Hasil Kerja Murid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Hasil kerja murid

Dalam kajian ini, hasil kerja murid digunakan untuk mengumpul data. Menurut Francis (2006),
guru boleh menggunakan hasil kerja murid sebagai satu bentuk penilaian untuk menilai tahap
kefahaman mereka. Data tentang hasil kerja murid dikumpul daripada menilai tahap kefahaman
mereka. Data tentang hasil kerja murid dikumpul daripada murid-murid kelas 4 Barathi yang
menghasilkan satu lakaran penjanaan idea yang kreatif. Bagi proses menganalisis data, saya
merujuk kepada markah hasil kerja murid yang telah disemak berpandukan rubrik pemarkahan.
Saya telah menilai peratus hasil kerja murid berdasarkan proses penggredan. Markah diberikan
berdasarkan aspek yang telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan serta dikira mengikut oeratus
dan dikategorikan kepada lima gred iaitu gred A, B, C, D dan E. Gred A mewakili sebanyak 80
hingga 100 peratus markah dan merupakan gred yang paling tinggi. Gred B mempunyai markah
sebanyak 60 hingga 79 peratus. Gred C mempengaruhi markah sebanyak 40 hingga 59 peratus
dan gred D mempengaruhi markah sebanyak 20 hingga 39 peratus. Gred E mewakili markah
yang paling rendah iaitu 0 hingga 19 peratus. Data mengenai keputusan hasil kerja murid bagi
kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum melaksanakan kajian dan selepas
melaksanakan kajian ditunjukkan dalam Jadual 5.
BIL

NAMA

PENGAJARAN 1
Markah

PENGAJARAN 2

PENINGKATAN

Gred

Markah

Gred

MARKAH (%)

(%)
80

30

R. ASHWINI

(%)
50

S. VIBHUNESH

66

95

29

S. DAARSHAN DEV

61

89

28

U. KALAICHELVAN

62

90

28

S. KAMALASH

65

92

27

L. KARTHIGA

54

81

27

T. KARTHIRESAN

52

84

32

R. KESHIKA

67

93

26

R. GOGULA RAJ

38

77

39

10
11
12

S. KEGENDRAN
S. MEGALOSINI
A. MISHAN

63
62
36

B
B
D

88
89
78

A
A
B

25
27
42

13
14
15
16
17
18
19
20

S. MITRAASHREE
K. MOSES
P. POVAAN RAJE
M. SHALINI
M. THIRU
M. THAANUSHRI
V. VIRNAASH
S. KUMARESH

50
46
40
58
57
56
49
64

C
C
C
C
C
C
C
B

82
82
80
85
84
82
80
90

A
A
A
A
A
A
A
A

32
36
40
27
27
26
31
26

100
90
80
70
60
50
Markah sesi 1 dan sesi 2

40
Sesi 1
30

Sesi 2

20
10
0

1 2 3 4
5 6 7 8
9 101112
13

14151617

181920

Axis Title

Gred
A (80-100)
B (60-79)
C (40-59)
D (20-39)
E (0-19)

