Kertas Kerja Hari Sukan Negara

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA 2015


1.

2.

Maklumat Aktiviti
1.1 Nama Aktiviti

Karnival Hari Sukan Negara

1.2 Tarikh

10 Oktober 2015

1.3 Masa

7.30 pagi 2.00 petang

1.4 Tempat

Padang dan Gelanggang Terbuka SMK Tmn Selesa Jaya 2

Pendahuluan
Karnival Hari Sukan Negara ini merupakan salah sebuah karnival untuk mencungkil bakat-bakat
baru di kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga merupakan acara atau pertandingan diluar
musim yang dijalankan diperingkat sekolah. Karnival Permainan Antara Kelas juga adalah satu
kejohanan yang menuntut kerjasama sebahagian besar guru-guru diperingkat sekolah. Diharapkan
pertandingan ini dapat menyumbang kepada kecergasan fizikal, emosi, sosial dan rohani serta ke
arah kecemerlangan sukan negara kita selaras dengan program kementerian 1 Murid 1 Sukan.
Antara permainan yang dianjurkan ialah:
2.1 Dodgeball (Campuran)
2.2 Petanque (Pelajar Perempuan)
2.3 Bola Keranjang (Lelaki)
2.4 Sofbol (Perlawanan Pertunjukan)
2.5 Ping Pong (Lelaki dan Perempuan Terbuka)
2.6 Catur Cina

3.

Rasional
Karnival Permainan Antara Kelas ini merupakan salah satu skop pelaksanaan sukan diperingkat
sekolah. Secara tidak langsung, sukan, rekreasi dan kecergasan menjadi asas bagi membina
minda, fizikal, dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja berkualiti.. Pengelolaan
pertandingan ini diperingkat sekolah perlu diberi perhatian serius kerana kita boleh mendedahkan
kepada pelajar suasana pertandingan sebenar serta dapat mencungkil bakat para pelajar yang
berkualiti.

4.

Objektif / Matlamat
4.1 Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar
4.2 Melahirkan pelajar aktif dalam kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan selaras dengan
menyahut program 1 Murid 1 Sukan.
4.3 Mencungkil bakat dan kemahiran dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
4.4 Memupuk semangat kerjasama dan 1Malaysia antara pasukan, kaum, jantina dan agama.
4.5 Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru kelas dan anak murid.

5.

Kaedah Pelaksanaan
Karnival Hari Sukan Negara yang berpusat di sekolah dijalankan mengikut gaya hidup sihat dalam
aspek sukan dan permainan. Pertandingan ini dilaksanakan secara praktikal mengikut peraturan
yang telah ditetapkan diperingkat tertinggi.

6.

7.

Sasaran
6.1

1 orang guru kelas (Pengurus)

6.2

10 orang pelajar (7 lelaki dan 3 perempuan) - Dodgeball

6.3

3 pelajar Petanque

Tatacara Keselamatan
Karnival Hari Sukan Negara ini dijalankan, tatacara keselamatan amat dititikberatkan bagi
menjamin kelancaran program dan secara tidak langsung sebagai persediaan awal menghadapi
perkara-perkara luar jangka. Antara tatacara keselamatan yang dijalankan seperti berikut :

Bil

Tatacara keselamatan

Tindakan

Melantik jawatan kuasa keselamatan

Mengedar dan mengumpul surat pemberitahuan dan kebenaran


kepada ibu bapa pelajar yang terlibat

Melakukan pemeriksaan peralatan dan kawasan pertandingan berada


dalam keadaan selamat ( sebelum, semasa & selepas pertandingan )

Memastikan cuaca berada dalam keadaan baik dan selamat


sepanjang program berlangsung

S.U Sukan
/Penyelaras/Guru
Kelas

Menyediakan First Aid sepanjang program berlangsung

J/K Keselamatan

Memberi taklimat ringkas kepada peserta sebelum pertandingan


seperti :
Pastikan berada dalam keadaan sihat dan bersedia
melakukan aktiviti
Pastikan keselamatan dijaga sepanjang pertandingan
dijalankann
Pakaian yang sesuai mengikut aktiviti
Melakukan warm up dan cooling down
Mematuhi arahan dan peraturan pelaksanaan aktiviiti
Maklumkan kepada guru jika berlaku kecederaan
Jaga tingkah laku sepanjang program
Minum air yang mencukupi sepanjang program

PK Kokurikulum
S.U Sukan
/Penyelaras/Guru
Kelas
S.U Sukan/
Penyelaras

PK Kokurikulum/
S. U Sukan/ Guru
Kelas

8.

Pengurusan Kewangan

8.1

Sumbangan peruntukan kewangan diperolehi daripada Unit Sukan, SMK


Taman Selesa Jaya 2

8.2

Cadangan perkara Perbelanjaan adalah seperti di bawah :


Bil

Perkara
Pingat:
Petanque (3x3xRM4.00) x 2
Dodgeball (10x3xRM4.00) x 5
Bola Sepak MR (10x3Xrm4.00)
Bola Sepak MA (10x3xRM4.00)
Bola Baling Perempuan (6x3xRM4.00)
Bola Baling Lelaki (6x3xRM4.00)
Catur Cina (1x3x2xRM4.00) Lelaki
Catur Cina (1x3x2xRM4.00) Perempuan
Ping Pong (2x4xRM4.00)
Bola Dodgeball (2 set x RM300.00)
Hamper:
Bola Keranjang (3xRM35.00)
Sofbol (1xRM70.00)
Belanja Luar Jangka
JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah
RM 72.00
RM600.00
RM120.00
RM120.00
RM 72.00
RM 72.00
RM 24.00
RM 24.00
RM 32.00
RM600.00
RM105.00
RM 70.00
RM100.00
RM2011.00

SUMBER PENDAPATAN:
PERUNTUKAN
BANTUAN SUKAN SEKOLAH

UNIT/RM
Pingat:
Petanque (3x3xRM4.00) x 2
Dodgeball (10x3xRM4.00) x 5
Bola Sepak MR (10x3Xrm4.00)
Bola Sepak MA (10x3xRM4.00)
Bola Baling Perempuan (6x3xRM4.00)
Bola Baling Lelaki (6x3xRM4.00)
Catur Cina (1x3x2xRM4.00) Lelaki
Catur Cina (1x3x2xRM4.00) Perempuan
Ping Pong (2x4xRM4.00)
Bola Dodgeball (2 set x RM300.00)
Hamper:
Bola Keranjang (3xRM35.00)
Sofbol (1xRM70.00)
Belanja Luar Jangka
KOS KESELURUHAN

8.

Jadual Pelaksanaan ( lihat lampiran )

9.

Jawatan Kuasa Pengelola ( lihat lampiran )

10.

Penutup

JUMLAH
RM 72.00
RM600.00
RM120.00
RM120.00
RM 72.00
RM 72.00
RM 24.00
RM 24.00
RM 32.00
RM600.00
RM105.00
RM 70.00
RM100.00
RM2011.00

Adalah diharapkan Karnival Hari Sukan Negara ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
objektifnya. Di samping itu, diharap dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan kerjasama
dalam kalangan pelajar serta guru-guru.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

SU Sukan

PK Kokurikulum

Disahkan oleh

PENGETUA

You might also like