Kajian Air Bawah Tanah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

KURSUS:

STAG 2083
PENDERIAAN JAUH

TAJUK:
APLIKASI PENGGUNAAN ALAT PENDERIAAN JAUH TERHADAP KAJIAN AIR
BAWAH TANAH

PENSYARAH:
DR. NORBERT SIMON

AHLI KUMPULAN:
AFIQ FARHAN BIN ABDUL RAHIM

A146697

MOHAMAD YUSOF BIN KAMARUZAMAN A146512


MAISARAH IDRUS A146688
IBNU YAKHZAN A146657
BRIAN JEFRI A146659

Prinsip penggunaan alat penderiaan jauh terhadap kajian air bawah tanah

Air bawah tanah boleh ditakrif sebagai subterranean. Dalam aplikasi fizikal sensor
pengimejan, radar bergelombang panjang kadang-kadang boleh mengesan paras air bawah tanah
pada kedalaman beberapa meter dan ciri-ciri sub-permukaan lain seperti saluran bawah tanah tetapi
hanya jika keadaannya bersesuaian.

Salah satu prinsip penderiaan jauh terhadap air bawah tanah ialah prinsip pemprosesan imej.
Imej satelit merakam permukaan bumi dalam format digital dan dengan itu kita perlu teknik tertentu
untuk menjadikan data digital yang boleh dilihat. Instrumen pengimejan satelit di atas kapal atau
pesawat mempunyai pelbagai sensor yang merakamkan tenaga yang dipantulkan atau dipancarkan
dari permukaan bumi dalam pelbagai bahagian spektrum elektromagnet, yang dipanggil 'band' atau
'saluran'. Prinsip geometri melibatkan penggunaan Digital Elevation Model (DEM) berasaskan
satelit yang mampu meberikan gambaran 3D imej bagi memperlihatkan kepelbagaian struktur dan
cerun serta lekukan. Penderiaan jauh haba melibatkan prinsip radiometrik iaitu berdasarkan kepada
rakaman radiasi elektromagnet di Thermal Infrared Region(TIR) yang dipancarkan oleh objek
permukaan bumi. Imej radar turut dihasilkan menggunakan gelombang mikro yang boleh digunakan
pada apa jua cuaca dan waktu.

Penderiaan jauh melibatkan pendekatan kualitatif, terutamanya penafsiran imej tentang


kepelbagaian

geologi permukaan bumi dari perspektif sains Bumi. Pandangan sinoptik yang

diberikan oleh imej membolehkan kajian tentang

ciri-ciri permukaan yang berkaitan dengan

interaksi permukaan dengan air bawah tanah. Di kawasan berbatu keras kadar kejayaan selalunya
boleh ditingkatkan dengan

penggerudian berhampiran lineamen yang dikenalpasti melalui

interpretasi visual. Corak aliran relatif boleh dipetakan melalui tafsiran dan boleh diukur di
peringkat kedua. Tafsiran mestilah berdasarkan pengetahuan hidrogeologi. Sebagai contoh, kawasan
pengambilan air bawah tanah di kawasan yang lebih tinggi dan telap disertai dengan kawasan
pelepasan di bersebelahan kawasan yang lebih rendah, dan dengan pengetahuan bahawa seseorang
mencari ciri pada imej-imej yang meletakkan sistem aliran air bawah tanah dalam konteks spatial.
Model mudah (keratan rentas) juga boleh membantu dalam memahami ciri yang dilihat pada imej,
manakala data imej pula boleh memberikan input dalam menubuhkan model.

Penderiaan jauh menyediakan banyak data spatial yang diperlukan untuk memahami
interaksi antara air di permukaan dan air bawah tanah. Hubungan antara air bawah tanah dan alam
sekitar turut diberikan perhatian. Data penderiaan jauh menyediakan maklumat mengenai corak

ruang bawah tanah tumbuh-tumbuhan bergantung atau kemasinan dan selalunya merupakan satusatunya sumber untuk mengkaji sejarah perubahan. Tafsiran imej umum tidak memerlukan perisian
atau perkhidmatan pakar untuk mengendalikan pemprosesan penderiaan jauh kompleks (contohnya
pengukuran perubahan permukaan tanah). Tafsiran imej hidrogeologi dan penilaian hasil
memerlukan latar belakang dalam bidang sains Bumi atau pengetahuan tentang interaksi antara air
permukaan dan air bawah tanah. Ia menekankan bahawa hidrogeologi tafsiran imej hendaklah
disahkan melalui susulan kerja lapangan dan memerlukan perundingan data hydrogeologic yang
sedia ada, kerana tafsirannya adalah berdasarkan kesimpulan.

