Garis Panduan Penilaian Tender Besar (Rev 14.4.2010)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

JABATAN KERJA RAYA

PANDUAN PENILAIAN TENDER


KERJA PROJEK BESAR
(MELEBIHI RM10.0 JUTA)

PENGARAH KANAN
CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
APRIL 2010

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR

BIL.

KANDUNGAN

M/ SURAT

1.

Pendahuluan

2.

Maklumat-maklumat Yang Diperlukan Untuk Penilaian

2.1

Borang-borang Maklumat

2.2

Dokumen-dokumen sokongan

2.3

Cara Untuk Mendapatkan Maklumat

2.4

Kegagalan Petender Mengemukakan Maklumat

2.5

Kesahihan dan Pengesahan Maklumat dan


Data-data Penilaian.

2.6

Tender Usahasam/Gabungan

2.7

Memastikan Kecukupan Dokumen Wajib

2.8

Penggunaan dan Penetapan Harga Cut-Off

3.

4.

Penilaian Peringkat Pertama

10

3.1

Pra Syarat Kelayakan

10

Kesempurnaan Tender

10

Kecukupan Dokumen Wajib

10

Kecukupan Modal Minima

11

Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan

13

Tempoh Siap Kerja Maksima

14

Penilaian Peringkat Kedua Penilaian Keupayaan Petender

14

4.1

Petender Yang Perlu Dinilai

14

4.2

Faktor-Faktor Penilaian

14

4.3

Kriteria-kriteria Penilaian

15

Kedudukan Kewangan

16

Keupayaan Teknikal

16

4.4

Markah Penilaian dan Kelayakan Minima

19

Kaedah Pengiraan Markah

19

Kelayakan Minima

20

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA PROJEK BESAR


BIL.

5.

6.

KANDUNGAN

M/ SURAT

Penilaian Keupayaan Petender Gabungan

21

Keputusan Penilaian

21

Semakan Arithmatik

21

Penilaian Peringkat Ketiga Tender Yang Paling


Menguntungkan Untuk Diperakukan

21

5.1

Kesan Rendahan Harga Tender

21

5.2

Tender Yang Hendak Diperakukan

22

Proses-proses Penilaian

23

6.1

Penetapan harga Cut Off

23

6.2

Penilaian Peringkat Pertama

23

6.3

Penilaian Peringkat Kedua Penilaian Keupayaan Petender

24

Penilaian Peringkat Ketiga Tender Yang Paling Menguntungkan Untuk Di


Perakukan.

25

6.5

Laporan Penilaian Tender

26

6.6

Carta Aliran Penilaian Tender

26

6.4

Lampiran-Lampiran
-

Lampiran A

Arahan-arahan Yang Perlu Dimasukkan Ke Dalam Arahan


Kepada Petender, Borang-Borang Maklumat Dan Dokumendokumen sokongan.

Lampiran B

Borang-borang Analisa/Penilaian

Lampiran C

Panduan Anggaran Keperluan Minima

Lampiran D

Panduan Pemarkahan Kriteria Penilaian


Keupayaan Petender.

Lampiran E

Jadual Faktor Rendahan Harga

Lampiran F

Contoh Format Laporan Tender

Lampiran G

Carta Aliran Penyediaan Penilaian Tender

Lampiran H

Surat Arahan Bil. 1/2009,


Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

PANDUAN PENILAIAN TENDER KERJA


PROJEK BESAR

1.0.

PENDAHULUAN

1.1.

Penilaian ke atas tender-tender kerja dijalankan dalam tiga peringkat iaitu


penilaian peringkat pertama, penilaian peringkat kedua dan penilaian peringkat
ketiga.

1.2.

Penilaian Peringkat Pertama merupakan satu sistem penilaian berasaskan


kepada beberapa pra-syarat yang telah ditetapkan untuk menentukan sama ada
petender layak dipertimbangkan untuk penilaian seterusnya.

1.3.

Penilaian Peringkat Kedua pula merupakan satu sistem penilaian pra-kelayakan


pos-tender untuk mengukur dan menentukan keupayaan petender
melaksanakan dan menyiapkan projek yang ditender. Penilaian ini dibuat
berasaskan satu sistem pemarkahan (point system) dan penentuan markah
dibuat secara objektif dan kuantitatif bagi setiap kriteria penilaian.

1.4.

Penilaian peringkat Ketiga pula melibatkan pelarasan keupayaan biayawan


petender untuk mengambilkira kesan rendahan harga tender-tender yang berada
di bawah harga cut off.

1.5.

Semua Pra-syarat yang telah ditetapkan serta kriteria penilaian bagi Penilaian
Peringkat Pertama, Kedua dan Ketiga dijelaskan dalam Panduan Penilaian
Tender Kerja ini. Disamping itu panduan ini juga menggariskan apakah
maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membolehkan penilaian dibuat ke
atas tender-tender, cara mendapatkan maklumat-makumat tersebut, dan
implikasi sekiranya maklumat tersebut tidak dikemukakan.

2.0.

MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENILAIAN

2.1.

Borang-borang Maklumat
2.1.1. Penilaian tender memerlukan maklumat dan data-data berhubung dengan
kedudukan kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal, keempunyaan
loji/peralatan asas dan prestasi kerja semasa petender. Maklumat dan datadata ini hendaklah diperolehi daripada petender dengan melengkap dan
menyertakan borang-borang maklumat berikut seperti di Lampiran A kepada
Panduan ini semasa mengemukakan tender masing-masing.
(a)

(b)

Borang A

Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat


Dan Keesahan Dokumen Yang
Dikemukakan oleh Petender.

Borang B

Maklumat Am Latar Belakang Petender.


4

2.2.

(c)

Borang C

Data-Data Kewangan

(d)

Borang D

Rekod Pengalaman Kerja

(e)

Borang E

Kakitangan Teknikal

(f)

Borang F

Keempunyaan Loji dan Peralatan


Pembinaan Asas setelah diisi dengan
senarai Loji dan Peralatan Asas (tanpa
Bilangan AKM).

(g)

Borang G

Senarai Kontrak Kerja Semasa.

Dokumen-dokumen Sokongan
2.2.1. Bagi memastikan kesahihan, maklumat dan data-data yang diterima daripada
petender berkenaan para 2.1, maklumat tersebut hendaklah disokong dengan
dokumen-dokumen seperti berikut:(1)

Salinan Akaun Syarikat yang telah diaudit oleh Juru Audit yang
bertauliah, bagi tahun kewangan terakhir atau sekiranya tiada, bagi tahun
kewangan setahun sebelumnya.
Akaun Syarikat bagi tahun-tahun
terdahulu daripada itu tidak boleh diterima. Salinan Akaun Syarikat
tersebut hendaklah disahkan oleh Juru Audit/Akauntan bertauliah atau
Pesuruhjaya Sumpah.

(2)

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan


pentender bagi tiga (3) bulan yang terakhir, dan disahkan oleh Cawangan
Bank berkenaan sebelum tarikh tutup tender.

(3)

Laporan asal bank/institusi kewangan mengenai kedudukan kewangan


petender, atas format seperti Borang CA, dalam satu sampul berlakri.
Laporan tersebut hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang
ditauliahkan oleh pihak bank berkenaan.

(4)

Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja dan Salinan Surat Setuju


Terima Tender/Perakuan Bayaran Akhir bagi setiap kerja yang telah
disiap dan disenaraikan di Borang D.

(5)

Salinan Penyata Caruman KWSP bagi bulan caruman terakhir dan


Borang `A yang mengandungi nama setiap kakitangan teknikal atau
salinan perjanjian perkhidmatan professional yang diambil berkhidmat
secara kontrak disenaraikan di Borang E.

(6)

Salinan sijil kelulusan/kelayakan setiap kakitangan teknikal Kategori A


dan B yang disenaraikan di Borang E.

(7)

Salinan Kad Pendaftaran atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan


keempunyaan petender atau perjanjian sewa pajak/sewa beli atas loji dan
peralatan yang disenaraikan di Borang F.

