Pengenalan Dan Huraian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

1.0 PENGENALAN
Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa.
Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur
bahasa sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya.
Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu
iaitu, bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Pembentukan kata
lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya, pembentukan satu-satu
perkataan itu adalah melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.
Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami
sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat
dan yu.Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai
bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata
atau beberapa suku kata.
Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan
awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan
sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena
(daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu
dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan
kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, yang
hadir sebelum kata dasar, imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, imbuhan apitan
yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan imbuhan
sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhanimbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya,
membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu -an,
-wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalanawalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran -kan dan -i. Jumlah apitan juga banyak dalam
bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

kata nama, dan meN--kan, beR-...-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang
membentuk kata kerja.
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata
dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit.Contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang
mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa
atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata
dasar,contohnya

cantik-cantik

dan

mata-mata.

Penggandaan

separa

bermakna

pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata
tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal
biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan kata gandanya terletak pada
bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu juga mengalami proses
pelemahan, menjadikannya vokal (e) pepet. Misalnya, laki kepada laki laki dan kemudian
kepada lelaki.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan pula hanya
menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, serta berlaku hanya pada kata
kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang
kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya
bantu-membantu dan cinta-mencintai.
Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku
sama

ada

melalui

pengulangan

vokal,

contohnya

kuih-muih,

tungkus-lumus.

Melalui pengulangan konsonan pula misalnya simpang-siur dan mandi-manda.

2.0

PROSES PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU


2

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep


Pembentukan Kata, terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa
Melayu. Proses-proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti
berikut :
2.1.1
Akronim
Pembentukan

kata

melalui

proses

akronim

adalah

dengan

cara

memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri


daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang
wajar. Contohnya:
JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
ii. IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
iii. IPG Institut Pendidikan Guru
2.1.2
Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata
baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak
dahulu.Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui
proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara dan
tatahias. Contoh lain :
i. Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti
ii.Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara
2.1.3

Peleburan Fonem
Proses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara

menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau


menggugurkan fonem-fonem tertentu. Contohnya:
[benda] +[alir] = [bendalir]
Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu
fonem vokal /a/ digugurkan.
2.1.4

Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-

kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam halhal lain. Contohnya, perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna
keluarga, tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi [famili]
yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

2.1.5

Pemberian Makna Khusus


Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara

mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau
dijadikan istilah. Contohnya perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas
atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun
pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksu meniru atau
melukis peta.
2.1.6

Peminjaman Kata
Pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa

Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan


daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi
sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam
sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan
atau istilah sedemikian. Contohnya :
i.Element elemen
ii.Magistrate majistret
iii.Diplomat diplomat
2.1.7

Penambahan
Pembentukan kata

melalui

proses

ini

adalah

dengan

memberikan

penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri
daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam
masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu] merujuk kepada
benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang
lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti
berikut :
i. [bu] + [kit] = [bukit]
ii.[bu] + [lan[ = [bulan]
iii. [bu] + [luh] = [buluh]
2.1.8

Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu

dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang


sedia ada. Dalam proses ini, perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang
ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda.
Misalnya, nama kiwi merijuk kepada nama burung di New Zealand. Daripada

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan


menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.

2.1.9

Penggemblengan
Perkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan

cara

menggabungkan

dua

patah

perkataan

atau

lebih,

di

samping

mneggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut. Contonhya,


penggembemlengan

perkataan

kumpulan

gitar

rancak

menjadi

kugiran.

Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh yang
berikut :
i. Bernama Berita Nasional Malaysia
ii. Proton Perusahaan Otomobil Nasional
2.1.10 Penyempitan Makna
Pembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil
kata yang telah sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk
merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Contohnya, perkataan tuan puteri
mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau
wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan tuan
sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika
panggilan ini digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk
kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.
2.1.11 Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan
apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti
contoh yang berikut :
i. tv televisyen
ii.Dr. doktor
iii. Prof profesor
Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentukbentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan,
bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan.

Seterusnya, kita boleh lihat

proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut :


a. Bentuk kata tunggal

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataanperkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurangkurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya
satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.
Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata
tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan :
Bentuk Kata Tunggal
(Pola suku kata beserta contoh perkataan)
Pola Kata Tunggal
Bil.
Satu
Dua
Tiga suku Empat suku kata
Suku

Suku

kata

dan lebih

1.