Kelebihan
1. Memudahkan kerja ahli hidrogeologi.
-

Memberikan maklumat tentang lokasi dan jasad air bawah tanah tersebut tanpa
menyebabkan ahli geologi untuk mengeksplorasi sesebuah kawasan yang luas demi
mencari informasi tentangnya. akan tetapi, kerja lapangan harus dilakukan demi
mengesahkan maklumat tersebut.

2. Mudah dilaksanakan.
-

Dapat dilaksanakan dengan menggunakan computer.

Perkembangan semasa

Bidang kajian air bawah tanah menggunakan alat penderiaan jauh ini masih baru dan belum
lagi digunakan secara meluas khususnya di Malaysia. Walaubagaimanapun, dengan perkembangan
IT, potensi untuk kajian ini dilakukan semakin luas. Kajian ini dahulunya terhad kerana 1. Data imej
satelit agak sukar diperolehi serta mahal dan 2. Kekurangan kemahiran dan pengetahuan tentang
bidang ini. Namun, sekarang data satelit semakin mudah diperolehi malah data Landsat 7 sudah
boleh diperolehi secara percuma. Data Landsat 7 sudah cukup canggih dan bermakna dalam kajian
mengenai air bawah tanah ini

Prospek di Malaysia

Pencarian air bawah tanah sedang giat dijalankan di negeri Kelantan kerana air bersih sukar
dicapai di sesetengah tempat tambahan pula banjir besar yang memusnahkan sebahagian besar

infrastruktur tahun lalu. Justeru penggunaan alat penderiaan jauh amat sesuai ditambah lagi dengan
sesetengah tempat yang sukar dicapai kerana hutan yang tebal. Di kawasan lembah Kelang pula,
kaedah ini sesuai bagi mengkaji impak manusia terhadap air bawah tanah seperti pencemaran yang
sudah menjadi suatu kebiasaan di sini.

Jenis satelit yang digunakan

Pemilihan jenis satelit dibuat berdasarkan jenis 'band' yang digunakan dan juga kualiti imej
yang dihasilkan. Pemilihan band perlu diberi penekanan kerana sesetengah band yang digunakan
dalam pengimejan satelit mampu memperjelaskan lagi kehadiran air di bawah permukaan yang
menjadi fokus dalam hal ini. Kebanyakan spektrum dalam cahaya yang boleh dilihat akan
dibalikkan semula oleh air, maka jika imej satelit diambil dalam imej warna semula jadi, entiti air
kurang jelas kerana semua cahaya dibalikkan dan tiada 'contrast' antara tempat berair dan kering.
Spektrum yang mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang daripada cahaya semula jadi
akan diserap oleh air. Contohnya ialah seperti cahaya infra-merah. Maka, dalam imej yang
dihasilkan, kawasan berair akan menjadi lebih gelap dan mudah dikesan. Justeru, salah satu kriteria
yang amat penting dalam memilih sensor ialah 'band' yang mampu digunakan.

Sebagai perbandingan, lihat dua imej satelit di bawah:

Dalam gambar di atas (warna sebenar band 432), bandar Houston dilihat berada di
kawasan barat daya dengan jelas manakala Teluk Trinity berada di tenggara. Jasad air yang besar
seperti teluk berkenaan mudah dilihat tetapi jasad air yang lebih kecil seperti sungai agak sukar
dilihat khususnya jika dilakukan tanpa sebarang bantuan penglihatan. Hal ini kerana semua jalur

cahaya yang digunakan dipantul kembali kepada sensor satelit berkenaan.

Sebaliknya, gambar di atas (warna sebenar dan infra-merah) lebih jelas terlihat jasad yang
mengandungi air seperti tasik, sungai dan teluk. Hal ini demikian kerana jalur infra-merah yang
digunakan diserap oleh jasad air berkenaan. Kawasan yang lebih kering akan berwarna merah dan
putih. Kepentingan meneliti jasad air ini ialah kerana paras air bawah tanah biasanya cetek
berhampiran dengan jasad air ini maka jika sebarang usaha penggalian telaga dilakukan, kawasan
seperti ini lebih sesuai untuk menghasilkan telaga yang produktif.

