Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

MODUL PENGURUSAN

JENAZAH
JENAZAH : HUKUM DAN PENGURUSAN
KANDUNGAN

1.0

Pendahuluan

2.0

Hukum menziarahi orang sakit

3.0

Perkara-perkara yang perlu dilakukan kepada pesakit

yang hampir mati


4.0

Apakah yang perlu dilakukan apabila menerima berita

kematian
5.0

Perkara2 yang perlu dilakukan kepada si mati yang

baru meninggal
6.0

Memandikan jenazah

6.1

Syarat jenazah yang diwajibkan mandi

6.2

Orang yang dibolehkan memandikan jenazah

6.3

Hukum melihat kepada aurat jenazah

6.4

Syarat memandikan jenazah

6.5

Perkara-perkara sunat ketika memandikan jenazah

6.6

Cara-cara memandikan jenazah

7.0

Mengkafankan jenazah

7.1

Hukum mengkafankan jenazah

7.2

Cara-cara mengkafankan jenazah

8.0

Sembahyang jenazah

8.1

Syarat bagi jenazah yang hendak disembahyangkan

8.2

Rukun sembahyang jenazah

8.3

Cara menyembahyangkan jenazah

8.4

Perkara-perkara sunat bagi sembahyang jenazah

8.5

Imam solat jenazah

9.0

Mengebumikan jenazah

9.1 Kelebihan mengebumikan jenazah


9.2 Cara-cara mengebumikan jenazah
10.0 Kewajipan terhadap anak-anak yang gugur
11.0 Ziarah kubur
12.0 Takziah
13.0 Hukum menyediakan makanan
14.0 Hukum menangis apabila menerima berita kematian
15.0 Penutup
16.0 Rujukan

PENDAHULUAN
Kematian merupakan satu kejadian yang mesti ditempuhi oleh
setiap manusia. Kita sebagai makhluk baru di muka bumi sudah
pastinya akan mengalami kerosakan dan kemusnahan samaada
dalam keadaan sihat walafiat , kaya raya ataupaun sedang
berkuasa. Firman Allah Taala : )
( 78
( Di mana saja kamu berada , maut pasti akan mendatangi
kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai yang
kukuh ) .
Setiap muslim yang mengaku beriman akan menerima hakikat
bahawa kematian bukan bererti segalanya akan berakhir

di

situ, bahkan ia merupakan babak baru untuk menempuh


babak-babak seterusnya . Sesudah alam ini dilenyapkan oleh
Allah sebagai Tuhan yang berkuasa akan mewujudkan alam
akhirat, satu alam lain yang yang bersifat kekal untuk selamalamanya . Di sinilah semua manusia akan diadili dan diberi
balasan yang setimpal dan sesuai dengan kadar amalan
mereka semasa hidupnya di dunia ini. Perjalanan hidup dunia
ini merupakan penentuan akhirat. Dunia diumpama sebagai
ladang , menabur benih dan menjaganya hingga mengeluarkan
buah

yang

baik

dan

akhirat

merupakan

tempat

untuk

memungut hasil tadi. Dengan kata lain andainya usia dan

kesempatan yang dianugerahi ini digunakan dengan sebaiknya


maka InsyaAllah keuntungan di akhirat pasti akan diperolehi.
Kehidupan manusia di bumi ini ada kesudahan dan usia
manusia di dunia ini juga ada batasnya. Nyawa yang menjadi
milik kita hari ini hanyalah pinjaman sementara, bila tiba masa
yang ditetapkan nanti pinjaman tersebut akan diambil semula
dalam keadaan terpaksa atau rela sebagaimana

firman Allah Taala :


( 34 )
Sebagaimana

muslim

yang mengaku

beriman

kita

perlu

memahami bahawa tujuan sebenar Islam menganjurkan agar


umatnya sentiasa mengingati mati bukanlah untuk menakutnakutkan bahkan untuk menyedarkan dan mengingatkan kita
bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan masa yang
sebenar ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya, mengerjakan
ibadah sebanyak mungkin serta tidak menganggap mudah
dengan

kematian

kerana

kedatangan

maut

ini

amat

menyakitkan. Dengan ini akan lahirlah jiwa yang bersih,


sentiasa melaksanakan ketaatan untuk menempah keuntungan
di akhirat.
Kematian

merupakan

satu

kerehatan

bagi

mereka

yang

beriman juga merupakan wasilah untuk kita menerima balasan.


