Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama 2015

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA

2015
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG
TAMAN MERU, IPOH PERAK
Tarikh
: 24 Januari 2015 (Sabtu)
Tempat: 4 Teratai
Masa
: 10.00 pagi
Kehadiran:
1. En. Jalaludin bin Ismail
2. Pn. Azlina binti Mohd Ali
3. En Munzir binti Othman
4. En Muhamad Zamani Husairi B. Hasan
5. Pn. Yusaidawati bin Mohd Yusoff

( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )


( Ketua Panitia)
( Setiausaha )

Agenda 1: Ucapan Pengerusi


1.1 Ucapan dimulakan oleh Puan Azlina binti Mohd Ali selaku Ketua Panitia Kemahiran
Hidup dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran En.
Jalaludin bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ahli Jawatankuasa ke
mesyuarat panitia yang pertama. Pengerusi juga memohon kerjasama kepada semua
ahli panitia dalam mengerakkan aktiviti panitia sepanjang Tahun 2015 ini. Pn. Azlina
juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK dan guruguru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Rekabentuk &
Teknologi .Antaranya seperti:
a) Guru yang menggunakan bengkel hendaklah mengisi borang penggunaan bengkel
Kemahiran Hidup yang telah disediakan.
b) Guru juga hendaklah mengisi borang yang juga telah disediakan jika
menggunakan peralatan bengkel sama ada untuk kegunaan di dalam atau di luar
bengkel.
c) Keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel perlu diutamakan untuk
mengelakkan sebarang masalah.
d) Selepas menggunakan bengkel pastikan kebersihan bengkel dijaga dan perlu
membuat AJK kecil dikalangan murid untuk membersihkan bengkel.

e) Pastikan buku kerja dan buku tulis disemak sepanjang tahun.


f) Pastikan murid berada di luar bengkel dan beratur sekiranya guru belum sampai
untuk memulakan sesi pembelajaran.
g) Bermula sesi persekolahan 2015, mata pelajaran Rekabentuk Teknologi (RBT)
akan menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk Tahun 4 dan tahun 5.
( Tindakan : Guru Kemahiran Hidup)

Agenda 2: Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


2.1

Ucapan terima kasih oleh En. Mohd Jalaludin di atas kesudian menjemput beliau
hadir dalam mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali ini. En.Jalaludin juga
mengucapkan tahniah kepada Ketua Panitia dan AJK yang telah dilantik untuk
sesi 2015.

2.2

Beliau mengharapkan guru terutamanya yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR


Tahun 4 dan 5 akan lebih komited dan memahami cara dan kaedah penilaian
yang berbeza dari tahun- tahun sebelumnya.

2.3

Beliau mengharapkan kerjasama semua AJK dalam menjalankan sebarang aktiviti


panitia dan memperolehi kejayaan.

Agenda 3: Bidang-bidang Rekabentuk Teknologi


3.1

En. Munzir yang telah mengikuti Kursus KSSR Rekebentuk Teknologi Tahun 4
dan 5 memberi taklimat tentang bidang- bidang yang merangkumi mata pelajaran
ini.

3.2

Beliau menerangkan lima standard kandungan bagi RBT Tahun 4 iaitu:


1.0

Organisasi dan Keselamatan Bengkel

2.0

Asas Teknologi (Memasang dan membuka kit model berfungsi)

3.0

Reka Bentuk ( Mereka bentuk projek eksperimental)

4.0

Penghasilan Projek ( Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam


dengan litar elektrik)

5.0
3.3

Sains Rumah Tangga (Menghasilkan artikel jahitan)

Manakala bagi RBT tahun 5 terdapat empat standard kandungan iaitu :


2.0

Asas Teknologi (Memasang dan membuka kit model berfungsi secara


elektromekanikal berpandukan manual)

4.0

Penghasilan Projek ( Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


bukan logam dengan litar elektronik)

5.0

Teknologi Pertanian (Menanam benih di dalam bekas)

6.0

Sains Rumah Tangga (Menyediakan sajian/ Menghias dan membungkus


makanan)

3.4

Terdapat beberapa perubahan yang ketara berlaku di dalam standard kandungan


untuk tahun 5 terutamanya terdapat beberapa bidang yang telah dihapuskan
seperti ikan hiasan dan digantikan dengan standard kandungan Sains Rumah
Tangga dimana murid akan diajar cara menyediakan hidangan iaitu peranggu
meja serta menghias dan membungkus makanan.

