Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep Budaya
Menurut Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996), telah mendefinisikan budaya
sebagai

warisan

sosial

sesuatu

masyarakat,

sistem

idea,

nilai,

kepercayaan,

pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam
masyarakat. Menurut Asma (1994), budaya merupakan sesuatu organisasi sering
dinyatakan sebagai satu set nilai yang merupakan hasil pemikiran dan kepercayaan
pengasasnya atau orang atasan. Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat,
kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satusatu kumpulan (Ember & Ember, 1993; Busher & Saran, 1992)
Menurut Noran Fauziah, 1987, Eshleman & Cashion, 1985) elemen budaya boleh
dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material, budaya material dan cultural lag.
Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan material atau budaya bukan kebendaan
simbol, bahasa, nilai dan norma. Hal ini dapat dijelaskan lagi seperti berikut, pertama
kewujudan budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. Simbol
penting untuk berkomunikasi. Masyarakat pada

zaman batu menggunakan simbol

sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli
antropologi budaya turut mengkaji simbol sebagai satu unsur budaya. Antara contoh
simbol ialah huruf, nombor, lambang dan bendera. Menurut Hofstede (1991) dalam Asma
(1994), cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya sesetengah
simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang
berbeza.
Bahasa pula merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang penting. Bahasa
merupakan aplikasi yang sistematik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai
dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang
mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa merupakan kaedah komunikasi yang unik
dan mudah difahami oleh khalayak. Bahasa merupakan asas kepada budaya dan penting
kepada masyarakat. Unsur seterusnya boleh dilihat dari segi nilai yang merupakan idea
dikongsi bersama individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah.
Terdapat nilai positif dan yang negatif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai
menjadi sebahagian daripada personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti
1

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


menghormati orang tua, patuh kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong.
Akhir sekali ialah norma. Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial
tentang tingkah laku. Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan
beberapa perkara yang ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan
dengan mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya.
Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada
norma masyarakat termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan
institusi tahanan.
Budaya material atau budaya kebendaan terdiri daripada objek fizikal yang direka dan
dikongsi bersama ahli masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi
tetapi juga hasil daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh
dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin
berbeza dalam masyarakat yang berlainan.
Elemen budaya yang ketiga ialah Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan
mengatasi keupayaan budaya bukan material dan budaya ini pula tidak dapat
menyesuaikan dengan budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah
baharu yang adakalanya tidak dapat diselesaikan. Contohnya, seperti penciptaan perabot
yang akan memusnahkan banyak kawasan hutan.
1.2 Konsep Masyarakat
Horton dan Hunt (1988) mentakrifkan masyarakat sebagai sekumpulan manusia yang
boleh berdiri sendiri (berdikari), menghasilkan sistem ekonomi yang boleh menampung
diri mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Kelompok manusia tersebut
mendiami satu kawasan yang sama di mana mereka berinteraksi sesama sendiri dan
berkongsi budaya yang sama serta mendirikan persatuan dan kelompok dalam kalangan
ahli mereka. Masyarakat juga akan membentuk kelompok tertentu sebagai memenuhi
matlamat yang mereka ingini. Atan Long (1982) berpendapat satu-satu masyarakat itu
terdiri daripada individu yang telah lama hidup dengan saling bertindak semenjak
beberapa lama dengan mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara hidup
yang meliputi kepercayaan, agama, sikap, pandangan, aspirasi, nilai dan ilmu
pengetahuan yang telah diwarisi sejak turun-temurun sehingga menjadi kumpulan
2

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


masyarakat itu mempunyai sifat yang tersendiri berlainan dengan masyarakat lain.
1.3 Konsep Kebudayaan Melayu
Kebudayaan Melayu ialah cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat yang terdiri
daripada orang Melayu. Budaya Melayu dapat membezakan antara masyarakat Melayu
dengan masyarakat lain. Budaya ini merujuk kepada proses perkembangan kelakuan,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok (Kebudayaan Melayu,
2014). Menurut A. Aziz Deraman dalam buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa
Melayu 2000), kebudayaan Melayu ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu daripada segi
politik, ekonomi dan sosial.
1.3.1

Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik
membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk
kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan
berkembang menjadi kerajaan. Politik masyarakat Melayu mengamalkan pemerintahan
beraja dan sistem demokrasi.
1.3.2

Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber
yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang
pengeluaran dan penggunaan barang, perkhidmatan, ekonomi berasaskan hasil
perdagangan antarabangsa dan sistem sara diri berasaskan pertanian.
1.3.3

Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi


aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan
masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh
sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai
murni, kesenian, undang-undang, adat dan kepercayaan, pakaian, permainan tradisional,
3

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


bahasa dan dialek serta tulisan.