Kata
Kata
KV
V+K

2.

yu
VK

aku
cuaca
V+VK KV+V+KVK-

keluarga
KV+KVK+KV+KV-

3.

am
KVK

aib
V+KVK

biawak
V+KV+V-

sementara
KVK+KV+V+KV-

4.

cat
adik
KKVK VK+KV

usia
KV+KV+V-

bendahari
KV+KV+KV+KV-

5.

stor
undi
KVKK VK+KVK

deria
bidadari
KVK+KV+V- KV+KV+KV+KVK-

6.

teks
ambil
mentua
KKKV KV+V KV+KV+VK-

kapitalis
KVK+KV+KV+KVK-

7.

skru
KKKVK

doa
KV+VK

seluar
V+KV+KV-

sentimeter
KVK+KVK+KV+KV-

skrip
8.

jauh
KV+KV

ijazah
dispensari
KV+KV+KV- KV+KV+V+KVK-

9.

pasu
KV+KVK

keliru
VK+KV+VK-

mesyuarat
V+KV+KVK+KV+KV

telur
KVK+KV

ikhtiar
V+KV+VK-

-universiti

10.

lampu

elaun

KV+V+KV-

KV+KV+VK+KV-

Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang
terdiri daripada jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga
tergolong dalam kata tunggal. Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan
lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

b. Bentuk kata terbitan


Bentuk Kata Terbitan
Bil.
Jenis imbuhan
Awalan
Akhiran
1.
Kata nama
Kata nama
pe-pelari, pem- -an-pakaian,

Apitan
Kata nama
pe-..-an

Sisipan
Kata nama
-el- telunjuk

2.

pembuat
Kata kerja
me-melawan,

-wati-seniwati
Kata kerja
-kan-buatkan,

perasaan
Kata kerja
me--kan

Kata kerja
-er- gerodak

3.

di-diatur
Kata adjektif
ter-terbesar,

-di-duduki
-

memainkan
Kata adjektif
ke--an

Kata adjektif
-el- gelegak

se-secantik
keakraban
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses
pengimbuhan berserta contoh perkataan.
Jadual 2
c. Bentuk kata majmuk
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata
majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah menunjukkan antara
contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :
Bentuk Kata Majmuk
Bil.
Rangkaian
kata Istilah khusus
1.
2.
3.
4.

bebas
gambar rajah
alat tulis
air hujan
nasi minyak

Perdana Menteri
Raja Muda
Maib Canselor
Timbalan
Ketua

Kiasan
hak milik
batu kapur
daerah panas
atur cara

Pustakawan
Jadual 3
d. Bentuk kata gandaan
Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh
mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga
boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual
7

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut


tiga jenis penggandaan berikut :
Bentuk Kata Gandaan
(berserta contoh perkataan)
Bil.

1.

Penggandaan

Penggandaan

Penggandaan

Penuh

Separa

Berentak

Kata tunggal
Meja-meja,

2.

3.

Kata tunggal
Pengulangan vokal
ayat- Laki-lelaki, tikus- Kuih-muih,cerai-berai

ayat

tetikus

Kata berimbuhan
Awalan-pelatih-

Kata berimbuhan
Awalan-berlari-

pelatih
Akhiran-amalan-

lari
Akhiran-sayur-

amalan
Apitan-persatuan-

sayuran
Apitan-kekuning-

persatuan

kuningan

Pengulangan
konsonan
Batu-batan, gunung,
ganang, dolak-dalik

Bebas
Anak-pinak,

ulang-

alik, lintang-pukang.

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan


dalam

bahasa

Melayu

dan

bahasa-bahasa

lain.

Bahasa

Melayu

banyak

meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa


Sanskrit sehingga

perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa

Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam
bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.
Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada
bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan
kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. Dalam
Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan
Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar

terdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan.

Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing,
dan peminjaman imbuhan.
Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam
Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan
Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar:
Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa
untuk

Penyiar

serta

Petikan

Pertandingan

Sahibba

Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa


Melayu dalam Kalangan Pelajar
Bil.
1.

Aspek/unsur peminjaman

Contoh

Peminjama

Bahasa

dalam petikan.
auditorium

n tulen

Inggeris

program
radio
serius
aspek
sesi
input
kreatif
kategori
unit
kokurikulum
aktiviti

2.

