Aktiviti Sains

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Aktiviti Sains : "Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus"

Pengenalan
Membuat buku skrap merupakan satu aktiviti seni di mana pelbagai maklumat
berkaitan dengan sesuatu topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau
buku. Di dalam aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk membuat sedikit penyelidikan
tentang haiwan yang pupus dan terancam, dengan bantuan guru.
Apa yang diperlukan?
Kertas pelbagai warna dan ketebalan (boleh didapati di kedai alat tulis)
Gunting
Gam
Penebuk lubang (opsyenal)
Reben (opsyenal)
Pen pelbagai warna (opsyenal)
Bahan seni untuk menghias buku skrap (gam glitter, fancy stickers dan lain-lain)
Pelbagai gambar haiwan pupus dan terancam
Fakta berkenaan haiwan pupus dan terancam
Apa yang perlu dibuat?
1. Pelajar ditunjuk cara untuk membuat buku skrap secara asasnya. Pelajar
kemudian boleh membuat buku mengikut kreativiti masing-masing. Guru
dicadangkan untuk menstandardkan buku skrap, sebagai contohnya semua
dikehendaki membuat buku skrap sekurang-kurangnya 10 muka.
2. Guru berbincang tentang :

a) Apakah maksud bagi haiwan yang pupus. Contoh haiwan-haiwan yang pupus.
b) Apakah maksud bagi haiwan yang terancam. Contoh haiwan-haiwan yang
terancam.
c) Faktor-faktor yang menyebabkan dan menyumbangkan kepada ancaman
kepupusan.
Guru menyediakan beberapa gambar dan fakta tentang haiwan terancam dan
pupus. Pelajar akan memilihnya untuk dimasukkan ke dalam buku skrap masingmasing. Minta pelajar untuk:
a) Membuat penyelidikan tambahan dan juga menambahkan lagi koleksi haiwan.
b) Mencari fakta tambahan yang menarik untuk ditambah di dalam buku skrap
mereka.
Selepas seminggu, minta pelajar untuk mempamerkan buku skrap mereka kepada
rakan-rakan. Guru juga boleh membuat aktiviti ini lebih menarik dengan memberikan
mereka pelekat-pelekat berwarna untuk dilekatkan kepada buku skrap yang mereka
rasakan paling informatif dan menarik.
Terpulang kepada budi bicara guru, pilihlah hari yang sesuai untuk membawa
mereka kepada perbincangan yang aktif tentang apa yang mereka telah pelajari,
perasaan mereka tentang topik berkenaan dan apa yang mereka ingin tahu lagi jika
diberikan lebih banyak masa untuk membuat penyelidikan.
Apa yang berlaku?
Dengan adanya teknik membuat buku skrap, pelajar bukan hanya sekadar
menyimpan dan menyelidik maklumat, malah mereka juga boleh menjadikannnya
sebuah hasil karya yang boleh dikongsi bersama sesiapa sahaja yang anda
kehendaki. Ia juga boleh menjadi satu bahan untuk memulakan satu perbincangan
yang bernas tentang sebarang topik!
Pengisian sains
Haiwan yang pupus (extinct animals) ialah haiwan yang tidak lagi wujud di muka
Bumi kita dan tiada sebarang spesisnya yang masih hidup pada hari ini. Beberapa
haiwan yang telah pupus ialah dinosaur, Thylacine, burung Moa, burung Dodo dan
Mammoth.

Sesetengah haiwan pupus disebabkan perubahan cuaca. Ada juga haiwan yang
pupus disebabkan oleh aktiviti manusia.
Pada hari ini, ada pelbagai spesis haiwan yang semakin jarang dijumpai dan
populasinya juga semakin berkurangan. Haiwan ini mengalami ancaman
kepupusan. Ia dikategorikan sebagai spesis yang terancam (endangered
species). Beberapa haiwan yang terancam ialah orangutan, badak sumbu, gorila,
unta Bactrian dan penyu Belimbing.

Aktiviti manusia merupakan faktor utama yang menyebabkan kepupusan haiwan.


Contoh aktiviti-aktiviti ini adalah seperti pembalakan haram atau keterlaluan,
pemburuan haram atau keterlaluan dan pembangunan tanah yang keterlaluan.

Tahukah anda?
Projek Zoo Beku atau Frozen Zoo bertujuan untuk membawa semula spesies
terancam dari ambang kepupusan. Projek yang dijalankan oleh Zoo San Diego ini
mula mengumpul sampel kulit dari haiwan yang terancam sejak dari tahun 1972
dengan harapan yang ia boleh digunakan untuk melindungi haiwan ini dari
kepupusan di masa hadapan. Kemajuan di dalam bidang teknologi sel tunjang (stem
cell) masa kini bermakna yang usaha ini mempunyai harapan yang cerah!
Cubalah!
Apakah yang boleh anda hasilkan lagi dengan buku skrap?
Guru juga boleh meminta pelajar untuk merakamkan pelbagai bentuk Bulan pada
setiap malam. Pelajar bukan sahaja boleh melihat dengan sendirinya fenomena fasa
Bulan, tetapi ia juga akan membantu mereka memahami dan mengingati topik ini
dengan lebih mudah.
Sebenarnya tidak ada batasan untuk membuat sebuah buku skrap, kerana
semuanya dibataskan oleh kreativiti anda.

You might also like