Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KATA TUGAS (KATA SERU, KATA TANYA, KATA

PERINTAH, KATA PEMBENAR, DAN KATA PANGKAL


AYAT)
TUGAS KATA PRAKLAUSA DALAM AYAT
Kata praklausa terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan
ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata
seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
AYAT
AYAT
AYAT
AYAT

PENYATA/BERITA
TANYA
SERU
PERINTAH

AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan
atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat
berita atau ayat keterangan.
CONTOH AYAT PENYATA/BERITA
1.
Perdana Menteri Malaysia ialah Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.
2
Pencuri itu telah ditangkapa pada pukul 7 pagi tadi.
3.
Semua murid SMK Mutiara akan menghadapi peperiksaan pada 7 Mei 2013.
KATA TANYA
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai
bentuk penegas kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.
CONTOH AYAT TANYA.
A.
AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA
1.
Siapa nama awak?
2.
Di mana kamu tinggal?
3.
Berapa harga buku rujukan ini?
4.
Bagaimana cara membuat kek ini?
5.
Kenapa muka awak bengkak?
6.
Mengapa kamu tidak datang ke rumah saya semalam?
B.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

AYAT TANYA TANPA KATA TANYA


Kamu sudah makan?
Kerja rumah awak belum siap?
Nasi ini basi?
Meja itu rosak?
Pagi tadi hujan?
Awak menangis?

KATA SERU
Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan
seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.
CONTOH AYAT SERU
1.
Amboi, cantiknya baju awak!
2.
Aduh, sakitnya kaki saya!
3.
Eh, terkejut saya!
4.
Cis, langkah mayat saya dahulu!
5.
Wah, bergaya sungguh ibu awak!
KATA PERINTAH
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat tiga
jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, dan ayat silaan/permintaan.
CONTOH AYAT PERINTAH
A.
1.

AYAT SURUHAN
Semua murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan.

B.
1.
2.
3.
4.

AYAT LARANGAN
Semua murid dilarang memijak rumput di kawasan ini.
Jangan berbual semasa guru sedang mengajar.
Dilarang membuang sampah di kawasan sekolah.
Usah kamu bersandiwara lagi dengan saya.

C.
1.
2.
3.

AYAT PERMINTAAN/SILAAN
Tolong sampaikan pesanan saya kepada ibu kamu.
Sila masuk ke dalam dewan dengan segera.
Jemput duduk di tempat yang disediakan.

KATA PEMBENAR
Kata pembenar ialah perkataan yang mengiyakan atau menyokong kebenaran
atau ketepatan sesuatu.
Contoh kata: ya, betul, benar, dan sungguh
CONTOH AYAT PEMBENAR
1.

Ya, saya yang melakukan tugasan itu.

2.

Sungguh, dia yang melakukan aksi itu.

3.

Benar kata awak. Saya yang bersalah.

4.

Semua yang disampaikan oleh Abu betul.

KATA PANGKAL AYAT

Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam
bahasa Melayu lama
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta
CONTOH AYAT
Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala, seorang putera mengembara ke seluruh
rimba raya untuk mencari bonda baginda yang hilang

You might also like