Khemah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Krs.

adibah
KRS
Jenis-jenis khemah
Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:
Rigde tent
Frame tent
Dome tent
Bell tent
Ridge tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

Dome tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya
.

Frame tent

Krs.adibah
Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

Bell tent
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis DOME.

Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi
Boleh melindungi daripada serangga,panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk.
Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya
Jenis-jenis Shelter
1.Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina.
Diikat pada dua batang pokok
Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja
Pastikan shelter tidak menghala arah angin

Krs.adibah

2.Phonco Tent
Mudah dibina.
Diikat diantara dua pokok
Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan.

3. One man Shelter


Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin.
Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

Krs.adibah
1. Sebelum pergi berkhemah:
i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya.
ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan
iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang
permohonan kebenaran berkhemah.
iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan
fizikal muka bumi, dan sebagainya.
vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan
makanan, dan lain-lain.
vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan
2. Khemah
Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang
boleh digerakkan. Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti
berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah
yang biasa digunakan untuk berkhemah.
2.1 Khemah A tanpa helaian terbang (single walled tent)
2.2 Khemah A berhelaian (Double walled tent)
2.3 Khemah pengembara (Explorer tent)
2.4 Khemah tiang Satu
2.5 Khemah berangka
2.6 Khemah Igloo, dan
2.7 Berbagai jenis khemah yang lain mengikut kehendak dan kemampuan anda.
Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian Sebelum Berkhemah.
a. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan
sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.
b. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah
tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.
c. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air
apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis
air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

Krs.adibah
d. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya
dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan.
Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila
digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.
e. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan
menempatkan barang-barang di dalam khemah.

3.Peralatan Perkhemahan

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung
bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah
disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan
selesa:a. Khemah yang sesuai.
b. Bag galas
c. Dapur (gas atau minyak bahan tambahan serta alat gantinya)
d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
f. Botol air, kole dan bekas minuman.
g. Pisau dan pembuka tin
h. Lampu picit serta beteri dan alat gantinya.
i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
j. Kotak pertolongan cemas.
k. Kotak ikhtiar hidup.
l. Tali
m. Ponco atau baju hujan.
n. Parang/kapak kecil.
o. Bekas air tambahan.
p. Selimut atau bag tidur.

Krs.adibah
1.1 SEJARAH PERKHEMAHAN.
Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman.
Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk
berteduh dan bermalam. Khemah ini diperbuat daripada kain tebal, nilon, dan kain layer. Khemah
yang diperbuat daripada kain nilon lebih popular kerana ia lebih ringan dan senang dibawa. Khemahkhemah ini ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali.
Kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang selalu berpindah randah
mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang selalu berpindah randah seperti kaum
Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah.
Pada tahun 1907 Lord Baden Powel, iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa
seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini satu perkhemahan pengakap yang
pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang
diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan
berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang
pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori. Tiga kategori tersebut ialah
perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori atau rover mood atau dikenali juga
dengan nama korobori.
Berkhemah bukanlah semata-mata satu jenis sukan. Pada suatu ketika dahulu berkhemah adalah satu
cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan
peneroka-peneroka di dunia baru itu. Terkenang juga kita kepada betapa syahdunya kita berkhemah
semasa wukuf di Arafah dalam musim Haji dengan hati setulus sutera yang putih, yang membawa
satu keinsafan bahawa kita sebenarnya hanyalah berkhemah sementara di alam ini sebelum kita
berpindah ke alam kekal di Akhirat kelak.
Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia.
Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar
semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran
sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama
tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.

1.2 TOKOH DALAM PERKHEMAHAN.


Semua manusia kenal bahawa pekhemah ulung di dunia ini ialah Lord Baden Powell, iaitu pengasas
pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan yang wajib. Bila disebut
perkhemahan maka serentak diingati namanya dan pengakap. Lama sebelum Lord Baden Powell
mempopularkan perkhemahan sebagai satu kegiatan latihan yang sepadu dengan kesempurnaan
pendidikan sahsiah manusia, terdapat tokoh-tokoh lain seperti Alexandar The Great, The Roman
Legions dan berbagai ketumbukan bala tentera dunia telah berkhemah semasa peperangan yang telah
merubah tamadun dunia.

Krs.adibah
Nabi kepada umat Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah salah seorang pekhemah yang
masyhur semasa baginda berulang alik ke negeri Syam dan lain-lain negeri dalam urusan
perniagaanya. Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu
hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima iaitu Rukun
Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah dan
bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim setahun sekali. Sebelum Kota Mekah
dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa bermukim di bawah khemah.