(8)

Salinan Perakuan Bayaran Interim terakhir bagi setiap kerja semasa yang
disenaraikan di Borang G.

(9)

Laporan asal dari Penyelia Projek mengenai prestasi semasa petender,


bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan di Borang G, atas format
5

seperti Borang GA/GA1, dalam satu sampul berlakri. Laporan tersebut


hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Profesional yang menyelia
projek tersebut.

2.3

Cara Untuk Mendapatkan Maklumat


2.3.1. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan Dokumen-dokumen sokongan
seperti yang disenaraikan di perenggan 2.1 dan 2.2 di atas daripada petender,
arahan-arahan seperti di Lampiran A kepada Panduan hendaklah dimasukkan
dalam Dokumen Tender sebagai sebahagian daripada Arahan Kepada Petender.
2.3.2. Bagi memastikan petender akan memberikan maklumat-maklumat sebagaimana
yang dikehendaki, Borang-borang Maklumat iaitu Borang A, B, C, D, E, F dan G
tersebut hendakah dijadikan sebagai sebahagian daripada Dokumen Tender.

2.4.

2.3.3

Selain daripada itu, semasa lawatan ke tapak bina yang diatur oleh Jabatan,
petender hendaklah dimaklumkan dan diberi penerangan mengenai Peraturan
Penilaian Tender dan mereka hendaklah diperingatkan betapa mustahaknya
mereka mengemukakan dokumen-dokumen seperti mana yang diminta dalam
Arahan Kepada Petender serta akibatnya terhadap tender mereka sekiranya
mereka gagal berbuat demikian.

2.3.4

Bagi petender usahasama atau gabungan seperti antara kontraktor-kontraktor


Bumiputera yang dibenarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor, setiap ahli
gabungan hendaklah diminta mengisi dan melengkapkan borang-borang
maklumat yang berasingan.

Kegagalan Petender Mengemukakan Maklumat

2.4.1

Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta hendaklah diperolehi


daripada petender semasa mengemukakan tendernya sebelum Tender ditutup.

2.4.2. Sekiranya petender gagal untuk mengemukakan dokumen wajib seperti yang
dinyatakan di perenggan 3.3.1(2), tendernya hendaklah ditolak (disqualified) di
peringkat pertama penilaian tender dan tidak boleh diberi pertimbangan
seterusnya.
2.4.3. Sekiranya petender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian
daripada Dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan 2.2.1(3), (4), (5),
(6) dan (7), maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan
atau ketidakcukupan dokumen-dokumen tersebut adalah tidak sah dan tidak
boleh diambilkira dalam Penilaian Keupayaan petender yang berkenaan. Ini
bermakna kriteria-kriteria yang mana penilaiannya memerlukan maklumat atau
data-data ini, hendaklah diberi markah nilaian sifar, atau nilai-nilai yang
bergantung kepada dokumen-dokumen tersebut hendaklah diambil sebagai sifar.
2.4.4. Walau bagaimanapun sekiranya dokumen 2.2.1(8) dan (9) tidak dikemukakan
bagi projek-projek yang disenaraikan dalam Borang G, maklumat-maklumat
tersebut hendaklah diambilkira sebagaimana tercatit dan Pegawai Penilai
hendaklah mengambil tindakan seperti di para 2.5 (kecuali Pegawai Penilai
mempunyai maklumat yang terkini mengenai projek berkenaan) kerana ini akan
memberi kesan negatif terhadap nilai keupayaan pentender.

2.5.

Kesahihan dan Pengesahan Maklumat dan Data-Data Penilaian


2.5.1

Maklumat-maklumat yang diberi oleh petender melalui Borang-borang Maklumat


hendaklah disemak untuk memastikan maklumat adalah selaras dengan
Dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan bersamanya. Jika didapati
maklumat bercanggah maka maklumat dari dokumen sokongan yang sah
hendaklah digunapakai. Setelah itu maklumat dan data-data tersebut hendaklah
dianalisa dan dijadualkan dalam Borang-borang 1 hingga 12 seperti di Lampiran
B untuk membolehkan nilaian yang sewajarnya dibuat ke atas setiap kriteria
penilaian keupayaan bagi petender yang berkenaan.

2.5.2. Sekiranya petender didapati tidak memberikan mana-mana maklumat yang


dikehendaki, memalsu atau menyorokkannya, catatan yang sewajarnya
hendaklah dibuat dalam Analisa Data-data Penilaian dan hendaklah juga
dimasukkan dalam Laporan Tender. Dalam kes pemalsuan atau penyorokan
maklumat dokumen yang diberikan, tender yang berkenaan hendaklah sekali-kali
tidak boleh diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima.

2.5.3

2.6

Lazimnya penilaian keupayaan petender hendaklah dibuat hanya berasaskan


maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diterima daripada petender
bersama-sama tendernya sahaja, tanpa semakan lanjut dengan mana-mana
pihak. Bagaimanapun bagi semua tender yang lulus penilaian keupayaan
sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap kesahihan Dokumen-dokumen
sokongan yang diterima daripada/melalui petender, semakan yang sewajarnya
hendaklah dibuat dengan Pegawai Penguasa, Juru Perunding, Pusat Khidmat
Kontraktor, Cawangan Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya,
SKALA, pihak bank dan pihak-pihak lain yang berkenaan oleh Pegawai Penilai
untuk mengesahkan maklumat-maklumat dan data-data yang digunakan dalam
penilaian keupayaan petender-petender yang berkenaan.

Tender Usahasama/Gabungan
Bagi Petender usahasama atau gabungan, adalah dikehendaki mengisi borangborang maklumat secara berasingan

2.7

Memastikan Kecukupan Dokumen Wajib


2.7.1

2.7.2

Sampul dokumen wajib yang diterima bersama-sama dokumen tender petender


hendaklah dibuka di Pejabat Pegawai Penilai dan hendaklah disaksikan oleh
sekurang-kurangnya seorang pegawai daripada Unit lain di Pejabat berkenaan.
Sampul dokumen wajib daripada petender yang disenaraipendek sahaja yang
perlu dibuka. Jawatankuasa Semakan Dokumen Wajib (JSDW) hendaklah
ditubuhkan dan berfungsi sebagai pihak berkecuali yang mengesahkan
penerimaan dan pembukaan dokumen-dokumen wajib/sokongan yang diterima
bagi tujuan mengujudkan ketelusan. Ahli-ahli JSDW hendaklah dianggotai oleh
3 orang ahli seperti berikut
a)

Pengerusi

b)

Ahli 1 & 2

Ketua Unit berkaitan yang menguruskan


tender
Pegawai lain yang berkecuali (sekurang
kurangnya Gred J29) yang tidak berkaitan
dengan
Jawatankuasa
Pembuka
Tender/Penilaian Tender.
7

Ahli JSDW bertanggungjawab mengisi dan menandatangani borang Senarai


Semakan Dokumen Wajib (SSDW).
Sekiranya terdapat apa-apa
keraguan/pemerhatian, ahli JSDW hendaklah membuat catatan dengan tepat
dan jelas sebelum Borang SSDW ditandatangani. Borang SSDW ini hendaklah
dikepilkan bersama-sama Jadual Tawaran untuk dimasukkan di dalam Laporan
Penilaian Tender. Borang SSDW adalah berdasarkan Surat Arahan Bil. 1/2009,
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Sila rujuk Lampiran H

2.8
2.8.1

PENGGUNAAN DAN PENETAPAN HARGA CUT OFF


Pengiraan Harga Cut-off
2.8.1.1

Bagi memastikan harga tender yang munasabah harganya dan sentiasa


mengambilkira harga pasaran semasa diperakukan untuk disetujuterima,
penentuan kemunasabahan harga sesuatu tender hendaklah dibuat
berdasarkan perbandingan dengan satu paras Harga Cut-off yang ditetapkan
mengikut kaedah statistik ke atas harga-harga tender yang diterima termasuk
anggaran jabatan sebagai salah satu daripada harga tender .

