Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Nama

: Putaarsini A/P Hari Krishnan

Nombor Kad Pengenalan

: 020625-01-1526

Nama dan Alamat Sekolah

: SMK Canossion Convent


Batu2, Jalan Batu Pahat,
86 000 Kluang,
Johor.

Tajuk Kerja Kursus

: Tempat-tempat Bersejarah Di Malaysia.

Nama Guru Sejarah

: Norfasihah Bte Adnan

Skor

Elemen

Markah

Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah


Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah
Jumlah Markah
Tahap Pencapaian

KERJA KURSUS SEJARAH

Bil

Butir- butir

Muka surat

1.

Tajuk

2.

Isi kandungan

3.

Penghargaan

4.

Objektif Kajian

5.

Kaedah Kajian

Laporan Kajian
A. Tempat- tempat Bersejarah di Malaysia
6.

i)

Istana Seri Menanti

ii)

Lembah bujang

iii)

Bangunan Sultan Ibrahim

B. Tempat- tempat bersejarah yang ingin/telah saya


kunjungi

6-8
9-16
17-19
20-21

7.

Rumusan

22

8.

Lampiran

23-24

9.

Rujukan

25-26

KERJA KURSUS SEJARAH

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kasih
sayangNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat
menghantar pada waktu yang ditetapkan.
Saya ingin merekamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Sejarah saya iaitu Pn.Norfasihah Bte Adnan kerana telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan beliau dalam menjalankan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih
juga saya tujukan kepada pengetua SMK Canossion Convent, Lew Mui Lian
yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu
Hari Krishnan A/L Kuppusamy dan ibu saya Jajaganthimani A/P Ganesan
@ Pilliar yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan
sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga kepada
rakan-rakan saya dan kepada semua individu yang membantu menyiapkan
tugasan ini. Terima kasih atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang
telah anda kongsikan bersama.

KERJA KURSUS SEJARAH

Tugasan kerja Kursu Sejarah ini memepunyai beberapa objektif seperti yang
berikut :
a) Saya dapat mengetahui tempat- tempat bersejarah di Malaysia.
b) Saya dapat mengetahui dengan lebih jelas kedudukan tempat sejarah di
Malaysia .
c) Saya berasa bangga dan sayang kepada Malaysia dengan kewujudan
tempat -tempat bersejarah yang masih kekal walau sudah bertahun lama .
d) Saya dapat mengunjungi tepat -tempat bersejarah yang di kaji bersama
keluarga pada cuti sekolah.

KERJA KURSUS SEJARAH

Kaedah- kaedah kajian tempat - tempat bersejarah di Malaysia yang saya


gunakan adalah seperti berikut.
a)

Kaedah Temuramah
Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa
saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa tempat-tempat
bersejarah yang diketahui, sama ada melalui pengalaman mereka secara
langsung dengan mengunjungi tempat bersejarah atau sekadar
menyaksikannya.

b) Kaedah Pemerhatian
Saya melihat dan mengkaji sendiri tempat-tempat bersejarah di
Malaysia.
c)

Kaedah Analisis Dokumen


Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku, majalah,
dokumen-dokumen penting yang terdapat di perpustakaan dan
mengumpul beberapa gambar dari bahan internet.

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang
dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang
masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan
ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi
muzium.
KERJA KURSUS SEJARAH

Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.


Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu.
Dibina pada 1902 dan
siap pada
tahun 1908 kerana
Istana Pulih telah
dibakar oleh askaraskar Inggeris semasa
mengejar Yamtuan
Antah ketika
berlakunya
peperangan Bukit
Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang diPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah
bersemayam di istana ini sehingga tahun1931 dan baginda berpindah pula ke
istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua
orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah
dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana
khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis
Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan
pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri
yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit
Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak.
Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi
pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. [1]. Pasak kayu keras
KERJA KURSUS SEJARAH

digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk


kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Istana Seri Menanti atau "Istana


Lama"

Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga
tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard
telah turut hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada
tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa
penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar
ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan
sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14
Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja
ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah
dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi
tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang
tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa
dengan kerjasama pihak istana.