Bila tiba saat ini, dengan terpisahnya roh dari jasad akan
terputuslah setiap amalan manusia melainkan tiga perkara
sabda Rasulullah SAW :


( )
Yang bermaksud : Apabila mati anak Adam akan terputuslah
segala amalannya melainkan tiga perkara , sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat dan anak-anak soleh yang mendoakan
untuknya.

Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan ,


kesihatan, kelapangan, usia muda, dan kesenangan yang
dianugerahkan untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan
dan kebajikan , sebagai bekalan untuk menuju ke Alam Baqa
iaitu hari yang tidak ada manfaat lagi harta dan anak pinak.
Hanya nilai ibadat dan amal soleh sahaja yang akan mendapat
perhitungan Allah di akhirat kelak. Semoga dengan ini kita akan
memperolehi dua keuntungan hidup di dunia dan di akhirat.

2.0 HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT


Ziarah menziarahi merupakan suatu amalan yang dituntut
oleh Islam. Amalan ini akan menambahkan lagi perasaan kasih
sayang serta hubungan persuadaraan. Ianya amat diperlukan
lebih lebih lagi apabila berlaku sesuatu yang tidak baik
kepada suadara muslim yang lain seperti sakit dan sebagainya.
Menziarahi

pesakit

bukan

sahaja

dapat

mengeratkan

ukhuwwah Islamiah yang telah sedia ada bahkan di sana


terdapat beberapa kelebihan sebagaimana hadis Rasulullah
SAW :
:

Maksudnya: Sesungguhnya apabila seseorang muslim itu
menziarahi saudara muslimnya yang sakit maka ianya akan
sentisa berada di dalam kebun syurga dengan memetik buah
buahnya.

Menziarahi

saudara

muslim

yang

sakit

hukumnya

sunat

muakkad sama ada ia dikenali atau tidak. Makruh berada lama


ketika

menziarahi

pesakit

sekiranya

ziarah

itu

akan

mengganggu pesakit. Ketika menziarahi digalakkan supaya


mendoakan kepadanya samada sakitnya masih ada harapan
untuk hidup atau sebaliknya. Di antara doanya ialah :

Maksudnya : Dengan nama Allah aku jampi ( minta
perlindungan ) dari setiap sesuatu yang menyakitkanmu, dari
kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki. Allah akan
menyembuh-kanmu, dengan nama Allah aku jampi .

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Said Al Khudri :


: : :
.
Maksudnya : Sesungguhnya Jibril a.s mendatangi nabi SAW
lalu berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu sakit ? Jawab
Baginda : Ya. Kata Jibril. Dengan nama Allah aku jampi dari
setiap sesuatu yang menyakitkan kamu, dari kejahatan setiap
jiwa atau mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu,
dengan nama Allah aku jampi.( Riwayat Muslim )
Bagi pesakit juga terdapat beberapa perkara yang perlu
dilakukan antaranya :
Menjaga akhlaknya supaya sentiasa berkeadaan baik.

Menjauhi

daripada

bertelingkah

dalam

masalah

keduniaan.
Hendaklah memikirkan bahawa inilah waktu terakhir
untuknya beramal.
Menjaga waktu sembahyang dan menjauhi sebarang
kekotoran maksiat dan sebagainya.
Mewasiatkan kepada ahli keluarganya supaya bersabar
dengan ketetapan Allah SWT dan seandainya ia meninggal
janganlah meratap atau menangis secara berlebihan.
Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan
adat (perkara perkara bidah) di dalam menguruskan
jenazahnya nanti.