2.8.1.2

Penetapan dan Pemakaian Harga Cut-off


Harga Cut-off adalah paras harga terendah yang dianggap munasabah untuk
diperakukan. Harga tender yang lebih rendah daripada Harga Cut-off
dianggap sebagai terlampau rendah dan tidak menjamin kejayaan petender
melaksanakan projek .
Mengikut kaedah statistik penetapan Harga Cut-off hendaklah berasaskan
harga Min dan Standard Deviation harga-harga tender yang diterima (dan
Anggaran Jabatan sebagai salah satu daripadanya), setelah mana-mana harga
freak dikeluarkan.
Harga Cut-off hendaklah digunapakai bagi semua penilaian tender kerja
kecuali tender-tender berikut:a)

Tender yang disertai kurang daripada 10 petender yang boleh diambilkira


untuk pengiraan

b)

Tender yang disertai lebih dari 10 petender tetapi menjadi kurang dari 10
setelah harga freak di keluarkan selepas proses cut off.

c)

Design & Build , Turnkey dan tender-tender yang berasaskan cadangan


rekabentuk/ spesifikasi dari petender;

2.8.1.3 Pengiraan Harga Cut-off adalah berdasarkan formula berikut;


Mean X%Mean atau Mean Stdev
yang mana lebih tinggi, di mana X% adalah seperti berikut;

a. Bagi Kerja Bangunan

X adalah 15%

b. Bagi Kerja Kejuruteraan Awam

X adalah 17%

c. Bagi Kerja Mekanikal & Elektrik

X adalah 15%

Mean

Purata bagi kesemua harga-harga tender yang


diterima dan boleh diambilkira termasuk Anggaran
jabatan (Sebagai salah satu dari harga tender) iaitu;
X/N

Stdev

Standard Deviation bagi kesemua Harga-Harga


Tender yang diterima dan boleh diambilkira termasuk
Anggaran Jabatan iaitu;

NX - (X)
N
Yang mana :X

= Harga-harga Tender dan Anggaran Jabatan

= Bilangan Tender campur 1 (Anggaran Jabatan)

CV = Coefficient of Variation bagi kesemua Harga-harga tender yang boleh


diambilkira termasuk Anggaran Jabatan iaitu :Stdev/Mean

2.8.1.4

Semakan Harga Freak


Sebarang Harga Tender yang dianggap freak hendaklah dikeluarkan daripada
pengiraan. Untuk tujuan ini adalah diputuskan bahawa sesuatu Harga Tender
atau Anggaran Jabatan hendaklah dikira sebagai freak sekiranya ;
X Mean > 2.33 kali Stdev (Z-score > 2.33)
Atau
X Mean < -2.33 kali Stdev (Z-score < - 2.33)

2.8.1.5 Walau bagaimanapun bagi projek-projek yang berprestij tinggi yang mana harga
yang tinggi dijangka lebih menjamin kelancaran perlaksanaan projek dan kualiti
yang baik, Pengarah Cawangan/Negeri dibenarkan untuk mencadangkan
pindaan terhadap formula penetapan Harga Cut-off iaitu dengan
mengurangkan nilai X% (contohnya Mean - 12%Mean atau Mean
10%Mean). Cadangan ini hendaklah dibuat secara bertulis serta justifikasinya
sebelum tender ditutup untuk kelulusan Ketua Pengarah Kerja Raya.

2.8.2

Petender Yang Perlu Dinilai


2.8.2.1

Penilaian hanya perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10


tender yang berada di atas paras Cut-off dan tender yang berada di
bawah paras cut off dengan Harga Kerja Pembina tidak lebih rendah
dari (-)15.99% berbanding harga Mean Kerja Pembina.
9

2.8.2.2

Bagi tender yang tidak menggunakan kaedah cut off


(a) Tender yang disertai kurang dari 10 petender penilaian hendaklah
dibuat ke atas semua petender
(b) Tender Terbuka (Reka & Bina) - Penilaian hanya perlu dilaksanakan
ke atas sekurang-kurangnya 10 petender yang menawarkan harga
tidak melebihi siling peruntukkan dengan perbezaan tidak lebih
rendah dari (-)18.00% dari siling peruntukkan.

3.0
3.1

PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA


Pra Syarat Kelayakan
3.1.1

Pra syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan perlu ditepati oleh petender bagi
melayakkan tendernya dipertimbangkan untuk penilaian Peringkat Kedua adalah
seperti berikut:-

(1)

Kesempurnaan Tender
Hanya tender-tender yang lengkap dan bebas dari segala kecacatan dari
segi undang-undang dan kontrak yang boleh menjejaskan kelayakannya
mengikut amalan semasa, layak dipertimbangkan. Misalnya tender yang
mana borang tendernya tidak ditandatangani atau ditandatangani oleh
pihak yang tidak diberikuasa atau di mana harga tender atau tempoh siap
tidak dicatit di dalam borang tender atau tidak menepati mana-mana
syarat mentender yang penting tidak layak dipertimbangkan. Kesemua
dokumen asas tender juga hendaklah dikembalikan oleh petender.
Dokumen asas yang dimaksudkan adalah:-

(2)

(a)

Borang Tender

(b)

Senarai Kuantiti/Ringkasan Tender

(c)

Adenda (tambahan) yang dikemukakan kepada petender selepas


dokumen dijual kepada mereka (jika ada).

(d)

Rekabentuk, spesifikasi, senarai harga dan sebagainya yang


perlu bagi membolehkan kerja yang direkabentuk oleh petender
dinilai. (Untuk Reka & Bina)

Kecukupan Dokumen Wajib


Petender hendaklah mengemukakan maklumat dan Dokumen-dokumen
Sokongan yang secukupnya semasa mengemukakan tendernya untuk
membolehkan penilaian keupayaannya dibuat.
Dokumen-dokumen
sokongan yang diperlukan untuk menentukan sama ada petender
menepati pra-syarat (3) dan (4) selepas ini, iaitu dokumen-dokumen
berikut telah ditetapkan sebagai dokumen wajib yang mesti dikemukakan
oleh petender untuk melayakkan tendernya dipertimbangkan:

10

Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru
Audit bertauliah bagi tahun kewangan terakhir atau sekiranya
tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya;
Atau
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam
Tangan Pentender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh
tutup Tender;
Atau
Salinan Laporan Bank/Institusi Kewangan atas borang CA;
Petender yang gagal mengemukakan mana-mana dokumen tersebut
tidak layak dipertimbangkan.

(3)

Kecukupan Modal Minima


(a)

Hanya petender yang dapat mengemukakan bukti yang ia


mempunyai modal dalam bentuk asset mudah cair sekurangkurangnya tiga (3%) peratus daripada nilai kerja pembina
(builders
works)
mengikut
Anggaran
Jabatan
layak
dipertimbangkan. Modal dalam bentuk asset mudah cair ialah
jumlah campuran Modal Pusingan (Asset Semasa tolak Liabiliti
Semasa seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan)
atau nilai positif purata baki akhir bulan dalam Penyata Bulanan
Bank bagi tiga bulan terakhir termasuk deposit tetap, sahamsaham amanah (seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah
Saham Mara dan Amanah Saham Johor) dan Bon
Perbendaharaan (sekiranya ada) yang mana lebih tinggi, dan
jumlah baki Nilai Kemudahan Kredit yang dinikmati dan nilai
Kemudahan Kredit tambahan yang layak/akan diperolehi oleh
petender daripada Bank atau Institusi Kewangan.