Satelit pilihan:

1. SPOT 7(Satellite Pour l'Observation de la Terre)

Satelit ini sesuai untuk kerja pencarian air bawah tanah kerana:

1) Satelit ini mampu mencerap pada cahaya infra-merah yang amat sesuai untuk mencari air bawah
tanah

2) Satelit ini mempunyai resolusi imej yang tinggi (1.5m) yang amat sesuai untuk mencari objek
kecil yang mungkin memberi petunjuk kepada kehadiran air seperti kehadiran tumbuhan pada satu
lokasi kecil.

3) Bersama dengan SPOT 6, imej yang diterima daripada satelit SPOT boleh diterima hampir setiap
hari. Imej tempat yang sama pada waktu berlainan adalah penting kerana jika imej yang diambil
pada suatu ketika berlaku selepas hujan, maka paras air bawah tanah sukar dianggar kerana terdapat
pelbagai sungai yang sementara serta keadaan tanah yang kesemuanya lembap.

2. Landsat 8 (Operational Land Imager and Thermal Infrared Sensor)

Satelit ini sesuai untuk pencarian air bawah tanah kerana:

1) Satelit ini mampu menerima dan memproses imej pada jalur cahaya yang sesuai (Band 5, 6 dan
7) untuk SWIR dan hampir infra-merah. Jalur cahaya ini amat sesuai untuk mengkaji kelembapan
tanah, jasad air dan lithologi batuan di kawasan yang dikaji.

2) Resolusi yang relatifnya baik (30m)

3) Mempunyai sensor thermal (band 10 dan 11) yang sesuai untuk mengesan air bawah tanah yang
lebih panas.

Cara mengesan air bawah tanah:

Untuk mengesan air bawah tanah, beberapa indikator perlu digunakan:

a) Indikator terus (direct)

1. Fitur yang sering kali dikaitkan dengan 'recharge zone'. Cth: sungai, tasik

- Fitur ini penting kerana 'recharge zone' merupakan tempat di mana air bawah tanah menerima
sumber airnya. Justeru, kawasan berhampiran dengan recharge zone ini mempunyai kedalaman air
bawah tanah yang cetek seterusnya memudahkan usaha penggalian telaga untuk mendapat hasil air
yang banyak tanpa perlu menggali terlalu dalam. Kawasan yang tidak mempunyai zon recharge ini
sukar untuk mempunyai paras air bawah tanah yang cetek malah mungkin amat dalam melainkan

kawasan tersebut merupakan lembangan di tengah-tengah kawasan tinggi (mampu menghasilkan


lembangan Artesian)

2. Fitur yang berkait dengan zon keluar air: mata air dan anak sungai kecil

- Fitur ini menunjukkan bahawa kawasan di sekelilingnya mempunyai paras air bawah tanah yang
begitu cetek sehingga muncul di permukaan di sesebuah tempat dan menghasilkan mata air.

3. Kelembapan tanah

- Tanah yang lembap bermakna paras air bawah tanah hampir dengan permukaan (jika ditolak
faktor pengairan pertanian). Biasanya kawasan tanah lembap ini akan kelihatan lebih gelap dalam
cahaya infra-merah kerana hanya sebahagian sahaja cahaya yang dipantulkan ke sensor dan
selebihnya diserap air.

4. Tumbuhan yang menonjol

- Biasanya hal ini boleh dikesan di kawasan gurun yang kekurangan tumbuhan. Kewujudan
sekelompok tumbuhan yang ganjil bermakna terdapat sumber air di situ dan hal ini bermaksud paras
air bawah tanah di situ cetek sehingga membolehkan akar tumbuhan menerimanya.

b) Indikator tidak terus (indirect)

1. Fitur Topografi

- Fitur topografi yang biasanya berhubung kait dengan kewujudan air bawah tanah.

- Di kawasan kars, terdapat lubang benam dan juga dolina yang terhasil akibat runtuhan gua bawah
tanah yang dibentuk aliran air. Hal ini bermakna terdapat sumber air bawah tanah di bawah kawasan
berkenaan. Lubang benam juga membantu kajian lineamen di kawasan berkenaan yang membantu
untuk mengesan aliran air bawah tanah.

- Selain itu terdapat juga 'window lake' yang memberi klu tentang paras air bawah tanah. Biasanya
tasik sebegini tidak mempunyai aliran air masuk sebaliknya terjadi apabila terdapat lekukan yang
terbentuk di bawah paras air bawah tanah.

