Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Apa itu hubungan antarabangsa?

Hubungan merupakan pertalian atau perkaitan


diantara satu perkara dengan perkara lain. Dalam kehidupan manusia, hubungan
merupakan satu perkara yang tidak dapat dihindarkan dan dielakkan dalam apa
jua perkara. Manusia perlu mempunyai hubungan diatara satu sama lain untuk
saling melengkapi. Hal ini kerana bertujuan untuk memenuhi kepentingan dan
matlamat tertentu. Dalam konteks hubungan antarabangsa, perkara ini turut
terjadi. Oleh sebab itu wujud hubungan antarabangsa dimana negara-negara di
dunia akan mengadakan hubungan antarabangsa untuk memenuhi kepentingan
dan matlamat negara agar tercapai. Proses hubungan antarabangsa ini
berkemungkinan besar akan mencetuskan beberapa konflik atau kerjasama
dalam penggunaaan kekerasan atau kerjasama diantara negara-negara dalam
menghadapi masalah dan keperluan negara. Dalam memberi definisi hubungan
antarabangsa pelbagai definisi akan diberikan oleh setiap orang berdasarkan
pemahaman yang mereka perolehi. Secara umum, ramai yang akan menyatakan
hubungan antarabangsa ialah pertalian, interaksi dan perkaitan di antara
negara-negara dalam dunia. Akan tetapi, makna yang sebenarnya ialah
berkaitan kajian.
Hubungan antarabangsa merupakan satu kajian tentang hubungan antara
negara-negara yang ada dalam sistem antarabangsa. Hubungan antabangsa
yang berlaku dalam dunia bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara
dengan negara, tetapi ia juga merupakan hubungan yang turut melibatkan entitientiti. Entiti tersebut adalah terdiri daripada organisasi dan institusi
antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu. Dalam
hubungan antarabangsa mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem tersebut
mempunyai pelbagai unit seperti negara, organisasi, personaliti dan isu. Ia wujud
perbezaan dari segi peringkat, isu, hubungan antara unit, pengaruh dan
keupayaan. Beberapa negara di dunia pada masa kini juga turut mempunyai
kedudukan sebagai kuasa besar dunia kerana memiliki kuasa dan pengaruh
ketenteraan dan ekonomi yang kuat. Hubungan antara kuasa-kuasa besar
membentuk sistem hubungan tambahan dalam hubungan antarabangsa. Mereka
mempunyai peraturan dan bentuk hubungan yang tersendiri sesama mereka.
Kuasa terbesar dalam kumpulan kuasa-kuasa besar tersebut yang digelar super
power lazimnya mempunyai kuasa yang terkuat antara kuasa-kuasa yang lain
merujuk kepada pemilikan senjata dan keupayaan nuklear. Kita melihat kembali
semasa Perang Dingin yang berlaku suatu ketika dahulu. Kita dapat lihat
bagaimana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang mempunyai kuasa besar
dan digelar sebagai
superpower
. Kedua-dua negara ini akan memastikan kuasa mereka tidak dapat ditandingi
dan sentiasa digeruni oleh negara lain. Secara tidak langsung akan akan wujud
dua jenis negara iaitu negara kuasa besar dan negara lemah. Negara lemah
mempunyai peranan dalam sistem antarabangsa namun pengaruh mereka
tidaklah setanding pengaruh yang diberikan oleh kuasa-kuasa besar dunia
sebagai aktor hubungan antarabangsa Aktor terbahagi kepada dua iaitu negara
(state) dan bukan negara (non-state). Aktor negara yang berdasarkan empat ciri

penting kewujudan negara (sempadan, populasi, kerajaan dan kedaulatan)


mampu memberi kesan pada kedudukan dan pengaruh negara sebagai aktor
dalam hubungan antarabangsa. Sesebuah negara bebas daripada sebarang
ancaman, ugutan dan tekanan luar malah ia berkuasa secara mutlak (konsep
kedaulatan) bagi menentukan kepentingan dan kebajikannya sendiri. Antara lain,
sesebuah negara berkuasa menggubal dan melaksanakan undang-undang,
mengutip cukai, membentuk kuasa tentera, menggunakan sumber aslimalah
boleh dikatakan sebenarnya sesebuah negara dapat melakukan apa sahaja
dalam lingkungan sempadannya demi kepentingan nasional. Aktor bukan negara
merupakan pertubuhan, individu, isu yang mempengaruhi sistem antarabangsa.
Aktor bukan negara memainkan peranan penting dalam hubungan antarabangsa
dan dikawal, dikekang oleh pelbagai aktor-aktor lain. Aktor-aktor ini terdiri
daripada syarikat-syarikat multinasional

