Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

AEE2073| SMK TRONOH

2015

SMK TRONOH
31750 TRONOH
PERAK

KERTAS KERJA
KEJOHANAN 4 PENJURU SEKOLAH JEMPUTAN SEMPENA JUBLI EMAS SMK
TRONOH 2015

TEMPAT:
PADANG SMK TRONOH

TARIKH:
18 SEPTEMBER 2015

ANJURAN:
KELAB BOLASEPAK
SMK TRONOH

KERTAS KERJA KEJOHANAN 4 PENJURU SMK TRONOH SEMPENA JUBLI EMAS 2015

AEE2073| SMK TRONOH

2015

MENGADAKAN KEJOHANAN 4 PENJURU SEKOLAH JEMPUTAN


SEMPENA JUBLI EMAS SMK TRONOH 2015

ANJURAN KELAB BOLASEPAK SMK TRONOH DENGAN


KERJASAMA PIBG SMK TRONOH

1.0 TUJUAN
Sukan bola sepak merupakan aktiviti sukan yang semakin mendapat tempat dikalangan pelajar
sekolah terutamanya pelajar lelaki. Sukan ini bukan sahaja memberi impak yang positif dari segi
kesihatan dan kecergasan malahan dapat membentuk pelajar dengan nilai-nilai murni seperti
berdisiplin, berkeyakinan tinggi, bertanggungjawab dan mempunyai semangat berpasukan. Buat
pertama kalinya pihak sekolah akan mengadakan aktiviti ini dengan dikenali sebagai Kejohanan
4 penjuru sekolah jemputan sempena Jubli Emas Smk Tronoh 2015.
2.0 LATAR BELAKANG PEROGRAM
Perlawanan 4 penjuru Bolasepak ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh Kelab
Bolasepak SMK Tronoh. Perlawanan ini disertai oleh 4 sekolah jemputan. Setiap pasukan
menyenaraikan 9 pemain termasuk 3 orang pemain simpanan. Perlawanan ini akan diadakan di
padang Smk Tronoh. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

3.0 MATLAMAT
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta
dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini
juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala
kemenangan. Di samping itu, perlawanan ini bertujuan mereratkan sillaturrahim antara sekolahsekolah terpilih.

KERTAS KERJA KEJOHANAN 4 PENJURU SMK TRONOH SEMPENA JUBLI EMAS 2015

AEE2073| SMK TRONOH

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah perlawanan bolasepak.
4.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah kumpulan.
4.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan..
4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
4.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
4.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
sosial.
4.7 Merealisasikan Dasar Kerajaan dalam melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan

5.0 TEMA
Bersukan Untuk Kesihatan

6.0 PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 18 September 2015
4.2 Masa pelaksanaan : 2 pm hingga 6 pm

7.0 LOKASI
Padang SMK Tronoh

KERTAS KERJA KEJOHANAN 4 PENJURU SMK TRONOH SEMPENA JUBLI EMAS 2015

2015

AEE2073| SMK TRONOH

2015

9.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


8.1 Jumlah peserta :48 orang
8.2 Jumlah pasukan :4 pasukan

10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Lampiran 2

11.0 FORMAT PERTANDINGAN


Pertandingan yang diadakan ialah 9 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 12
pemain yakni 9 pemain akan bermain dan 3 lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam
satu perlawanan adalah selama 30 minit(15 minit bagi separuh masa pertama dan kedua). Format
pertandingan adalah setiap pasukan akan diletakkan di dalam satu kumpulan. Setiap pasukan
akan bermain dengan semua pasukan dalam kumpulan tersebut.Pasukan yang mendapat markah
tertinggi akan diumumkan pemenang. Peserta dalam setiap pasukan mesti terdiri daripada muridmurid Tingkatan 1 hingga 5.
12.0 SYARAT PERMAINAN
9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak
hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.
9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.
9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.
9.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan
dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

KERTAS KERJA KEJOHANAN 4 PENJURU SMK TRONOH SEMPENA JUBLI EMAS 2015

AEE2073| SMK TRONOH

2015

13.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


BIL
PERKARA
1
Hamper
Johan :
N.Johan :
Tempat ke-3 :
Tempat ke 4 :
2
Medal
Johan :
N.Johan :
Tempat ke-3 :
Tempat ke 4 :
3
Minuman
4
Pengadil

KUANTITI

JUMLAH (RM)

1
1
1
1

100.00
70.00
60.00
60.00

12xRM 4
12xRM 4
12xRM 4
12xRM 4

48.00
48.00
48.00
48.00
50.00
200.00

2 x RM100
Jumlah

732.00

KERTAS KERJA KEJOHANAN 4 PENJURU SMK TRONOH SEMPENA JUBLI EMAS 2015

AEE2073| SMK TRONOH

2015

15.0 PENUTUP
Kami berharap agar pihak Tuan/Puan dapat mengambil perhatian dan memberi pertimbangan
yang sewajarnya dengan usul yang kami garapkan di dalam kertas kerja ini. Semoga program
tahunan ini dijayakan dengan sempurna dan berjalan di atas keberkatan daripada Allah s.w.t.
Sekalung terima kasih kami dahului kepada semua pihak yang sedia membantu bagi melihat
program ini berjalan dengan lancar dan semoga usaha bersama ini dapat memberi impak positif.
Disediakan oleh,
................
( SYAHARAWI BIN ISHAK)
Guru Penasihat Kelab Bola Sepak SMK Tronoh,
SMK Tronoh.
Disokong oleh
---------------------------------------------(TN. HJ. ZAWAHIR BIN ZAINUDDIN)
Penolong Kanan KoKurikulum
SMK Tronoh.
Diluluskan oleh,
..........................................................
( TN HJ IDRIS BIN NGAH MAT ARIFFIN)
Pengetua SMK Tronoh,
SMK Tronoh.

KERTAS KERJA KEJOHANAN 4 PENJURU SMK TRONOH SEMPENA JUBLI EMAS 2015

You might also like