Pengajaran 1
0
8
10
2
-

Pengajaran 2
18
2
-

Gred Murid dalam Pengajaran 1

A
B
C
D
E

Gred Murid dalam Pengajaran 2

A
B
C
D
E

Seperti yang telah dinyatakan, saya mengkategorikan markah dan gred mengikut lakaran yang
kreatif selaras dengan kriteria yang telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan. Berdasarkan
Jadual 5, terdapat ramai murid yang mencatatkan gred A iaitu daripada 80 hingga 100 markah
dalam pengajaran kedua. Tiada yang memperoleh gred A bagi pengajaran pertama iaitu sebelum
melaksanakan kajian. Dalam pengajaran kedua, seramai 18 orang murid juga telah mendapat
gred A iaitu selepas mengaplikasikan model proses kreatif terarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid dalam kelas 4 Barathi telah mencatatkan gred B seramai 8 orang dalam
pengajaran pertama. Bagi pengajaran kedua, murid telah mencatatkan seramai 2 orang
memperoleh gred B. Seramai 9 orang murid yang memperoleh gred C semasa pengajaran yang
pertama manakala tiada murid yang mencatatkan gred C semasa pengajaran yang kedua.
Terdapat dua murid yang memperoleh gred D dalam pengajaran yang pertama manakala tiada
yang mencatatkan gred D semasa pengajaran kedua.
Berdasarkan pemarkahan hasil kerja murid yang disemak, sebahagian daripada murid telah dapat
menghasilkan lakaran projek yang kreatif. Ini menunjukkan mereka dapat menyampaikan idea
kreatif mereka melalui lakaran projek dengan pengaplikasian Model Proses Kreatif Terarah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Peningkatan murid yang memperolehi skor A bagi pengajaran pertama seramai 18 orang murid
telah menyampaikan kreaiviti mereka melalui lakaran dan dapat menyampaikannya dengan
yakin. Terdapat peningkatan jumlah murid yang mendapat skor A. Hal ini menunjukkan
penyampaian dengan menggunakan Model Proses Kreatif Terarah dapat meningkatkan
keyakinan murid dalam menyampaikan kreativiti mereka.

Melalui temubual yang dijalankan, saya telah mengumpul maklumat mengenai punca halangan
yang menghalang murid menyampaikan kreativiti secara berkesan. Di bawah merupakan jadual
yang menunjukkan contoh-contoh halangan yang berlaku kepada murid.
BIL
MURID
1
2
3

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH MURID

INTREPRETASI

Kalau jawapan salah, cikgu akan marah.


Kalau jawapan salah, rakan ketawa.
Subjek ini tak masuk UPSR. Sebab itu, cikgu tak ajar.

Kebimbangan
Kebimbangan
Tekanan akademik

Cikgu jarang bawa bilik KH. Kita baca buku teks je.

Budaya pembelajaran

5
6
7
8
9
10
11

Tak berani, cikgu garang.


Saya tak suka subjek ini.
Saya malas nak belajar subjek ini.
Saya memang tak kreatif.
Kalau salah jawapan, kena denda.
Saya malu kalau salah.
Takut nak bagi jawapan.

Kebimbangan
Sikap murid
Sikap murid
Sikap murid
Kebimbangan
Kebimbangan
Kebimbangan

12
13
14
15
16
17

Banyak kerja rumah dan aktiviti sekolah.


Kerja projek semua tak buat.
Tak tahu, tak suka.
Malas la, cikgu.
Susah jadi kreatif la cikgu.
Takut la cikgu, sebab kalau salah cikgu akan pukul.

Tekanan akademik
Budaya pembelajaran
Sikap murid
Sikap murid
Sikap murid
Kebimbangan

18
19
20

Masa tak cukup cikgu.


Tak de alatan yang cukup cikgu.
Saya tak nak sebab cikgu marah.

Tekanan akademik
Budaya pembelajaran
Kebimbangan

Jadual 1: Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid tentang punca halangan yang menghalang
mereka menyampaikan kreativiti secara berkesan
Hasil dapatan melalui temubual yang dijalankan, setiap halangan sampel dibahagikan dalam
kategori sperti berikut:
BI

KATEGORI HALANGAN

L
1
2
3
4

Kebimbangan
Budaya pembelajaran
Tekanan akademik
Sikap murid

KEKERAPAN

PERATUS (%)

8
3
3
6

Jadual 2: Kategori halangan sampel dan kekerapannya

40
15
15
30

Series 1
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Series 1

HALANGAN KREATIVITI

kebimbangan
budaya pembelajaran
tekanan akademik
sikap murid

Rajah 1 : Kategori Halangan Sampel


Melalui rajah 1, sampel yang berada dalam kategori kebimbangan mencatat kekerapan paling
tinggi dengan 8 sampel berasa bimbang tentang tahap kreativiti dalam diri mereka. Kategori
budaya pembelajaran dan tekanan akademik mencatat kekerapan seramai tiga orang, manakala

