Laporan Ekspidisi Kembara Pengakap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN EKSPIDISI KEMBARA KE SUNGAI PISANG

Pada 19 April 2014, Persatuan Unit Beruniform Pengakap Institut Pendidikan


Guru Kampus Ilmu Khas telah mengadakan program Kembara Sungai Pisang di
Gombak. Seramai 21 orang ahli pengakap dari PISMP Ambilan Januarai 2014, 9
orang ahli dari PISMP Ambilan Januari 2013 dan 3 orang dari PISMP Ambilan
Januari 2012. Kumpulan ekspidisi ini diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu Encik Amir
Hamzah Bin Aman, Puan Hew Siew Voon dan Puan Lailati Binti Mohd Noh. Semua
pelajar dan pensyarah menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak IPGK Ilmu
Khas untuk ke Sungai Pisang.
Kumpulan ekspidisi kami ini memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi dan
mengambil masa selama satu jam untuk tiba di Air Terjun Sungai Pisang. Apabila
tiba di Sungai Pisang, barang-barang untuk aktiviti utama iaitu abseiling diagihkan
kepada pelajar untuk dibawa ke Air Terjun Sungai Pisang seperti helmet, seat
harness, full harness, belay device dan tiga buah beg pertolongan cemas. Untuk
sampai di tempat aktiviti abseiling ini, kami perlu menjejaki hutan. Perjalanan
tersebut kira-kira dalam dua kilometer jauhnya. Pengembaraan jungle trekking ini
telah diketuai oleh Encik Amir Hamzah dan tempoh aktiviti ini lebih kurang selama
satu jam.
Di kawasan Air Terjun Sungai Pisang, kami berkumpul dan menerima taklimat
daripada ketua fasilitator, Encik Fauzridil dan pembantunya Encik Masran. Setelah
taklimat, aktiviti abseiling dilakukan secara seorang demi seorang dan aktiviti ini
berjalan dengan lancar. Disebabkan kesuntukkan masa, setiap pelajar diberi
peluang sekali sahaja untuk melakukan aktiviti abseiling ini. Hanya dua orang pelajar
sahaja yang membuat percubaan kali kedua, mereka ialah Aliff Imran dan Ikhwan
Shamir. Selepas saya membuat penurunan di air terjun tersebut, fasilitator, Encik
Masran telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjaga tali safety line dan
membantunya untuk menjaga tali tersebut demi keselamatan para pelaksana.
Pada jam 2.00 petang, kami mengemas barang-barang untuk dibawa pulang
ke institute kami. Perjalanan untuk keluar dari kawasan Air Terjun Sungai Pisang
mengambil masa lebih kurang 30 minit. Walau bagaimanapun, bas tiba lewat
daripada masa yang dijanjikan iaitu pada jam 3.30 petang. Kami selamat tiba di
institut pada jam 5 petang. Setelah turun daripada bas, saya dan beberapa orang

rakan yang lain menyemak senarai alatan yang telah kami pinjam daripada stor
sukan. Setelah memastikan semua alatan mencukupi, Imran iaitu AJK Alatan
bertanggungjawab untuk memulangkan alatan tersebut. Ekspidisi ini adalah program
pertama yang telah saya sertai bersama dengan ahli pengakap KLM15. Ianya
memberi saya satu pengalaman yang baru dan ianya akan saya jadikan satu
kenangan yang tidak akan dilupakan.
Disediakan oleh,
______________
(SHARIFAH SYAMI NAZIHAH)

You might also like