2.0

BANDING BEZA BUDAYA MASYARAKAT MELAYU YANG TERCERMIN


MELALUI FILEM AHMAD ALBAB DAN NUR KASIH THE MOVIE
Filem Ahmad Albab merupakan filem era 60-an yang mana situasi filem tersebut

banyak menunjukkan unsur-unsur Arab seperti dari segi pakaian, dialog atau perbualan
dan muzik walaupun masyarakatnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Manakala, filem
Nur Kasih The Movie pula menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu moden.
Walaupun kebudayaan masyarakat Melayu sudah moden tetapi sebahagian besar mereka
masih berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Ini dapat dibuktikan melalui
pemilihan sesuatu pekerjaan yang lebih halal, bersolat dan tutur kata lebih ke arah
kebaikan.
2.1

Persamaan
Persamaan-persamaan budaya masyarakat Melayu boleh dilihat dalam beberapa

sudut yang tercermin dalam filem Melayu iaitu Ahmad Albab dan Nur Kasih The Movie
seperti agama, pemikiran terbuka dan penempatan atau rumah.
Dari sudut agama, menurut buku Kebudayaan Melayu terbitan Multimedia Sdn. Bhd.
(2014), sumbangan Islam kepada budaya Melayu amat besar kerana mendasari cara
hidup dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Namun yang penting, Islam mendasari
identiti Melayu. Kemasukan Islam semacam menjadi penentu takrif Melayu itu sendiri.
Hingga kini, yang dikatakan orang Melayu itu harus memenuhi tiga kriteria asas dan Islam
merupakan salah satu penciriannya.
Di samping mengubah cara kehidupan dan pandangan masyarakat Melayu, Islam
membentuk dan mempersiapkan masyarakat Melayu menghadapi era pemodenan tanpa
merubah

pendiriannya

kepada

agama.

Sifat

keanjalan

dalam

agama

Islam

memudahkannya menyerap ke dalam budaya Melayu. Maka itu dapat dikatakan bahawa
Islam dan kebudayaan Melayu tidak dapat dipisahkan dan sentiasa mempengaruhi
kehidupan masyarakat Melayu dalam apa jua lapangan. Nilai-nilai Islam itu sememangnya
sempurna dan diketahui bahawa kesempurnaan Islam mencakupi segala aspek
4

