Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KECERIAAN SEKOLAH

SK RANCANGAN SEPUPOK
2015

Anjuran :

Pihak sekolah
&
PIBG

PENDAHULUAN

Sudah menjadi fitrah manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan
ceria. Begitulah juga dengan murid-murid sekolah yang memerlukan persekitaran
sekolah yang baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman
damai dalam menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, pihak sekolah telah berusaha
untuk mewujudkan suatu iklim yang amat penting dalam membina sekolah yang
berkesan.
Salah satu aspek penting dalam iklim persekolahan adalah faktor keceriaan.
Semua warga sekolah perlu berganding bahu dalam mewujudkan iklim sekolah yang
positif dengan menghiaskan kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok
bunga, menghias kelas, melukis mural serta memastikan keselamatan murid terjaga.
Namun, kami dapati terdapat beberapa lagi hiasan sekolah yang terbengkalai
contohnya papan tanda kata-kata hikmat yang digantung pada blok-blok akademik.
Hiasan yang terbengkalai ini menjadikan suasana sekolah itu kelihatan tidak menarik
dan menganggu pandangan mata.

RASIONAL
Keadaan papan tanda kata-kata hikmat yang terbengkalai ini bukan sahaja
menganggu keceriaan sekolah, malah ianya juga turut membahayakan keselamatan
murid-murid mahupun guru-guru. Papan tanda yang usang ini boleh jatuh dan
mencederakan murid atau guru pada bila-bila masa sahaja.
OBJEKTIF

Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat untuk murid-murid.


Menjadi tempat santai yang berilmu dalam kalangan pelajar.

Membentuk budaya kerja seperti bekerjasama, berdaya saing dan semangat


berpasukan di kalangan guru-guru, guru PPG, dan staf-staf sekolah.

TEMA
`Sekolah ceria, murid gembira
TEMPAT
Blok Akademik, SK Rancangan Sepupok
TARIKH DAN MASA
Tarikh : 2-6 March 2015
Jam

: 4.00-5.30 petang

STRUKTUR ORGANISASI
PENASIHAT

En. Limpeng Anak Gajah

PENYELARAS

En. Michael Anak Lapek

BENDAHARI

En. Jefrey Bin Ederis

AHLI J/KUASA :

En. Jutie Ujak

Pn. Josephine Elbrina

En. Lagie Anak Janda

Pn. Ellen Jipow

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan
Sumber daripada pihak PIBG: RM 1200.00

2. Anggaran Perbelanjaan
2.1 Bahan-Bahan

BIL

ITEM

KUANTITI

HARGA

JUMLAH
RM 780.00
RM 20.00

1.
2.

Cat simen
File ring holder

12 tin
80 pcs

SEUNIT
RM 65.00
RM 1.00

3.
4.
5.

Thinner
1 paint brush
12.0mm 4x8 UT

1 btl
20 pcs
2 pcs

(2 pcs)
RM 8.00
RM 2.50
RM 49.00

RM 8.00
RM 50.00
RM 98.00

6.
7.

Plywood
Edging Tape 25mm
Sticker Wording

1 roll
37 pcs

RM 50.00
RM 5.40

RM 50.00
RM199.00

(20 x 8')
Jumlah Besar

RM 1205.80

LOKASI SASARAN
Blok Kelas Tahun1-6, Bilik Guru, Bilik Bacaan, Tandas Sekolah SK. Rancangan
Sepupok, Subis.

PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam misi
memperkasakan keceriaan sekolah ini. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan
yang diberikan mendapat keberkatan dari Tuhan. Sekian dan terima kasih.

Disediakan oleh,

......................
( MICHAEL ANAK LAPEK )
Guru Penyelaras,
SK Rancangan Sepupok,
Subis.

Diluluskan oleh,

..
( LIMPENG ANAK GAJAH )
Guru Besar,
SK. Rancangan Sepupok,Subis.

Kekuatan:
Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program
keceriaan ini kerana diadakan di dalam kawasan sekolah. Kesemua aktiviti yang

telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam
jadual pelaksanaan kerja projek keceriaan ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga
lebih selesa iaitu di bangunan pentadbiran SK Rancangan Sepupok berdekatan
dengan tapak perhimpunan sekolah.
Kemudahan peralatan untuk menjalankan projek ini mudah didapati dan
menggunakan kos yang rendah. Peralatan seperti Stapler besar, tikar getah alas
meja dan plastik meja mudah disimpan dan berpatutan.
Di samping itu projek ini mendapat sokongan penuh dari pihak pentadbiran sekolah.
Pihak ibu bapa juga membenarkan anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti di
sekolah walaupun dijalankan pada waktu balik sekolah. Murid-murid juga
menunjukkan sikap yang baik serta memberi komitmen sepenuhnya semasa
program ini dijalankan.
Kelemahan:
Sepanjang projek ini berjalan disiplin murid agak terkawal. Terdapat juga dua orang
murid bergaduh semasa menjalankan projek ini. Selain itu, murid juga lebih suka
bersembang dan membuat bising ketika menjalankan projek ini.
Ramai guru terlibat dengan kelas tambahan sekolah dan segelintir guru berkursus.
Warga sekolah juga sibuk menyiapkan fail panitia dan sebagainya kerana lawatan
daripada pihak nazir. Ujian Lisan Linus Numerasi dan Literasi juga berlansung pada
awal Mac dimana saya sendiri juga terlibat.
Peluang:
Kerjasama dan sokongan pihak sekolah kepada aktiviti ini menjadikan ianya satu
peluang untuk menjayakan projek ini. Kesanggupan pihak sekolah mengeluarkan
sedikit bajet untuk menanggung kos perbelanjaan menambahkan peluang untuk
saya dan rakan-rakan menjalankan aktiviti ini dengan baik dan lancar.
Selain itu sokongan dari pihak ibubapa dan waris yang memberikan
kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menyertai projek ini turut menjadi faktor
kepada kejayaan aktiviti ini.
Ancaman:

Semasa projek ini dijalankan, saya mendapati beberapa ancaman yang mungkin
mencacatkan perjalanan projek ini. Murid-murid bising ketika menjalankan projek ini.
Terdapat murid yang lebih suka tengok saja rakan-rakan lain membantu guru.
Kebanyakkan mereka di kalangan murid lelaki.

Cadangan penambahbaikan:

Pada masa akan datang diharap program seperti ini dapat diperuntukkan

masa yang lebih panjang supaya projek dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Melibatkan guru-guru yang lebih ramai bagi memudahkan perjalanan projek

Penglibatan menyeluruh dari pihak ibubapa dan PIBG.

Melantik ketua kumpulan bagi setiap bidang tugas murid yang telah diagihkan

supaya mereka lebih bertanggungjawab.

Kata-kata Hikmat (B. Inggeris)

1. A goal without a plan is just a wish.


2. If you dont risk much, you risk even more.
3. Make mistakes but avoid repeating them.
4. Know your limits, but never accept them.
5. Teachers open the door but you must walk through it yourself.
6. A friend walks in when everyone else walks out.
7. In teaching others, we teach ourselves.
8. Love is the beauty of the soul.
9. I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand.
10. To improve is to change.
11. To be perfect is to change often.
12. The secret in education lies in respecting the student.
13. He who dares to teach must never cease to learn.
14. A loving heart is the truest wisdom.
15. Every accomplishment starts with the decision to try.
16. If you fail to plan, you plan to fail.
17. If you think you are smart, show it.
18. Beauty lies in the eyes of beholder.
19. Knowledge is the essence of life.
20. The harder I work, the luckier I get.
21. For a dream to come true, wake up.
22. Pray and effort.
23. Enjoy your life.
24. Work more, talk less.
25. There is no shortcut in lives.
26. Education is an ongoing process.
27. Learn from your mistakes.
28. Think wisely before acting.
29. Listen instead of hearing.
30. Time is precious.
31. Give more, expect less.
32. Waste time, waste your life.
33. Strive for excellent.
34. Always desire to learn something useful.
35. Mistakes are proof that you are trying.
36. Dare to be different.
(B. Malaysia)
1. Rajin itu ubat, malas itu racun.
2. Buat baik dibalas baik.
3. Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
4. Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
5. Bertegur-sapa budaya kita.
6. Senyum itu sedekah.
7. Berdoa dan berusaha.
8. Ilmu dan kepandaian itu sahabat.
9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
10. Agama tanpa ilmu adalah buta.
11. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

12. Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.


13. Kejayaan tidak datang pada manusia yang leka.
14. Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.
15. Kegagalan adalah asas kemenangan.
16. Manusia itu belajar dari kesilapan.
17. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
18. Sekolah gedung ilmu.
19. Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.
20. Ilmu adalah pelengkap jiwa.
21. Kepuasan terletak pada usaha, bukan kejayaan.
22. Ilmu adalah kuasa.
23. Jaga diri, hiasi peribadi.
24. Jadikanlah hari ini lebih baik dari yang semalam.
25. Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
26. Perjalanan yang jauh itu dimulai dengan langkah pertama.
27. Hidup ini sementara. Jadikanlah ia penuh bermakna.
28. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
29. Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
30. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
31. Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
32. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
33. Sama menolong sama beruntung.
34. Berdoalah dengan motivasi hati yang murni.
35. Malu bertanya sesat jalan.
36. Membaca itu jambatan ilmu.

Gambar Bilik Guru dan Tandas Sekolah

1
1

SEBELUM

SELEPAS

You might also like