Pesakit tidak digalakkan berdoa atau minta supaya segera


dimatikan kerana tidak sanggup lagi untuk menanggung ujian
tersebut sebaliknya hendaklah berdoa :


Bermaksud : Wahai Tuhanku ! Hidupkan aku selagi hidup itu
baik untukku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik
bagiku .
Sabda Rasulullah SAW :
:
( )
Bermaksud : Jangan meminta seseorang dari kamu akan mati
kerana bala yang diturunkan kepadanya serta hendaklah

berdoa , wahai Tuhanku hidupkan aku selagi hidup itu baik


bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik
bagiku.
Walaubagaimanapun

bersabar

dengan

penderitaan

yang

dialami itu lebih baik daripada meminta atau mencintai


kematian, kerana sesungguhnya setiap mala petaka yang
diturunkan itu merupakan ujian Allah SWT. Sesungguhnya
semakin kasih Allah kepada hambanya semakin banyaklah
ujian yang akan diberikan untuk menguji sejauh manakah
keimanan seseorang hamba itu. Rasulullah SAW bersabda :


Bermaksud : Hairan bagi orang mukmin sesungguhnya suatu
perkara itu kesemuanya baik dan tidak ada perkara itu bagi
orang lain melainkan bagi mukmin sahaja. Sekiranya ditimpa
kebaikan ia bersyukur maka itu adalah baik baginya dan
sekiranya ditimpakan kesempitan, bahaya dan sebagainya ia
bersabar maka itu adalah baik baginya.

3.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN


KEPADA PESAKIT YANG HAMPIR MENINGGAL
Apabila seseorang pesakit itu hampir meninggal disunatkan
mengadap kiblat iaitu dengan mengiring di atas lambung kanan
mengadap kiblat sebagaimana kedudukan dalam liang lahad.
Sekiranya tidak dapat kerana menyusahkan atau sebagainya
baringkan di atas lambung kiri juga mengadap kiblat dan

sekiranya masih sukar baringkan secara menelentang dengan


dua kaki mengadap kiblat dan sunat diangkat sedikit kepalanya
supaya mukanya juga mengadap kiblat.Disunatkan kepada
orang yang masih hidup supaya mentalqinkan dengan kalimah
( ) agar diikuti oleh pesakit itu berdasarkan sabda
Rasulullah
-
Bermaksud : Ajarlah orang yang hampir mati kalimah
Liilahaillah .
Sebaik

mengadap

baiknya
kiblat

himpunkanlah
itu

(serentak)

antara
tetapi

mentalqin
sekiranya

dan
sukar

didahulukan talqin .Untuk mentalqinkan kalimah tersebut


disunatkan orang yang bukan waris pesakit. Ini adalah untuk
mengelakkan daripada timbulnya prasangka yang tidak baik
pada pesakit sama ada beliau akan menganggap warisnya itu
sukakan kematiannya untuk mendapatkan harta pusaka dan
sebagainya.
Dalam keadaan ini janganlah terlalu memaksa atau mendesak
pesakit tadi menyebut kalimah Syahadah sebaliknya ajarkanlah
dengan lemah lembut dan teratur supaya mudah diikuti
mengikut

keadaan

pesakit.Sekiranya

terlalu

memaksa

dibimbangi akan melahirkan atau menimbulkan perasaan jemu


dan sebagainya yang seterusnya mungkin akan terpesong dari
hasrat sebenar.
Kepada orang yang mentalqinkan juga diharapkan agar tidak
mudah putus asa ataupaun menyangka buruk terhadap reaksi

yang mungkin ditunjukkan oleh pesakit sebaliknya berdoalah


semoga Allah akan memberikan hidayat kepadanya.
Disunatkan kepada kita berkata dengan perkataan yang baik
dan

mendoakan

kebaikan

untuknya

sebagaimana

sabda

Rasulullah SAW :
: :

Bermaksud : Apabila kamu menziarahi orang sakit atau mati
maka ucapkanlah olehmu ucapan dan perkataan yang baik
serta doakanlah untuknya kerana malaikat akan mengaminkan
apa yang kamu katakan.
Disunatkan kepada ahli keluarga , kaum kerabat atau sesiapa
sahaja yang berada di sekeliling pesakit membaca surah Yasin
sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Bermaksud : Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal
apabila

dibaca

surah

Yasin

kepadanya

melainkan

akan

dipermudahkan untuknya menghadapi Sakaratul Maut.


