Professional Documents
Culture Documents
Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah
Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah
Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah
Menurut Ee Ah Meng (2001), peranan guru adalah begitu rumit. Peranan guru di dalam
darjah adalah amat meluas. Secara ringkasnya Guru sebagai seorang pengurus bilik
darjah berperanan atau bertanggungjawab untuk memberikan panduan dan galakan
kepada anak-anak didiknya, menjadi pengajar atau pakar mata pelajaran, menetukan
peraturan dan rutin di dalam bilik darjah, memberikan contoh teladan yang baik (role
model) kepada murid dan juga menjadi pengawal disiplin serta agen pengubah tingkah
laku murid-murid.
Selain itu, guru juga berperanan sebagai kerani iaitu menyelia kerja-kerja
pengurusan murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga berperanan sebagai kaunselor
kepada murid-muridnya. Guru perlu bersedia untuk mendengar dan berkongsi masalah
yang diutarakan oleh murid. Di sekolah, guru adalah pengganti kepada ibu bapa anak
muridnya. Guru juga perlu mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan
masyarakat. Ini penting kerana dengan terbinanya hubungan yang baik antara ibu bapa
dan guru, secara tidak langsung seorang guru itu dapat lebih memahami akan keadaan
kendiri murid tersebut bagi memudahkan seseorang guru itu dapat menggunakan kaedah
pengajaran yang sesuai kepada muridnya. Seterusnya, guru juga berperanan sebagai
penghubung kepada masyarakat setempat.
Di dalam bilik darjah , Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berdasarkan
kepada elemen elemen berdasarkan rajah berikut :
Dapat dilihat di sini bahawa dalam bilik darjah tugas pengajar adalah membekalkan
motivasi untuk merangsang, menimbulkan dan mengerakkan murid untuk pelajar.
Terdapat elemen pengurusan mengelola dengan pelbagai aktiviti pengurusan bilik darjah.
Elemen-elemen tersebut adalah :
i. Mengurus rutin bilik darjah.
ii. Mengurus aktiviti murid-murid.
iii. Mengurus bahan pelajaran.
iv. Mengurus disiplin bilik darjah
v. Mengurus aktiviti kumpulan
vi. Mengurus keadaan fizikal dan kemudahan
vii. Mengurus aktiviti penilaian.
Guru berperanan mengurus rutin bilik darjah. Rutin membawa maksud pekerjaan
atau cara melakukan sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak berubah (Kamus
Dewan Edisi Keempat). Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2013) pula
menyatakan rutin di bilik darjah ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti
oleh murid dalam aktviti yang spesifik mereka di dalam bilik darjah. Guru perlu
memastikan rutin ini dipatuhi oleh murid. Rutin yang sistematik akan mewujudkan bilik
darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa, memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran dan tenaga guru.
Terdapat beberapa jenis rutin iaitu :
i. Rutin Kelas (bukan akademik). Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal
bilik darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik
darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan
untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana
yang kondusif. Contohnya ialah jadual bertugas harian, beratur sebelum masuk ke kelas,
memberikan salam atau ucapan selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas,
membaca doa sebelum mula belajar dan sebelum pulang dan lain-lain.
ii. Rutin Pentadbiran. Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik
darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana
yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini
boleh memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat
dan berdisiplin. Contoh rutin pentadbiran ialah mengambil kehadiran murid, memungut
yuran (seperti yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid
dan rekod kesihatan murid.
iii. Rutin Pergerakan Murid. Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau
bilik darjah kepada yang lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk
beratur sebelum pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan
Sains Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu
bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar. Antara contoh rutin pergerakan murid
ialah ialah murid bergerak dar aktiviti dalam ke aktiviti luar, aktiviti kelas kepada
aktiviti kumpulan dan kelas ke makmal komputer.
iv. Rutin Pengurusan Tugasan. Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap
tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk
memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang
diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian
hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai
pencapaian murid.
v. Rutin Pembelajaran. Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu
menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di
mana perlu. Contoh rutin pembelajaran ialah memungut buku latihan, menanda latihan,
mengagihkan sumber dan buku.
vi. Rutin Interaksi. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti
yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah
digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan
semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik
darjah yang lain. Contoh rutin interaksi ialah Perbincangan kelas dan kumpulan kecil,
membuat ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.