Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM PENUTUPAN DAN PERTANDINGAN


HAFAZAN MINI ULUL ALBAB
MRSM BESERI 2015
MUQADDIMAH
Al Quran ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai
panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah : Sesungguhnya Al
Quran ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik
dan paling lurus.(Al Isra:9)
Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Quran? Kalaulah Al
Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan
yang banyak di dalamnya.(An Nisa:82).
Hadith Rasulullah SAW : Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu
tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab
Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak MRSM Beseri ialah untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia.
Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada
penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan
membaca Al Quran. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari
Al Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
RASIONAL
Pelajar MRSM Beseri terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Pelajar
yang terabai dan tercicir daripada kemahiran Al Quran perlu diberi
perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan ,akan lahirlah
generasi yang kurang berminat untuk menghayati Al Quran dan Islam.
Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan sosial
dikalangan masyarakat dan menjejaskan imej Negara. Oleh itu, program
celik Al Quran menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut
dilaksanakan. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu pelajar
untuk membaca dan seterusnya membudayakan Al Quran dalam
kehidupan.
TEMA
Al Quran Panduan Hidup Sepanjang Masa
OBJEKTIF
1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Quran secara tartil.
2. Mendekatkan diri pelajar dengan Al Quran dan melahirkan pelajar
PINTAR SOLEH.
3. Memupuk kesedaran pelajar kea rah memahami pengajaran daripada
Al Quran dan seterusnya membudayakan Al Quran dalam kehidupan.
4. Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membudayakan
Al Quran dalam kehidupan.

SASARAN
Semua pelajar Muslim lelaki dan perempuan tingkatan satu hingga lima ,
MRSM Beseri.
TARIKH & TEMPOH MASA
16 Oktober 2015 (Jumaat)
8.00 pagi 12.00 tgh
TEMPAT
Dewan Besar MRSM Beseri, Perlis.
MODUS OPERANDI
1. Penyediaan kertas kerja dan pembentangan kertas kerja.
2. Pembentukan AJK pelaksana.
KANDUNGAN SILIBUS UNTUK PERTANDINGAN
Menengah Atas Surah-surah pilihan
1. Tingkatan Empat (2 surah, 61 ayat) : Surah as-Sajdah dan Surah
al-Insan.
2. Tingkatan Lima (2 surah, 113 ayat): Surah Yaasin dan Surah alMulk.
Menengah Rendah Juzu ke 30
1.
Tingkatan Satu (22 surah, 157 ayat) : Surah an-Naas hingga
Surah ad-Dhuha.
2. Tingkatan Dua (10 surah, 231 ayat) :Surah al-Layl hingga Surah
al-Muthaffifin.
3. Tingkatan Tiga (5 surah, 176 ayat) :Surah al-Infitar hingga Surah
an-Naba.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Rujuk lampiran A
ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk lampiran B

KESIMPULAN

Adalah diharapkan semoga program yang akan dijayakan ini bakal


memberikan kesan yang mendalam terhadap hati dan minda setiap
pelajar untuk sama-sama menghasilkan yang terbaik demi untuk agama,
bangsa, keluarga dan negara.
Disediakan Oleh :

(NOOR LIZA BINTI SHUKOR)


Setiausaha ,
Program Hafazan Mini Ulul Albab,
MRSM Beseri,
Perlis.
Disokong Oleh :

(AIDBAH BINTI SULAIMAN)


Timbalan Pengetua HEP,
Maktab Rendah Sains MARA Beseri,
Perlis.
Diluluskan Oleh:

(MOHAMAD SALIM BIN L.BULAT)


Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Beseri,
Perlis.

LAMPIRAN A
SENARAI AJK
1.
2.
3.
4.

Penyelaras
Setiausaha
Persiapan Tempat
Peralatan & Siaraya
Abdul Rahman
5. Sijil & Hadiah
6. Juru Kuiz
:
7. Hakim
:
:

:
:
:
:

Ustaz Abu Hasan Bin Ahmad


Ustazah Noor Liza Binti Shukor
Ustazah Habibah Binti Abdul Razak
Ustazah Muniratun Syakirah Binti

:
Ustazah Siti Amrina Binti Bokhari
Ustaz Nazarudin Bin Othman
:
Ustaz Mohd Sofian Bin Hussin (Ketua)
Ustaz Abu Hasan Bin Ahmad
Ustaz Amirul Nassir Bin Yusof

LAMPIRAN B
ANGGARAN BELANJAWAN
BAHAGIAN
JOHAN
NAIB JOHAN
SAGUHATI

KUANTITI
RM 50.00 X 6
RM 40.00 X 6
RM 10.00 X 27
JUMLAH

JUMLAH (RM)
300.00
200.00
270.00
770.00

You might also like