Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tiga anggota polis peras ugut disiasat

KUALA LUMPUR 23 April - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu
Osman mengesahkan dua anggota polis berpangkat Sarjan dan seorang inspektor disiasat
kerana disyaki memeras ugut seorang lelaki.
Beliau berkata, ketiga-tiga polis itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan
Cheras didakwa memeras ugut wang sebanyak RM50,000 terhadap mangsa yang disyaki
seorang bookie.
Menurutnya, kesemua mereka disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
setelah mangsa membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, semalam.
"Kita masih siasat laporan tersebut mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan," katanya
ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu itu, ketiga-tiga polis itu menyerbu sebuah rumah di Wangsa
Melawati yang disyaki menjalankan pertaruhan haram.
Beberapa barangan milik mangsa turut dirampas antaranya komputer riba dan buku
akaun bank.
Mangsa kemudian dibawa ke IPD Cheras untuk siasatan sebelum salah seorang anggota
polis berkenaan meminta sejumlah wang daripada mangsa.
Mangsa yang dibebaskan pada keesokan harinya telah membuat laporan polis mengenai
kejadian tersebut.
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200
Kuala Lumpur. Terma & Syarat

You might also like