Dan

disunatkan

juga

membaca

surah

Al-Rad.

Sunat

mendahulukan bacaan surah Yasin daripada surah Al-Rad


kerana Yasin akan mengurangkan seksa yang ditanggung dan
juga dipermudahkan untuk berhadapan dengan sakaratul maut
manakala surah Al-Rad adalah untuk memudahkan keluar roh
daripada jasadnya.

Kepada orang yang hampir meninggal dunia juga diingatkan


supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah sebagaimana
hadis Rasulullah SAW :

Maksudnya : Janganlah kamu mati melainkan dalam kamu
bersangka baik dengan Allah dan sesungguh Allah akan
merahmati kamu dan akan memaafkan kamu .
Dalam hal ini disunatkan kepada mereka yang berada di sisi
pesakit memberi ingatan supaya ianya sentiasa bersangka baik
dengan Allah.

4.0 PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA


MENERIMA BERITA KEMATIAN
Apabila menerima berita kematian disunatkan membaca
sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
: :

Bermaksud : Maut itu satu kejutan, apabila sampai seseorang
daripada kamu berita kematian saudaranya hendaklah berkata
sesungguhnya kepadaNya kami akan dikembalikan.
Bagi

ahli

keluarga

yang

menerima

kematian

hendaklah

bersabar dengan keadaan itu serta redha dan lapang dada


kerana Rasulullah SAW bersabda :

Bermaksud : Hendaklah kita bersabar ketika bertemu bala
yang pertama.

5.0 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA


ORANG YANG BARU MENINGGAL
Apabila berlaku satu kematian maka hukum menguruskan
jenazah merupakan fardu kifayah dan menjadi kewajipan
kepada mereka yang masih hidup untuk menguruskan jenazah
tersebut

dari

awal

hingga

mengebumikannya

dan

juga

hendaklah menjelaskan segala hutang piutangnya sekiranya


ada sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Bermaksud : Roh seseorang mukmin itu akan tergantung
dengan hutang nya sehinggalah dijelaskan.

Seterusnya menjadi kewajipan juga untuk menguruskan harta


pusaka yang ditinggalkan sekiranya ia mempunyai harta.
Perkara yang perlu dilakukan kepada si mati ialah :
Basuh kemaluan
Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan
lahan selembut yang boleh sambil membaca


Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar
dengan

dililitkan

di

kepalanya.

Tujuannya

adalah

untuk

mengelakkan mulut daripada turun kebawah atau terbuka.

Seterusnya gosoklah sendi-sendi dengan menggunakan minyak


dan gerak serta lipatkan perlahan-lahan semua sendi,tangan,
kaki, lutut dan jari- jemari. Tujuannya ialah untuk memudahkan
urusan memandikan nanti.
Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti
katil kemudian letakkan logam atau besi yang berat sekitar 1
pound

di

atas

perut

si

mati.

Tujuannya

adalah

untuk

mengelakkan daripada berlaku kembung.


Ahli keluarga si mati hendaklah berusaha untuk menjelaskan
segala hutang yang ditinggalkan. Terdapat empat kewajipan
utama yang ditaklifkan kepada mereka yang masih hidup
( fardu kifayah ) untuk dilaksanakan apabila berhadapan
dengan satu kematian :

Memandikan
Mengapankan
Menyembahyangkan
Mengebumikan

Untuk Perhatian : Semua perbelanjaan untuk menguruskan


jenazah hendaklah diambil daripada harta peninggalan si mati
kecuali isteri dan anak, isteri diwajibkan ke atas suami
manakala anak pula diwajibkan ke atas bapa. Sekiranya si mati
tadi tidak mempunyai harta maka ia menjadi kewajipan kepada
orang yang menanggungnya ketika hidup dan sekiranya tiada
juga maka kewajipan itu akan berpindah kepada baitulmal.
Sekiranya baitulmal tidak ada tempat tersebut maka ianya
akan menjadi kewajipan kepada mana mana muslim yang
mampu atau kaya di tempat tersebut.