1.3 OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.


Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:
i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential
Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang
mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.
ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan
untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari,
kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja
secara berpasukan.
iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada
masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang
dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.


> Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
> Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.
> Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk
bekerja secara berpasukan.
> Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
> Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

Krs.adibah
TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM
Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang
sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada
berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan
pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat
menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya.
Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan
tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan.
Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat
berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang
lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan diantaranya ialah:
i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.
- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung
dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke
tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka
terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya
kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih
mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.
- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini
dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan
kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh
pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.
- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar
yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengahsesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat
mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat
melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuhtumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan
perkampungan tertentu.
ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.
- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan
kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang,
sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita
didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk
berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan
kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada

Krs.adibah
kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling
penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan
ibadat terhadap Allah S.W.T.
.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.
- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama.
Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain.
Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam,
kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan
dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit
dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama,
Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol.
Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu
masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.
- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan,
daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum
dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali
persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.
iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.
- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana
dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada
segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran
untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan
terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang
mulia dan kewarasan berfikir.
v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.
- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta
manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi
alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu
pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun
manusia yang tidak henti-henti membinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin
berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang
semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada
satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini
bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap

Krs.adibah
seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja
sebelumnya.
- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh
dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran
tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya
bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani
kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.
vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.
- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari
beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula
minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan
kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman
lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan
persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang
tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali
terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.
- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama
melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api,
memasak serta mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan
kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa
untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula
hubungan yang telah lama tegang.
vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.
- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para
belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap
individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status
kesihatan mereka.
- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan
seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup
sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang
menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.

3.1 PEMILIHAN TEMPAT

Krs.adibah

Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan kawasan untuk berkhemah bagi
sesebuah kumpulan. Tempat yang biasa menjadi pilihan ialah seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi
tasik, kawasan pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting
kerana ia menjadi faktor utama keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu diteliti
semasa memilih tempat ialah :

1. Keselamatan peserta dan harta benda

Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang terpenting yang perlu diambil kira.
Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas,
dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan
tapak perkhemahan haruslah mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta
kawasan yang lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasan yang sempit boleh mengundang kepada
kecelakaan dan kemalangan. Antara lain yang perlu diambil perhatian ialah seperti memikirkan
kemungkinan berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.
Keselamatan peserta semasa perjalanan ke tempat tapak perkhemahan juga dianggap penting. Oleh
itu, taklimat perlu diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak semasa
berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam hutan atau di tapak perkhemahan
tersebut.

2. Kemudahan asas

Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya mempunyai kemudahan asas.
Kemudahan asas ini ialah seperti bekalan air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai
contohnya ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber pili atau paip.
Tujuannya adalah supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman.
Selain daripada bekalan air, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak dekat dengan kawasan yang
mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada
ialah seperti jalan perhubungan dan sebagainya.

Krs.adibah

3. Tempat menarik dan selesa

Keseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah Sehubungan itu, pemimpin
seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan
seperti di tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadi pilihan utama
untuk diadakan perkhemahan.

4. Kawasan

Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak
tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit
sebanyak akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah dan untuk beraktiviti di kawasan
tersebut. Kawasan perkhemahan juga haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana
mempunyai sistem pengangkutan yang

baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu
juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah
diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa
berkhemah. Seorang ahli perkhemahan
yang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahan
terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan.
3.2.1 Mendapatkan kebenaran

Seharusnya beberapa kebenaran perlu diperoleh sebelum diadakan sesuatu perkhemahan. Antaranya
ialah seperti surat-surat permohonan kebenaran yang perlu dihantar sekurang-kurangnya 2 bulan
daripada tarikh perkhemahan. Pemimpin boleh menelefon pihak tertentu terlebih dahulu untuk
memohon kebenaran menggunakan tapak perkhemahan. Selepas itu, surat permohonan rasmi perlu
dihantar kepada pihak berkenaan. Antara kebenaran lain yang perlu ialah seperti kebenaran pengetua
atau penganjur, kebenaran pemilik tapak perkhemahan, kebenaran ibubapa penjaga dan lain-lain
kebenaran jika perlu.