2
(MNCs) yang selalunya mampu mengatasi keputusan dan tindakan negaranegara bagi menentukan kepentingan masing-masing. Sesetengah syarikatsyarikat tersebut memiliki kuasa monopoli dalam sumber-sumber yang
diperlukan oleh negara sama ada berbentuk bahan mentah, industri
berteknologi tinggi mahupun produk elektronik bagi kegunaan pengguna. Aktoraktor lain yang terlibat dalam proses hubungan, interaksi dan tawar menawar ini
termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, individu-individu seperti pemimpin dan warganegara negara-negara
tertentu, kumpulan-kumpulan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan pendesak
seperti kumpulan pengganas.

Dalam hubungan antarabangsa terdapat beberapa teori yang digunapakai dan


berperanan penting dalam menerangkan dan meramal masa depan hubungan
antarabangsa . Hal ini kerana dunia mengalami perubahan dan melalui teori
tertentu manusia dapat memahami apa yang sedang berlaku dan memahami
dengan lebih dalam lagi. Apabila kita berfikir secara teori mengenai hubungan
antarabangsa ia akan menjelaskan proses sesuatu polisi antarabangsa melalui
kajian atau membuat ramalan secara menyeluruh. Oleh sebab itu wujud
beberapa teori yang menerangkan hubungan antarabangsa supaya manusia
memahami hubungan antarabangsa dengan lebih mendalam. Antara teori yang
wujud ialah Realisme, Idealisme dan konstruktivisme. Realisme merupakan
diantara teori yang digunapakai dalam hubungan antarabangsa dan mempunyai
kepentingan tersendiri. Perkara asas dalam teori Realisme ialah manusia secara
semlajadi mementingkan diri dan tidak boleh membebaskan diri daripada fakta
bahawa mereka dipacu untuk bersaing sesama sendiri demi kepentingan diri.
Oleh sebab itu manusia perlu melakukan apa sahaja untuk bersaing demi
memenuhi kepentingan diri sendiri. Dalam hunbungan antarabangsa, pemimpin
dalam sesebuah negara bersikap lebih agresif dan kepentingan negara harus
diutamakan berbanding kepentingan negara lain. Golongan Realisme

menekankan kepada penguasaan kuasa yang ada pada diri manusia itu sendiri.
Melalui teori ini juga, sistem negara adalah berbentuk anarki. Tiada kuasa selain
negara yang mampu meregulasikan interaksi mereka, negara perlu berhubung
dengan negara lain, berbanding dikawal oleh entiti lain. Sifat anarki dalam
sistem antarabangsa menggambarkan bahawa negara memerlukan keupayaan
militari yang sesuai bagi menghadapi serangan musuh dan menggunakan
pengaruh yang ada untuk mempengaruhi negara lain. Oleh sebab itu, sesebuah
negara memerlukan keupayaan militari bagi memastikan negaranya mempunyai
kuasa yang lebih kuat berbanding dengan negara lain. Jika keupayaan militari
lemah, sesebuah negara akan ditindas dan terpaksa mengikut kehendak negara
yang lebih berkuasa. Konsep dalam hubungan antarabanga akan memberikan
lagi pemahaman agar kita lebih memahami apa yang dikatakan sebagai
hubungan antarabangsa. Negara-negara perlu berhubung di antara satu sama
lain untuk memenuhi kepentingan serta matlamat negara. Hal ini mewujudkan
kebergantungan antara negara. Kesannya akan meningkatkan lagi kadar
interaksi dan akan mencetuskan konflik atau kerjasama serta penggunaan
kekerasan atau kerjasama di antara negara-negara dalam mengejar matlamat
dan keperluan negara. Konsep hubungan antarabangsa dapat dilihat melalui
kuasa, polar, independence dan dependence. konsep kuasa mempunyai pelbagai
makna dalam hubungan antarabangsa. Makna yang didefinisikan adalah
bergantung kepada konteks dimana kuasa itu digunakan. Kuasa merupakan
kekuatan yang diperolehi daripada 3 elemen iaitu; pengetahuan, kekuatan
militari dan kegagahan. Kuasa juga merupakan matlamat akhir yang perlu
diambil kira dalam pembentukkan dan pemilihan dasar luar. Kuasa juga
menyumbang kepada keupayaan. kekayaan dan pengaruh dalam hubungan
antarabangsa. Apbila negara mempunyai kuasa, negara tersebut akan dapat
bersaing dengan negara lain dan mengekalkan kedudukannya

3
daripada musuh. Kuasa juga mempunyai pembahagiaan iaitu
'soft power
' dan '
hard power
'.
Soft power
merujuk kepada kekuatan berkaitan aspek ekonomi, budaya , muzik dan lainlain.
Soft power
diibaratkan kuasa yang lembut tetapi memberikan kesan kepada negara.

