasekolah terhadap murid-murid. Objektif
prasekolah adalah untuk mengembangkan potensi murid ke tahap yang optimum dan
melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru prasekolah
juga menjelaskan tentang rutin harian dan aktiviti yang akan dijalankan di dalam bilik
darjah setiap hari. Rutin harian yang dijalankan setiap hari termasuklah nyanyian lagu
Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah dan bacaan doa. Lagu-lagu ini akan diajar kepada
murid-murid. Tambahan pula, makanan akan dibekalkan kepada murid-murid pada pukul
lapan dan sepuluh pagi. Makanan disediakan oleh pembantu pengurusan murid. Guru
prasekolah akan menyediakan berbagai-bagai jenis aktiviti dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seperti bercerita, main peranan, permainan, puzzle dan sebagainya.
Di samping itu, guru juga membentangkan program-program yang akan
dilaksanakan di prasekolah sepanjang tahun kepada ibu bapa. Sesetengah program
adalah memerlukan penglibatan ibu bapa. Program-program yang akan diadakan ialah
sukaneka, lawatan, gotong-royong dan sebagainya.

Selepas taklimat daripada guru

prasekolah, sesi soal jawab telah dijalankan. Ibu bapa diberi peluang untuk bertanya
soalan. Selepas taklimat bersama ibu bapa, pendaftaran murid dijalankan pada kaunter
yang disediakan oleh guru prasekolah. Ibu bapa telah menyediakan dokumen-dokumen
yang penting tentang anak mereka seperti sijil lahir murid, kad pengenalan ibu bapa dan
sebagainya. Mereka juga mengisi borang tentang maklumat anak. Ibu bapa juga
membuat bayaran buku dan uniform kanak-kanak. Selepas itu, ibu bapa telah membawa
anak mereka untuk melihat persekitaran prasekolah.
Dalam aktiviti sebegini, pihak ibubapa dan pihak guru akan rasa lebih senang
dan selesa antara satu sama lain kerana mereka dapat mengenali antara satu sama lain

dan hubungan yang erat terjalin secara tidak langsung dalam aktiviti seperti melawat
kawasan prasekolah pada hari pendaftaran. Dengan kata lain pihak guru dapat
membina siraturrahim yang baik dengan ibu bapa menerusi aktiviti ini dimana aktiviti ini
berfungsi sebagai satu aktiviti bersemuka dan berkenalan antara guru dengan pihak ibu
bapa. Dalam aktiviti sebegini, guru boleh mendapatkan maklumat mengenai latar
belakang murid dan bertukar nombor telefon dengan pihak ibu bapa. Guru juga boleh
menggunakan teknologi yang canggih dalam era globalisasi ini dengan membina
rangkaian perhubungan dengan ibu bapa contohnya dengan menggunakan perisian
telefon bimbit Watapps untuk membina satu rangkaian komunikasi. Ini memudahkan
pihak guru dan juga ibu bapa untuk berkomunikasi, bertukar maklumat atau pendapat
mengenai perkembangan di prasekolah. Pihak ibu bapa juga dapat mendapat informasi
dengan cepat melalui cara sebegini manakala guru mendapatkan kerjasama dan
maklum balas berterusan daripada ibubapa.
Di samping itu, ibu bapa juga akan dapat memahami tugas dan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak dengan melibatkan diri dalam aktiviti
prasekolah seperti hari pendaftaran. Contohnya, guru akan menjelaskan proses
pembelajaran murid dari mula iaitu rutin pagi sampai ke akhir kepada ibu bapa dalam
proses taklimat pada hari pendaftaran. Dengan ini, ibu bapa akan memahami seluruh
proses pembelajaran di prasekolah dan mereka mengetahui apa yang anak-anak
mereka lakukan di sekolah. Ibu bapa juga didedahkan denga peraturan-peraturan di
prasekolah. Maka dengan ini Ibubapa tidak akan mudah menyalahkan pihak prasekolah
sekiranya

berlakukan

apa-apa

kejadian

yang

tidak

diingini

menimbulkan rasa sayang dan hormat pada guru dan pihak sekolah.

