Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengalaman Mengikuti Lawatan

Pada cuti sekolah yang lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Taman Hidupan Liar.
Lawatan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Taman Jaya. Tujuan
lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan-haiwan yang terdapat di dalam
hutan. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut
Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak perhimpunan pada pukul 8.00 pagi. Guru
pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga disiplin semasa berada di kawasan
taman. Selepas memberi taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan.
Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual dengan rakan-rakan. Ada juga rakan yang
bercerita tentang pengalaman pernah ke Taman Hidupan Liar sebelum ini. Kami juga menikmati
kuih-muih dan air kotak yang diberi semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
Kami tiba di Taman Hidupan Liar pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas, pegawai
yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat
tentang taman kepada kami.
Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam
taman. Kami juga sempat melihat pertunjukkan burung yang telah dilatih untuk menghiburkan
hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli
cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibu bapa.
Selepas menikmati makan tengah hari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah
ibu bapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke
rumah, saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan kepada ibu. Walaupun agak letih, saya
berasa sangat gembira.

You might also like