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


kehidupan.
Salah satu aspek kebudayaan Melayu yang telah diperkayakan akibat kedatangan
Islam ialah berubahnya pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu. Semua kenyataan
ini tercermin dalam filem Ahmad Albab dan Nur Kasih The Movie yang menggambarkan
pemikiran masyarakat Melayu walaupun berada dalam zaman moden tetapi masih
berpegang teguh terhadap pegangan agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dalam
kenyataan kedua-dua filem tersebut seperti berikut :
. rezeki saya bukan di tangan encik tapi di tangan Tuhan. (Petikan filem Nur kasih
The Movie) dan . kekayaan, kebahagiaan rumah tangga datangnya daripada Allah dan
bukannya daripada bapak (Petikan filem Ahmad Albab).
Persamaan kedua boleh dilihat dari segi rumah atau penempatan. Menurut Wan
Abdul Kadir (1988), penempatan atau rumah masyarakat Melayu kini adalah secara tetap.
Selain itu, banyak dalam kalangan mereka yang sudah berjaya dalam pelajaran yang
membolehkan mereka menjawat pelbagai jawatan yang baik serta meningkatkan lagi
sistem ekonomi mereka. Walaupun masih ada yang mengamalkan sistem ekonomi sara
diri seperti meramu dan mencari hasil hutan tetapi pendedahan dengan masyarakat luar
menyebabkan hasil yang diperoleh bukan untuk kegunaan sendiri sahaja malah ia turut
dijual untuk mendapatkan wang tunai. Kebanyakan mereka tidak lagi menjadi penghuni
hutan serta mendiami rumah panjang seperti dahulu, sebaliknya mendiami rumah yang
berasaskan keluarga nukleus di perkampungan yang tetap (Juli Edo, 1993).
Persamaan rumah yang tercermin dalam filem Ahmad Albab dan Nur Kasih The
Movie menunjukkan kedua-dua filem tersebut menggambarkan masyarakat Melayu
sebahagian besarnya sudah mempunyai rumah moden yang lengkap dengan pelbagai
jenis perabot, baik di dalam mahupun di luar rumah.
Persamaan seterusnya ialah dari segi pemikiran atau pandangan terbuka dalam
masyarakat Melayu. Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas (20 November 2014),
Pemikiran atau pandangan terbuka membawa maksud bahawa setiap individual tidak
harus menerima suatu idea yang diusulkan sebagai kebenaran tanpa dibuktikan oleh
pengetahuan dan logik. Para pemikir bebas (freethinkers) berusaha untuk membentuk
pendapat mereka berdasarkan fakta, penyelidikan ilmiah, dan prinsip logik yang
5

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


memisahkan diri dari segala kekeliruan akal atau secara sadar membatasi pengaruh dari
kekuasaan, bias konfirmasi, bias kognitif, kebijaksanaan konvensional, kebudayaan
popular, prasangka, sektarianisme, tradisi, legenda urban dan dogma-dogma lainnya.
Mengenai agama, pemikir bebas berpendapat tidak ada bukti cukup untuk mendukung
suatu keberadaan dari fenomena supranatural.
Semuanya ini dapat digambarkan dalam Filem Ahmad Albab dan Nur Kasih The
Movie. Pemikiran terbuka menyebabkan mereka bebas memberi pendapat tentang
sesuatu perkara yang berkaitan dengan situasi hidup mereka dan bebas melakukan
sesuatu tanpa ada halangan. Situasi ini dapat dibuktikan dalam kenyataan berikut :
..kelab yang diminati ramai, ada muzik, tarian, hip hop dan segala-galanya. Kenapa
tak sesuai? Sebab ada orang untuk minum air kencing setan atau sebab maksiat
bermaharajalela. Awak tahu betapa sempitnya pemikiran awak macam mana
usahawan Melayu nak maju kalau semua macam awak. Bangsa-bangsa lain berlumbalumba untuk cari projek. (petikan Filem Nur Kasih The Movie)
.saya datang nak meminang anak Encik Anan. Saya mana ada anak perempuan,
saya cuma ada seorang anak lelaki sahaja. Anak lelaki inilah saya hendak meminang.
Belum pernah orang buat begini? Orang tak pernah buat tapi saya buat.. (petikan Filem
Ahmad Albab)
Selain beberapa persamaan kebudayaan masyarakat Melayu yang tercermin dalam
filem Melayu Ahmad Albab dan Nur Kasih The Movie, terdapat juga perbezaan-perbezaan
yang boleh dilihat antaranya dari segi ekonomi, pakaian dan pengangkutan.
2.2

Perbezaan
Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber

yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang
pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Menurut Wan Abdul Kadir
(1988), sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal
ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang
kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan
6