KERJA KURSUS SEJARAH

Sejarah Awal

Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di


Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan
Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan
pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan,
Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian

KERJA KURSUS SEJARAH

Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi
bersejarah.
Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan
tinggalan sejarah di tapak
arkeologi atau carigali seperti
runtuhan candi, struktur bandar dan
pelabuhan terpendam, ratusan ribu
pecahan seramik, kaca dan manik
dari China, Asia Barat atau Tanah
Arab serta dari India, patungpatung dan arca, batu bersurat serta
peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula
semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah
petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang.
Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua.
Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di
Lembah Bujang.
Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu
nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang
melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang
telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab
untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada
perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik
pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain,
nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai
pengaruh Hindu - Buddha.

KERJA KURSUS SEJARAH

Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan


kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau
kawasan dipilih sebagai petempatan
adalah berdasarkan beberapa kriteria.
Antaranya ialah mudah didatangi
kerana kemudahan pengangkutan
contohnya sungai dan jalan darat
yang baik, terlindung daripada
bencana semulajadi dan serangan
lanun serta bekalan makanan yang mudah didapati.
Keadaan muka bumi Lembah Bujang sangat sesuai sebagai sebuah
petempatan kerana mempunyai pantai dan tebing di sepanjang Sungai Merbok
yang mudah dimudiki, jalan air semulajadi di sepanjang Sungai Muda dan cerun
bukit yang membolehkan pedagang berlindung. Kemudahan jalan air ini
dikatakan menarik minat pedagang-pedagang untuk singgah di Lembah Bujang.
Pedagang-pedagang terutamanya dari China akan menggunakan jalan air ini
sebagai jalan pintas untuk pergi ke pelabuhan kerajaan-kerajaan lain seperti
Langkasuka dan Srivijaya. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang
menjadikan Lembah Bujang sebagai tempat yang penting pada abad ke-4
hingga abad ke-11. Antaranya ialah pedagangan yang wujud antara China
dengan India.
Pedagang-pedagang dari kedua-dua negara ini memerlukan tempat untuk
mereka bertukar-tukar barang dagangan. Selalunya, tempat yang terletak di
pertengahan jalan perdagangan kedua-dua negara akan dipilih sebagai pelaburan
pertukaran barang. Lembah Bujang dilihat sebagai tempat yang sesuai di
kalangan para pedagang untuk dijadikan pelabuhan untuk bertukar dan
menyimpan barang-barang.

KERJA KURSUS SEJARAH

10

Pedagang dari China juga menggunakan Sungai Merbok sebagai jalan


pintas untuk bertukar barang di pelabuhan kerajaan-kerajaan lain terutamanya
Langkasuka. Sungai Merbok digunakan kerana ia dapat menjimatkan masa
untuk cepat sampai ke destinasi perdagangan berbanding dengan penggunaan
Selat Melaka dan Laut China Selatan yang memaksa mereka mengelilingi
seluruh Kepulauan Melayu.
Lembah Bujang juga berfungsi sebagai tempat menunggu pertukaran
angin monsun di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Keadaan laut bergelora
serta ribut laut yang berlaku semasa Angin Monsun Barat Daya bertiup di Selat
Melaka dan Angin Monsun Timur Laut di Laut China Selatan memaksa
pedagang-pedagang mencari tempat untuk berlindung dan Lembah Bujang
merupakan tempat yang sesuai untuk pedagang-pedagang berlindung.
Para pedagang juga turut berdagang dengan penduduk-penduduk
tempatan di sekitar Lembah Bujang. Menurut H.G Quarith Wales, kawasan
Lembah Bujang memang telah sedia didiami oleh masyarakat pribumi yang
terdiri daripada Orang Asli dan mengamalkan sistem ekonomi sara diri
bergantung kepada pertanian dan hasil hutan seperti damar, rotan dan kayukayan.
Barang-barang ini sangat diperlukan oleh para pedagang untuk
perdagangan mereka, manakala masyarakat tempatan memerlukan barangan
seperti kain, rempah, pinggan mangkuk, tembikar, barang pertukangan untuk
keperluan harian mereka.
Masyarakat Asli ini menganuti fahaman animisme dan mudah menerima
nilai-nilai baru. Ini memudahkan para pedagang yang membawa bersama
mubaligh-mubaligh bagi mengembangkan ajaran agama masing-masing,
sebagai contoh Pedagang India telah berjaya mengembangkan agama Hindu dan
KERJA KURSUS SEJARAH

