Artikel Review 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

Annie Piolat, Thierry Olive, & Ronald T. Kellogg. (2005). Cognitive effort during note taking.
Applied Cognitive Psychology, 19, 291 312
PENDAHULUAN
Mengambil nota merupakan satu aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian bukan sahaja
semasa di sekolah atau universitu pada waktu pembelajaran, tetapi juga amalan mengambil nota
dilakukan untuk merancang sesuatu projek atau program, mengulangkaji untuk menduduki
peperiksaan, persediaan untuk memberi ceramah, untuk mereka bentuk model dalam industri,
merekod minit mesyuarat dan sebagainya. Pelbagai sebab dan tujuan seseorang individu
mengambil nota tetapi pada akhirnya sesuatu maklumat yang dikehendaki direkodkan.
Teknik pengambilan nota yang berbeza akan menghasilkan proses dan strategi kognitif
yang berbeza (Tamas, Jonathan & Itiel, 2009). Individu yang mengambil nota sebagai pembaca
perlu memahami maklumat dan sebagai pelajar, individu yang mengambil nota perlu cuba untuk
menyimpan maklumat yang diperlukan untuk memori jangka panjang dengan menulis nota.
Sebagai penulis, individu yang mengambil nota perlu memilih maklumat yang berkaitan dan
menukar ke bentuk yang berbeza daripada sumber asal maklumat tersebut. Individu yang
mengambil nota perlu menapis sumber maklumat yang diperolehi, menyusun dan menstruktur
semula maklumat yang penting (Tamas, Jonathan & Itiel, 2009). Perkara paling penting,
pengambil nota perlu menyimpan dan mengintegrasikan maklumat yang diperlukan melalui
proses mental. Dalam erti kata yang lain, aktiviti mengambil nota bukan sahaja suatu kemahiran
tetapi juga suatu proses kerana melibatkan tindakbalas kognitif.

ISU UTAMA YANG DIFOKUSKAN OLEH ARTIKEL


Banyak kajian yang dijalankan berkenaan aktiviti mengambil nota dan kebanyakannya
menyatakan pelbagai teknik yang digunakan oleh pengambil nota mengikut kesesuaian dan
keberkesanan masing-masing. Perkara paling utama yang diterjemahkan dalam amalan
mengambil nota ialah proses kognitif yang dilibatkan semasa aktiviti mengambil nota. Analisis
kognitif berlaku semasa mengambil nota kerana individu tidak boleh menyalin semua yang
didengari, dilihat dan difikirkannya. Operasi mental melibatkan analisis kognitif untuk
menentukan maklumat yang dikehendaki semasa mengambil nota.
JASLIN BINTI JAMALUDIN
808961

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

Melalui aktiviti mengambil nota, seseorang perlu memilih maklumat yang hanya diperlukan
sahaja untuk disimpan. Sedar atau tidak, pemilihan atau penapisan maklumat diiringi dengan
proses mental secara kognitif. Proses kognitif yang diaplikasikan melalui operasi mental
membolehkan pengambil nota menjana beberapa kemahiran iaitu meringkaskan atau
memendekkan teks, menggunakan singkatan perkataan dan mengubah teks linear kepada bentuk
grafik atau peta minda. Keberkesanan mengaplikasikan maklumat yang disimpan bergantung
kepadan teknik dan strategi yang digunakan oleh individu semasa mengambil nota. Memori kerja
merupakan watak penting dalam kefungsian proses kognitif dalam merealisasikan maklumat
yang diperlukan oleh seseorang individu. Kajian yang dijalankan melalui artikel ini
memfokuskan peranan yang dimainkan oleh memori kerja semasa aktiviti mengambil nota
berlaku.