Peminjama

Bahasa

dan parsi

bunyi-

arab

/sy/ ;syarikat

bunyi
/kh/ ;khusus

asing

perkataan

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

3.0

Peminjama

Bahasa

n imbuhan

Sanskrit

tata - ;tatabahasa

Proses pembentukan akronim


Akronim

pada

asasnya

terbentuk

daripada

proses

penggabungan

singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.


Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh
terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan
huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya
dilafazkan menjadi seperti perkataan.
Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil
daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan
dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata
selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan

cara

memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri


daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang
wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan
melalui

percantuman

bahagian-bahagian

daripada

serangkaian

perkataan.

Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau
bahagian daripada perkataan.
3.1

Jenis-jenis akronim
Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu,

kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.


(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)
Antara jenis akronim tersebut ialah seperti berikut :
i. Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa
perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan
huruf besar keseluruhannya. Contohnya :
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

10

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

ii. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata


perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata
sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama
khas ; oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :
Perhilitan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Mara
Majlis Amanah Rakyat
iii.
Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal
sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula
dengan huruf besar. Contohnya :
Bernama Berita Nasional Malaysia
tadika taman didikan kanak-kanak
cerpen cerita pendek
iv.

Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan

pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan
pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :
asbut asap kabut
debunga debu bunga
purata pukul rata

3.0

GOLONGAN DAN JENIS KATA DALAM BAHASA MELAYU

11

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

KATA
NAMA

KATA
TUGAS

JENIS
GOLONGA
N KATA

KATA
KERJA

KATA
ADJEKT
IF

KATA GANTI
NAMA DIRI
ORANG PERTAMA

KATA GANTI
NAMA ORANG
DIRI KEDUA

KATA GANTI
NAMA DIRI
ORANG KETIGA

KATA NAMA
MANUSIA
BUKAN
MANUSIA
KATAAM
NAMA AM
CONTOH
: Saya, CONTOH : CONTOH : KATA NAMA
CONTOH
: ia, dia,
KATA GANTI
KATA GANTI
KATA GANTI
12
KONKRIT
ABSTRAK
aku,
beta,
patik,
saudara,
kamu,
beliau,
mereka
CONTOH
:
Nina,
Kuala
Lumpur,
CONTOH :
NAMA DIRI
NAMA NAMA
DIRI TUNJUK
kami
dan
awak, engkau,
dan -nya
Ahmad,
Raja
Proton
Saga,
Tumpuk,
Si kita.
KATA NAMA
KHAS
ORANG KATA
NAMA
AM
KATA
GANTI
TANYA
CONTOHCONTOH
:
KATA GANTI
HIDUP
TIDAK
Azlan
ShahVanda
Daya
Bumi. dan anda :tangan,serapan
Belang,
NAMACONTOH : itu , ini
sungai,
NAMAmimpi,
DIRI
CONTOH : itu , ini
CONTOH : itu , ini
HIDUP

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

KATA
KERJA
13
KATA KERJA
TRANSITIF

KATA KERJA
TIDAK
TRANSITIF

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

KATA KERJA
TRANSITIF
AKTIF

KATA KERJA
TRANSITIF
PASIF

CONTOH :
makan,
mengambil,
menendang,

CONTOH :
dimakan,
kumakan,kau
makan,diambi
l,kuambil,kau
ambil,ditenda
ng,kutendang

KATA KERJA
TIDAK TRANSITIF
TAK
BERPELENGKAP
CONTOH :
bangun,
berjalan,
terpegun,
melancong,

KATA KERJA
TIDAK
TRANSITIF
BERPELENGKA
P
CONTOH:
beransur,
menjadi,berbu
at, tinggal

GOLONGAN KATA ADJEKTIF


BIL

KATA ADJEKTIF

CONTOH

Kata adjektif
sifat/keadaan

Baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah

Kata adjektif warna

Putih, kuning, merah, biru, hitam

Kata adjektif ukuran

Panjang, pendek, kecil, nipis, tebal

Kata adjektif bentuk

Bulat, bundar, leper, bujur, lonjong

Kata adjektif
pancaindera

Kata adjektif waktu

Rasa : sedap, manis, lazat


Pandang : cantik, molek, hodoh
Dengar : merdu, bising, nyaring
Bau: harum, busuk, wangi
Sentuh: halus, licin, kasar
Segera, spontan, lewat, awal