11

Buddha pada abad ke-5 di Lembah Bujang. Lembah Bujang seterusnya


berkembang menjadi pusat penyebaran agama Hindu - Buddha yang terkenal
kerana sikap terbuka penduduknya dan tiada langsung menerima penentangan
daripada masyarakat tempatan.
Selain itu, Lembah Bujang juga berkembang sebagai petempatan dan
pelaburan disebabkan oleh fungsi Gunung Jerai. Kedudukan Gunung Jerai yang
merupakan gunung tertinggi di Barat Semenanjung Tanah Melayu menjadikan
kawasan Lembah Bujang sebagai tempat penting.
Pedagang-pedagang telah menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk
arah dan panduan untuk mengelakan mereka sesat terutama pada waktu malam.
Puncak Gunung Jerai dapat dilihat dengan jelas dari lautan.
Bagi pedagang dari India pula tertarik dengan keadaan berdekatan dengan
Gunung Jerai terutama Lembah Bujang kerana mempunyai banyak air terjun
dan subur untuk pertanian. Menurut ajaran agama Hindu, tempat tinggi seperti
Kaki Gunung Jerai adalah tempat suci. Oleh itu, mereka memilih Lembah
Bujang untuk mengembangkan Agama Hindu.
Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah
Bujang. Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Lembah Bujang pernah
berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Ini membantu Lembah Bujang
menjadi sebuah pelabuhan yang pesat.
Ramai pedagang yang singgah di sini untuk berdagang dan bertukar
barang. Pedagang-pedagang China mengenali Kedah Tua atau Lembah Bujang
sebagai "Yeh-po-ti" dan "Chieh Cha".

KERJA KURSUS SEJARAH

12

Pedagang India pula menggelarkan Lembah Bujang sebagai "Kataha",


"Katahanagara", "Kidaram", "Kadaram" dan "Kalagam" manakala pedagang
dari Arab mengenalinya sebagai "Kalah" atau "Qalha". Lembah Bujang juga
terdapat di dalam catatan dan sumber bertulis Barat. Lembah Bujang dalam
catatan Barat digelar sebagai "Quedah", "Quedaram", "Kheddah", "Gedda" dan
sebagainya.
Peninggalan Agama Hindu - Buddha yang ditemui di Lembah Bujang
merupakan kesan daripada proses kemasukan agama Hindu - Buddha melalui
perdagangan. Ia juga menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan" atau
"Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu.
Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan
kebudayaan di Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya.
i.

Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha.


Peringkat ini bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit
Meriam, Bukit Choras dan sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa
masuk melalui aktiviti perdagangan. Banyak candi dibina dan ditemui di
kawasan-kawasan ini.

ii.

Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya.


Pada abad ke-7 hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah
naungan Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang turut berkembang sebagai
pusat perdagangan dan perkembangan agama Hindu di nusantara kerana
kedudukannya yang berdekatan dengan Kerajaan Srivijaya.

iii.

Peringkat Pengkalan Bujang.


Peringkat ini merangkumi abad ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang
telah mencapai taraf pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah
berkembang ke kawasan Matang Pasir, Merbok, Batu Lintang dan Tikam
Batu.

KERJA KURSUS SEJARAH

13

iv.

Peringkat Kuala Muda.


Peringkat ini berlaku pada abad ke 14. Perubahan muara Sungai Muda
telah menyebabkan perkembangan kebudayaan semakin malap. Candicandi banyak dibina di kawasan pedalaman.
Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa

masuk ke Lembah Bujang melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap
Buddha awal. Ia berlangsung dari abad ke-4 hingga abad ke-5. Mubalighmubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama pedagangpedagang India.
Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini
berlaku dari abad ke-6 hingga abad ke-8. Pada masa ini, Kerajaan Srivijaya
ialah pusat penyebaran agama Hindu yang terkenal. Ia sekaligus dibawa ke
Lembah Bujang melalui aktiviti penaklukan, perkahwinan dan hubungan
diplomatik. Pada masa itu, Lembah Bujang masih berada di bawah naungan
Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu
menggantikan Srivijaya.
Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula
pada abad ke-9 hingga abad ke-14. Pada masa ini, penduduk tempatan telah
berkemahiran membina candi dan menguasai tulisan India terutamanya tulisan
"Pallawa".
Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke
Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa
pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan sebagainya. Penduduk
sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan menghapuskan buktibukti peninggalan agama Hindu-Buddha.

