Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengenalan

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai di samping penduduknya
yang berbilang kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Keadaan ini
dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum di negara kita. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian tanpa ada rasa perbezaan antara
satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan.
Menurut Kamus Dewan, definisi membawa maksud penggabungan, peleburan,
persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainyaPerpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada
perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri
masyarakat majmuk di negara kita.
Selepas membaca tentang artikel Hubungan Etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal
kejernihan dalam kekerohan, kami telah dapat melihat tentang intensiti perpaduan dan
integrasi yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan idea yang dikemukakan oleh pengarang
artikel ini, kami akan menilai sejauh manakah rakyat Malaysia dijelmakan.

Rumusan
Kami berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasan ini. Ini
disebabkan tugasan ini dapat menggerakkan kami untuk mempelajari dan mengetahui lebih
lanjut tentang perpaduan di Malaysia. Dalam proses menyempurnakan tugasan ini, kami
menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur
kerana hidup dalam sebuah negara yang aman damai. Perpaduan kaum amat penting untuk
mengekalkan kestabilan politik. Kami berharap agar warga Malaysia akan berganding bahu dan
peka terhadap isu perpaduan negara kita.

You might also like