Cara

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Perpaduan
negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial,agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di
bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterimaoleh
majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini,
pelbagai usaha telah dilaksanakanyang bertujuan mencapai perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip- prinsip
Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia
bersatu padu dalam pelbagaiaspek.Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan
Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahanyang
sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama
dan bercorak kebangsaan.Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah
untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan
kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam
jiwa pelajar. Hal ini bolehdilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan
kemerdekaan, dan hari patriotik.Dalam situasi sekolah, memupuk semangat
muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini
dapatmembantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka
berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yangdiajarkan di sekolah juga harus
menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan
budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat
perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi
dan moral para pelajar.Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketigatiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T)dalam satu kawasan
mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala
kemudahan yangada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersamasama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsungapabila mereka
bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu,
pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal
usia pelajar lagi.Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab,dan persatuan, dan ceramah
haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar
harusdilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan,
dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usahayang diambil bagi mengukuhkan
perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah
pelajar.Selain aktiviti-aktiviti ini, rakyat haruslah diberi kesedarantentang perpaduan
kaum malalui pelbagai cara. Sejak awallagi, pendidikan moral yang dipelajari di
sekolah telah dimasukkan pelajaran berkenaan dengan pelbagai kaum di
negarakite. Pelajar didedeahkan kepada adat redam kepercayaan kaum yang
berbeza dan memupuk semangat hormat kepadakaum lain.Semasa era sebelum
dan awal negara kita merdeka dulu, para pemimpin yang mewakili kaum-kaum
terbesar di negaraini, telah bersetuju supaya bahasa ibunda sesuatu kaum itu terus

dipelihara dan dikekalkan melalui penubuhan sekolah jenis kebangsaan


(SJK).Banyaklah SJK Cina dan Tamil dibina di negara ini selepas kita merdeka, di
samping sekolah kebangsaan. Murid-muridCina dapat belajar dalam bahasa mereka
di SJK Cina manakala murid-murid India dapat belajar dalam bahasa mereka diSJK
Tamil.Pengwujudan SJK ini dapat kita perhatikan, telah menjadi satu medium yang
sungguh berkesan sekali bagi kaum Cina dinegara ini untuk terus memelihara dan
mengekalkan bahasa serta budaya mereka. Begitu jugalah dengan kaum India.

Nampaknya, dari satu segi, matlamat penubuhan SJK ini memang tercapai. Tetapi
kalau kita lihat kesan yang kurang baik dari penubuhan SJK ini, setelah hampir 50
tahun kita mencapai kemerdekaan, ia telah menyumbang dalammelebarkan jurang
antara kaum di negara kita.Oleh kerana kebanyakan anak-anak orang Melayu, Cina
dan India belajar di sekolah berasingan, maka ia telahmenghalang anak-anak dari
tiga kaum ini dari bergaul dan berkawan. Maka, semangat persahabatan antara
mereka tidak dapat dipupuk. Dan kita tahu jalinan persahabatan adalah sangat
penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu.Kita percaya, semasa
orang tua kita mencadangkan penubuhan SJK dulu, mereka tidak pernah
memikirkan sekolah-sekolah tersebut akan menjadi masalah kepada hubungan
antara kaum di negara ini. Apa yang mereka fikirkan ketika ituhanyalah untuk
memelihara bahasa dan budayamereka sahaja.Oleh kerana perpaduan kaum itu
adalah satu perkara sangat penting bagi menjamin keamanan dan keharmonian
negaraini berterusan, maka pengasingan kaum melalui SJK ini hendaklah kita
hentikan serta merta.Apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah bagaimana kita
dapat mengumpulkan anak-anak berbilang kaum ini belajar disekolah yang sama,
dan dalam masa yang sama, mereka dapat belajar bahasa dan budaya ibunda
mereka bagi menjamin bahasa dan budaya mereka terus terpelihara, seperti yang
dihasratkan oleh nenek moyang mereka dulu.Sesiapa saja yang cintakan negara ini
perlu memikul tanggungjawab secara bersama untuk membanteras gejala
perkauman di negara kita ini. Bahaya perkauman ini adalah juga sama seperti
bahaya penyalahgunaan dadah yangmenjadi musuh utama kita. Negara akan
hancur kalau ia tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.Mana-mana negara,
termasuk negara kita, yang rakyatnya berbilang kaum, sangat bergantung kepada
keutuhan perpaduan antara kaum-kaum tersebut dalam menjamin kesinambungan
keamanan di negara ini. Oleh itu, usaha dankegiatan yang boleh melebarkan jurang
antara kaumhendaklah dibanteras dan ditegah sama sekali. Mencegah adalahlebih
baik daripada mengubati.Tidak salah untuk kaum-kaum di negara ini mengekalkan
bahasa dan adat budaya masing-masing. Tetapi dalamkeghairahan kita berbuat
demikian, kita tidaklah sepatutnya sampai mengasingkan anak-anak kita di sekolah
mengikutkaum masing-masing yang mengakibatnya jurang perkauman di negara ini
semakin melebar.Sudah menjadi pengetahuan umum, sekolah yang dibina
mengikut kaum ini, telah banyak menyumbang kepadakelonggaran perpaduan
antara kaum di negara ini. Nampaknya kita telah mengabaikan perkara yang lebih