(b)

Jumlah Nilai Purata Baki Akhir Bulan dalam Penyata Bulanan


Bank bagi tiga bulan terakhir ditentukan seperti berikut:(i)

Penyata Bulanan Bank yang terakhir di antara tiga (3)


bulan yang disyaratkan tersebut mestilah dikemukakan
oleh petender untuk tujuan penilaian. Bagi menentukan
Penyata Bulanan Bank terakhir yang dimaksudkan,
Pegawai Penilai boleh berpandukan kepada Penyata
Bulanan Bank bagi bulan sebelum tender ditutup atau
Penyata Bulanan Bank terakhir yang mana majoriti
petender berupaya mengadakannya.
Di mana petender mengemukakan hanya satu (1) atau
dua (2) Penyata Bulanan Bank, sekiranya nilai baki bersih
Penyata Bulanan Bank tersebut adalah positif maka nilai
ini hendaklah dibahagikan dengan tiga (3).

(ii)

(c)

Sekiranya nilai baki bersih penyata bulanan tersebut


adalah negatif maka nilai ini dianggap sifar.

Saham-saham dan Bon Perbendaharaan yang boleh diambilkira


adalah yang dimiliki atas nama pemilik firma Perkongsian
11

(d)

(e)

(Partnership) dan Pemilik Persendirian (Sole Proprietorship)


sahaja. Sekiranya firma adalah atas nama Sdn. Bhd., maka
saham-saham dan bon adalah atas nama syarikat.
Deposit Tetap yang telah dicagarkan untuk mendapatkan
Kemudahan Kredit atau Deposit Tetap yang telah diambilkira
dalam Lembaran Imbangan untuk menghasilkan asset semasa
tidak boleh diambilkira.
Jumlah Nilai Baki Kemudahan Kredit yang dinikmati ditentukan
berasaskan salah satu formula seperti yang dinyatakan di bawah
ini:
(i)

Di mana Laporan Bank/Institusi Kewangan mengenai


kedudukan kewangan Petender dalam Borang CA ada
dikemukakan/dinyatakan, jumlah Baki Kemudahan Kredit
yang dinikmati ialah jumlah (baki) kemudahan kredit dalam
bentuk mudah cair yang dinyatakan dalam borang CA
seperti baki kemudahan overdraf dan baki talian kredit
yang sedang dinikmati atau diperakui/dijamin, pinjaman
yang akan/layak diperolehi untuk projek dan baki Surat
Jaminan Kredit [ Letter of Credit (LC) ] yang belum
digunakan.

(ii)

Di mana borang CA tidak dikemukakan tetapi laporan


Bank/Institusi Kewangan dalam bentuk lain yang
menyatakan jumlah kasar kemudahan kredit yang
sedang/telah dinikmati (belum mengambilkira nilai yang
telah digunakan) ada dikemukakan, jumlah Baki Nilai
Kemudahan Kredit yang dinikmati dikira berasaskan
jumlah kasar Kemudahan Kredit tersebut ditolak nilai
negatif bulan akhir dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga
(3) bulan terakhir dari Bank/Institusi Kewangan yang sama.
Kesemua Borang CA yang dikemukakan hendaklah
disahkan kesahihannya termasuk jumlah dan baki kredit
yang ada.

(iii)

Nilai Kemudahan Kredit (KK) yang dijanjikan atau akan


dipertimbangkan/ditentukan seperti berikut:-

Surat tanpa komitmen


sepenuhnya mengenai
KK baru yang dijanjikan
oleh satu atau lebih Bank.

ambil 50% nilai


yang tertinggi
dari sebuah bank

Surat tanpa komitmen


sepenuhnya mengenai
KK tambahan yang
dijanjikan oleh satu
atau lebih Bank.

ambil 50% jumlah


nilai dari semua
Bank berkenaan.

Surat dan komitmen


sepenuhnya mengenai
KK yang dijanjikan.

ambil 100% nilai


yang tercatat.

Surat tanpa apa-apa


janji dari Bank.

0% (tiada nilai)

12

(f)

(4)

Bagi petender-petender usahasama atau gabungan, kumpulan


Modal Minima hendaklah dianalisa secara bergabung di mana
asset mudah cair ahli-ahli gabungan digabungkan mengikut ekuiti
masing-masing.

Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan


(a)

Kerja Semasa diertikan kerja kontrak yang masih dalam


pelaksanaan dan belum disiapkan pada Tarikh (tutup) Tender.

(b)

Prestasi Kerja Semasa dinilai berasaskan pencapaian kemajuan


kerja sebenar petender berbanding dengan kemajuan yang
sepatutnya dicapai mengikut program kerja, dan nilainya dikira
mengikut formula berikut:
Prestasi Kerja Semasa (PKS) = A S(P+D)/P
Di mana,
A =

Peratus kemajuan sebenar yang dicapai.

S =

Peratus kemajuan yang sepatutnya dicapai mengikut


jadual, atau 100% sekiranya Tarikh Penyiapan sudah
luput.

P =

Tempoh kontrak, termasuk tempoh lanjutan masa yang


diluluskan dan/atau yang patut diluluskan.

D =

Tempoh Luputan tarikh penyiapan kerja (tempoh LAD)


pada tarikh penilaian kemajuan kerja terakhir, atau nilai
kosong sekiranya Tarikh Penyiapan belum luput.

Adalah perlu diperhatikan bahawa nilai PKS membawa tanda ( - )


dan hendaklah ditulis sedemikian sekiranya pencapaian kemajuan
sebenar petender di belakang jadual.

(c)

Petender hendaklah dipastikan tidak mempunyai kerja semasa


yang mana prestasinya boleh dianggap sebagai sakit atau
sedang menghadapi tindakan untuk penamatan pengambilan
kerjanya.
Sekiranya kemajuan pelaksanaan projek semasa
pentender mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20
peratus (20%) daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan
mengikut mana yang terdahulu prestasi kerjanya adalah
ditakrifkan sebagai sakit. Sekiranya diketahui atau terdapat
bukti-bukti bahawa kerja semasa yang dilaksanakan oleh
petender merupakan projek sakit atau petender sedang
menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerjanya, tender
berkenaan hendaklah ditolak dan tidak layak dipertimbangkan.

(d)

Sekiranya petender mempunyai lebih daripada satu kerja semasa,


nilai prestasi kerjanya hendaklah berasaskan kerja semasa yang
mana prestasinya adalah terendah. Sekiranya petender didapati
menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerja berhubung
dengan pelaksanaan mana-mana kerja semasanya di mana notis
13

untuk tujuan itu telah dikeluarkan terhadapnya, prestasi kerja


semasanya hendaklah dikira sebagai `sakit walaupun terdapat
kerja semasanya yang lain berjalan lancar.

(5)

(e)

Bagi petender-petender usahasama atau gabungan, prestasi kerja


semasa hendaklah dianalisa berasaskan kerja-kerja semasa yang
dilaksanakan oleh setiap ahli gabungan mengikut ekuiti masingmasing.

(f)

Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi kerja petender atas


Borang GA lagi setiap kerja semasa yang dilaksanakan sekiranya
kerja semasanya yang dikendalikan bukan projek JKR.

Tempoh Siap Kerja Maksima


Petender yang menawarkan tempoh yang melebihi tempoh siap kerja
maksima yang ditetapkan dalam Arahan Kepada Pentender tidak layak
dipertimbangkan.

3.2

Petender yang didapati gagal menepati salah satu daripada pra-syarat kelayakan di atas
tidak layak diberi pertimbangan.

4.0. PENILAIAN PERINGKAT KEDUA PENILAIAN KEUPAYAAN PETENDER


4.1. Petender yang perlu dinilai
4.1.1

Penilaian Keupayaan perlu dibuat ke atas petender yang lulus Penilaian


Peringkat Pertama. Jika bilangan petender yang lulus penilaian peringkat
pertama kurang dari tiga (3) petender, maka penilaian peringkat pertama perlu
diulang sehingga bilangan petender yang lulus mencapai sekurang-kurangnya
tiga (3) petender.

4.2. Faktor-Faktor Penilaian


4.2.1

Faktor-faktor berikut digunakan bagi menilai keupayaan petender:A -

Kedududukan Kewangan
A1 - Keupayaan Biayawan (Financial Bid Capacity)

B -

Keupayaan Teknikal
B1.

Pengalaman Kerja

B2.

Kakitangan Teknikal

B3 .