2. Jenis batuan sama ada batuan keras atau lembut (unconsolidated materials)

- Untuk sedimen yang belum mengeras, biasanya mempunyai kapasiti menampung air yang baik
kerana mempunyai rongga di antara butiran sedimen berkenaan. Sedimen alluvial juga berpotensi
untuk mengandungi air kerana ia sedimen bawaan air. Jika sungai yang mengendap sedimen
berkenaan sudah tiada, aliran kuno yang sudah tertanam mungkin masih menyimpan aliran air di
bawah tanah.

- Bagi batuan sedimen, batu pasir bersifat poros dan sesuai untuk menampung air. Batu lumpur
sebaliknya tidak telap air dan oleh itu, amat tidak sesuai untuk menakung air. Oleh itu, di dalam
imej satelit, beri tumpuan terhadap kawasan batuan yang telap air.

- Batuan igneus khususnya pluton pula sukar menakung air kerana mineral di dalamnya saling
mengunci antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, retakan yang terhasil mampu memberi ruang
untuk air bawah tanah ini mengalir masuk.

3. Fitur struktur rantau

- Antara fitur struktur rantau yang diberi perhatian ialah sesar pada skala rantau. Sesar boleh
membawa air bawah tanah hampir ke permukaan

- Sesar mampu membawa lapisan yang menakung air yang berada jauh di bawah permukaan dan
menganjaknya ke permukaan menghasilkan satu kawasan yang cetek air bawah tanahnya. Sesar
juga mampu membentuk rongga yang membolehkan air mengalir masuk dan seterusnya mengalir
ke permukaan.

- Fitur rantau yang lain ialah perlapisan batuan, retakan bersaiz rantau dan sebagainya yang mampu
membantu memberi klu kawasan yang kaya air bawah tanah.

4. Luluhawa

- Luluhawa biasanya dikaitkan dengan kehadiran agen luluhawa dan di dalam kes ini ialah air.
Justeru, jika terdapat kawasan yang lebih terluluhawa, peluang untuk menemui air bawah tanah

lebih tinggi. Biasanya luluhawa batuan amat sukar dicerap dengan imej satelit. Sebaliknya, klu
seperti bentuk saliran dan kehadiran morfologi yang dikaitkan denagn batuan terluluhawa dapat
membantu.

- Luluhawa dapat membantu mengesan kehadiran air dalam 2 cara: 1. Batuan yang lebih
terluluhawa biasanya hampir dengan agen luluhawa (air) dan 2. batuan terluluhawa lebih poros dan
lebih telap air.

5. Tumbuhan

- Tumbuhan mampu hidup di kawasan yang tanahnya mengandungi air. Justeru keadiran tumbuhan
amat membantu dalam mengesan air bawah tanah. Jenis tumbuhan dan kepadatan tumbuhan dapat
membantu menganggar kandungan kelembapan air bawah tanah berkenaan.

6. Kepadatan saliran

- Kawasan yang lebih padat salirannya mungkin memberi tanggapan bahawa kandungan air bawah
tanah di situ lebih tinggi. Namun, sebenarnya, lebih banyak saliran yang ada, lebih banyak air yang
mengalir keluar dari kawasan berkenaan menjadikan kemampuan tanah di situ menakung air lebih
rendah. Tambahan pula, saliran yang lebih padat dijumpai di kawasan batuan sedimen bersaiz halus
yang kurang telap air. Justeru, input geologi di kawasan berkenaan amat diperlukan.

7. Keporosan dan ketelapan formasi batuan

- Batu yang telap air dan mempunyai keporosan yang baik mampu menakung air dengan baik.
Terlalu poros, air mudah mengalir keluar dan batuan berkenaan tidak mampu menakung air. Justeru,
jika diketahui maklumat geologi di kawasan berkenaan. Proses ini akan menjadi lebih mudah.

- Namun, jika maklumat geologi tidak ada, imej satelit berkenaan boleh dicerap bagi menganggar
batuan apa yang ada di sekitar kawasan berkenaan.

8. Sistem retakan dan lineamen

- Sistem retakan ini selalunya dikaitkan dengan batuan igneus pluton. Walaupun batuan igneus
pluton seperti granit tidak boleh menampung air kerana sifat mineralnya yang 'interlocking', sistem
retakan mampu memberi ruang untuk air bawah tanah masuk. Lebih banyak retakan lebih besar
potensi untuk menemui air bawah tanah. Ramalan ini boleh dibantu dengan kehadiran sumber air
berhampiran seperti sungai atau tasik.