kategori sikap murid mencatat kekerapan seramai enam orang sampel. Kaedah temubual dengan
sampel ini membuktikan bahawa mereka memang menghadapi halangan semasa berkreativiti.
Instrumen kedua yang telah digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian. Pemerhatian
dilakukan bagi melihat sejauh mana pengaplikasian Model Proses Kreatif Terarah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid mengatasi halangan kreativiti mereke.
Pemerhatian telah dijalankan oleh guru bimbing sebelum dan sepanjang kajian dijalankan.
Instrumen ini dikategorikan kepada empat iaitu fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa
perkembangan dan fasa tindakan bagi memudahkan saya menilai penyampaian saya dengan
menggunakan Model Proses Kreatif Terarah meningkatkan keyakinan murid dalam
menyampaikan kreativiti mereka pada setiap peringkat. Instrumen ini telah dibantu oleh rakaman
video bagi memastikan kesahan keputusan yang dinilai bagi memastikan keputusan tidak
dipengaruhi oleh faktor emosi saya untuk meneliti semula tingkah laku responden berulang kali
bagi memastikan kesahan keputusan yang diambil. Data pemerhatian senarai semak dikumpul
daripada guru bimbing saya yang memerhati sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pemerhati
menanda (/) pada ruang Ya ataupun TIDAK di dalam borang senarai semak yang telah
disediakan. Bagi proses menganalisis data, saya merujuk kepada hasil sesi pengajaran di dalam
Borang Pemerhatian Senarai Semak tersebut. hasil keputusan senarai semak untuk pengajaran
yang telah dilaksanakan ditunjukkan di dalam Jadual.

Jadual : Data senarai semak pengajaran


BIL
ITEM

ASPEK

YA

Murid dapat membuat pemerhatian secara aktif

FASA PERSEDIAAN
1

dengan video yang dipaparkan oleh guru.


2

Murid dapat mengenal pasti masalah daripada video


yang dipaparkan secara individu.

TIDAK

CATATAN

Murid dapat menghubungkait pengalaman sedia ada


dengan pengalaman baru.

FASA IMAGINASI
4

Murid dapat membina idea baru bagi menyelesaikan


masalah yang dikenal pasti.

Murid dapat menghasilkan tiga lakaran penjanaan idea


yang kreatif.

/
/

FASA PERKEMBANGAN
6

Murid dapat memilih satu lakaran daripada tiga


lakaran yang dihasilkan.

Murid dapat membuat penambahbaikan lakaran yang


dipilih

dari

segi

bentuk

dan

warna

untuk

/
/

menghasilkan satu lakaran yang unik.

FASA TINDAKAN
8

Murid dapat menghasilkan satu lakaran yang unik dan


kreatif.

Murid dapat mempersembahkan hasil akhir lakaran


mereka dengan yakin di hadapan kelas.

10

Murid dapat membuat penilaian dan refleksi selepas


membuat persembahan.

Berdasarkan Jadual, terdapat peningkatan positif yang dicatatkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran saya. Pada fasa persediaan, pemerhati bersetuju bahawa murid dapat membuat
pemerhatian secara aktif terhadap video yang dipaparkan oleh guru. Tayangan video dipaparkan
sebelum pengajaran bermula dengan memastikan kesemua murid memberi sepenuh perhatian
dan bersedia sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Penggunakan video kartun
dalam fasa persediaan dapat menarik minat murid terhadap pengajaran guru. Secara tidak
langsung, ia dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Paparan video merupakan media visual yang memberi gambaran jelas tentang sesuatu isu atau
masalah. Ini telah membantu murid untuk membuat pemerhatian secara aktif dengan memberi
jawapan secara spontan apabila guru mengutarakan soalan. Pemerhatian yang aktif terhadap
sesuatu situasi merupakan aspek yang asas bagi mengenal pasti sesuatu masalah yang wujud
dalam sesuatu situasi dan seterusnya untuk membina idea penyelesaian bagi masalah tersebut.
Menurut David Reiss (2007), pembina bahan media pengajaran mampu mengawal tumpuan dan
perhatian pembelajaran murid. Justeru, pemerhati bersetuju bahawa kesemua murid telah
membuat pemerhatian secara aktif terhadap video yang dipaparkan oleh guru dengan menjawab
soalan yang diutarakan oleh guru.
Perkara yang kedua menunjukkan murid telah mengenal pasti masalah yang wujud berdasarkan
pemerhatian yang dibuat secara individu. Setelah murid membuat pemerhatian terhadap video
yang dipaparkan, guru telah meminta murid untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam
paparan video tersebut. Kesemua dapat mengenal pasti masalah yang wujud dalam situasi
tersebut dengan mudah dan cepat. Hal ini demikian video yang dipaparkan adalah video animasi
kartun. Justeru kesemuan murid dapat mengenal pasti masalah yang wujud dengan mudah. Guru
telah menggunakaan kad traffic light bagi mengetahui bilangan murid yang mengenal pasti
masalah yang wujud dalam situasi yang diberikan. Kesemua murid mengangkat kad warna hijau.
Oleh itu, pemerhati telah bersetuju bahawa kesemua murid mengenal pasti daripada pemerhatian
yang dibuat secara individu.
Pada item ketiga, pemerhati bersetuju bahawa kesemua dapat menghubungkait pengalaman sedia
ada mereka dengan pengalaman baru. Setelah kesemua murid mengenal pasti masalah yang
wujud dalam situasi tersebut, guru telah mengutarakan beberapa soalan bagi mencungkil minda
murid agar mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka dengan pengalaman

