Agama Sem 3 Esei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi

pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itu
juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak
Islam semuanya berdasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya. Akhlak merupakan salah satu ajaran asas agama Islam sehingga
Rasulullah s.a.w. pernah mendefinisikan agama itu dengan akhlak yang baik. Hal ini
dijelaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya
Rasulullah, apakah agama itu?" Beliau menjawab: "Agama adalah akhlak
yang baik." (Riwayat Bukhari).
Akhlak yang baik menggambarkan kemuliaan peribadi yang dimiliki oleh
seseorang individu. Begitu juga apabila kita meneliti melalui sebuah hadis, Rasulullah
s.a.w.menjadikan baik buruknya akhlak seseorang sebagai ukuran kualiti keimanannya:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya." (Riwayat Tirmidzi).
Ramai di kalangan umat Islam pada hari ini keliru dengan erti akhlak dan moral.
Akhlak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, yakni daripada Allah s.w.t manakala
moral pula berdasarkan pengalaman, sikap dan tingkahlaku manusia. Akhlak bersifat
mutlak, iaitu tidak berubah-ubah mengikut masa dan tempat berbanding dengan moral
yang bersifat relatif iaitu tidak tetap dan berubah-ubah mengikut tempat, masa dan
keadaan. Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, mentakrifkan
akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan dan
1

tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Dari segi bahasa,
perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaku) iaitu kata jamak daripada
perkataan (al- khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat
kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Dari segi istilah pula, perkataan
akhlak bermaksud sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu
perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Manakala moral pula bermaksud tingkahlaku yang telah ditentukan oleh etika. Moral
doleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah moral yang baik, iaitu segala
tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Kedua ialah moral yang buruk,
iaitu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk. Kemoralan merupakan
sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar
kawalan individu (DorothyEmmet,1979) mengatakan bahawa manusia bergantung
kepada tatasusila,adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai
tingkahlaku seseorang.
Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan
seseorang Islam. Imam Ghazali mengatakan akhlak ialah suatu keadaanyang tertanam
di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan
terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia.
Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Akhlak amat penting kerana Rasulullah s.a.w. sendiri telah diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia. Hal ini telah dinyatakan dalam sabda Rasulullah
s.a.w.:
2

Terjemahan: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang


mulia." (Riwayat Bukhari).
Di dalam al-Quran juga terdapat lagi bukti bahawa Allah s.w.t. telah mengutuskan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai role model untuk umat Islam. Hal ini kerana kemuliaan
akhlak dan peribadi yang dimiliki oleh baginda sehingga diangkat menjadi kekasih Allah
s.w.t, sehingga dinyatakan dalam Surah Al-Qalam :

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (AlQalam:4).


Sebagai seorang Muslim yang taat kepada pencipta-Nya, memiliki akhlak yang
mulia adalah satu kemestian. Akhlak yang mulia ialah akhlak mahmudah yang
bermaksud terpuji. Akhlak mahmudah meliputi ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut
kemurkaan Allah), Roja (mengharapkan keredhaan Allah), jujur, adil, amanah, dan
merendah diri sesama Muslim. Konsep akhlak ialah membersihkan jiwa berasaskan
wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah. Dalam kehidupan seorang Muslim, akhlak
mahmudah merupakan satu elemen yang sangat penting. Ia menggambarkan
keperibadian seseorang Muslim. Selain itu,ia juga merupakan satu benteng yang
menghalang seseorang Muslim daripada melakukan kemaksiatan. Akhlak turut
berperanan bebagai pengukuh ummah. Kurangnya kesedaran mengenai kepentingan
memiliki akhlak mahmudah boleh menyebabkan penularan gejala keruntuhan moral
dalam masyarakat. Ia terdiri daripada kesalahan-kesalahan kecil seperti ponteng
3