TUJUAN UTAMA KAJIAN BERDASARKAN ARTIKEL


Menerusi artikel ini, kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti fungsi, strategi, prosedur
memendekkan teks dan aplikasi memori kerja semasa aktiviti mengambil nota dilakukan.
Mengambil nota merupakan aktiviti fizikal yang dianggap biasa tanpa memerlukan kemahiran
yang luar biasa untuk digunakan tetapi di sebalik kejayaan mengaplikasikan amalan mengambil
nota, operasi mental berlaku yang melibatkan proses kognitif melalui aplikasi memori kerja.
Melalui penulisan pelajar, kreativiti mereka dalam menggunakan sesuatu strategi atau teknik
mengambil nota dapat dirungkaikan atau diterjemahkan. Memindahkan sesuatu maklumat
kepada bentuk yang lebih difahami mengikut kreativiti pelajar merupakan proses kognitif
penting yang membantu pelajar menyimpan maklumat mereka untuk suatu tempoh yang
panjang. Strategi dan kaedah serta prosedur memori kerja yang berkesan membolehkan
seseorang pelajar menggunakan maklumat yang disimpan pada bila-bila masa yang diperlukan
seperti semasa kuiz, ujian atau peperiksaan.
MENGUKUR PROSES KOGNITIF DALAM AMALAN MENGAMBIL NOTA
Semasa mengambil nota, pelajar berhadapan dengan masalah untuk menentukan maklumat yang
penting untuk dipilih dan disimpan. Situasi ini membolehkan pelajar menggunakan kreativiti
masing-masing untuk membuat penyelesaian masalah. Di universiti misalnya, pelajar perlu
JASLIN BINTI JAMALUDIN
808961

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

menentukan maklumat atau bahan penting yang disampaikan oleh prnsyarah. Kadar kelajuan
pelajar semasa menulis nota ialah 0.2 hingga 0.3 perkataan sesaat untuk menyalin nota pensyarah
dan kadar kelajuan antara 2 hingga 3 perkataan setiap satu saat semasa pensyarah memberi nota
secara lisan. Oleh yang demikian, pelajar perlu menggunakan masa yang betul dan sesuai untuk
memperolehi isi pengajaran yang diperlukan.
Memori kerja merupakan suatu bentuk proses kognitif yang memainkan peranan penting
dalam penyimpanan maklumat sementara dan memanipulasi maklumat tersebut ke dalam bentuk
yang lebih berkesan untuk digunakan. Penglibatan memori kerja dalam aktiviti mengambil nota
merupakan suatu kemahiran belajar yang tinggi dan tidak hanya suatu bentuk aktiviti fizikal
semata-mata. Proses kognitif yang banyak perlu dikordinasikan dengan pantas supaya aktiviti
mengambil nota dikatakan berkesan. Kordinasi proses kognitif perlu menggunakan memori kerja
sebagai pusat kawalan operasi mental. Komponen memori kerja akan meregulasikan aktiviti
kefahaman pelajar, kemahiran menilai, mengatur dan menyusun serta memilih maklumat penting
untuk direkodkan.
PROSES KOGNITIF SEMASA MENGAMBIL NOTA DALAM SITUASI YANG
BERBEZA
Kajian ini menentukan perbezaan proses kognitif yang terhasil apabila melibatkan aktiviti yang
berbeza semasa mengambil nota seperti kefahaman, penulisan dan pembelajaran. Kajian ini
melihat bagaimana nota diambil daripada penyampaian pensyarah, melalui pembacaan dan
melalui penulisan. Hasil kajian menunjukkan, proses kognitif melalui aktiviti mengambil nota
lebih memberangsangkan berbanding pembacaan dan penulisan.
Membandingkan aktiviti mengambil nota dengan proses yang melibatkan penulisan teks
Kajian menunjukkan aktiviti mengambil nota bukan sahaja melibatkan proses menyalin teks
tetapi lebih daripada itu. Terdapat tiga proses kognitif yang dibandingkan dengan aktiviti
mengambil nota iaitu merancang, menterjemah dan mengulang kaji maklumat atau isi
pengajaran. Dalam usaha untuk memahami isi pengajaran, pelajar perlu memilih dan
menformulasi isi pengajaran (memendekkan teks, menggunakan peta minda dan bahasa yang
digunakan untuk nota). Tiga proses kognitif iaitu merancang, menterjemah dan mengulangkaji
JASLIN BINTI JAMALUDIN
808961