KERJA KURSUS SEJARAH

14

Selain itu, perubahan muara Sungai Muda dan sungai-sungai berdekatan


yang semakin cetek menyebabkan pedagang beralih ke pusat perdagangan lain.
Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada peninggalanpeninggalan arkeologi di Lembah Bujang. Proses carigali adalah salah satu
kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap arkeologi di Lembah Bujang telah
dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh Kolonel James Low. Penemuan ini
menarik minat pengkaji-pengkaji lain untuk membongkar sejarah Kedah Tua.
Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah tapak
arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah telah dikenalpasti.
Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi mengandungi pelbagai
tinggalan sejarah, seperti struktur atau jumpaan artifak sama ada berkaitan
dengan perdagangan atau yang berkaitan dengan artifak keagamaan atau
struktur bangunan candi.
Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar tanah,
tembikar batu, porselin, kaca, manik serta peralatan yang digunakan oleh
masyarakat kuno. Artifak keagamaan pula terdiri daripada candi, patung-patung
dan arca.
Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini dibuat daripada tanah liat.
Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral
laterit dan batu granit.
Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah
ditemui, antaranya ialah Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung
Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan
11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi Kampung Permatang Pasir
(Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).
KERJA KURSUS SEJARAH

15

Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi


pusat penyebaran agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun,
sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk
semula daripada bencana alam seperti banjir, hakisan, Perang Dunia II ataupun
dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun begitu, candi-candi ini tetap
menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk
mengunjungi Lembah Bujang.

Sejarah pembinaan
Bangunan Sultan Ibrahim
bermula dengan majlis
pecah tanah yang
dirasmikan pecah oleh

KERJA KURSUS SEJARAH

16

Tengku Ismail,Tengku Mahkota Johor pada masa tersebut pada hari Isnin, 7
November 1938.Batu asas pula di letakkanpada 10 MAC 1940. Bangunan itu
telah siap pembinaannya pada tahun 1942 dengan kos sebanyak RM 2
juta. Jamuan telah diadakan di Royal Palace pada hari Selasa, 3 November 1942
sempena pembukaan rasmi pejabat kerajaan negeri.

Bangunan ini telah direka oleh firma senibina Palmer & Turner, yang
juga bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan Hospital Sultan
Aminah. Bangunan ini adalah sebuah gabungan hasil seni bina gabungan
pengaruh Anglo-Melayu. Bangunan itu dibina oleh tukang-tukang tempatan di
bawah pengawasan seorang arkitek Eropah.

Pada hari Isnin, 9hb Ogos 1982, bangunan itu telah secara rasminya dan
dinamakan sebagai Bangunan Sultan Ibrahim oleh Al-Sultan Sultan Iskandar
Ibni Al-Sultan Sultan Ismail, Sultan
Johor pada masa itu.
Ia adalah bangunan tertinggi di
Malaya ketika era pra-Merdeka. Di
Johor Bahru , bangunan ini berdiri
dengan megahnya tanpa dicabar
dengan bangunan tinggi lain
sehinggalah terbinanya bangunan
Merlin Tower pada tahun 1970an. Bangunan Sultan Ibrahim adalah simbol kemajuan Johor pada masa itu dan
masih kekal sebagai mercu tanda
Johor Bahru.

KERJA KURSUS SEJARAH

17

Pada tahun 1942, ketika Perang Dunia II, Tentera Jepun telah
menggunakan bangunan ini sebagai kubu dan pusat arahan untuk mengintip
aktiviti tentera British di Singapura. Jika anda melihat rapat di dinding
bangunan itu, anda masih boleh melihat kesan tembakan daripada penceroboh
bangunan tersebut. Bangunan ini mempunyai sejarah yang amat bernilai buat
rakyat Johor untuk tontonan generasi kini dan generasi akan datang.

Bangunan itu adalah salah satu daripada bangunan bersejarah yang sangat
besar nilainya yang masih
wujud di Johor Bahru. Ia
menempatkan Sekretariat
Negeri dan pejabat-pejabat
kerajaan negeri selama 67
tahun sehingga kerajaan negeri
Johor mengumumkan bahawa
mereka akan berpindah ke
Nusajaya, Pusat Pentadbiran
Baru Negeri Johor pada tahun 2010.
Ada khabar angin yang mengatakan, Yayasan Warisan Johor akan mengambil
alih bangunan tersebut sebagai ibu pejabat baru mereka. Kami berharap khabar
angin ini menjadi kenyataan. Dan bangunan ini sentiasa dikekalkan demi
sejarah negeri Johor.

