Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2)

Program Pendidikan Imbuhan

Konsep pendidikan imbuhan mula muncul selepas Perang Dunia


Kedua.Program ini disarankan untuk membetulkan situasi
ketidakseimbangan peluang pendidikan untuk kanak-kanak daripada
golongan bawahan yang miskin.Sememangnya,pelajar-pelajar yang miskin
dan kurang bernasib baik menghadapi banyak kekurangan dari segi
kemudahan pelajaran,motivasi pelajaran,kesihatan,kewangan,pendedahan
pengetahuan dan sebagainya.

Kepentingan program pendidikan imbuhan

untuk merapatkan jurang perbezaan peluang pendidikan bagi pelajarpelajar miskin.


Projek Pendidikan Imbuhan menghasilkan bahan-bahan pelajaran khas
untuk pelajar-pelajar luar bandar.
Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untuk
mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran.
Pengubahsuaian kurikulum,bahan pelajaran,kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran.

3) Projek Inspire

Projek Inspire,ringkas kata daripada nama Integrated System of


Programmed Instruction for the Rural Environment adalah salah satu
projek pendidikan yang dikelolakan oleh Pusat Pengajian Pendidikan dari
Universiti Sains Malaysia.Projek Inspire mula beroperasi pada tahun 1983
dengan penyediaan bahan-bahan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk
pelajaran bahasa dan matematik sebagai percubaan,penyelidikan dan
penilaian.Berdasarkan dapatan daripada penyelidikan dan penilaian,ahliahli pendidikan di bawah Projek Inspire ini berjaya menghasilkan beberapa
set lembaran kerja bahasa dan matematik KBSR untuk digunakan sebagai
aktiviti pemulihan dan pengayaan di dalam bilik darjah.

Kepentingan Projek Inspire

Mengkaji,mengembang dan mencuba teori-teori pendidikan supaya


digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam sekolah rendah di luar bandar.


Membantu Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan
Malaysia,melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.
http://thanateacher.blogspot.com/2012/10/normal-0-false-false-false-enus-x-none_4.html

Program Pendidikan Imbuhan

Posted by Kheru Khek on September 7, 2011 at 4:30


AM
Muncul selepas Perang Dunia ke II ketika keadaan sosioekonomi yang tidak adil
telah mewujudkan peluang pendidikan yang tidak saksama diantara golongan
atasan dengan bawahan. Di Malaysia , projek pendidikan imbuhan dilaksanakan
pada 1975-1980. Projek ini menghasilkan bahan pelajaran khas untuk pelajar
luar bandar disamping guru-guru terlatih terpilih untuk menyertai kursus supaya
memperolehi kemahiran bagi melaksanakan projek ini.
Projek ini menitikberatkan perkara-perkara berikut :

- Tindakan diambil diperingkat awal seperti menjalankan ujian diagnostik untuk


mengesan punca masaalah
- Penentuan objektif-objketif yang nyata
- Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun rapi untuk mengatasi
masalah pengajaran dan pembelajaran
- Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi pengajaran
dan pembelajaran
- Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti
- Kordinasi dengan agensi-agensi yang boleh memberi sumbangan untuk
program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya
ciri-ciri pendidikan imbuhan..
1) rancangan pembelajaran disediakan utk pelajar yang menghadapi masalah
sosoiekonomi.
2) rancangan pembelajaran utk semua matapelajaran emngikut perkembangan kognitif.
3) skop kajian meliputi pedagogi dlm bilik drjh serta sosioekonomi dan politik luar bilik
darjah.
4) selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah program meliputi
makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.
5) bantuan utk semua pelajar golongan bawahan di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah
serta ibu bapa mereka.
6) objektif utama ialah merapatkan jurang dlm peluang pendidikan diantara golongan kaya
dgn golongan miskin.

http://kheru2006.webs.com/apps/blog/show/8396834-program-pendidikanimbuhan-

Projek InSPIRE

Projek InSPIRE merupakan projek penyelidikan dan pembangunan pendidikan


untuk pelajar-pelajar luar bandar di Sabah yang telah dilaksanakan bermula November 1987.
Projek ini telah dijalankan oleh pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM
dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Yayasan Sabah dengan jumlah peruntukan sebanyak
RM2.5 juta dengan bantuan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Antarabangsa, Kanada
(IDRC).
Objektif utama Projek InSPIRE adalah untuk mengembangkan dan
mempertingkatkan lagi sistem pengajaran yang dapat memperbaiki mutu proses pengajaranpembelajaran di sekolah rendah luar Bandar di Malaysia. InSPIRE adalah nama ringkas
dari Integrated System of Programmed Instruction for the Rural Environment, yang
bermaksud Sistem Paduan Pengajaran Terancang untuk Luar Bandar. Sistem memberi
penekanan kepada tiga pendekatan pengajaran yang berkesan iaitu Pengajaran Paduan
Terancang (PPT), Pengajaran melalui Rakan Sebaya (PRS) dan pengajaran melalui Modul.
Selain daripada itu, Projek InSPIRE juga telah menghasilkan beberapa alat ukur untuk
menilai prestasi murid-murid dari segi pembelajaran kognitif dan afektif.
Sejak penubuhannya, Projek InSPIRE terkenal dengan bahan-bahan pengajaranpembelajaran yang dihasilkan.Berikutan dengan itu, ia telah menerima tawaran untuk
menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan perundingan bagi meningkatkan
kecemerlangan pendidikan di peringkat nasional. Antaranya ialah Projek KBSR-Program
Pemulihan Pengkayaan (1993-1997), Projek InSPIRE Sabah Fasa III (1990 -1994). Projek
InSPIRE juga telah dilantik oleh beberapa agensi antarabangsa untuk menjalankan kajiankajian penyelidikan dan penilaian secara komisyen. Di antara agensi-agensi tersebut
termasuklah UNESCO, Van Leer Foundation, IDRC, SEARRAG, Commonwealth
Secretariat dan Bank Dunia.
Sekali lagi Yayasan Sabah telah memberi kepercayaan kepada PPIP untuk
melaksanakan Projek InSPIRE (II) dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 4 juta bagi
tempoh (2007-2012) bagi membantu mengatasi masalah prestasi murid di kawasan luar
bandar dalam peperiksaan berpusat yang jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah dalam
kawasan bandar merupakan perkara yang mendapat perhatian setiap pihak yang
berkepentingan sejak sekian lama. Lebih daripada itu, keputusan peperiksaan berkenaan juga
menggambarkan prestasi murid luar bandar, khususnya di Sabah yang rendah atau tidak
meningkat dalam semua mata pelajaran yang diambil. Prestasi yang diperolehi juga
menyebabkan sekolah-sekolah yang terlibat diletakkan dalam kategori 0 peratus, malah
menunjukkan kebanyakan murid masih belum menguasai kemahiran asas. Lebih buruk lagi,
mereka juga masih belum menunjukkan tahap penguasaan yang memuaskan dalam kesemua
mata pelajaran yang diajarkan atau dinilai dalam peperiksaan berpusat.

i.
ii.
iii.
iv.

Projek InSPIRE II telah mengenal pasti empat mata pelajaran utama sebagai fokus,
iaitu :
Sains
Matematik
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris

i.
ii.
iii.

Selain itu tiga lagi aspek lain yang difikirkan mempunyai sumbangan yang penting
dalam menentukan prestasi murid turut dikaji iaitu :
Pengurusan sekolah
Pengurusan kokurikulum
Perkhidmatan bimbingan

http://uppa.usm.my/index.php/projek-inspire

You might also like