Sukaneka

sebaliknya

dapat

Selain daripada Hari pendaftaran, prasekolah di Sk Bandar Sungai Buaya juga


menganjurkan program sukaneka yang juga melibatkan pihak ibu bapa di mana ibu
bapa murid turut dijemput untuk menghadiri program ini bersama-sama anak mereka.
Sukaneka prasekolah SK Bandar Sungai Buaya dianjurkan bersama dengan aliran
perdana iaitu pada Hari Sukan aliran perdana iaitu bulan April. Pada hari tersebut,
muird-muird prasekolah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada warna
yang berbeza iaitu, merah, kuning, hijau, biru dan ungu. Guru prasekolah merancang
beberapa acara yang menarik untuk murid-murid. Ibu bapa datang bersama-sama anak
mereka pada pukul lapan pagi dan mendaftarkan diri pada kaunter yang disediakan.
Sarapan telah disediakan kepada ibu bapa dan murid-murid.
Murid-murid prasekolah juga terlibat dalam pembarisan. Kanak-kanak
prasekolah memakai topi yang berwarna-warni dalam acara pembarisan ini. Hari Sukan
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu negeri dan lagu sekolah.
Guru besar memberi ucapan tentang kepentingan bersukan murid-murid. Aktiviti sukan
dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid-murid. Beliau telah
menekankan dasar Satu Murid Satu Sukan. Dasar ini mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki
untuk melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. Hal
ini telah membuktikan bahawa kepentingan bersukan dalam kalangan murid-murid.
Selepas guru besar memberi ucapan, beliau telah merasmikan Hari Sukan.
Acara-acara sukaneka dumulakan dengan acara menuang air ke dalam botol. Selain itu,
acara-acara seperti mengepit bola dan membawa bola ping pong dengan menggunakan
sudu juga dijalankan. Guru prasekolah memberi penerangan dan membuat demonstrasi
tentang cara untuk bermain. Acara-acara ini adalah dijalankan dalam kumpulan.
Kerjasama antara murid-murid memainkan peranan yang penting untuk mendapat
kemenangan. Ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak mereka supaya kanakkanak lebih bersemangat untuk bermain. Selepas menjalankan semua acara, majlis
penyampaian hadiah dijalankan. Kumpulan pemenang naik ke pentas untuk menerima
hadiah daripada guru besar.
Program

sukaneka

ini

secara

perkembangan fizikal, sosial dan emosi

langsungnya

dapat

memperkembangkan

dalam kalangan kanak-kanak dan juga ibu

bapa. Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila kanak-kanak itu

melakukan acara menuang air ke dalam botol dan dengan cara itu ia dapat
meningkatkan perkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana
kanak-kanak itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama ahli
keluarga rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari cara
berkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapa kanakkanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti ssukaneka kanak-kanak
tersebut akan menjadi muram dan tidak banyak bercakap dengan orang di sekelilingnya.
Hal ini demikian kerana kanak-kanak tersebut tidak merasai kesih saying daripada ibu
bapanya lebih-lebih lagi apabila dia melihat kegembiraan rakan-rakan lain bersama ahli
keluarganya.
Kanak-kanak memerlukan dorongan, sokongan dan pengukuhan kerana zaman
kanak-kanak adalah sebahagian daripada kehidupan. Pengiktirafan dan sokongan dari
rakan, ibu bapa dan guru merupakan sumber yang betul bagi memperkembangkan
potensi kanak-kanak. Oleh itu, melalui aktiviti sukaneka ini pihak ibu bapa dapat
menyaksikan anak-anak mereka berlumba, bersaing secara sihat dan betul di padang.
Mereka dapat memberi peneguhan, sokongan dan galakan yang positif dan ini akan
dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kanak-kanak. Secara langsung juga, aktiviti
sebegini dapat menyemai sifat dan sikap bersaing, berjuang dan berlumba-lumba
secara sihat dan betul.
Selain itu, hubungan yang erat antara pihak guru dan juga pihak ibu bapa akan
dapat terjalin melalui aktiviti sukaneka ini. Pihak ibu bapa dapat melihat kesungguhan
para guru menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak mereka dan mereka akan
menghargai jasa-jasa guru ini. Maka, hubungan yang erat terjalin antara kedua-dua
pihak ini. Hubungan ini adalah penting untuk memastikan perkembangan kanak-kanak
kerana kerjasama antara pihak guru dan ibu bapalah yang mendorong kepada
keberkesanan pembelajaran seseorang kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh
National Center for Family & Community Connections with Schools(2002), yang
membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan
bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa
mendatangkan kesan terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio
ekonomi status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur.

