Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Potensi

Kawasan kajian saya, iaitu Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau
Pinang mempunyai banyak peluang pekerjaan tetapi masih terdapatnya kegiatan
ekonomi yang berpotensi untuk dikembangkan. Menurut soal selidik yang saya jalankan,
penduduk kawasan ini telah memberi pendapat mereka mengenai kegiatan ekonomi
yang berpotensi dimajukan di Taman Sutera Prima. Selepas menganalisis maklumat,
saya telah mendapati bahawa ada 3 kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di
kawasan kajian ini.
Kebanyakan penduduk berpendapat bahawa pertanian merupakan kegiatan ekonomi
yang paling berpotensi dikembangkan di kawasan ini. Hal ini demikian kerana kawasan
ini wujudnya bentuk muka bumi yang amat strategik dan sesuai untuk kerja penanaman.
Bentuk muka bumi yang rata dan tanih yang kaya dengan tanah aluvium amat
bersesuaian untuk penanaman sayur-sayuran dan padi. Lantaran itu, banyak tapak
pertanian yang ditinggalkan kosong juga merupakan faktor yang penting untuk
memajukan bidang pertanian di kawasan ini. Berdasarkan kata-kata seorang petani,
Encik Ng Gim Huat, dia telah menanam padi dan sayur-sayuran di kebunnya selama 7
tahun. Dia telah berpengalaman dalam penanaman sebegini dan menganggap pertanian
itu amat berpotensi di samping berharap agar mana-mana pihak yang berkenaan dapat
menyokong sektor pertanian di kawasan tersebut.
Selain itu, pendidikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di
kawasan ini. Hal ini demikian kerana terletaknya sebuah sekolah menengah, iaitu
Sekolah Menengah Tun Hussein Onn di kawasan kajian ini. Sebanyak 2000 orang pelajar
bersekolah di situ dan wujudnya permintaan yang tinggi untuk menubuhkan sebuah
pusat tuisyen untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran
mereka. Dengan ini, kegiatan ekonomi pendidikan dapat dikembangkan dengan cara
penubuhan pusat kelas tambahan yang banyak di sekeliling kawasan tersebut.
Tambahan pula, terdapat juga seorang guru yang bertauliah, iaitu salah satu penduduk
di Taman Sutera Prima, Puan Ong Poh Wah memberi pendapatnya mengenai perkara ini
semasa menjalankan soal selidik. Pada pendapatnya, murid kini bertambah banyak dan
mereka tidak memahami pembelajaran guru di kelas dengan sepenuhnya. Oleh itu,
pusat tuisyen dapat membantu mereka dalam pelajaran dan secara tidak langsung
menambahkan pendapatan penduduk di kawasan ini.
Di samping itu, Perai berperanan sebagai pusat perkilangan dan perindustrian yang
penting di Pulau Pinang. Oleh sebab itu, perkilangan merupakan salah satu kegiatan
ekonomi yang amat berpotensi untuk mengembangkannya. Memang tidak dapat
dinafikan, kilang-kilang memerlukan tenaga buruh yang mencukupi untuk menjalankan
kerja perindustrian mereka dengan lancar. Sehubungan dengan itu, ini telah memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan kajian ini. Banyak penduduk telah
mendiami di kawasan tersebut dan hal ini telah menyumbang kepada salah satu faktor
yang mengembangkan sektor perkilangan, iaitu tenaga buruh yang banyak. Selain itu,
Encik Andrew Tan juga mengemukan pandangannya dengan mengatakan kompleks belibelah Aeon Big yang terletak di Taman Sutera Prima juga memainkan peranan penting

untuk memajukan sektor perkilangan. Hal ini demikian kerana kompleks tersebut
memerlukan barangan yang diproses oleh kilang-kilang untuk memasarkannya di
pasaran kepada para pengguna. Dengan berbuat demikian, banyak kilang perlu didirikan
untuk memproses bahan mentah untuk menampung keperluan pengguna.

Sumber rujukan
1. Buku Teks
f2 d and f3 d geo teks book
2. Buku rujukan
Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng, 2009. Success Geografi PMR. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Mohammad Yasin, Sri Ethicawati ,1998. Ekonomi Pelajaran IPS Terpadu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
3. Internet
http://www.musadun.com/2015/06/usaha-meningkatkan-pendapatan-penduduk.html
http://www.ekonomi-holic.com/2015/01/jenis-kegiatan-ekonomi.html
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/modul_pnp/ictic/ekonomi/index2.html
http://www.mikirbae.com/2014/12/kegiatan-ekonomi-masyarakat.html

You might also like