sekolah dan tidak menghormati guru sehingga melibatkan suatu perilaku yang
ditakrifkan sebagai jenayah. Kebelakangan ini, banyak kes-kes pembunuhan, rogol dan
pecah masuk rumah yang dipaparkan di dada-dada akhbar saban hari. Selain itu,
terdapat juga kes remaja lai dari rumah, terutamanya remaja perempuan kerana ingin
mengikut teman lelaki mereka. Hal ini menunjukkan kurangnya penghayatan mengenai
memiliki akhlak mahmudah.
Terdapat faktor luaran dan dalaman yang mendorong kepada gejala keruntuhan
moral. Salah satu daripada faktor dalaman yang menjurus kepada gejala keruntuhan
moral ialah kurang penghayatan agama dalam diri seorang individu. Ini bermakna
individu tersebut tidak mengetahui sedikit sebanyak tentang agama Islam. Suasana
kehidupan dan persekitaran yang moden menyisihkan penghayatan agama secara
berterusan. Faktor kedua ialah sifat ingin mencuba. Hal ini selalu dikaitkan dengan
remaja. Mereka mudah terpedaya dengan keindahan yang zahir daripada memikirkan
kesan di sebalik sesuatu perkara. Lumrah remaja ialah ingin mencuba sesuatu yang
baru dan jika tanpa bimbingan mereka akan terdedah kepada perilaku yang tidak
senonoh. Selain itu, keperibadian yang lemah turut mendorong kepada gejala
keruntuhan moral. Perkara ini mempunyai kaitan dengan kurangnya penghayatan
agama. Kelemahan peribadi dan ketahanan diri menjadi penyumbang kepada wabak
gejala sosial. Umat Islam yang terlibat dengan gejala sosial tidak mempunyai jati diri
yang kuat. Mereka yang tidak mempunyai jati diri yang kuat diibaratkan seperti lalang
yang mudah ditiup angin.

Faktor luaran yang turut sama menyumbang kepada gejala keruntuhan moral
ialah pengaruh budaya asing. Umat Islam pada masa ini selalu dihidangkan dengan
hiburan yang mengandur unsur-unsur negatif seperti lucah, keganasan dan pergaulan
bebas daripada kebudayaan Barat. Mereka beranggapan bahawa aspek-aspek tersebut
menyebabkan Barat maju dalam sains dan teknologi, padahal kemajuan mereka dibina
berteraskan ketekunan, kesungguhan, kesabaran dan proaktif. Malangnya, umat Islam
lebih terdedah dengan nilai-nilai negatif dan ianya menyumbang kepada merebaknya
gejala sosial. Selain itu, pengaruh daripada sahabat turut mendorong kepada penularan
gejala keruntuhan moral. Bagi golongan remaja, sahabat merupakan tempat mereka
berkongsi perasaan dan masalah, selain daripada ibu bapa. Persahabatan mencorak
kehidupan remaja. Jika mereka tersalah memilih sahabat, mereka akan terikut-ikut
dengan perangai buruk yang ditonjolkan oleh sahabat tersebut. Di samping itu,
kepincangan dalam keluarga turut memberikan saham dalam gejala keruntuhan moral.
Perceraian ibu bapa, tiada keharmonian dalam keluarga,kurang kasih saying dan
perhatian daripada ibu bapa dan sebagainya menyebabkan remaja mencari kedamaian
melalui perbuatan yang salah seperti minum arak, merokok dan penyalahgunaan
dadah.
Gejala keruntuhan moral merupakan satu masalah yang perlu dititik beratkan
dalam Islam. Dalam usaha mengatasi gejala keruntuhan moral, Islam telah
menggariskan beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh setiap individu sebagai
perseorangan, anggota masyarakat, ibu bapa, institusi pendidikan dan kerajaan.
Sebagai seorang individu, kita disarankan agar mengawal interaksi antara lelaki dan
perempuan bukan mahram. Perbuatan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan
5