Hari interaksi akademik


Program seterusnya yang dianjurkan oleh prasekolah di SK Bandar Sungai
Buaya ialah Hari Interaksi Akademik. Hari interaksi akademik merupakan program yang
memerlukan kehadiran ibu bapa untuk mengetahui prestasi murid-murid secara lebih
terperinci melalui perbincangan dengan guru. Aktiviti ini dijalankan pada bulan Mei
sebelum cuti pertengahan tahun. Ibu bapa telah hadir pada pukul lapan pagi. Guru
prasekolah telah mengadakan satu perjumpaan dengan ibu bapa di bilik mesyuarat.
Guru besar turut hadir dalam aktiviti ini dan beliau merasmikan program ini. Guru
prasekolah telah berbincang tentang kemajuan dan juga prestasi kanak-kanak dengan
ibu bapa agar mereka lebih memahami tahap anak mereka dan sejurusnya dapat
membantu anak mereka mencapai kejayaan. Guru prasekolah menganalisis prestasi
kanak-kanak berdasarkan pentaksiran dan pemerhatian yang dibuat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Prestasi kanak-kanak bukan sahaja dari segi pencapaian
akademik, malah sahsiah dan tingkat laku mereka.
Dengan aktiviti sebegini, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan dan juga
prestasi anak-anak mereka di prasekolah. Dengan maklumat dan infomasi yang dapat
dari pihak prasekolah, ibu bapa boleh memberi tunjuk ajar yang sewajarnya di rumah
untuk meningkatkan perkembangan dan pencapaian anak mereka. Kelemahan kanakkanak juga dapat dibaiki oleh ibu bapa. Selain itu, sokongan dan dorongan ibu bapa
dalam pelajaran anak juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa harus sentiasa
mengambil berat pelajaran anak dan memberi galakan agar mereka mempunyai
motivasi untuk belajar.
Melalui hari interasksi akademik ini, pihak ibu bapa juga dapat bekerjasama
dengan pihak sekolah untuk mengajar kanak-kanak berdasarkan apa yang telah diajar
di prasekolah. Dengan ini, kesinambungan pembelajaran di prasekolah dengan di rumah
dapat diwujudkan. Hal ini bermaksud apa sahaja yang diperolehi atau yang dipelajari
oleh anak-anak ketika di prasekolah dapat diteruskan di rumah dengan bantuan,
galakan dan dorongan dari ibu bapa. Contohnya kalau pihak prasekolah mengajar anak
tentang operasi tambah Matematik, ia akan menjadi lebih mudah jika ibu bapa juga
meneruskan latihan tersebut ketika di rumah. Dengan ini, pembelajaran kanak-kanak
akan lebih berkesan.

Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh melakukan apa
sahaja seperti membantu dan menggalakkan di rumah untuk menolong anak mereka
berjaya di sekolah misalnya melalui komunikasi. Ini kerana anak-anak belajar untuk
memahami sesuatu yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta
mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan atau apa yang
telah dipelajari oleh anak mereka di sekolah seperti amalan memberi salam, ucap
selamat dan terima kasih amalan membaca, menulis, mengira, melukis, menyanyi dan
lain-lain.
Dengan interaksi dan perbincangan yang dijalankan antara ibu bapa dan juga
pihak guru, pihak ibu bapa dapat berkongsi pendapat dan juga maklumat. Mereka dapat
berkongsi masalah dan bersoal jawab untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Contohnya, pihak ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam meningkatkan
perkembangan kanak-kanak. Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh
dikukuhkan oleh keadaan di rumah atau sebaliknya. Hal ini dapat membolehkan kanakkanak mendapat faedah yang

optimum di atas segala proses pengajaran dan

pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.

Hari graduasi
Aktiviti seterusnya yang melibatkan ibu bapa di prasekolah SK Bandar Sungai
Buaya ialah majlis graduasi prasekolah. Majlis graduasi ini masih dalam perancangan
dan akan dijlankan pada bulan November. Objektif majlis ini adalah untuk memberi
pengiktirafan kepada murid-murid prasekolah yang menamatkan sesi persekolahannya
dan akan memasuki Tahun Satu pada tahun 2016. Di samping itu, ia juga bertujuan
untuk mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak
prasekolah dan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan
kanak-kanak.Sebelum majlis graduasi dijalankan, ibu bapa akan membuat bayaran
untuk sewaan jubah dan sesi bergambar. Kanak-kanak prasekolah akan memakai jubah
dan mengambil gambar individu dan kelas sebagai kenangan.
Ibu bapa akan dijemput untuk menghadiri majlis graduasi anak diri sendiri.
Antara tentative program yang dirancang ialah majlis akan bermula dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah, ucapan guru besar dan guru prasekolah.
Selepas itu, penyampaian hadiah kepada murid-murid dijalankan. Hadiah diberikan
kepada kanak-kanak yang berprestasi baik dalam mata pelajaran dan keseluruhan
berdasarkan pemerhatian dan pentaksiran yang dibuat oleh guru prasekolah.
Penyampaian hadiah adalah untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang
berkelakuan baik sepanjang tahun. Selepas itu, murid-murid memakai jubah dan naik ke
pentas untuk menerima sijil tamat persekolahan daripada guru besar. Ibu bapa
mengambil gambar bersama-sama dengan anak. Kehadiran ibu bapa akan memberi
sokongan dan motivasi kepada anak. Kemudian, murid-murid prasekolah membuat
persembahan yang dilatih oleh guru prasekolah iaitu tarian.
Sambutan Hari Konvokesyen prasekolah merupakan sambutan yang wajib
dilaksanakan oleh setiap prasekolah supaya kanak-kanak dapat diberikan pengiktirafan
terhadap segala hasil kerja dan pencapaian yang telah mereka kecapi sebelum mereka
menjejak kaki ke sekolah rendah. Biasanya, Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah
merupakan salah aktiviti tahunan yang wajib dilaksanankan bagi setiap prasekolah.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanakkanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani
pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman
terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru.