Hard power
merujuk kepada kukuatan militari. Kekuatan militari merupakan kekuatan yang
menjadikan sesebuah negara berkuasa dan mampu mempertahankan
kedudukannya melalui ketenteraan dan penggunaan senjata canggih. Semakin
kuat kekuatan militari yang dipunya oleh negara semakin berpengaruh dan kuat
kedudukan negara. Sebagai contoh amerika Syarikat yang mempunyai kekuatan
militari yang amat kuat. Negara tersebut akan cuba mengekploitasi negara lain
agar kepentingan negaranya dapat dipertahankan. Senjata yang dimiliki oleh
Amerika Syarikat adalah amat canggih dan berkuantiti banyak. Selain itu, .
konsep polar pula terbahagi kepada tiga iaitu dwipolar (dua kuasa yang besar
dunia, Amerika dan Solvit Union), unipolar (berasaskan kekuatan ketenteraan
dan ekonomi) dan multipolar (kuasa berpecah-pecah). Selain itu, kepentingan
nasional juga penting dalam hubungan antarabangsa. Kepentingan nasional ialah
sebuah tujuan umum, berjangka panjang dan berterusan di mana sebarang
negara, kerajaaan atau rejim melihat diri mereka sebagai
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya pada sebarang masa.
Hubungan rasmi di antara masyarakat nasional dan persekitaran luar
merumuskan dan menerangkan kepentingan nasional negara. Kepentingan
nasional akan menjadikan sesebuah negara melakukan sesuatu perkara yang
boleh memberikan keuntungan kepada kedudukannya sama ada daripada segi
politik, ekonomi dan sosiobudaya. Setiap perkara atau dasar yang dilaksanakan
mesti memberikan keuntungan kepada negara dan tidak medatangkan kesan
buruk atau kerugian kepada negara. Apabila konsep ini dilaksanakan dengan
berterusan akan dapat mengekalkan kedudukan negara dalam kedudukan yang
selamat dan stabil. Hubungan dengan negara lain akan digunakan dengan
sebaiknya agar negara memperolehi keuntungan yang akan menjaga kedudukan
negara. Hubungan antarabangsa mempunyai alat dalam mewujudkan hubungan
diantara negara-negara di dunia. Melalui alat ini akan mewujudkan interaksi dan
kergantungan diantara negara-negara. Antara alat tersebut ialah kerjasama,
intervensi/sekatan ekonomi/ tentera dan konflik/perang. Kerjasama merupakan
alat yang menyatukan negara dimana dua buah negara atau lebih akan
membentuk kerjasama dalam menjayakan sesuatu dasar atau program.
Kerjasama yang erat diperlukan dan kefahaman diantara negara yang terlibat
perlu ada agar kerjaama yang dijalinkan akan lenih berjaya dan tidak hanya
berjalan separuh jalan. Melalui kerjasama, sesuatu dasar atau program dapat
dijalankan dengan lebih jaya. Selain itu, kerjasama dalam bidang teknologi akan
menjadikan pertukaran atau perpindahan teknoogi ke dalam negara. Hal ini
berlaku semasa Malaysia menjalankan dasar Pandang Ke Timur. Pada masa itu,
Malayia mengadakan kerjasama dengan negara Jepun dalam membangunkan
negara. Apa yang berlaku ialah teknologi canggih dari Jepun dibawa masuk ke
dalam Malaysia dan mendatangkan kesan yang baik kepada Malayia. Selain itu,
Jepun juga mendapat kebaikan dimana pelabur-pelabur akan melabur ke dalam
syarikat milik negaranya dan memberikan keuntungan kepada Jepun. Kerjasama
memberikan situasi menang-menang dalam negara yang terlibat. Konflik yang
berlaku antara negara-negara wujud disebabkan oleh salah paham, penaklukan
dan lain-lain faktor. Konflik yangerlaku menjadikan negara-negara akan

berhubung dan berinteraksi. Akan tetapi, konflik yang berlaku jika tidak dikawal
dengan bijak akan mencetuskan peperangan dan membawa kemusnahan yang
amat teruk kepada negar-negara yang terlibat. Terdapat juga negara lain akan
mengambil kesempatan terhadap konflik yang berlaku.

You might also like