Gabungan faktor untuk menganggar air bawah tanah

Biasanya indikator terus/langsung akan memberi maklumat yang amat penting dalam
mencongak kedalaman dan jumlah air bawah tanah. Indikator ini akan dibantu pula oleh indikator
tidak terus/tidak langsung yang memperkuat ramalan yang dibuat. Daripada cerapan imej satelit
yang dibuat, peta potensi air bawah tanah boleh dibina. Peta ini berguna untuk menentukan kawasan
mana yang terbaik untuk menggali telaga yang mampu mempunyai kapasiti pengeluaran air bawah
tanah yang tinggi. Sekali gus, memudahkan usaha menggali telaga dan menjimatkan kos.

Gambar di atas merupakan hasil daripada cerapan NASA terhadap kelembapan tanah menggunakan
sensor GRACE. Kawasan biru gelap menandakan kawasan lebih lembap berpotensi air bawah tanah

Berikut ialah beberapa imej yang bolej ditafsir:

http://earthshots.usgs.gov/earthshots/node/47#ad-image-0
1 - Imej di atas diambil di kawasan Orlando, Florida dengan kawasan Disney World ditunjukkan.

Perhatikan bahawa lubang benam berkenaan terisi dengan tasik membuktikan paras air bawah tanah
di kawasan berkenaan agak rendah.

http://www.jpl.nasa.gov/spaceimages/details.php?id=PIA02658
- Imej di atas merupakan Sesar Kunlun di Tibet, China.

- Indikator langsung yang boleh diperolehi daripada gambar berkenaan ialah wujudnya tumbuhan
(merah) di lereng bukit yang membentuk seperti jalur. Di kawasan tumbuhan itu terdapat banyak
anak sungai kecil yang muncul dan mengalir ke selatan menuruni cerun. Hal ini membuktikan
terdapat kawasan yang kaya air bawah tanah di situ.

- Indikator secara tidak langsung yang paling jelas ialah sesar. Kewujudan sesar yang mampu
membawa bersama air bawah tanah di lereng bukit berkenaan memperkuatkan lagi dakwaan
bahawa kawasan di situ kaya air bawah tanah. Air mengalir menerusi sesar ini dan keluar di
permukaan di atas garis sesar membentuk satu jalur kawasan yang kaya tumbuhan di lereng bukit.
Contoh kegunaan:

Global

1. Belanda

Dalam kajian oleh Peters dan Stuurman (1989) mereka telah menggunakan Thematic
Mapper (TM Sensor Landsat) untuk meneliti jenis sedimen permukaan di negara berkenaan.
Beserta dengan itu, mereka turut meneliti secara sistematik senarai aliran air yang menghasilkan
sedimen permukaan berkenaan. Mereka menemui bahawa kawasan berumput yang basah di negara
itu mengandungi air bawah tanah yang cetek tetapi tidak mengalir serta berada di kawasan di mana

air bawah tanah mengalir keluar. Maka dapat disimpulkan kawasan berkenaan berpotensi untuk
mempunyai air bawah tanah yang cetek serta mudah digali.

2. Belgium

Kajian oleh Bartelaan (1993) menggunakan komponen asas untuk mengklasifikasikan


tumbuhan terhadap pengeluaran air bawah tanah. Beliau menyatakan bahawa perkaitan antara tanah
yang lembap dengan warna imej yang gelap hanya boleh diguna pakai untuk sesetengah musim
sedangkan musim yang lain lebih sesuai menggunakan tumbuhan sebagai petunjuk utama. Beliau
menggabungkan imej dari pelbagai jenis pelbagai cahaya gelombang pendek, gelombang mikro
aktif dan pengimejan thermal untuk memudahkan pengasingan dilakukan terhadap kawasan tanah
lembap dan kehadiran sesetengah tumbuhan yang menjadi petunjuk.

Negara Tropika

1. India

Kajian telah dilakukan terhadap kawasan aluvium di utara negara berkenaan yang secara
amnya merupakan kawasan tanah pamah. Kebanyakan kawasan merupakan kawasan pertanian
terbiar/kosong semasa cerapan dibuat. Justeru, terdapat perbezaan ketara dalam imej satelit jika
dibandingkan kawasan berkenaan dengan kawasan sekeliling yang menyerap lebih banyak air
bawah tanah. Maka, pemetaan air bawah tanah dapat dibuat dengan lebih mudah berdasarkan
perbezaan tumbuhan dan penggunaan air.