3.5

Standard kandungan diselaraskan mengikut keperluan murid dimana perubahan


yang dilakukan adalah merupakan kelangsungan untuk murid mempelajari
matapelajaran ini pada peringkat sekolah menengah.
( Tindakan : Guru Kemahiran
Hidup)

Agenda 4: Penilaian dan Tatacara Pengisian Template Offline


4.1

Encik Munzir memaklumkan kepada pihak pentadbir dan ahli jawatankuasa


bahawa penilaian yang berorientasikan peperiksaan masih boleh diteruskan
dimana panitia akan tetap mengadakan peperiksaan bertulis sebanyak dua kali
iaitu pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

.
4.2

Penilaian untuk lima standard kandungan pula akan diadakan sepanjang tahun
dimana ia akan diukur melalui tahap penguasaan bermula dari yang paling rendah
iaitu TP1 dan yang paling tinggi iaitu TP2.

4.3

Guru diminta menilai tahap penguasaan murid dengan teliti dan terperinci
berdasarkan penerangan untuk setiap Tahap Penguasaan (TP) boleh didapati di
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan
Teknologi yang telah dibekalkan kepada semua guru.

4.4

Sebagai contoh, murid yang selesai menguji kit model dan berfungsi akan di beri
TP5. TP6 hanya akan diberikan apabila murid membuka semula dan menyimpan
seperti dalam keadaan yang asal.

4.5

Begitu juga dengan penilaian untuk Organisasi dan Keselamatan Bengkel dimana
guru tidak terus melakukan penilaian, namun murid akan dinilai sepanjang tahun
berdasarkan pada prestasi dan kelakuannya semasa berada di dalam bengkel.

4.6

Hasil kerja murid akan di nilai di sepanjang tahun dimana murid diberi kebenaran
untuk memperbaiki tahap penguasaan awal yang diberikan guru. Namun, semua
guru dimaklumkan bahawa pembaikan hasil kerja ini hanya boleh dilakukan pada
waktu persekolahan sahaja. Murid tidak dibenarkan untuk membawa pulang hasil
kerja mereka di rumah.

4.7

Tahap Penguasaan (TP) yang diberikan kepada murid akan direkodkkan di dalam
sistem secara offline dengan bantuan Microsoft Excel di mana contohnya telah
di tunjukkan oleh En. Munzir.
( Tindakan : Guru Kemahiran Hidup)

Agenda 5 : Perancangan dan Jadual Penggunan Bengkel Kemahiran Hidup


5.1

Pengerusi dimaklumkan terdapat kekangan dan pertembungan yang berlaku


dalam penggunaan bengkel kemahiran hidup.

5.2

En. Munzir juga memaklumkan bahawa akibat dari masalah alatan dan bahan
yang tidak mencukupi jika setiap kelas dalam tahun yang sama melaksanakan
standard kandungan secara serentak.

5.3

Panitia telah berbincang tentang jadual penggunaan bilik kemahiran hidup dan
telah dipersetujui oleh setiap ahli jawatankuasa. Manakala bagi mengatasi
masalah kekurangan alatan dan bahan, keputusan telah diambil untuk setiap guru
memilih standard kandungan yang berbeza dimana dua kelas Tahun 6 akan
bermula dengan Teknologi Pertanian, manakala kelas yang lain akan bermula
dengan rekabentuk projek dan penghasilan projek elektrik dan elektronik.

Agenda 6 : Rekod Pinjaman Alatan dan Penggunaan Bengkel Kemahiran Hidup


6.1

En. Munzir mengharapkan kerjasama guru-guru yang melakukan pinjaman alatan


Untuk merekod di dalam buku pinjaman alatan yang terdapat di dalam bengkel
kemahiran hidup.

6.2

En. Munzir juga yang merupakan pegawai aset turut memaklumkan kepada ahli
jawatankuasa mengenai KEW PS-4 yang merupakan kad yang perlu diisi untuk
bahan habis guna atau alatan mudah rosak dan kad petak KEW. PA-3 untuk
mengisi inventori.