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


lain-lain.
Dalam buku Kebudayaan Melayu, 2014 (Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan
Zalina dan Ratna Laila), dalam kehidupan masyarakat Melayu seharian, didapati unsur
etika atau budaya kerja yang mereka miliki diwarisi daripada orang tuanya secara turuntemurun. Dalam erti kata lain, masyarakat Melayu dulunya memiliki semangat waja dan
budaya kerja yang cemerlang di mana nilai-nilai ini mampu meningkatkan hakikat dan
martabat orang Melayu setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Budaya kerja masyarakat
Melayu telah diakui oleh banyak pihak kerana hal ini sangat ideal dengan budaya kerja
yang universal, terutama dalam kalangan dunia Islam. Orang-orang tua Melayu dulu
mengatakan Berat tulang ringanlah perut, maksudnya, orang yang malas bekerja
hidupnya akan melarat. Sebaliknya, Ringan tulang beratlah perut yang bererti siapa
yang bekerja keras, hidupnya pasti akan tenang dan lebih dari mencukupi. Berdasarkan
dua peribahasa Melayu ini, jelaslah bahawa masyarakat Melayu telah lama menyedari
kepentingan ekonomi dalam kehidupan mereka.
Kenyataan tersebut tercermin dalam kedua-dua filem Melayu iaitu Ahmad Albab dan
Nur Kasih The Movie yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Dalam filem Ahmad
Albab, menggambarkan ekonomi masyarakat Melayu dahulu lebih kepada ekonomi sara
diri seperti menggembala kambing dan menanam sayur-sayuran untuk dijual dan
kegunaan sendiri. Hasilnya begitu baik kerana masyarakat Melayu zaman dahulu hanya
bergantung hasil makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan dalam
kehidupan mereka. Pekerjaan mereka ini juga diwarisi oleh nenek moyang dan ibu bapa
mereka. Berbeza pula dalam filem Nur kasih The Movie, kebudayaan masyarakat Melayu
moden dalam ekonomi menggambarkan sebahagian masyarakatnya bekerja dalam
pejabat yang mempunyai pelbagai kelengkapan seperti komputer, alat pendingin hawa
dan sebagainya. Contoh pekerjaan seperti arkitek, kaunselor dan pengurus syarikat.
Perbezaan kedua dalam kebudayaan masyarakat Melayu yang tercermin dalam
kedua-dua filem Melayu tersebut ialah melalui pakaian. Mengikut Sit Zainon

Ismail

(2006), pakaian secara umumnya dikaitkan dengan fungsi penggunaan. Ia dipakai untuk
menutup tubuh bagi mengelakkan kesan panas atau dingin. Pada zaman prasejarah,
manusia menggunakan bahan sederhana sebagai pakaian. Manusia mengolah bahan
tersebut daripada alam semula jadi, jalinan serat tumbuhan seperti rumput, lalang atau
7

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


kulit binatang sehinggalah zaman munculnya peradaban benang dan proses menenun.
Pakaian telah menjadi aspek budaya benda yang penting untuk meneruskan kehidupan.
Begitu juga dengan tradisi pakaian di wilayah budaya Melayu. Pakaian tradisional
Melayu tidak terbatas kepada pemakaian kain dan baju sahaja. Ia adalah sebahagian
kelengkapan adat istiadat masyarakat untuk memenuhi kehidupan yang meliputi nilai,
norma dan keindahan budaya Melayu. Pakaian cara Melayu memberi tumpuan kepada
masalah mencari dan menentukan identiti budaya Melayu. Wilayah budaya Melayu
sebagai lingkaran budaya memperlihatkan ciri persamaan pola budaya itu. Ini penting
kerana perbincangan tentang pakaian tradisional turut menjelaskan masyarakat dan etnik
asal

penduduk

dalam

lingkaran

budaya

yang

turut

sama

mengalami

proses

perkembangan kebudayaan dalam tempoh tertentu.


Justeru, pakaian adalah aspek budaya yang membuktikan kewibawaan adat istiadat
wilayah budaya Melayu. Pakaian cara Melayu yang pertama kali disebut pada abad ke-16
adalah kesinambungan pola asas yang berkembang di istana kerajaan Melayu Melaka
pada zaman keagungannya di Kepulauan Melayu. Pemakaiannya tidak berkembang di
Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sahaja, malah ke Brunei dan Sulawesi.
Walaupun di sana sini ada unsur luar yang digunakan tetapi ia digabungkan secara
harmoni. Di sinilah ditemui persamaan ciri reka bentuk pakaian wilayah budaya Melayu
seperti baju kurung Palembang, baju kurung Melayu-Brunei dan baju panjang
Minangkabau yang umumnya dikenali sebagai baju teluk belanga. Keistimewaan konsep
pakaian cara Melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional
Melayu yang diterima sebagai salah satu identiti budaya Melayu. Perbandingan pola baju
Melayu kurung Johor dengan pakaian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Perak lebih
memperlihatkan kesinambungan pengaruh dua unsur utama yang menyerap masuk
melalui perkembangan sejarah dan budaya.
Oleh itu, jelaslah perbezaan dalam kedua-dua filem Melayu iaitu filem Ahmad Albab
dan Nur Kasih The Movie menggambarkan perbezaan yang ketara. Dalam Filem Ahmad
Albab, walaupun merupakan filem 60-an dan menggambarkan kebudayaan masyarakat
Melayu lama tetapi dari segi pakaian adalah moden dan berunsur kebaratan dan Arab
seperti sebahagian kaum perempuan memakai baju berlengan pendek, skirt dan seluar
panjang manakala kaum lelaki pula memakai kot dan baju berunsur Arab sama ada