Melalui aktiviti sebegini, ibu bapa dapat meyaksikan persembahan anak-anak


mereka. Mereka akan dapat melihat dan membanding bezakan perkembangan anakanak mereka dari belum memasuki alam persekolahan dan sampai ke akhir
persekolahan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti ini sangat penting kerana
ia merupakan satu pengiktirafan dan juga satu dorongan kepada anak-anak. Kanakkanak akan berasa teruja dan gembira apabila ibu bapa meyaksikannya membuat
persembahan serta mendapat hadiah. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya dan
juga self esteem. Secara langsung ia berfungsi sebagai motivasi instrisik untuk
menggalakan kanak-kanak untuk berusaha meningkatkan perkembangannya.
Selain itu, guru juga boleh meminta ibu bapa yang berpotensi dalam sebarang
persembahan untuk melibatkan diri secara langsung sebagai jurulatih persembahan
dalam majlis ini. Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya,
ibu bapa perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa
tersebut mempunyai kepakaran Contohnya seperti ibu bapa mahir dalam tarian atau
nyanyian dan sebagainya. Sekiranya ibu bapa mempunyai kepakaran dalam nyayian,
ibu bapa boleh memberikan kursus percuma kepada guru dan juga kanak-kanak.
Dengan cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan emosi dan juga sosial kanakkanak. Dalam konteks Hari Graduasi ini, ibu bapa boleh secara sukarela untuk menjadi
jurulatih persembahan kepada kanak-kanak dan mimbimbing mereka melakukan
persembahan. Dengan ini, pihak ibu bapa dapat meringankan tugas guru dan guru
dapat memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak ibu bapa pula
akan dapat melihat tingkah laku kanak-kanak di sekolah dan mereka berpeluang
mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah-laku kanak-kanak.
Akhir sekali, melalui aktiviti sebegini pertalian yang erat diantara ibu bapa dan
guru dapat dijalinkan. Pihak ibu bapa dapat membentuk perasaan bertanggungjawab
yang sewajarnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Rumusan
Penglibatan ibu bapa dalam pedidikan prasekolah haruslah lebih merupakan
pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu
bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibubapa pada andaian pula ibu bapa
perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh
meningkatkan kualiti sesebuah prasekolah secara efektif. Ibu bapa perlu dididik
mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan prasekolah
berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih.
Oleh itu, ibu bapa haruslah sama-sama membantu pihak prasekolah dalam
meningkatkan serta mengalakkan perkembanagan kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan. Sekiranya tiada kerjasama yang baik dan berterusan dari pihak ibubapa
tentulah sukar bagi pihak prasekolah untuk melaksanakan semua aktiviti dengan
sempurna dan lancar. Yang paling penting sekali, apabila ibu bapa dapat sama-sama
melibatkan diri , ibu bapa akan dapat bersama memahami betapa mencabarnya
peranan pendidik dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Ini
seterusnya dapat mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham antara pendidik
dan ibu bapa..
Kesimpulannaya, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak
memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia dikalangan
kanak-kanak. Peranan ibu bapa sebagai rakankongsi aktif dalam proses pembelajaran
kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak.
Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak
berhadapan dengan guru-guru pembimbing di prasekolah. Ibu bapa juga dapat
membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadikadengan menyumbang tenaga,
berkongsi bakat dalam program tadika. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti
seharusnya mengambi pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak
seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak.

You might also like