penting iaitu perpaduan rakyat semata-mata kerana hendak menjaga bahasa dan
budaya kaum kita sendiri.Kekalkanlah bahasa dan budaya anak-anak ini mengikut
kaum masing-masing seperti yang kita mahu, tetapi jangansekali sampai
mengasingkan sekolah mereka mengikut kaum yang akibatnya hanya akan
menggalakan jurang perkauman.Langkah-langkah yang drastik perlulah diambil
oleh pemimpin kita demi keamanan masa depan negara kita. Lebih baik kita
hapuskan semua bentuk benih-benih perkauman ini sebelum ia mengeluarkan buah
yang beracun yang bolehmengancam keselamatan kita semua

Apakah rakyat Malaysia ikhlas apabila membicarakan perihal perpaduan kaum di


Malaysia atau ini hanya merupakansuatu impian dan ideologi semata-mata? Setelah
47 tahun negara merdeka, kita masih melihat sistem pendidikan negarayang
diamalkan sekarang tidak dapat menawan hati kesemua rakyat
Malaysia.Segolongan besar ethnik Cina lebih beminat menghantar anak mereka ke
sekolah Cina, sebilangan besar ethnik India pula lebih berminat menghantar anak
mereka ke sekolah Tamil, walaupun kebanyakan sekolah jenis ini di dalam
keadaanyang daif dan tidak mempunyai kemudahan yang cukup.Ada pula satu
golongan ethnik Melayu yang lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah
yang bercirikanagama. Tidak kurang juga ethnik Melayu dan kaum-kaum lain yang
berpendidikan tinggi dan menggolongkan dirimereka sebagai elit di dalam
masyarakat, memandang rendah terhadap sekolah kebangsaan dan sanggup
menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.Golongan
minoriti lain pula, jika diberi peluang, mungkin ingin menghantar anak-anak mereka
ke sekolah jeniskebangsaan di mana bahasa ibunda mereka menjadi bahasa
pengantar. Fenomena ini semakin ketara kini walaupunnegara sudah mencapai
kemerdekaan sekian lama.Jika dilihat di sektor pekerjaan pula, didapati sektor
kerajaan lebih banyak dipenuhi golongan bumiputera dankebanyakan sektor swasta
pula berjaya didokongi bukan bumiputera. Wujud budaya hidup yang berbeza
antara kedua-dua sektor ini.Di sudut pendidikan tinggi pula, didapati sektor
pendidkan swasta lebih ramai terdiri daripada golongan bukan bumiputera. Ibu
bapa bukan bumiputera menghantar anak mereka dihantar belajar di luar negara
atau di institusi swastatempatan bagi mencapai masa depan yang lebih
cerah.Mereka sanggup bersaing dengan kaum-kaum lain untuk berjaya di dalam
pelajaran. Kebanyakan golongan bumiputera pula lebih cenderung melanjutkan
pelajaran di IPTA dan UiTM. Mereka didapati lebih suka bersaing sesama
sendiri.Terdapat kelainan dan jurang yang besar di antara bumiputera dan bukan
bumiputera dari segi penguasaan bahasa asingdan daya saing. Masing-masing
kaum hidup dengan sikap dan budaya kerja tersendiri.Pemisahan sikap dan budaya
hidup sebegini menjurangkan lagi perpaduan rakyat apabila majikan lebih
cenderungmenggunakan pekerja yang sehaluan dengan budaya kerja mereka.Jika
dilihat pada petanda-petanda yang sedang menular di dalam masyarakat majmuk
Malaysia, rakyat Malaysia masih jauh lagi untuk mencorakkan Bangsa Malaysia

yang boleh kita banggakan. Malah apa yang dihasratkan oleh pemimpinmasyarakat
untuk mencorakkan satu bangsa yang bersatu, mungkin tinggal sebagai slogan
impian sahaja.Sistem pendidikan negara seharusnya memainkan peranan yang
penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.Sekolah kebangsaan seharusnya
dipertingkatkan dari segi kualiti dan daya saing dan dijadikan teras untuk
memupukkansemangat perpaduan yang sejati dan ia seharusnya menjadi pilihan
utama rakyat Malaysia.Bahasa Melayu perlu dikenali sebagai Bahasa Malaysia bagi
mencerminkannya sebagai bahasa negara kepunyaankesemua rakyat Malaysia.
Sekolah kebangsaan perlu bersifat berkecuali dari segi agama dan ras dan memberi
hak yangsama kepada semua untuk belajar tanpa mengira agama atau kaum.Para
guru hendaklah terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan juga perlu
mengajar bahasa-bahasa ibunda kesemuakaum jika wujud permintaan terhadapnya.
Ini dapat menarik minat pelajar dari kesemua kaum.Kesemua sekolah dan institusi
pengajian tinggi di dalam negara perlu berbilang bangsa untuk memberi peluang
yangsama kepada semua rakyat Malaysia dalam mewujudkan perpaduan dan
persaingan yang sihat.

You might also like