Tatacara Peperiksaan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TATACARA PENYEDIAAN SOALAN DAN PROSEDUR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PPKI


2015
PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN
1. Soalan hendaklah disediakan untuk 3 TAHAP yang berlainan ( Mohd Fitri B Yahya, PPKI 1
dan PPKI 2 )
2. Setiap soalan hendaklah ditaip seragam dengan font Arial bersaiz 12.
3. Muka surat hadapan soalan hendaklah seragam. Mengandungi lencana dan nama sekolah,
arahan yang jelas, ruang markah setiap bahagian, ruang semakan Penyelaras dan PK
Pentadbiran dan ruang semakan ibubapa.Sila lihat contoh yang dilampirkan.
4. Soalan hendaklah disiapkan dan disemak oleh Penyelaras PPKI seminggu sebelum
peperiksaan dan dihantar ke pejabat untuk dibuat salinan.
5. Setiap guru dikehendaki menyerahkan 1 salinan soalan bersama skema jawapan kepada
setiausaha peperiksaan PPKI untuk salinan fail bank soalan
6. Sistem pemarkahan dan gred adalah mengikut sistem pemarkahan dan gred PT3
80 - 100 = A
65 - 79 = B
50 - 64 = C
40 - 49 = D
0 - 39 = E
7. Rosmadi A/K Rosli akan menduduki peperiksaan di Kelas 5 LN dan mengambil subjek
teras sahaja.
8. Setiap guru bertanggungjawab terhadap soalan yang disediakan.
9. Guru hendaklah mengisi borang penyerahan soalan dan pengambilan soalan daripada S/U
Peperiksaan PPKI
TATACARA SEMASA PEPERIKSAAN
1. Guru yang telah ditugaskan mestilah berada 15minit awal sebelum peperiksaan dijalankan.
Pastikan pelajar berada di kelas dan meja masing-masing. Pastikan juga pelajar mempunyai
peralatan yang lengkap.
2. Guru dikehendaki menerangkan arahan soalan dengan terang dan jelas. Guru hanya dibenarkan
membimbing pelajar ketika menjawab dan bukan menunjukkan jawapan atau memberi jawapan.
3. Guru dikehendaki mengawasi peperiksaan dengan penuh tanggungjawab
4. Setelah tamat masa peperiksaan, guru hendaklah mengutip semua kertas soalan dan serahkan
kepada S/U Peperiksaan
TATACARA SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Guru mata pelajaran hendaklah mendapatkan kertas soalan daripada S/U Peperiksaan
2. Markah hendaklah diserahkan kepada guru kelas sebelum 18 Jun 2015 . Guru kelas
hendaklah memproses markah dan mencetak slip keputusan peperiksaan setiap pelajar.
3. Semua keputusan dan slip keputusan peperiksaan akan di serahkan kepada ibubapa/penjaga
pada Program 3 Penjuru (26.06.2015)
............................
Disediakan oleh
Pn.Zarimah Othman
S/U Peperiksaan PPKI

..........................
Disemak oleh
Cik Maheraini Hussin
Penyelaras PPKI

......................
Disahkan oleh

You might also like