baru iaitu masalah yang dikenal pasti daripada situasi. Guru telah membimbing murid untuk
mengaitkannya dengan memberi contoh situasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian murid.
Di samping itu, video beranimasi kartun sangat membantu murid dalam mengaitkan pengalaman
sedia ada dengan masalah yang dikenal pasti daripada paparan video tersebut. Menurut
Macknight (1981) pula, penggunaan klip video sebagai bahan pengajaran boleh membawa situasi
sebenar dalam kehidupan ke dalam bilik darjah. Justeru, pemerhati telah bersetuju bahawa
kesemua murid dapat mengaitkan pengalaman sedia ada mereka dengan pengalaman yang baru.
Berdasarkan senarai semak pemerhatian, pada item keempat iaitu dalam fasa imaginasi,
pemerhati bersetuju bahawa murid dapat membina idea baru bagi menyelesaikan masalah yang
dikenal pasti. Setelah murid memberi idea secara individu, guru telah membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti sumbangsaran. Aktiviti sumbangsaran suatu kaedah
untuk mendapatkan seberapa banyak idea daripada sekumpulan peserta dalam masa yang
singkat. Kaedah ini juga sering digunakan oleh beberapa organisasi pengurusan yang terkenal
sebagai usaha untuk mencapai matlamat organisasi dalam meningkatkan kualiti dan produk
mereka. Semasa sesi sumbangsaran ini dijalankan, semua idea yang disampaikan oleh semua
murid adalah diterima, sama ada betul atau salah. Semua murid bebas mengeluarkan idea.
Interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan
melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut
Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed Fauzi
Othman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan
semasa aktiviti perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea
dalam masa yang singkat. Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan
rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran. Manakala murid melibatkan diri secara lebih
aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Bagi menjayakan proses sumbangsaran, guru tidak membuat penghakiman, penilaian
atau kritikan idea-idea yang salah atau tidak benar. Tujuannya guru memilih tujuan ini untuk
mencetuskan pemikiran dan idea yang kreatif. Sekiranya ditegur, nescaya mereka enggan lagi
memberikan sumbangan. Dengan melaksanakan aktiviti sumbangsaran dalam fasa imaginasi ini,
murid dapat menumpang atau mengambil idea orang lain, mengubah atau mengembangkan idea
itu untuk melahirkan satu idea yang baru. Secara tidak langsung kaedah ini dapat melahirkan
pemikiran kreatif dan suatu penghasilan idea lakaran yang unik.

Di samping itu, semasa menjalankan aktiviti sumbangsaran juga saya berikan lego kepada setiap
kumpulan. Sebelum membuat lakaran, saya memberi kebebasan kepada murid untuk bermain
dengan lego dengan membuat bentuk kereta yang mereka fikirkan atau idamkan. Dalam konteks
perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam
mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain.
Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.
Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Justeru saya
menggalakkan aktiviti bermain dengan lego, bagi mengatasi halangan kreativiti murid.
Selain itu, apabila bermain, murid juga menggunakan daya imaginasi. Menurut Piaget dan
Vygotsky, imaginasi terikat

kepada

cara bagaimana

kanak-kanak

memahami

dunia

persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Justeru, saya berikan
peluang kepada murid untuk mengikuti aktiviti bermain untuk mengembangkan kreativiti murid.