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

memerlukan pelajar mencari penyelesaian secara kreatif dan merumitkan berbanding proses
kognitif yang terlibat dalam pengambilan nota.
Membandingkan aktiviti mengambil nota daripada sumber berbeza dengan teknik
berbeza
Aktiviti mengambil nota digunakan dalam pelbagai situasi yang memerlukan pelbagai maklumat
yang berbeza mengikut kehendak masing-masing. Hasil kajian menunjukkan kaedah mengambil
nota daripada penyampaian pensyarah menggunakan proses kognitif yang lebih banyak
berbanding kaedah mengambil nota melalui pembacaan. Ini kerana, apabila membaca pelajar
atau individu yang mengambil nota akan faham dan memilih maklumat penting dengan lebih
lambat berbanding apabila mereka mengambil nota semasa pensyarah menyampaikan isi
pengajaran. Melalui kemahiran mendengar, proses kognitif menjadi lebih berkesan dan mampu
memilih maklumat yang lebih penting.
Membandingkan aktiviti mengambil nota daripada medium yang berbeza dengan jumlah
maklumat berbeza yang diperolehi
Jumlah maklumat atau isi pengajaran akan mempengaruhi proses kognitif pelajar atau individu
yang mengambil nota. Medium untuk mendapatkan maklumat adalah seperti buku yang tebal,
komputer atau kepingan kertas. Hasil kajian menunjukkan proses kognitif pelajar lebih tinggi
apabila mereka mengambil nota daripada maklumat melalui laman web berbanding jika mereka
mengambil nota melalui buku atau kertas. Buku yang tebal atau kertas yang sedikit akan
mengurangkan perhatian pelajar dan ini mengganggu proses kognitif mereka. Melalui laman
web, isi pengajaran dan maklumat penting dimasukkan secara ringkas dan membolehkan pelajar
lebih banyak menggunakan proses kognitif untuk memahami isi kandungan maklumat.
Mengambil nota dan kemahiran lingusitik
Kemahiran bahasa seseorang individu juga mempengaruhi proses kognitifnya semasa mengambil
nota. Walaupun kajian ini dilakukan di sebuah universiti di Perancis dan pensyarah
menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dalam kaedah penyampaian, namun hasil kajian menunjukkan, penggunaan bahasa Inggeris
semasa menulis nota lebih dipraktikkan. Pelajar menggunakan bahasa yang memudahkan mereka
JASLIN BINTI JAMALUDIN
808961

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

dalam amalan mengambil nota tanpa menghadkan kepada bahasa rasmi atau tidak. Tahap
kemampuan berbahasa yang tinggi bukan faktor untuk menulis nota menggunakan bahasa rasmi.
Walau bagaimanapun, proses kognitif yang berlaku semasa mengambil nota tetap dilibatkan
apabila seseorang pelajar atau individu menggunakan kemahiran mereka untuk menyingkatkan
perkataan dan memendekkan sesuatu teks.
KESIMPULAN PENULIS
Aktiviti mengambil nota merupakan satu aktiviti kompleks yang melibatkan proses kefahaman
dan penghasilan maklumat yang ditentukan. Seperti juga membaca, aktiviti menulis akan dapat
mengenal pasti tahap memori kerja bekerja. Kajian ini menunjukkan kefungsian mental akan
menentukan penghasilan maklumat yang relevan. Aktiviti mengambil nota melibatkan proses
kognitif melalui memori kerja yang ditermjemahkan melalui proses pemilihan maklumat dan
penapisan maklumat yang berguna untuk kegunaan pada masa hadapan. Kualiti nota yang
diambil juga mengambil kira masa yang diperlukan untuk mengambil nota. Aktiviti mengambil
nota bukan sahaja sekadar aktiviti fizikal yang menggunakan tangan untuk menulis tetapi
sebaliknya aktiviti mengambil nota ini melibatkan dan mengintegrasikan pelbagai proses kognitif
untuk membuat pemilihan dan penapisan maklumat yang benar-benar diperlukan. Komponen
memori kerja juga terlibat semasa proses kognitif untuk menterjemahkan maklumat,
memindahkan maklumat dan menukarkan maklumat yang diperolehi secara linear ke bentuk
yang lebih kreatif seperti grafik dan peta minda.
ISU YANG SIGNIFIKAN YANG DIFOKUSKAN
Mengambil nota dilihat sebagai satu aktiviti yang kompleks apabila proses kognitif terlibat.
Peranan memori kerja yang dikaitkan untuk menyimpan maklumat secara sementara menentukan
kebolehan seseorang pelajar menggunakan teknik dan strategi mereka untuk mengambil nota
secara berkesan. Kreativiti pelajar dikembangkan melalui teknik yang digunakan mereka semasa
mengambil nota. Penggunaan bahasa bukan merupakan satu isu dalam mengambil nota tetapi
kaedah pengambilan nota dan bagaimana maklumat sementara yang disimpan digunakan
merupakan fokus kajian. Kajian ini menyatakan proses kognitif yang terlibat semasa mengambil
nota berbeza mengikut situasi mengambil nota, sumber maklumat atau nota yang diperolehi dan
kuantiti maklumat yang diberikan. Proses kognitif yang terlibat semasa pensyarah
JASLIN BINTI JAMALUDIN
808961