KERJA KURSUS SEJARAH

18

Terletak di Bandar Hilir , Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan


Melaka dan Gereja St. Paul.
Kota ini merupakan mercu tanda
negeri Melaka dan barangkali subjek yang
paling banyak di gambarkan bersebelahan
dengan Bangunan Stadthuys. Kota ini
dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511
sebagai kubu pertahanan dan telah
mengalami kerosakan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh
dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu
sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja
mereka menguasa bandar Melaka.
Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi
campurtangan Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1808 telah
menyelamatkan pintu kota, saki-baki apa yang tinggal daripada kota A' Famosa
kekal sehingga hari ini.Sekarang A Famosa menjadi tempat pelancongan yang
terkenal.

KERJA KURSUS SEJARAH

19

Pembinaan kota dikatakan ilham Alfonso de Albuquerque dalam usaha


menguatkan kedudukan Portugis setelah berjaya menumpaskan tentera Melaka
pada 1511.
Ratusan hamba abdi dan pesalah telah dipaksa membina bangunan. Ia
mempunyai asas kukuh selain dinding tebal, yang dibina dengan runtuhan
istana, masjid dan batu nisan. Dilengkapi meriam, kota ini mempunyai 4 pintu
dan menjadi simbol ketakutan tempatan.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi
penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan
Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu
penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan
sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah
dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Kota A Famosa yang musnah dalam pertempuran telah diperbaiki
sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan
dengan logo Syarikat Hindia Timur
Belanda. Tarikh pintu utama itu turut
ditukar kepada tahun 1670. Keduadua ini boleh dilihat jelas hari ini.
Kota ini mengalami kemusnahan
apabila diserang British pada kurun
ke-19. Berikutan kejayaan mereka,
British telah memusnahkan kota ini
sehingga dihalang oleh Sir Stamford
Raffles. Bagaimanapun, campur
tangan Raffles terlewat kerana cuma
KERJA KURSUS SEJARAH

20

bahagian pintu utama, iaitu Porto de Santiago, yang berjaya diselamatkan untuk
tatapan generasi hari ini dan akan datang.

Berdasarkan kajian ini , saya telah memperolehi pelbagai info mengenai


tempat-tempat bersejarah di Malaysia selama ini belum pernah saya ketahuinya.
Melalui kajian ini , saya dapat mengetahui kedudukan dan gambaran
tempat-tempat bersejarah di Malaysia dan dapat membantu saya mengetahui
dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlakud di negara saya
tercinta.
Setalah selesai kajian ini , saya juga dapat mengenali kehidupan manusia
semasa berlakunya zaman sejarah di sesebuah tempat tersebut . Ini dapat
menambahkan lagi pengetahuan saya dengan sebaiknya . Perasaan cinta dan
bangga juga dapat dipupuk dalam diri saya setelah membuat kajian ini. Perasaan
ini akan lebih bermakna jika saya dapat kunjungi semua tempat-tempat
bersejarah yang telah saya kaji.
Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang
berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari,mengumpul,dan
menganalisis maklumat dan data mengenai kedudukan tempat-tempat
bersejarah . Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikankebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan
1 ini.
.
(PUTAARSINI A/P HARI KRISHNAN)
KERJA KURSUS SEJARAH

21

(TINGKATAN 1A3)

Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

KERJA KURSUS SEJARAH

22

Lembah Bujang, Kedah

Bangunan Sultan Ibrahim, Johor

KERJA KURSUS SEJARAH

23

1. Orang Sumber
Ahli Keluarga
Nama Penuh

: Mageswary A/P Rajagopal

Umur

: 34 tahun

No. K/P

: 810420-01-5896

2. Contoh Rujukan Internet


http://cintajohor.blogspot.my/2012/03/bangunan-sultan-ibrahimbukit-timbalan.html
https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Khas:Cari&limit=20&offset=0&profile=default&search=tem
pat-tempat+bersejarah+di+malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Ibrahim
http://memori-kedah.com/page_pengenalan.php?
p=2&idstopic=47&idskandungan=190&mtopic=5
https://www.scribd.com/search-documents?query=tempat-tempat+
+bersejarah+di+malaysia
https://www.scribd.com/doc/60008779/tempat-tempat-bersejaah
https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujang

KERJA KURSUS SEJARAH

24

KERJA KURSUS SEJARAH

25

You might also like