Krs.adibah
3.2.3 Perancangan aktiviti
3.2.3.1 Jadual

Pemimpin atau pihak penganjur seharusnya menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan dalam
sesuatu perkhemahan. Penganjur seharusnya menyenaraikan aktiviti tersebut supaya sesuai dengan
objektif perkhemahan tersebut. Aturcara serta aktiviti yang dirancang dengan teliti dapat
menghasilkan perkhemahan yang menyeronokkan serta dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.
3.2.3.2 Aktiviti

Kebiasaannya aktiviti untuk setiap perkhemahan dirancang sebelum perkhemahan itu diadakan.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk memastikan setiap perkhemahan itu menyeronokkan. Sebagai
contoh:

1.0 Aktiviti terancang


a) Flying fox
b) Absceling
c) Repeling
d) Jungle tracking
e) Night walk
f) Lain-lain aktiviti yang telah dirancang oleh pihak berkenaan.

2.0 Aktiviti bebas

a) Permainan yang dirangka


b) Aktiviti kebudayaan
c) Aktiviti air
d) Senaman
e) Aktiviti berhalangan

Krs.adibah

3.2.4 Persiapan akhir sebelum berkhemah

Lebih kurang tujuh hari sebelum diadakan sesuatu perkhemahan, ketua atau jawatankuasa tertinggi
haruslah menyelesaikan persiapan terakhir. Persiapan terakhir ini sangat perlu bagi memastikan
semua perancangan yang dilakukan sebelum ini dapat dijalankan dengan lancar. Di antara
perancangan akhir termasuklah menyemak persiapan awal, mesyuarat akhir, taklimat kepada peserta,
dan persiapan alatan.

1.0 Mesyuarat

Mesyuarat dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara seperti pembahagian tugas, menyemak
kembali alatan yang hendak dibawa dan seterusnya menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin
timbul sepanjang persediaan yang dilakukan.

2.0 Taklimat kepada peserta

Satu taklimat khas tentang perkhemahan harus diadakan. Semua peserta diwajibkan hadir dalam
taklimat tersebut. Taklimat ini juga harus merangkumi taklimat keselamatan, taklimat aktiviti dan
lain-lain. Peserta juga haruslah didedahkan dengan gambaran sebenar perkhemahan secara ringkas
seperti tempat, tujuan perkhemahan, aktiviti yang akan dijalankan, penyertaan, dan program secara
menyeluruh. Dalam taklimat keselamatan pula, langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi
perhatian oleh peserta harus diterangkan. Ini untuk memberi persediaan mental dan emosi kepada
semua peserta. Peraturan-peraturan perkhemahan juga harus diterangkan secara terperinci walaupun
peserta sudah kerap menghadiri perkhemahan.

.0 Peralatan perkhemahan

Krs.adibah
Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja dan memasak seharusnya disediakan
terlebih awal. Bilangan, kepadatan dan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan
peralatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatan serta barang yang hendak dibawa
haruslah disenaraikan setelah kawasan perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnya
membawa peralatan masing-masing. Bilangan bagi setiap jenis peralatan yang dibawa bergantung
kepada jumlah hari berkhemah dan kemudahan tertentu.

Antara peralatan yang boleh dibawa oleh individu ialah :

a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang mencukupi.
b) Peralatan mandi
c) Kompas
d) Wisel
e) Lampu suluh
f) Mancis dan pisau
g) Pinggan dan mangkuk
h) Pen dan buku catatan
i) Lain-lain peralatan

Bagi peralatan kumpulan pula ialah seperti :

a) Khemah
b) Skop dan cangkul
c) Parang
d) Tali
e) Kotak pertolongan cemas

f) Lampu gaslin
g) Baldi

Krs.adibah
h) Alatan untuk aktiviti
i) Lain-lain peralatan

eralatan untuk memasak juga sangat penting untuk perkhemahan. Pemilihan peralatan yang mustahak
dan serbaguna perlu diteliti. Bekas makanan yang paling sesuai untuk dibawa semasa perkhemahan
ialah yang diperbuat daripada aluminium. Ini kerana ia sangat ringan dan memudahkan seseorang
untuk membawanya. Di antara peralatan memasak serbaguna yang boleh digunakan ialah seperti
mess tin, periuk, kuali dan bekas air.

Pack yang juga dikenali sebagai beg galas merupakan sejenis alat khusus yang digunakan bagi
membungkus dan membawa pakaian, makanan dan peralatan semasa berkhemah dan mengembara.
Pack diperbuat daripada kain tebal atau nilon. Ia mempunyai banyak jenis, model dan saiz. Pack
sangat diperlukan untuk membawa bebanan yang banyak dan merupakan cara yang paling selamat
untuk bahu.

You might also like