Keempunyaan Loji/Peralatan Asas (bagi kerja Kejuruteraan Awam


dan Binaan Bangunan sahaja).

14

4.2.2

Faktor-faktor wajaran (weightage) seperti berikut:-

Faktor-Faktor

Kejuruteraan
Awam

Binaan
Bangunan

Kerja Mekanikal
dan Elektrik

45%

50%

50%

B1 - Pengalaman Kerja

35%

35%

35%

B2 - Kakitangan Teknikal

15%

15%

15%

B3 - Keempunyaan Loji
Dan Peralatan Asas

10%

5%

105%

105%

100%

A - Kedudukan Kewangan
A1 - Keupayaan Biayawan
B - Keupayaan Teknikal

Jumlah:

4.3.

Kriteria-Kriteria Penilaian
4.3.1.A -

Kedudukan Kewangan

4.3.1.1. A1 - Keupayaan Biayawan


(1)

Keupayaan Biayawan (KB) petender ialah jumlah Nilai Tahunan Projek


yang dijangka dapat dibiayai oleh petender daripada pelbagai punca
kewangannya.
Faktor ini dinilai berasaskan Modal Pusingan dan `Nett Worth seperti
yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet) sekiranya
petender adalah Syarikat Sdn. Bhd., atau mana-mana petender yang
bukan Sdn. Bhd tetapi mengemukakan Lembaran Imbangan dan juga
mengambilkira, Kemudahan Kredit daripada Bank atau Institusi
Kewangan lain, dan jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja dalam tangan yang
masih belum disiapkan; mengikut formula dan takrif-takrif seperti berikut;
KB = [ (10 x MP) + { (5 x (NW - MP) ) @
(9 x KK) } ] - (0.5 x NTBK)
atau
Bagi petender yang tidak mengemukakan Lembaran Imbangan, dinilai
berasaskan Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif purata baki
akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir. dan
juga mengambilkira, Kemudahan Kredit daripada Bank atau Institusi
Kewangan lain, dan jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja dalam tangan yang
masih belum disiapkan; mengikut formula dan takrif-takrif seperti berikut;
KB = [ (10 x WDTS) + ( 9 x KK) ] - (0.5 x NTBK)
15

di mana,
@ = Bermakna yang mana lebih tinggi.
MP = Modal Pusingan, iaitu perbezaan antara Asset Semasa dan
Liabiliti Semasa pentender seperti yang dinyatakan dalam
Lembaran Imbangan dan dicampur nilai positif perbezaan
antara wang dalam tangan semasa (WDTS) dengan wang
dalam tangan dalam lembaran imbangan.
`Nett Worth iaitu perbezaan antara Jumlah Asset dan
Jumlah Liabiliti petender seperti yang dinyatakan dalam
Lembaran Imbangan.

NW =

WDTS = Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif


purata
baki akhir bulan dalam Penyata Bulanan Bank bagi tiga
bulan terakhir.
KK

Nilai baki Kemudahan Kredit yang diperolehi atau layak


diperolehi seperti yang dinyatakan dalam Laporan bank
atau institusi kewangan lain atas borang CA,
dan/ atau
jumlah kasar nilai kemudahan kredit seperti yang
dinyatakan oleh Bank/Institusi Kewangan (dalam borang
selain dari borang CA) tolak nilai negatif baki akhir bulan
dalam Penyata Bulanan Bank bagi bulan terakhir dari
bank/institusi kewangan yang sama.

NTBK = Jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja Dalam Tangan, iaitu


jumlah baki nilai kerja dalam tangan bagi kerja-kerja
yang belum mencapai 75% kemajuan (termasuk kontrak
baru yang diketahui akan diawardkan kepadanya yang
perlu disiapkan oleh petender dalam tempoh satu tahun
dari tarikh tutup tender) tidak termasuk Wang Kos Prima
dan Wang Peruntukan Sementara.
(2)

Kriteria penilaian keupayaan Petender membiayai


projek yang
ditender
ialah nisbah bandingan nilai Keupayaan Biayawannya
berbanding dengan Nilai Tahunan Projek. Nilai Tahunan Projek ialah
nilai projek mengikut Anggaran Jabatan setelah ditolak Wang Kos Prima
dan Wang Peruntukan Sementara (nilai kerja pembina) dibahagi dengan
Tempoh Siap Kerja Maksimum.

(3)

Bentuk-bentuk Kemudahan Kredit mudah cair yang boleh diterima untuk


kegunaan pengiraan di atas adalah seperti kemudahan overdraf dan
talian kredit yang sedang dinikmati atau diperakui/dijamin dan pinjaman
yang layak diberikan oleh pihak bank atau Institusi Kewangan lain kepada
petender. Kemudahan kredit yang dijanjikan atau akan dipertimbangkan
tertakluk kepada syarat-syarat atau pernyataan umum tanpa komitmen
daripada Bank atau Institusi Kewangan lain tidak boleh diambilkira dalam
pengiraan di atas.

16

4.3.2.B -

Keupayaan Teknikal

4.3.2.1.B1 -

Pengalaman
(1)

Faktor ini dinilai berasaskan kriteria-kriteria berikut:B1.1. Jumlah nilai kerja yang disiapkan dalam tempoh lima tahun
yang lepas.
B1.2. Nilai kerja terbesar yang pernah disiapkan dalam tempoh
lima tahun yang lepas.

(2)

Jenis kerja yang diambilkira hendaklah terhad kepada kerja-kerja


yang sebandingan atau yang serupa dengan projek yang ditender
sahaja.
Penentuan samada sesuatu pengalaman kerja itu
sebanding atau serupa dengan projek yang ditender, hendaklah
berpandukan kepada penjenisan kerja mengikut Kepala dan Subkepala yang dipakai bagi pendaftaran kontraktor-kontraktor kerja
oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan mengikut takrif-takrif
berikut:(a)

(b)

Serupa ertinya
(i)

Kerja yang diliputi oleh kepala kerja


dan subkepala kerja yang sama seperti kerja yang ditender.

(ii)

Kerja yang diliputi oleh kepala kerja yang sama


tetapi sub-kepala kerja yang berlainan daripada
kerja yang ditender dan bersifat lebih komplek.

Sebanding ertinya
(i)

Kerja yang diliputi oleh kepala kerja yang sama


tetapi sub-kepala kerja yang berlainan daripada
kerja yang ditender dan tidak bersifat lebih
komplek.

(ii)

Kerja yang diliputi oleh kepala kerja yang berlainan


daripada kerja yang ditender

Kerja yang diambilkira juga terhad kepada kerja yang


dilaksanakan oleh pentender sebagai Kontraktor Utama
dan Sub-kontraktor Yang Dinamakan sahaja. Kerja yang
dilaksanakan sebagai sub-kontraktor biasa tidak boleh
diambilkira kecuali ada pengesahan dari pihak Pegawai
Penguasa dan Kontraktor Utama dan jenis dan skop kerja
hendaklah bersesuaian dengan kerja yang ditender.

4.3.2.2.B2 -

(1)

Kakitangan Teknikal

Faktor ini dinilai berasaskan kriteria-kriteria berikut:


B2.1. Bilangan kakitangan teknikal di bawah penggajian petender
berbanding dengan bilangan Anggaran Keperluan Minimum
(AKM) kakitangan teknikal untuk melaksanakan Projek yang
17

ditender dengan memuaskan.


dinyatakan di Lampiran C1.

AKM

kakitangan

teknikal

B2.2. Pengalaman kakitangan teknikal di bawah penggajian petender.


(2)

Bilangan AKM kakitangan teknikal bagi sesuatu projek hendaklah


ditetapkan sebelum penilaian kriteria ini dibuat. AKM bergantung kepada
jenis dan nilai kerja pembina yang terkandung dalam sesuatu projek.
Panduan bagi menetapkan bilangan AKM adalah seperti di Lampiran C1.