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

menyampaikan pengajaran lebih tinggi berbanding proses kognitif yang terlibat jika pelajar
membaca nota atau menulis berdasarkan dokumen. Kemahiran mendengar dan tumpuan yang
diberikan pelajar semasa mengambil nota mendorong proses kognitif berjalan dengan lebih
pantas semasa pelajar mendengar pengajaran pensyarah.
IDEA BERDASARKAN ARTIKEL INI
Kemahiran belajar bukan dilihat daripada satu sudut sahaja tetapi sebenarnya banyak aspek turut
dilibatkan dalam kemahiran belajar. Mengambil nota merupakan salah satu kemahiran belajar
yang menentukan pencapaian pelajar. Kemahiran mengambil nota yang tinggi dan kreativiti
pelajar dalam memindahkan maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk yang lebih ringkas
membuatkan pelajar lebih mengingati konsep yang diajar. Proses kognitif juga terlibat semasa
aktiviti mengambil nota tanpa disedari oleh pelajar. Walaupun pada dasarnya, aktiviti mengambil
nota adalah satu kemahiran fizikal namun sebenarnya ia lebih daripada itu. Kajian ini
menunjukkan kepentingan fungsi memori kerja yang terlibat semasa proses kognitif. Aktiviti
mengambil nota bukan sekadar menyalin nota pensyarah tetapi juga lebih kepada peranan
memori kerja untuk memendekkan teks dan menyingkat sesuatu perkataan contohnya dengan
disingkatkan menjadi dgn. Kemahiran memendekkan teks dan menyingkatkan perkataan perlu
digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka menjimatkan masa mengambil nota mereka.
Penyingkatan perkataan dan pemendekkan teks perlu diolah dengan baik supaya pelajar tidak
tertinggal isi penting yang akan digunakan apabila perlu. Keupayaan pelajar untuk menentukan
atau menapis isi-isi pengajaran yang penting dan kemudian menggunakan maklumat yang
disimpan itu menunjukkan pencapaian pelajar sebenar dan keberkesanan pelajar daalam
mengambil nota. Kefahaman pelajar digarap semasa mengambil nota dan proses kognitif pelajar
membantu pelajar faham mengenai maklumat yang disampaikan.
Penulis artikel ini mengajak pembaca berfikir tentang proses kognitif yang berlangsung
semasa aktiviti mengambil nota. Sememangnya pelajar perlu menapis atau memilih maklumat
atau isi pengajaran yang penting sahaja untuk ditulis sebagai nota. Kajian ini hanya melihat
bagaimana pelajar menulis nota dan menilai proses kognitif pelajar dengan mengambil kira
kemahiran pelajar dalam memendekkan teks dan penyingkatan perkataan sahaja. Walaupun
penulis bersetuju bahawa kemahiran memindahkan maklumat daripada bentuk linear kepada
JASLIN BINTI JAMALUDIN
808961

SGDC 6043 : CURRICULUM STUDIES

grafik atau peta minda, tetapi contoh penilaian terhadap kemahiran tersebut tidak ditunjukkan.
Keberkesanan proses kognitif perlu dilihat melalui olahan pelajar terhadap sumber maklumat
yang diperolehinya berbanding bentuk asal sumber maklumat tersebut. Jika pelajar hanya
menyalin nota tanpa memindahkan ke bentuk yang bukan linear, proses kognitif pelajar belum
dikatakan berkesan. Proses kognitif lebih dibantu apabila pelajar mula berfikir cara terjemahan
maklumat asal ke bentuk yang lebih grafik tanpa melibatkan banyak teks.

REFERENCES
Tamas Makany, Jonathan Kemp & Itiel E. Dror. (2009). Optimising the use of note-taking as an
external cognitive aid for increasing learning. British Journal of Educational Technology, 40 (4),
619635

Tsai-Fu Tsai. (2009). EFL college freshman note-taking training for reading comprehension. The
Journal of Human Resource and Adult Learning, 5 (2), 12 18

JASLIN BINTI JAMALUDIN


808961

You might also like