6.0 MEMANDIKAN JENAZAH


Memandikan jenazah hukumnya fardu kifayah secara ijma.
6.1 Syarat jenazah yang diwajibkan mandi :
Mayat Islam
Didapati anggota walaupun sedikit
Bukan anak keguguran yang belum bersifat ( sebelum 4 bulan )
Bukan jenazah yang mati syahid

6.2 Orang yang boleh memandikan jenazah


Kewajipan asal memandikan jenazah ialah lelaki memandikan
jenazah

lelaki

dan

perempuan

memandikan

jenazah

perempuan. Sekiranya jenazah itu lelaki, yang lebih utama


memandikannya

ialah

orang

yang

didahulukan

menyembahyangkannya dan isterinya bagi yang beristeri dan


seterusnya mengikut tertib bapa, datuk lelaki dan seterusnya
mengikut tertib.
Dahulukan selepas isteri dengan lelaki terdekat kemudian
seterusnya mengikut tertib tadi dan barulah perempuan
perempuan yang diharamkan kahwin dengannya. Manakala
jenazah wanita yang tiada suami orang yang diamanahkan
untuk memandikannya ialah perempuan yang paling dekat

hubungan kekeluargaan seperti ibu dan seterusnya. Harus bagi


suami memandikan isteri mengikut ijmak ulama.

Mengikut Imam Syafie sekiranya berlaku satu kematian di


mana seorang lelaki meninggal di satu tempat yang tiada kaum
lelaki melainkan perempuan ajnabi sahaja maka kewajipan
memandikan jenazah berpindah kepada tayammun sahaja
dengan menjaga pandangan dari melihat aurat lelaki.
Begitu juga apabila seseorang perempuan meninggal di tempat
yang tiada perempuan sedangkan ia tidak mempunyai muhrim
ataupun suami maka ianya boleh ditayammunkan juga oleh
lelaki ajnabi dengan menjaga aurat si mati. Jenazah kanak
kanak boleh dimandikan sama ada oleh perempuan atau lelaki.
Manakala jenazah khunsa yang mempunyai dua alat kelamin,
orang

yang

memandikannya

hendaklah

melihat

kecenderungannya mana yang lebih banyak atau dengan


berpandukan kepada haid dan sebagainya.

6.3 Hukum melihat aurat si mati


Menutup aurat kepada si mati adalah wajib. Haram bagi orang
yang memandikan jenazah atau selainnya melihat aurat si mati
begitu

juga

menyentuhnya.

Bagi

mereka

yang

hendak

memandikan jenazah apabila sampai kepada aurat si mati


hendaklah

mengalas

tangannya

sama

ada

dengan

menggunakan sarung tangan atu seumpanya dan mengikut

setengah pendapat makruh menyentuh tubuh si mati tanpa


alas.

6.4 Syarat untuk memandikan jenazah


Islam
Bukan pembunuh si mati bagi pembunuh akan gugur
hak memandikan ke atasnya hinggalah menanamnya.

Perkara

utama

yang

perlukan

untuk

orang

yang

memandikan jenazah ialah amanah. Sebagai-mana sabda


Rasulullah SAW :

Bermaksud : Jangan kamu memandikan orang mati kecuali
kepada orang yang amanah.
Dan yang sebaiknya ialah orang yang terdekat dan
disayangi oleh si mati dengan syarat ia mengetahui
tentang kewajipan mandi. Bagi yang mati dalam keadaan
junub dan haid memadai hanya satu mandian saja.