(3)

Kakitangan teknikal yang diambilkira dibahagikan kepada tiga kategori,


iaitu Kategori A, Kategori B dan Kategori C. Pembahagian ini berasaskan
disiplin dan/atau kelulusan/kelayakan mereka seperti berikut:Kategori A

Kategori B

Kategori C

Jurutera (Awam, Mekanikal dan Elektrik)


bidang pembinaan, Akitek, Juru Ukur Bahan, ahliahli `Institute of Building, siswazah dalam bidang
Pengurusan Binaan lepasan universiti-universiti
yang diiktiraf oleh Kerajaan.
i)

Pemegang Diploma Lepasan Universiti dalam


bidang pembinaan
ii) siswazah-siswazah dalam bidang-bidang lain.
iii) Pemegang sijil-sijil bidang pembinaan dari
Politeknik
-

Nota:

Kakitangan-kakitangan lain yang membantu atau


menjalankan tugas teknikal seperti pengawasan
kerja di tapak bina, kerja ukur mengukur,
rekabentuk dan sebagainya.
Untuk menentukan kakitangan yang layak
diambilkira bagi setiap kategori perlu ada
dokumen sokongan seperti Ijazah/Diploma/Sijil
dan bukti penggajian seperti borang KWSP A
atau surat perjanjian perkhidmatan.

(4)

Kakitangan-kakitangan tersebut di atas yang boleh diambilkira hendaklah


hanya mereka yang sedang dalam penggajian petender pada tarikh tutup
tender sahaja termasuk ahli professional yang diambil khidmat secara
kontrak.

(5)

Bagi mengambilkira perbezaan kategori dan pengalaman kakitangan


teknikal dalam penggajian petender, bilangan dan pengalaman mereka
dikira atas asas-asas berikut:a) Faktor Penyama
KATEGORI
Nilai Faktor Penyama

A
1.00

B
0.70

C
0.50

Bagi kakitangan kategori C dan B, peratus (%) bilangan AKM dihadkan


kepada 100% dan jumlah pengalaman purata dihadkan kepada 10 tahun.
Ini adalah untuk memastikan markah maksima yang diperolehi bagi
kriteria-kriteria ini tidak melebihi 75% sekiranya petender tidak mengambil
bekerja kakitangan teknikal kategori A.
18

4.3.2.3.B3 - Keempunyaan Loji dan Peralatan Asas

4.4.

(1)

Kriteria yang digunakan untuk mengukur faktor keempunyaan loji dan


peralatan asas ialah bilangan loji/peralatan asas yang dimiliki atau yang
disewapajak/sewabeli oleh petender dan sesuai digunakan dalam projek
yang ditender, berbanding dengan bilangan Anggaran Keperluan Minima
(AKM) Loji/Peralatan Asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja
dengan memuaskan. AKM Loji/Peralatan Asas dinyatakan di Lampiran
C2.

(2)

Jenis-jenis dan bilangan AKM Loji/Peralatan Asas bagi sesuatu projek


hendaklah ditentukan sebelum mempelawa tender dan disertakan
bersama dokumen tender menggunakan borang F atau selewat-lewatnya
sebelum penilaian kriteria ini dibuat. Jenis-jenis dan bilangan AKM
Loji/Peralatan Asas bergantung kepada jenis, nilai dan tempoh penyiapan
kerja yang perlu dijalankan. Panduan bagi menetapkan jenis dan
bilangan AKM Loji/Peralatan Asas adalah seperti di Lampiran C2.
Panduan ini disediakan berdasarkan tempoh penyiapan biasa. Pemilihan
jenis kerja untuk menetapkan jenis-jenis dan bilangan AKM Loji/Peralatan
Asas mengikut panduan ini hendaklah pada amnya berdasarkan jenis
kerja utama yang mempunyai nilai majoriti dalam projek yang ditender.

(3)

Loji dan peralatan yang boleh diambilkira dalam penilaian ini hendaklah
terhad kepada loji dan peralatan seperti berikut:
(a)

Loji dan peralatan yang terdapat dalam senarai Loji/Peralatan


Asas yang ditetapkan bagi projek yang ditender. Bagaimanapun
loji dan peralatan utama lain yang dimiliki oleh petender boleh
juga diambilkira sekiranya ia menjalankan fungsi yang sama
seperti mana-mana Loji/Peralatan Asas yang ditetapkan.

(b)

Loji dan peralatan yang dipunyai oleh pentender secara belian


atau sewa-beli sebelum tender ditutup sahaja.

(c)

Loji dan peralatan yang berumur tidak melebihi 150% umur kerja
biasa (normal workinglife).

(d)

Loji dan peralatan yang disewapajak hendaklah dengan syarat


perjanjian sewapajak meliputi jangkaan tempoh penggunaan logi
berkenaan bagi projek yang sedang ditender.

Markah Penilaian dan Kelayakan Minima


4.4.1. Kaedah Pengiraan Markah
4.4.1.1.

Wajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu faktor penilaian diagih sama


rata kepada kriteria-kriteria penilaian faktor berkenaan.

4.4.1.2.

Markah penilaian bagi sesuatu kriteria diperolehi dengan mengikut


Panduan Pemarkahan Kriteria Penilaian Keupayaan Petender seperti
di Lampiran D.

4.4.1.3.

Purata markah-markah nilai kriteria-kriteria di bawah sesuatu faktor


memberikan markah bagi faktor yang berkenaan. Markah setiap faktor
hendaklah didarabkan dengan peratus wajaran yang diuntukkan
19

baginya. Jumlah markah-markah faktor tersebut memberikan markah


keseluruhan keupayaan seseorang petender.
4.4.1.4.

Pengiraan pemberian markah ini dibuat menggunakan Borang


Penilaian Keupayaan Petender seperti di Borang 12a bagi kerja
Kejuruteraan awam, Borang 12b bagi Kerja Binaan Bangunan dan
Borang 12C bagi kerja Mekanikal dan Elektrik. Contoh borang-borang
ini adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran B12a/12b/12c.

4.4.2. Kelayakan Minima


4.4.2.1.

Nilai Keupayaan Minima petender bagi melayakkan tendernya


dipertimbang untuk diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk
disetujuterima adalah berasaskan nilai keupayaan petender seperti
berikut:-

Markah Minimum
Petender
Berpengalaman

Petender
Belum
Berpengalaman

Kriteria
BB

KA

BB

KA

i - Keupayaan Biayawan

20.0

18.0

20.0

18.0

ii - Keupayaan Teknikal

12.5

13.8

2.5

5.0

iii - Keupayaan
Keseluruhan

45.0

45.5

35.0

28.0

Nota :
BB
KA

4.4.2.2.

Kerja Binaan Bangunan & M&E


Kerja Kejuruteraan Awam

Petender yang Sudah Berpengalaman ditakrifkan sebagai petender


yang pernah menyiapkan sekurang-kurangnya satu projek kontrak
kerja yang mempunyai kepala kerja yang sama seperti projek yang
ditender. Petender yang belum berpengalaman ialah petender yang
belum pernah menyiapkan projek yang mempunyai Kepala Kerja yang
sama seperti projek yang ditender, dan tidak pernah dikenakan
tindakan pemansuhan kontrak, sebelum tarikh tutup tender.
Petender yang tidak mempunyai kerja yang disiapkan dalam tempoh
lima tahun kebelakang adalah dianggap sebagai petender yang belum
berpengalaman. Walau bagaimanapun jika petender tidak mempunyai
kerja dalam tempoh lima tahun tetapi mempunyai kerja semasa pada
masa penilaian tender dibuat petender tersebut dianggap sebagai
berpengalaman.
20

4.4.2.3.

Petender yang memperolehi markah Penilaian Keupayaan yang


kurang daripada Markah Kelayakan Minimum hendaklah dianggap
sebagai tidak berkeupayaan untuk melaksanakan kerja yang ditender.
Maka ia tidak layak dipertimbang untuk diperakukan kepada Lembaga
Perolehan untuk disetujuterima.