Kata adjektif cara

Cepat, laju, deras, awal

Kata adjektif
perasaan

Rindu, geram, asyik, benci, cinta

14

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

Kata adjektif jarak

Jauh, dekat, nyaris, hamper

GOLONGAN KATA TUGAS

BIL
1

GOLONGAN KATA
CONTOH
TUGAS
Kata hubung
Dan, atau, tetapi

Kata seru

Wah, amboi, aduh

Kata tanya

Bagaimana, bila, berapa

Kata perintah

Sila, tolong, harap

Hatta, maka, syahadan

Kata pangkal
ayat
Kata bantu

Kata penguat

Sangat, amat, paling

Kata penegas

Juga, lah, tah, pun

Kata naf

Tidak, bukan

10

Kata pemeri

Ialah, adalah

11

Kata sendi nama

Di, dari, dalam

12

Kata pembenar

Ya, benar, betul

13

Kata bilangan

Dua, segala, beribu-ribu, masing-masing

14

Kata arah

Atas, bawah, dalam

15

Kata pembenda

-nya

16

Kata penekan

-nya

Akan, sudah, pernah

15

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

4.0 LANGKAH-LANGKAH PDP ( KATA TANYA )


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3
Tarikh/Hari
Masa
Kelas
Bil. Pelajar
Topik
Standard

: 18 April 2014 (Selasa)


: 9:00 10:00 pagi (60 Minit)
: Tahun 2 Mawar
: 25 orang
: Kata Tanya
: Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul dalam

Pembelajaran

pelbagai situasi.

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran pelajar dapat


(i)

Memahami maksud kata sendi nama

(ii)

Menyenaraikan 2 jenis kata tanya berserta contoh

(iii)

Membina

dan

menulis

daripada

10

ayat

dengan

menggunakan kata tanya yang telah dipelajari.


Konsep
Bahan

: Melihat, mendengar, berfikir dan mentafsir


: LCD Projector, speaker, Microsoft power point, lembaran kerja, pen
marker dan papan putih.

Nilai
Kemahiran
Pengetahuan
ada

: Berani, berdikari, jujur dan bekerjasama


: Memahami maksud, membanding beza dan mentafsir maklumat
sedia : 1. Murid menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis di peringkat awal.
2. Murid telah biasa menanyakan soalan dalam kehidupan seharian.

16

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Perkembangan
Langkah 1
(15 minit)

Klip Video 2
Kata tanya
-

Langkah 2
( 10 minit)

Langkah 3
(10 minit)

Menonton,
mendengar
dengan teliti dan
fahami isi
kandungan klip
video
Menulis
perkataan yang
ditunjukkan di
dalam klip video

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
1. Murid dipecahkan 1. Duduk dalam
kepada kumpulan
kumpulan
kecil.
seramai 5 atau 6
2. Menerangkan apa
orang.
yang perlu dibuat
2. Perlu memberi
oleh murid.
perhatian
- Murid perlu
terhadap klip
video yang
memberi
dipaparkan.
perhatian
3. Setiap murid
terhadap klip
perlu mencatat
video.
perkataan yang
- Murid perlu
dipaparkan.
mencatat
perkataan
yang
dinyatakan.

1. Menerangkan
1. Menerangkan
1. Memahami
maksud dan jenis
semula maksud
maksud dan jenis
kata tanya
dan jenis kata
kata tanya.
tanya yang
ditunjukkan melalui
klip video
2. Paparan
menggunakan
Microsoft power
point.
Aktiviti kumpulan
1. Guru
Menyenaraikan jenis
mengedarkan
kata tanya
lembaran kerja
kepada setiap
Menyuaipadankan
kumpulan.
kata tanya bagi
setiap jenis ayat
2. Memantau dan
memberi
iii. Menyatakan contoh
bimbingan pada
ayat kata Tanya.
setiap kumpulan.

5.0 PENUTUP
17

1. Berbincang
dalam kumpulan.
2. Melengkapkan
lembaran kerja
hasil daripada
perbincangan
kumpulan
i.Jenis kata tanya
ii.
Suaipadankan
kata tanya
pada setiap
setiap ayat
iii.
iii.
Memberi
contoh ayat
kata tanya

Catatan
BBM:
LCD,
Komputer riba,
speaker
KB: Memerhati

BBM:
LCD,
Komputer riba,
Microsoft
power point.
KB:
Memahami

BBB:
Lembaran
kerja

KB:
Komunikasi

Nilai murni:
Bekerjasama
Berdikari
Jujur

MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM 3109

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu.


Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan
kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami
perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata

atau

pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.


Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta
bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya
pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan
ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak
dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan
bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.
Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan
terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari
semasa.

18

You might also like