6.3

Ahli mesyuarat cuba mencari penyelesaian mengenai masalah alatan yang tidak
dipulangkan. Antaranya ialah:
6.3.1

Pihak peminjam akan diberikan tempoh masa untuk membuat peminjaman

alatan. Pihak panitia telah bersetuju untuk memberikan maksimum dua hari untuk
memulangkan semula alatan.
6.3.2

Pihak yang meminjam perlu menghantar sendiri barang yang dipinjam dan

tidak dibenarkan untuk menghantar alatan melalui wakil terutamanya murid.


6.4

Tidak ada halangan untuk menggunakan Bilik Kemahiran hidup sebagai tempat
untuk mengadakan kelas tambahan atau gantian kelas. Namun, diharapkan pihak
yang manggunakan perlu mematuhi peraturan menggunakan bilik-bilik khas dan
menjaga kebersihan dan keselamatan murid semasa menggunakannya.

Agenda 7 : Rancangan Pelajaran Harian


7.1

En. Munzir memberi salinan rancangan pelajaran serta panduan untuk penulisan
di dalam buku rekod harian guru untuk matapelajaran Reka Bentuk Teknologi
kepada semua ahli jawatankuasa (Rujuk Lampiran).

7.2

Guru tidak perlu menyalin keseluruhan standard pembelajaran dimana guru hanya
perlu menyalin kodnya sahaja.
Contoh :
Standard Pembelajaran : 3.1.1
3.1.2

7.3

Panitia memutuskan supaya objektif pembelajaran adalah bersarkan Tahap


Penguasaan (TP) yang hendak diuji oleh guru.

7.4

Modul Reka Bentuk Teknologi akan menjadi rujukan yang terbaik untuk guru
dalam melaksanakan PdP dimana guru boleh menggunakannya sebagai panduan
dalam menulis buku rekod harian guru dan memberi idea dalam pelaksanaan
pembelajaran di dalam kelas.
( Tindakan : Guru Kemahiran Hidup)

Agenda 8 : Lain-Lain
8.1

Panitia telah merangka beberapa program panitia sepanjang tahun ini untuk
mendapat persetujuan AJK yang lain.Antara program yang dicadangkan
sepanjang tahun ini ialah:
a) mengadakan pertandingan Reka Cipta antara kelas dengan menggunakan
bahan-bahan terbuang.Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan
kreativiti dikalangan murid-murid.
b) menukar Projek Laman KH dengan tanaman bunga kepada tanaman sayursayuran kerana boleh mendatangkan hasil yang lebih berfaedah dan mendapat
pulangan jika dijual dikalangan guru-guru.
c) pameran Berkala yang diadakan sepanjang tahun terutamanya untuk Hari
Anugerah Kecemerlangan dimana hasil kerja murid akan dipaparkan.
d) Menceriakan bengkel pertukangan yang baru dibina yang masih memerlukan
banyak penambahbaikan agar PdP dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

8.2

Bilik Pertukangan sudah bersedia untuk digunakan namun masih terdapat


kekurangan terutamanya apabila tiba waktu tengahari di mana kedudukannya
yang berada di luar akan mengakibatkan keadaan yang tidak kondusif kepada
murid.

8.3

Masalah komponen elektronik yang tidak boleh disimpan dalam jangkamasa yang
panjang dan mudah rosak terutamanya kaki LED yang mudah patah dan
diharapkan pada tahun ini pihak pembekal dapat menyediakan dan menjual
komponen secara berasingan supaya lebih banyak litar elektronik yang dapat
dihasilkan dan dipelajari oleh murid.

8.4

Pihak panitia akan menyediakan tempat simpanan untuk litar elektronik yang
tidak dapat disiapkan oleh murid pada hari yang sama bagi mengelakkan murid
membawa balik hasil projek.
( Tindakan Guru Kemahiran Hidup )

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.05 tengah hari.

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

..
(Munzir bin Othman)
Setiausaha,
Panitia Kemahiran Hidup
SK Jelapang

( Azlina binti Mohd Ali


Pengerusi,
Panitia Kemahiran Hidup
SK Jelapang
Disahkan oleh,
.
( Jalaludin bin Ismail)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Jelapang

You might also like