6.5 Perkara yang sunat dilakukan ketika memandikan


jenazah
Mengulangi mandian sebanyak tiga kali, di mana mandian
pertama adalah wajib manakala yang kedua dan ketiga
adalah sunat. Mandian yang pertama ialah dengan air

bidara manakala yang kedua dengan air mutlak atau


sabun dan yang ketiga dengan air kapur barus. Makruh
memandikan jenazah melebihi tiga kali sekiranya sudah
bersih. Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat
membersihkan najis yang ada ulangilah kepada lima, tujuh
dan seterusnya hingga bersih. Sunat mewitirkan bilangan
sebagaimana hadis Rasulullah SAW :


Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir
seperti air kapur barus dan seumpanya tetapi yang sebaik
baiknya air kapur barus. Disunatkan juga menggunakan
air bidara atau air sabun.
Sunat
memasang
setanggi

terutamanya

ketika

mengeluarkan najis untuk menghilangkan bauan busuk.


Sunat mengulangi melembut- lembutkan sendi setelah
selesai memandikan untuk memudahkan pengapanan.
Mengikut mazhab Syafie sunat menyikat rambut
perempuan dan janggut si mati sekiranya tebal dengan
menggunakan sikat yang jarang.

6.6 Cara cara memandikan mayat


1.Sekurang kurang mandian bagi jenazah ialah dengan
meratakan air ke seluruh tubuh setelah dibersihkan najis najis
yang ada. Manakala yang sebaiknya ialah :
2.Dimandikan di tempat yang bersih dan tertutup daripada
pandangan

umum.

Hanya

orang

yang

memandikan

penolongnya sahaja yang dibolehkan berada di tempat itu.

dan

3.Tutupkan

mayat

tadi

dengan

menggunakan

kain

yang

menutup keseluruhan badan,


4.sementara bahagian muka boleh ditutup atau sebaliknya
tetapi yang sebaiknya ditutup untuk mengurangkan semasa
mencurahkan air nanti. Air yang hendak dicurah itu hendaklah
di atas kain sebagaimana sabda Nabi SAW :

Bermaksud : Mereka memandikannya ( si mati ) dalam
keadaan berpakaian dan mencurah air serta menggosok di atas
pakaian tersebut.
5.Jurumandi dan penolongnya disunatkan memakai sarung
tangan. Bagi setengah pendapat makruh menyentuh mayat
tanpa alasan ketika memandikan jenazah.
6.Kemudian hendaklah didudukkan sedikit mayat tadi dengan
perlahan

perlahan

dan

lemah

lembut.

Sandarkan

belakangnya kepada lutut kanan orang yang memandikannya


dan tangan kanan memegang bahu kanan mayat. Tangan kiri
yang beralas mengurut perut si mati perlahan perlahan
supaya najis yang ada akan keluar. Air hendaklah sentiasa
dicurahkan supaya najis yang keluar akan turun ke bawah.
Disunatkan memasang setanggi ketika mengeluarkan najis
serta bersihkan tempat keluar najis itu kemudian buang sarung
yang pertama.
7.Kemudian

baringkan

semula

jenazah

tadi,

dengan

menggunakan sarung tangan yang baru masukkan jari ke


mulut si mati serta gerakkan jari diatas gigi perlahan perlahan

dan jangan sekali kali membuka mulutnya. Matanya , telinga


dan hidung juga hendaklah dibersihkan.
8.Wudhukkan si mati dengan niat, berniat wudhuk adalah
adalah wajib makakala niat mandi adalah sunat.
9.Bersihkan kepala dan janggut. Sekiranya janggut dan rambut
itu tebal, sikatkan dengan menggunakan sikat yang jarang
untuk mengelakkan gugurnya rambut. Sekiranya terdapat
rambut yang gugur semasa mandi hendaklah dikumpulkan
untuk dikafan bersama.
10.Kemudian basuhlah leher dan badan di sebelah lambung
kanan , celah celah kemaluan, dada, lutut dan hingga ke
hujung kaki yang merangkumi sebahagian kanan badan.
Kemudian

dibaringkan

semula

basuhkan

lambung

kiri

sebagaimanabasuhan lambung kanan tadi.