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015


dalam sesuatu majlis atau pakaian seharian mereka di rumah.
Berbeza pula filem Nur kasih The Movie, walaupun digambarkan kehidupan
masyarakat Melayu ketika itu adalah moden tetapi sebahagian masyarakatnya memakai
pakaian tradisional iaitu berbaju kurung dan berjubah bagi orang perempuan, manakala
sebahagian

orang

lelaki

pula

memakai

baju

Melayu

dan

bersongkok.

Perbezaan seterusnya dapat dilihat dari segi pengangkutan. Pengangkutan boleh


didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat
yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan
pengangkutan melalui jalan udara.
Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara
memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan
nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan
dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan
mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas
setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan zaman dahulu dan kini amat
berbeza kerana pengangkutan zaman dahulu lebih kepada menggunakan perahu kerana
jalan air menjadi sistem perhubungan yang utama serta binatang seperti lembu dan
kerbau sebagai pengangkutan jalan darat manakala zaman kini apabila pembangunan
ekonomi telah berkembang maka pengangkutan seperti kenderaan bermotor telah
digunakan.
Perbezaan ini jelas tercermin dalam filem Melayu Ahmad Albab dan Nur kasih The
Movie iaitu menggambarkan sebahagian kebudayaan masyarakat Melayu era 60-an
dalam filem Ahmad Albab menggunakan kereta lembu sebagai

pengangkutan utama

manakala dalam filem Nur kasih the Movie pula menggambarkan sebahagian masyarakat
Melayu telah menggunakan kereta sebagai pengangkutan mereka. Perbezaan ini juga
adalah disebabkan pada zaman moden, ekonomi semakin berkembang dan maju maka
jalan raya telah dibina untuk memudahkan kenderaan bermotor seperti kereta mudah
bergerak.

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU 2015

3.0 RUMUSAN
Kesimpulan yang dapat diperoleh hasil banding beza budaya masyarakat Melayu
yang tercermin melalui filem era 60-an iaitu Ahmad Albab dan Filem terkini iaitu Nur Kasih
The Movie dalam beberapa sudut iaitu sosial dan ekonomi. Menurut Wan Abdul Kadir
(1988), Masyarakat Melayu khususnya, merupakan masyarakat yang unik kerana dapat
mengamalkan dan mempelajari pelbagai budaya sehinggakan dapat melahirkan satu
budaya yang baharu hasil daripada percantuman budaya lain. Nilai hidup yang baik
daripada budaya bangsa lain, jika dahulu dianggap asing tetapi kini ia sudah boleh
diterima dan menjadi sebahagian daripada budaya yang diamalkan dengan sempurna.
Selain itu, perubahan masyarakat Melayu daripada masyarakat tradisional
kepada masyarakat moden, berikutan kedatangan Barat yang bermula pada akhir abad
yang ke-19 ini juga merupakan suatu tahap yang melibatkan berbagai-bagai perubahan
dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu. Para pengkaji bersetuju kedatangan
pengaruh Barat dijadikan landasan pemisahan antara masyarakat tradisional dengan
masyarakat moden. Unsur-unsur budaya Barat senang berkembang dan mudah diterima
oleh penduduk tempatan kerana Barat dianggap moden dan beradaban tinggi (Buku Isuisu Budaya dalam Pembangunan Sosial, 2008).

10

You might also like