4.4.3. Penilaian Keupayaan Petender Gabungan


4.4.3.1.

Bagi petender-petender usahasama atau gabungan, penilaian


keupayaan mereka hendaklah dibuat secara berasingan sehingga
mendapat markah keupayaan seperti yang dijelaskan dalam
perenggan 4.3.
Markah-markah keupayaan ahli-ahli usahasama
hendaklah kemudiannya digabungkan dengan mengambilkira ekuiti
setiap ahli usahasama dalam gabungan tersebut (sebagai wajaran)
mengikut kiraan weighted average untuk mendapatkan markah
keupayaan gabungan berkenaan.

4.4.4. Keputusan Penilaian


Keputusan Penilaian Keupayaan hendaklah dijadualkan dalam Borang 13 Jadual Keputusan Penilaian Keupayaan seperti di Lampiran B13.

4.4.5

Semakan Arithmatik
Buat semakan arithmetik (setakat yang perlu) seperti yang biasa diamalkan ke
atas tender yang lulus peringkat dua. Catatkan maklumat kesilapan ini atas
LAMPIRAN D1 dan dilaporkan dalam laporan penilaian.

5.0.

PENILAIAN PERINGKAT KETIGA-TENDER YANG PALING MENGUNTUNGKAN


UNTUK DIPERAKUKAN

5.1.

Kesan Rendahan Harga Tender


5.1.1. Kesan Rendahan Harga Tender hendaklah ditentukan ke atas semua petender
yang dinilai dan telah lulus penilaian peringkat kedua dan harga tender asalnya
kurang daripada Harga Cut-Off. (Atau lebih -18% dari AJ jika tidak
menggunakan kaedah cut off)
5.1.2. Bagi mengambilkira Kesan Rendah Harga Tender, satu faktor iaitu Faktor
Rendahan Harga (FRH) didarabkan kepada markah Keupayaan Biayawan yang
diperolehi di peringkat kedua. Faktor Rendahan Harga (FRH) ini diperolehi
mengikut formula seperti berikut:
FRH

( R6 - 1)* R / ( R-1 ) / 6

Di mana
R =

Nisbah Harga Pembina Petender/Harga Pembina Cut Off (atau


kerja pembina AJ jika tidak menggunakan kaedah cut off)

Atau,
21

R = (1 L%)
Faktor Kesan Rendahan Harga boleh diperolehi dengan merujuk L% dalam
Jadual Faktor Rendahan Harga di Lampiran E.

5.1.3. Sekiranya hasil pendaraban Faktor Rendahan Harga dengan jumlah modal
mudah cair yang boleh digunakan menyebabkan jumlah modal mudah cair
tersebut lebih rendah daripada modal minima yang diperlukan masing-masing,
maka tender yang berkenaan hendaklah dianggap terlalu rendah dan Keupayaan
Biayawan petender tidak mampu menanggung kerugian/rendahan harga yang
akan dialami. Dalam keadaan ini petender berkenaan tidak layak diperakukan.

5.2

Tender Yang Hendak Diperakukan


5.2.1

Pada dasarnya tender-tender yang lebih tinggi dari Harga Cut-off atau tender
yang lebih rendah dari cut off dengan harga kerja pembinan tidak lebih rendah
dari (-)15.00% Mean Kerja Pembinan (atau tidak lebih besar dari -18% dari
Kerja Pembina AJ jika tidak menggunakan kaedah cut off) layak
dipertimbangkan. Tender-tender yang lebih rendah dari harga cut off dan harga
kerja pembinan lebih rendah dari (-)15.00% dari Mean Kerja Pembina (atau
lebih besar dari -18% Harga Kerja Pembina AJ jika tidak menggunakan kaedah
cut off) tidak layak dipertimbangkan. Selain dari melepasi Harga Cut-off (atau
AJ) di atas, petender yang layak dipertimbangkan hendaklah lulus di setiap
peringkat penilaian.
Walau bagaimanapun , tender yang lebih rendah dari Harga Cut-off boleh juga
di pertimbangkan sekiranya petender memenuhi kriteria-kriteria berikut:a)
b)
c)

Lulus semua peringkat penilaian termasuk Faktor Rendahan Harga


(FRH)
Harga petender tidak lebih rendah dari (-)15.00% berbanding harga
Mean Kerja Pembina dan
Jika terdapat lebih dari satu petender yang menawarkan harga tender di
bawah Harga Cut-off serta memenuhi syarat (a) dan (b) di atas,
keutamaan perakuan adalah kepada petender yang paling hampir
dengan Harga Cut-off.

5.2.1

Pada prinsipnya tender yang paling menguntungkan Kerajaan untuk diperakukan


kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima hendaklah tender yang
terendah dan lulus semua peringkat penilaian Kesan Rendahan Harga tender.

5.2.2

Bagi penilaian yang tidak menggunakan kaedah Cut Off, sekiranya


Jawatankuasa Penilaian Tender mendapati bahawa Anggaran Jabatan adalah
lebih rendah berbanding harga tender yang terendah perkara seperti ini
hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam Laporan Tender dan perakuan yang
sewajarnya dengan sebab-sebab yang munasabah hendaklah dibuat kepada
Lembaga Perolehan supaya sama ada:

5.2.3

(a)

Meneruskan penerimaan tender tersebut; atau

(b)

Tidak menerima mana-mana tender dan mempelawa semula Tender.

Pertimbangan untuk memutuskan salah satu perakuan di atas hendaklah


berasaskan pilihan yang dipercayai paling menguntungkan Kerajaan setelah
mengambilkira kesuntukan atau kelegaan masa bagi perlaksanaan projek,
22

keadaan pasaran, kemungkinan wujudnya pakatan menender oleh petenderpetender dan sebagainya. Bagaimanapun dalam apa jua keadaan sekalipun,
sebagai satu polisi yang perlu dipatuhi oleh Jawatankuasa Penilaian Tender
mengikut peraturan ini, petender yang tidak lulus Penilaian Keupayaan atau
dalam lain perkataan tidak layak diperakukan, sekali-kali tidak boleh diperakukan
untuk disetujuterima.

6.0.

PROSES-PROSES PENILAIAN

6.1.

Penetapan harga Cut Off Mengikut Kaedah Statistik


6.1.1

Analisakan tender-tender secara statistik bagi menentukan harga Min(Mean),


Deviasi Piawai (Std. Deviation) dan had-had keyakinan (Confidence Limits).
Analisis tender-tender Mengikut Kaedah Statistik ini hendaklah dilampirkan di
dalam Laporan Penilaian Tender.
Bagi tender yang tidak menggunakan kaedah Cut Off sila rujuk perkara 2.8.2.2.

6.2 Penilaian Peringkat Pertama


6.2.1

Semak kesempurnaan tender-tender untuk mempastikan ianya lengkap dan


bebas dari segala kecacatan dari segi undang-undang dan kontraktual dan
lengkapkan Borang 1 Analisa Kesempurnaan Tender.

6.2.2

Bagi tender yang menetapkan tempoh siap maksima, semak tempoh yang
ditawarkan. Jika melebihi tempoh siap maksima yang ditetapkan atau tidak
menawarkan sebarang tempoh siap, tender tersebut tidak layak
dipertimbangkan. Bagi tender yang menetapkan tempoh siap (fixed period),
semak tempoh siap kerja yang ditawarkan oleh petender dengan tempoh siap
kerja yang ditetapkan. Sekiranya petender tidak menyatakan sebarang tempoh,
tempoh siap kerja yang ditetapkan hendaklah digunakan. Catatkan keputusan
ini atas Borang 1.

6.2.2

Semak kecukupan maklumat dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh


petender dan lengkapkan Borang 2 Analisa Kecukupan Dokumen (wajib).
Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang secukupnya hendaklah
dikemukakan oleh petender semasa mengemukakan tendernya.