bukan mahram menjadi larangan dalam Islam kerana ia dianggap sebagai satu langkah
menuju zina. Oleh itu, sebagai individu yang menghayati agama Islam, kita seharusnya
mengawal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Selain itu,
seseorang individu juga dinasihakan untuk meningkatkan penghayatan agama.
Bagi ibu bapa, mereka digalakkan untuk mengekalkan keharmonian dalam
keluarga. Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab untuk memelihara
keharmonian dalam keluarga mereka. Ibu bapa perlu menjaga hubungan baik dengan
anak-anak tetapi tidak seharusnya terlampau memanjakan mereka. Di samping itu, ibu
bapa juga perlu mengawasi tingkah laku anak-anak. Mereka wajar mengetahui di mana
anak-anak mereka berada setiap masa dan apa yang mereka lakukan. Selain itu, ibu
apa juga perlu menyediakan pendidikan secukupnya dan menekankan pendidikan
agama dalam diri anak-anak mereka.
Institusi pendidikan adalah tempat untuk anak-anak menimba ilmu. Di sini
merupakan permulaan kepada kehidupan mereka. Menurut konsep Islam, pendidikan
perlu merangkumi tiga komponen berikut, iaitu peningkatan daya fikir. Ia diperlukan
dalam proses pembelajaran yang berterusan oleh para pelajar untuk meneruskan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kedua ialah peningkatan daya usaha dan
kreativiti yang diperlukan oleh pelajar yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Ketiga ialah pembinaan sahsiah peribadi. Ia adalah sebagai
asas kepada pembentukan akhlak. Pendidikan yang tidak seimbang antara ketiga-tiga
komponen tersebut boleh mewujudkan permasalahan social. Kerajaan pula berperanan
untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang lengkap dan sempurna. Kerajaan

perlu sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan terhadap institusi


pendidikan sebagai pusat pendidikan dan pusat penerapan nilai moral dan akhlak.
Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan institusi sosial
berjalan lancar. Institusi sosial seperti sistem undang-undang dan kekeluargaan perlu
dijalankan dan diperbaiki kelemahannya dari semasa ke semasa.
Secara umumnya, pelbagai masalah yang timbul disebabkan akhlak yang tidak
teguh. Ia ditambah lagi dengan faktor luaran yang terdiri daripada pengaruh budaya
asing, pengaruh sahabat dan kepincangan dalam keluarga. Selain itu, masalah ini turut
berpunca daripada faktor dalaman yang terdiri daripada kurang penghayatan agama
dalalm diri, sifat ingin mencuba, kelemahan peribadi dan jati diri yang tidak kuat. Untuk
membendung masalah ini daripada terus berlanjutan, pelbagai pihak seperti ibu bapa,
institusi pendidikan, kerajaan malah individu itu sendiri memainkan peranan yang
penting. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan
batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup
antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi
hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan
haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga alam sekitar.
Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita diseru agar sentiasa memelihara
dan memantapkan akhlak. Akhlak yang baik mencerminkan keperibadian seseorang
Muslim tersebut.. Oleh itu, marilah kita sama-sama menanam akhlak mahmudah dalam
diri agar kita diangkat dengan setinggi-tinggi darjat di sisi Allah s.w.t. kelak.
(1504 patah perkataan)
7

RUJUKAN
Serban Hitam, (2009). Kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia (The importance
of morality in human life). Retrieved August 2, 2010 from
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=112294
Karomi Rahman, (2009). Akhlak dan moral (Morality and moral). Retrieved August 2,
2010 from http://www.scribd.com/doc/15874073/Akhlak-Dan-Moral-Dalam-Islam
Rohayati Derani, (2004). Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak
remaja islam masa kini: satu tinjauan di taman aman anak bukit, alor setar, kedah
(Parents' perception of moral factors that contribute to Muslim youth social problems: a
survey in taman aman anak bukit, Alor Setar, Kedah). Published degrees thesis,
Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia
Nasudin Yunos., Roziah Sidik & Zulkarnain Mohamed. (2007). Pengajian islam (Islamic
studies). Shah Alam : Oxford Fajar
Saidi, (2009). Perbezaan antara akhlak dan moral (Morality and moral differences).
Retrieved August 5, 2010 from http://albesuty.blogspot.com/2009/08/perbezaan-antaraakhlak-dengan-moral.html
Konsep akhlak dalam islam (Moral concept in Islam). (n.d.). Retrieved August 5, 2010
from http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id98.htmlm

You might also like