Cara Buat Iklan Berbayar Di Instagram Menggunakan Insta Ads

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Cara Buat Iklan di

Instagram Instagram Ads


Disediakan Oleh: Dzulfaqar Hashim

www.DzulfaqarHashim.com

Insta Ads - IG Ads - Instagram Ads - Iklan Berbayar


Instagram
Seperti ramai yang telah maklum, baru-baru ini Facebook dan Instagram
telah melancarkan IG Ads, Jadi, lepas saya dah berjaya mencubanya, saya
tergerak hati untuk kongsikan kepada pembaca semua Cara Buat Iklan di
Instagram - Instagram Ads.

OK, Instagram Ads ada beberapa jenis Okjektif, antaranya:


1. Image Ads - Macam Iklan FB yang banyak orang buat
2. Video Ads - Maksimum 30 saat
3. Carousel Ads - Multiple Image ads (Gambar boleh slide tepi)
4. Link Ads - Click to Website
5. Mobile App Install
Maksimum ayat atau copywriting adalah 300 karakter sahaja. dan anda tak
boleh susun ikut baris macam FB kerana butang ENTER tak berfungsi di
IG Ads ini.
Namun, setakat ini (7 Okt 2015, 11.00 Pagi), hanya beberapa objektif
sahaja yang boleh diguna pakai oleh pengguna biasa seperti saya.

Facebook telah menyediakan beberapa Platform utk buat iklan di


instagram, ianya melalui:

1. API (Hanya boleh buat Video Ads, Link ads & Mobile App Install
Ads)
2. Power Editor FB (Hanya boleh buat Video Ads, Link ads & Mobile
App Install Ads)
3. Insertion Order (Hanya boleh buat Image ads, Video Ads,
Carousel Ads & Link ads)

Buat masa ini, kalau nak buat Instagram Ads di Facebook Ads Manager
tak boleh lagi. Hanya boleh dibuat dari 3 Platform di atas, dan dalam
tutorial ni, saya pilih untuk gunakan Power Editor di FB.
Untuk penggunaan gambar pula, anda boleh dipilih antara gambar petak,
atau pun gambar melintang (widescreen). Tetapi, anda digalakkan untuk
guna gambar saiz petak sebab ianya lebih besar. Tapi terpulang juga
kepada tujuan iklan anda.

OK...Sekarang teruskan kepada Step-step untuk


buat Instagram Ads

1. Link kan Akaun IG ke Fanpage


Pergi ke Fanpage anda, tekan pada setting - di sini anda akan nampak
menu pilihan sebelah kiri,
Instagram Ads. Klik di situ dan masukkan username dan password.
Tips: Akaun instagram anda mestilah PUBLIC, bukannya PRIVATE

2. Buka power editor anda, download akaun FB Ads anda.


Pastikan anda menggunakan Google Chrome sebab power editor
hanya boleh di akses menggunakan browser ini.

3. Klik pada butang Create Campaign.


Semua Create New, dan masukkan nama sebagai rujukan.
Buying Type - Pilih Auction dan Objective - Pilih Antara 5 jenis di atas.
(Di Power editor, Hanya boleh buat Video Ads, Link ads & Mobile App
Install Ads) Dalam panduan ini, saya akan gunakan Link ads, Jadi, pilih
Click to Website

4. Pada Tree View di sebelah Kiri Skrin anda tu, klik pada pilihan kedua
(tengah), iaitu Ad Set. Di sini, Setting macam biasa seperti anda setting FB
ads.

5. Scroll ke bawah, pada ruangan Placement, hanya tick pada


Instagram untuk keluarkan ads anda di instagram.
Tips: Targeting di instagram adalah sama Macam di Facebook kerana FB
dan IG adalah di bawah pemilik yang sama.
Tips 2: Sila gunakan OCPM berbanding CPC untuk hasilkan result yang
lebih menarik.(Semasa Panduan ini dibuat, Kos bidding untuk CPC IG Ads
agak mahal dari FB Ads)

6. Pada Tree View di sebelah Kiri Skrin anda tu, klik pada pilihan ketiga
(bawah sekali), iaitu Ad.
Di sini pula, pilih fanpage anda yang dah pun di link kan kepada instagram.
ataupun, jika anda tertinggal step 1 tadi, di sini ada pilihan untuk tambah
akaun instagram ke Fanpage atau Buat akaun instagram baru.

7. Masukkan content iklan anda Di ruangan kreative.


Website URL: Masukkan Link Website anda, di mana orang klik pada iklan
anda, mereka akan di bawa ke link tersebut.
Tips 1: Macam mana kalau saya tak ada website? OK.. ada 2 pilihan lain
kalau anda tak ada website:
1. Letak link ke Instagram
2. Letak link ke Facebook
Tips 2: Sila gunakan URL shortener untuk pendekkan Link anda tersebut
kerana Facebook tidak membenarkan anda menggunakan URL FB sendiri.

Text: MAKSIMUM karakter adalah 300 sahaja. (Butang enter tak berfungsi,
maknanya ayat akan jadi sebaris sahaja.)
Image: Gambar untuk instagram ads ini boleh dipilih antara gambar petak,
atau pun gambar melintang (widescreen). Tetapi, anda diigalakkan untuk
guna gambar saiz petak sebab ianya lebih besar.

Itu sahaja. Selepas semua siap, Tekan Upload Changes.


Belajar Lebih Lanjut di Facebook for Instagram: Klik
sini https://www.facebook.com/business/help/976240832426180
Ingat, dalam Instagram, salah satu elemen penting yang perlu dititik
beratkan adalah dari segi PENGGUNAAN GAMBAR. Sebab utama orang
main IG sebab suka tengok dan share gambar.
Anda belajar sesuatu? Kongsikan Kepada Rakan.

Ikhlas dari sahabat anda,

Dzulfaqar Hashim
www.DzulfaqarHashim.com

You might also like