6.2.3

Ambil tindakan-tindakan berikut ke atas setiap tender bagi menentukan petender


mempunyai modal minimum yang diperlukan:
(i)

Semak data-data kewangan yang terkandung dalam Borang C


dengan data-data dalam Lembaran Imbangan, Penyata Bulanan
Akaun Bank dan Laporan Bank/Institusi Kewangan atas
kedudukan petender.

(ii)

Buat analisa awal ke atas kedudukan kewangan petender dan


lengkapkan Borang 3 Analisa Kecukupan Modal dengan
menggunakan tatacara pengiraan sebagaimana diterangkan di
perenggan 3.3.1(3) dalam Panduan Penilaian Tender.

(iii)

Tentukan samada jumlah campuran Modal Mudah Cair iaitu


jumlah campuran Asset Cair dan baki Kemudahan Kredit petender
sekurang-kurangnya 3% daripada Anggaran Nilai Kerja Pembina
23

(Anggaran Jabatan Tolak Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan


Sementara).
6.2.4

6.2.5

Ambil tindakan-tindakan berikut bagi menentukan prestasi kerja semasa


petender:
(i)

Sebaik sahaja tender diterima daripada Jawatankuasa Pembuka Tender,


dapatkan maklumat kerja semasa petender daripada Pegawai Penguasa
bagi projek JKR. Untuk tujuan ini Pegawai Penguasa dan wakil Pegawai
Penguasa diminta memberi kerjasama kepada Pegawai Penilai untuk
memberi maklumat prestasi pentender dengan segera apabila diminta
dengan mengisi Borang GA1 - seperti di Lampiran A kepada Panduan
Penilaian Tender dan dihantar dengan mesin Fax.

(ii)

Semak data-data dalam Borang G sama ada menyamai dengan Laporan


Sulit Penyelia Projek atas Borang GA bagi setiap kerja semasa petender
yang bukan projek JKR.

(iii)

Buat analisa prestasi kerja semasa petender dengan melengkapkan


Borang 4 Analisa Data-data Penilaian Prestasi Semasa Petender.

(iv)

Tentukan samada terdapat mana-mana kerja semasa petender yang


mana kemajuan sebenar yang dicapai mengalami kelewatan melebihi
dua bulan atau 20 (20%) peratus daripada tarikh atau jadual yang
ditetapkan mengikut mana yang terdahulu, prestasi kerjanya adalah
ditakrifkan sebagai sakit.

Catatkan keputusan Penilaian Peringkat Pertama ini atas Borang 5 Jadual


Keputusan Penilaian Peringkat Pertama .

6.2.6. Dapatkan pengesahan daripada Cawangan Pembangunan Usahawan (CPU)


Kementerian Kerja Raya atau pejabat CPU di negeri-negeri atau urusetia
Tender JKR di Ibu Pejabat JKR, sama ada petender yang lulus Penilaian
Peringkat Pertama tidak mempunyai projek sakit (yang tidak dapat dikesan
kerana maklumat mengenainya mungkin disorok oleh petender).
Bagi
menjimatkan masa, gunakan mesin Fax untuk urusan ini.
6.2.7. Setelah menerima pengesahan tersebut dari pejabat-pejabat berkenaan buat
catatan tambahan dalam Borang 5 Jadual Keputusan Awal, terhadap manamana petender yang didapati mempunyai projek sakit.
6.2.8

6.3

Senaraikan petender-petender yang lulus Penilaian Awal dan disahkan tidak


mempunyai projek sakit dalam Borang 6 Jadual Senarai Petender yang Lulus
Penilaian Awal mengikut turutan harga tender.

Penilaian Peringkat Kedua Penilaian Keupayaan Petender


6.3.1. Semak maklumat dan data-data kedudukan kewangan, pengalaman kerja,
kakitangan teknikal dan keempunyaan loji/peralatan asas petender yang terdapat
dalam Borang-borang maklumat C,D,E & F dengan maklumat-maklumat yang
terdapat dalam Dokumen-dokumen sokongan yang diterima daripada petender.
6.3.2. Sekiranya terdapat percanggahan atau perbezaan antara maklumat-maklumat
yang terdapat dalam Borang-borang maklumat dan Dokumen-dokumen
Sokongan, buat pembetulan yang sewajarnya dalam Borang-borang Maklumat
24

supaya selaras dengan maklumat yang terdapat dalam Dokumen-dokumen


Sokongan.

6.4

6.3.3

Analisa kesemua maklumat dan data-data kedudukan kewangan, pengalaman


kerja, kakitangan teknikal dan keempunyaan loji/peralatan asas, buat semua
pengiraan yang perlu dan lengkapkan format-format Analisa Data-Data Penilaian
berkenaan seperti di Borang 7, 8, 9, 10 dan 11.

6.3.4

Berdasarkan nilai-nilai kriteria penilaian masing-masing, yang diperolehi daripada


analisa maklumat dan data-data tersebut, tentukan markah setiap kriteria dan
markah keseluruhan penilaian Keupayaan Kewangan, Pengalaman Kerja,
Penggajian Kakitangan Teknikal dan Keempunyaan Loji dan Peralatan Asas
mengikut panduan pemarkahan yang telah ditetapkan seperti di Lampiran D
kepada Panduan Penilaian Tender atas Borang 12a, atau 12b - Penilaian
Keupayaan Petender, mengikut yang mana berkenaan.

6.3.5

Bandingkan Markah Keupayaan Petender dengan Markah Kelayakan Minima


dan tentukan sama ada petender berkenaan lulus Penilaian Keupayaan atau
sebaliknya.

6.3.6

Ulangi proses-proses di perenggan 6.3.1 hingga 6.3.5. di atas bagi tender kedua,
ketiga dan seterusnya hingga terdapat tiga (3) hingga lima (5) petender yang
lulus Penilaian Keupayaan.

6.3.7

Jadualkan keputusan penilaian keupayaan petender atas borang 13 - Jadual


Keputusan Penilaian Keupayaan Petender.

6.3.8

Buat semakan arithmetik (setakat yang perlu) seperti yang biasa diamalkan ke
atas tender yang lulus peringkat dua. Catatkan maklumat kesilapan ini atas
LAMPIRAN D1 dan dilaporkan dalam laporan penilaian.

Penilaian Peringkat Ketiga Tender Yang Paling Menguntungkan Untuk Diperakukan.


6.4.1

Bagi mengambilkira Kesan Rendahan Harga Tender buat pelarasan ke atas


Markah Keupayaan Biayawan petender yang lulus penilaian peringkat kedua dan
harga tendernya kurang daripada Haga Cut-Off dalam Borang 14.

6.4.2

Sekiranya Markah Keupayaan Biayawan atau Markah Keseluruhan lebih rendah


daripada markah kelayakan minima masing-masing, maka tender berkenaan
hendaklah dianggap terlalu rendah dan petender berkenaan tidak layak
diperakukan. Ulangi proses 6.4.1. bagi petender seterusnya.

6.4.3

Sekiranya Markah Keseluruhan didapati lebih rendah dari markah kelayakan


minima
yang ditetapkan maka tender berkenaan dianggap tidak layak
diperakukan.

6.4.4

Tentukan tender terendah mengikut harga terlaras dikalangan tender yang lulus
penilaian peringkat ketiga sebagai tender yang paling menguntungkan Kerajaan
untuk diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetujuterima.

6.4.5

Sekiranya harga tender terendah tersebut didapati terlalu tinggi berbanding


dengan Anggaran Jabatan, timbang dan putuskan samada hendak
memperakukan kepada Lembaga Perolehan supaya menyetujuterima tender
yang terendah tersebut atau tidak menerima mana-mana tender dan memanggil
semula tender, mengikut peraturan seperti yang dinyatakan di perenggan 5.3.3.
di atas.
25

6.5

Laporan Penilaian Tender


Bagi tujuan penyeragaman laporan penilaian tender satu format laporan penilaian
dicadang digunakan seperti di Lampiran G

6.6

Carta Aliran Penilaian Tender


Carta Aliran proses-proses penilaian yang tersebut di atas adalah seperti yang
ditunjukkan di Lampiran H.

26

You might also like