Aturcara Majlis Khatam Al-Quran SMK Abdul Rahim

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Aturcara Majlis Khatam Al- Quran & Majlis Berbuka Puasa

1) Kata alu- aluan


Assalamualaikum wbt.
Selamat datang diucapkan kepada hadirin/ hadirat ke majlis khatam Al-Quran &
berbuka puasa SMK Abdul Rahim bagi sesi 2014.
Sebagai wakil dari pihak sekolah, Terima kasih saya ucapkan kerana sudi hadir
memeriahkan petang nan indah ini.
2) Menjemput 22 peserta tadarus naik ke pentas bersama Ust. Shahibudin.
Bagi memulakan majlis pada petang ini, majlis menjemput dan mempersilakan 22
wakil pentadarus serta ust. Shahibudin ke pentas dewan.
Para jemputan yang hadir, majlis mempersilakan untuk memenuhkan dewan bagi
bersama sama memeriahkan majlis khatam al-Quran sebentar lagi.
3) Pemberian Cenderahati.
Syukur alhamdulillah, majlis khatam al-Quran telah pun sempurna berlangsung.
Terima kasih diucapkan kepada ust. Shahibudin dan wakil pentadarus.
Majlis mengalukan dan menjemput __________________________________
diiringi ____________________________ tampil bagi menyampaikan sedikit
cenderahati kepada wakil pentadarus.
Dijemput adik,
(* nama pada senarai jemputan- tindakan, Ustazah)
Tahniah diucapkan kepada wakil pentadarus.
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada ___________________ kerana sudi
menyampaikan cenderahati tersebut.
4) Mengisi ruang makan.
Tanpa melengahkan waktu, majlis menjemput dan mempersilakan anak anak
pelajar, guru guru dan hadirin bagi memenuhkan ruang makan di dewan.
5) Majlis zikir, tahlil dan doa berbuka.
Majlis diteruskan dengan menjemput Ust. Mustaqim bagi memulakan majlis zikir dan
tahlil. Falya Tafaddal Mashkura.
Terima kasih ustaz.

6) Doa berbuka (*andai kata belum dibaca)


Majlis mempersilakan Ust. Mustaqim sekali lagi bagi membacakan doa berbuka.
7) Berbuka puasa.
Para hadirin hadirat dijemput makan. Selamat bersungkai.

PERHATIAN *
Para pelajar asrama boleh mengambil makanan yang telah disediakan.
Usai makan, para jemaah muslim dan muslimat bolehlah bersedia untuk
menunaikan solat maghrib berjemaah di surau sekolah.

You might also like