Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Soalan: Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.

Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan
bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit
politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani
pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB). Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial
di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak pentadbiran yang
berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan
Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan
kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk
menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.
Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah kewangan Pahang. British telah
campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih
timah. Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan
Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November
hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran
Titiwangsa.Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil emas
sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak
banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada
candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki
Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa
meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang
berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk
membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang
meminjam wang daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila
terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai
oleh Dato Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British
tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa
Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negerinegeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan
kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi.
Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem Residan. Kerajaan
British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh
penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu,
kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat
tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung
kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan
kuasa Residen. Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan,
residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing.
Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing,
tetapi gabenor tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut
terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis
Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896
diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran.
Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini
disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah
ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin.
Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British
cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan,

perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat
mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang
pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan
seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan,
diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem
jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem
pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi
ke pelabuhan untuk dieksport.
Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan pertahanan
dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk
mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku
penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada
Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera
tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana
tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain
sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.
Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan pembentukan
Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral
merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB.
Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan.
Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahanarahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen jeneral telah menubuhkan
beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawaipengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk
membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral
mempunyai kuasa penuh.
Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pemusatan
kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada
mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap
kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun Persekutuan
dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan
kuasa di tangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal
pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam
pentadbiran. Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh
residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa menerima semua arahan
daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan.
Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang
telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur.
Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan
kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan
adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah menarik lebih
ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan masalahmasalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam
pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896
turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.
Sumber: https://www.scribd.com/doc/23982348/Faktor-Faktor-Pembentukan-Persekutuan-1896-DanKesan-Kesannya#download

1. Pengenalan Persetiaan Persekutuan 1895

Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 12 Julai 1895. Perjanjian
ini hanya berkaitan dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada tahun 1874, British telah campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya
Perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Punca utama campur tangan tersebut susulan kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang
sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di
Indonesia.

British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang.
Di keempat-empat negeri ini British melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau
pemerintahan.

Bagaimanapun sisten Residen terlalu banyak kelemahan berbanding kebaikan.

Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dikemukakan
oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada
tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan agar
penubuhan persekutuan untuk menggantikan sistem Residen.

Cecil Smith menegaskan penubuhan persekutuan menguntungkan British dari segi politik, ekonomi,
sosial serta menjimatkan masa dan wang.

Frank Swettenham (Residen Jeneral) mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan
Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan
persekutuan. Pada 12 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan.

4. Perkaitan Pembentukan Persekutuan Terhadap Kedaulatan Malaysia

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu
menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur

Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan
negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat
adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri

Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua negara adalah Yang diPertuan Agong

Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan
Persekutuan diperkenalkan

Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua
kerajaan bagi negeri yang baginda warisi

Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan
badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih lagi
kukuh dan dapat berfungsi dengan baik

http://cikgurazak.blogspot.com/2015/06/tugasan-pt-3-sejarah-versi-cukup-syarat.html

You might also like