2. Kenya

Kajian yang dilakukan di Kenya oleh Meijerink dan Van Wijngaarden (1996) menggunakan
imej yang berkaitan dengan evapotranspiration (pengeluaran wap air oleh tumbuhan). Kawasan
kajian merupakan kawasan tasik yang masin tetapi mempunyai pengaliran air tawar masuk. Oleh
itu, teknik berkenaan boleh digunakan untuk meneliti sejauh mana air tawar berkenaan masuk ke
dalam tasik kerana tumbuhan hanya hidup menggunakan air tawar.
Had dan limitasi penderiaan jauh terhadap pencarian air bawah tanah

1. Hasil analisis imej satelit tidak dapat memberikan hasil yang konkrit. Walau baik mana sekali pun
interpretasi terhadap sesebuah imej dibuat, hasilnya tetap sebuah anggaran dan tidak terbukti. Satu-

satunya kaedah untuk membuktikannya ialah dengan menggali telaga di lapangan. Hasil kerja yang
dibuat menggunakan imej satelit setidak-tidaknya membantu untuk meletak lokasi yang dijangka
sesuai untuk pembinaan telaga ini. Berapa banyak air yang keluar atau kualiti air yang dihasilkan
bergantung kepada telaga di lapangan.

2. Analisis imej hanya dibuat terhadap apa yang ada di atas permukaan. Walaupun air bawah tanah
terkumpul di bawah permukaan, imej satelit tidak dapat menembusi permukaan tanah. Justeru,
hanya fitur yang terdapat di atas permukaan yang sesuai untuk dijadikan klu bagi tempat yang
berpotensi mengandungi air bawah tanah yang banyak. Jika ada perkara di bawah permukaan yang
mempengaruhi aliran air bawah tanah, perkara berkenaan akan terlepas pandang.

3. Memerlukan kemahiran penggunaan perisian tertentu serta harganya yang mahal. Imej satelit
mudah didapati malah imej Landsat 7 boleh didapati dengan percuma. Namun, perisian yang
digunakan untuk memproses data imej ini seperti ArcGIS agak mahal serta memerlukan kemahiran
dalam pengendaliannya. Maka secara tidak langsung menambah kos bagi mencari air bawah tanah.

Prospek masa hadapan dalam penggunaan alatan penderiaan jauh terhadap pencarian air
bawah tanah.

1. Mampu membantu perancangan pembangunan sesebuah kawasan. Perancangan yang baik


mampu membantu memanfaatkan sumber air ini bagi kegunaan penduduk setempat. Sumber air
bawah tanah ini juga mampu membantu sektor pertanian jika dilakukan dengan cermat. Jika isipadu
air yang dikeluarkan lebih banyak daripada air yang masuk ke lembangan itu, maka air bawah tanah
juga boleh kehabisan. Perancangan yang baik juga dapat menghalang pencemaran air bawah tanah
seperti memastikan tapak kawasan perindustrian diletakkan jauh daripada sumber air bawah tanah.

2. Dapat membantu kawasan kering untuk mendapatkan air. Walaupun sesetengah kawasan itu
kering, air bawah tanah masih boleh didapati seperti di kawasan lembangan artesian. Justeru, imej
satelit boleh digunakan bagi mengkaji kawasan yang berpotensi untuk mengandungi air bawah
tanah untuk kegunaan penduduk khususnya di kawasan yang miskin dan terputus bekalan air bersih.

3. Membantu menganggar sejauh mana impak manusia terhadap air bawah tanah. Air bawah tanah
merupakan sumber yang amat bernilai. Namun, jika digunakan secara tidak terkawal, sumber ini
boleh habis. Malahan jika terdapat pencemaran berlaku, air bawah tanah ini tidak lagi sesuai untuk
dimanfaatkan. Justeru, memetakan air bawah tanah menggunakan kaedah penderiaan jauh dapat

menjangka impak manusia terhadap sumber ini.


Rujukan

A.M.J. Meijerink 2007 Remote sensing applications to groundwater, UNESCO, France

Ravi P. Gupta 1991 Remote sensing geology, Springer-Verlag Berlin Heidelberg, Germany

You might also like