Pada item kelima, guru bersetuju bahawa murid dapat menghasilkan tiga lakaran penjanaan idea
yang kreatif berdasarkan perbincangan yang telah dibuat dalam aktiviti sumbangsaran dalam
kumpulan. Melalui aktiviti sumbangsaran, murid yang tidak dapat berfikir idea yang baru, dapat
mengambil idea orang lain dan seterunya mengubah serta mengembangkan idea tersebut. Hal ini
dapat membantu kesemua murid untuk meneroka idea mereka secara terperinci dengan
mendengar pendapat orang lain dan akhirnya dapat menghasilkan tiga lakaran yang kreatif.
Justeru pemerhati bersetuju bahawa kesemua murid dapat menghasilkan tiga lakaran yang kreatif
dalam fasa imaginasi.
Seterusnya item keenam iaitu dalam fasa perkembangan, pemerhati bersetuju bahawa murid
dapat memilih satu lakaran daripada tiga lakaran yang dihasilkan. Setelah murid menghasilkan
tiga lakaran penjanaan idea, guru meminta murid untuk memilih satu lakaran yang baik daripada
tiga lakaran dihasilkan itu. Murid membuat pertimbangan rasional dari segi bentuk dan rupa bagi
satu lakaran yang baik. Akhirnya murid dapat memilih satu lakaran yang terbaik.
Berdasarkan data senarai semak pemerhatian yang dianalisis, pemerhati bersetuju bahawa murid
dapat membuat penambahbaikan lakaran yang dipilih dari segi bentuk dan warna untuk
menghasilkan satu lakaran yang unik. Guru telah memilih aktiviti mewarna. Hal ini demikian,

aktiviti mewarna dapat memperkembangkan kreativiti murid. Tambahan pula, murid lebih
seronok mengikuti pengajaran guru apabila mereka diberi kebebasan untuk mewarna. Menurut
Jensen (2001), Seni membantu dalam proses pembelajaran. Ia memberi pengayaan yang
melibatkan kesepaduan deria, perhatian, kognitif, emosi dan kapasiti motor malahan menjana
daya pembelajaran.
Bagi item kelapan pula, pemerhati bersetuju bahawa murid dapat menghasilkan satu lakaran
yang unik dan kreatif. Apabila guru memberi kebebasan kepada murid, murid dapat
menghasilkan satu lakaran yang unik mengikut kreativiti mereka. Mereka dapat mereka reka
bentuk kereta yang lain daripada yang lain. Mereka tidak meniru contoh yang diberikan oleh
guru.
Pada item kesembilan, pemerhati bersetuju bahawa murid dapat mempersembahkan hasil akhir
lakaran mereka dengan yakin di hadapan kelas. Guru memberi bimbingan dan dorongan kepada
murid yang tidak yakin dengan lakaran mereka. Selain itu, guru juga memberi peneguhan positif
selepas membuat persembahan kepada setiap individu dengan mengucapkan bagus, tahniah.
Peneguhan positif yang diberikan dapat memberi keyakinan kepada murid dan mereka berasa
diri mereka dihargai.
Pada item kesepuluh pula, pemerhati bersetuju bahawa murid dapat membuat penilaian dan
refleksi selepas membuat persembahan. Setelah membuat persembahan, guru mengutarakan
beberapa soalan kepada murid Apakah cara lain untuk mempersembahkan hasil lakaran anda?,
Adakah anda berpuas hati dengan hasil lakaran anda?, Apakah kemahiran atau pengetahuan
baru yang anda peroleh? dan Adakah cara lain untuk masalah atau lakaran anda?. Soalansoalan tersebut dapat membantu murid untuk membuat penilaian terhadap hasil kerja mereka
sendiri dan seterusnya membuat refleksi kendiri untuk memperbaiki kelemahan yang ada diri
sendiri.

You might also like