Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI

PELANCONGAN DI MALAYSIA
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah
satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui
pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal
dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan
pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah
dan Asia Tenggara. Industri pelancongan Malaysia
merekodkan purat kemasukan pelancong asing
sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai
usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan
industri pelancongan di Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan
prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah.
Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan
dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai
contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan
kementerian pelancongan untuk menyediakan
perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang
berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan
pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang
selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan.
Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat
pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan
pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia.

Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan


kepada pelancong.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai
belian barangan , peraturan imegresen perlu
dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan
tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong
asing dapat membeli belah di Malaysia dengan
pembelajaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau
Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi
destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar
negara. Di sana , mereka dapat membeli cenderahati,
pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk di bawa
pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat
bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup
masing-masing.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh
bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi
pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen CutiCuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah
dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia.
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang
melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil
kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan
tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau
Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan

banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia


memainkan peranan pentinng untuk memajukan
industry pelancongan.

Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi


meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Hal ini
demikian kerana, usaha dari satu pihak sahaja tida akan
membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara
yang maju dalam industri pelancongan memerlukan
usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh
rakyat Malaysia.

You might also like