Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Carl Ransom Rogers (1902-1987)

dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois.


ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika.
1919, mengikuti program agrikultur di university of Wisconsin, Madison.
1924, beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah di universiti yang sama dan
seterusnya berkahwin dengan Hellen Elliott
meyertai Union Theological Seminary di New York.
menggembara ke Negara asia seperti Japan, Korea dan China.
Banyak membuat sumbangan dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikoterapi, keamanan
dan penyelesaian konflik.
1926, bertugas sebagai pensyarah di Columbia University Teachers College dan beliau
dikurniakan putera lelaki, David Elliot Rogers.
berjaya mendapat ijazah sarjana di Columbia university teachers College pada 1927.
menyertai Rochester Society for the Prevention of Cruelty to Children (RSPCC) sebagai ahli
psikologi kanak-kanak.
dinaikkan pangkat menjadi ahli lembaga RSPCC
1931, mendapat ijazah kedoktoran daripada Columbia University Teachers College.
Kajian tentang humanis dan psikologi berterusan sepanjang masa. Buku yang diterbitkan:
Measuring Personality Adjustment in Children dan The Clinical Treatment of the Problem
Child.
1940, menjadi Profesor dan pensyarah sepenuh masa di Ohio State University. Beliau
menekankan terapi berpusatkan klien. (dinyatakan dalam buku beliau, Counseling and
Psychotherapy.)
berpindah ke university of Chicago pada 1945 dan memulakan pusat kaunseling.
menyandang jawatan sebagai presiden American Psychological Association (APA) dan
menerima banyak anugerah daripada banyak pihak seperti University of Wisconsin.
1964, berpindah ke La Jolla, California, bagi menyertai Western Behavioral Studies Institute
(WBSI).
bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan aktif menulis buku tentang hasil kajian beliau.
1979, isteri meninggal dunia. Beliau meneruskan aktiviti dan kajian beliau. Pelbagai bengkel
dianjurkan di seluruh Amerika.
1987 dianugerahkan hadiah nobel keamanan
meninggal dunia pada 1987 di La Jolla, California.

Pengenalan pendekatan humanistik


-

pendekatan berpusatkan pelajar.


menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran.
memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam.
Belajar melalui pengalaman.
pelajar digalakkan untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.
mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan
pembangunan sosial dan emosi individu.

Analisis Pendekatan Humanik menggunakan Teknik SWOT

Strength
Berdasarkan Carl Rogers (1969), beliau menyatakan setiap individu mempunyai

keinginan semula jadi untuk belajar.


Murid bersikap lebih berdikari dalam proses pembelajaran dan pengajaran,.
terutamanya dalam mata pelajaran yang menarik bagi mereka.
Setiap murid mempunyai fokus atau hala tuju bersandarkan minat masing-masing.
Mereka bebas membuat pilihan dan keputusan berpusatkan diri sendiri.
Pembelajaran atas usaha sendiri juga bersifat lebih kekal

Weakness

Menurut Rogers, apabila murid mendapat ancaman luar yang tinggi, mereka sukar
untuk belajar.
Pembelajaran menjadi lambat dan terganggu
Kandungan mata pelajaran atau ilmu yang tidak relevan dengan minat, menjadi
tidak beerti atau signifikan kepada murid.
Rogers juga menekankan pembelajaran kognitif tidak berguna adalah sia-sia. Ilmu
akademik seperti matematik tambahan tidak dapat membantu murid dalam
kehidupan seharian mereka.

Opportunity
Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran
yang sesuai bagi menarik minat murid itu.
Pelajar menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari ilmu yang mereka minati. Mereka
akan cuba menghayati dan memahami perkara yang mereka minati.
Pelajar mempunyai kemahiran untuk kegunaan harian. Contohnya ilmu gunaan
komputer.
Threat

Pelajar mudah lupa pelajaran yang mereka tidak minat. Kandungan mata
pelajaran yang tidak berkaitan dengan minat peribadi mereka akan dipandang
ringan dan mudah dillupakan. Ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan
mereka.
Pelajar terdorong mengabaikan pelajaran kognitif tidak berguna. Jika mereka
diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan keputusan, mereka akan
mengabaikan pelajaran akademik yang susah dan rumit.
Sebaliknya, pelajar hanya mementingkan pembelajaran eksperential. Ini juga
akan mengancam guru yang mengajar.
Pembelajaran pelajar mudah dipengaruhi emosi dan secara tidak langsung
prestasi pembelajaran mereka juga tidak konsisten.

Peranan pendidik dalam pendekatan humanisme


- sebagai fasilitator ataupun pembimbing, yang berperanan:

a) Menciptakan iklim belajar.


b) Memenui kebutuhan belajar peserta didik.
c) Membantu mengungkapkan emosi peserta didik.
d) Membantu belajar peserta didik.
ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers:
Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yang dialami oleh individu sendiri.
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan yang berbeza dengan orang lain.
Tingkah laku yang ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan
keupayaannya.
Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi,
Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers
-

mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran


berasaskan kebebasan (freedom to learn).
Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta
seiras dengan objektif pelajaran pelajar
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan
yang kurang berancam
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil
inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi
mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya.
Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran
hidup pelajar.

Implikasi Teori Humanistik Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran


-

membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan
harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
nilai penghargaan kendiri dapat dipupuk di kalangan pelajar serta memberi
motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguhsungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
aktiviti pengajaran dirancang mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang
memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri,
memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan
estetik yang bermutu tinggi.
Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar
memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial,
dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri( arah hidup dan masa depan
sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.)
membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama
pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif.
Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Implikasi Teori Humanisme Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Murid Berkeperluan Khas

Penglihatan
-

Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik
darjah dan sekolah.
benarkan pelajar tersebut memegang anda.
Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan pelbagai deria untuk belajar tetapi
guru perlulah mengawasinya.

masalah pembelajaran,
-

bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu


disedia dan diubahsuai mengikut keperluan individu.
Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan
dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran
Individu (R.P.I).
Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas
boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.

memerlukan aktiviti berstruktur(perlulah dirancang dengan teliti mengikut


langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau
kemahiran langkah demi langkah)

pendengaran,
-

mengajar cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan,


dan melepaskan perasaan.
berkomunikasi dengan cara lain iaitu bahasa isyarat.
guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan
bibir

You might also like