Tidak perlu mengulangi semula ketika meneruskan mandian,
sebaliknya teruskan dengan membasuh dari tengkuk ke bawah.
11.Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama
adalah wajib, manakala yang kedua dan ketiga adalah sunat.
Sekira mandian yang ketiga masih tidak dapat menghilangkan
najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh dan seterusnya
hingga

bersih

dan

sunat

diwitirkan

sebagaimana

hadis

Rasulullah SAW :

12) Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau
seumpamanya yang sifatnya

boleh membersihkan.
13)

Mandian

yang

ketiga

dan

terakhir

sunat

dengan

menggunakan air kapur barus


atau wangian,tetapi yang afdhal ialah air kapur barus.
14) Boleh meletakkan bau-bauan kepada si mati selepas
dimandikan. Antara bauan
yang afdhal ialah kapur barus.
15) Memandikan jenazah dengan menggunakan air sejuk biasa
lebih afdhal daripada
menggunakan air panas kecuali ketika berhajat.
16) Haram menelengkupkan jenazah.

Untuk perhatian: Sebarang benda yang gugur semasa mandian


seperti rambut dan sebagainya hendaklah disimpan kemudian
dikafankan bersama dengan jenazah. Sekiranya didapati najis
keluar selepas dimandikan, tidak perlu lagi mengulangi lagi
mandian tadi tetapi hanya diwajibkan membuangnya sahaja.

7.0 MENGKAFANKAN JENAZAH


7.1 Hukum mengapankan jenazah
Mengapankan jenazah adalah fardu kifayah, kafan memadai
sekurang kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang
menutupi seluruh badan si mati. Sebaik baiknya

tiga lapis

bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan. Boleh mengapankan


jenazah

dengan mana mana kain tetapi sebaik baiknya

berwarna putih.
: ( ) :

Bermaksud : Pakaikan kain putih kerana ianya dari sebaik


baik kain dan kapankan orang orang mati di kalangan kamu
dengannya.
: ( )
Bermaksud

Apabila

seseorang

kamu

mengapankan

saudaranya elokkan kapannya.


Segala pengurusan untuk kapan hendaklah diambil harta dari
harta si mati hendak lah didahulukan daripada menjelaskan
hutang. Tidak diharuskan mengapankan jenazah melainkan
dengan menggunakan pakaian yang biasa digunakan semasa
hidupnya. Tidak boleh mengapankan jenazah lelaki dengan
sutera kecuali jika tidak ada kain melainkan kain sutera.
Begitu jugamakruh mengapankanjenazah dengan kain

yang

berwarna kuning. Sebaik baiknya gunakan kain yang dibasuh,


sekiranya kain tidak ada bolehlah dikapankan dengan mana
mana kain yang bersih dan sekiranya tiada kain untuk
dikapankan maka bolehlah digunakan kulit, rumput, inai dan
tanah.

Kain kapan tadi juga mestilah bersih daripada sebarang


najis.Makruh berlebihan dalam mengapan jenazah. Begitu juga
makruh orang yang masih hidup menyediakan kain kapan
untuk dirinya sendiri kecuali daripada warisan para para solihin,
hukumnya

diharuskan. Menggunakan kain kapan selain daripada warna


putih juga adalah

makruh. Haram menulis sebarang ayat

Quran atau nama Allah di atas kain kapan.


7.2 Cara mengafankan jenazah
Bentangkan kain kapan , kemudian taburkan kapur barus
ke atasnya. Bentangkan
kain kapan yang kedua juga taburkan kapur barus ke
atasnya. Bentangkan pula
lapisan ketiga, letakkan mayat tadi dengan perlahan
perlahan secara menelentang
qiamkan tangan si mati. Kemudian guntingkan kapas kecil
kecil untuk diletakkan di
setiap sendi dan anggota sujud.
Ambil sekeping kapas dan masukkan kapur barus ke
dalamnya kemudian letakkan kapas itu pada kemaluan si
mati,

tetapi

jangan

sampai

masuk

ke

dalamnya.

Seterusnya hendaklah diikat mayat tadi supaya tidak


terurai kapas kapas yang ada. Dan ikatan tersebut
hendaklah dibuka apabila dikebumi nanti. Perlu diingat
bahawa orang yang mati di dalam ihram tidak boleh
diletakkan

sebarang

bauan

ketika

mengapankan

jenazahnya serta haram menutup muka perempuan dan


kepada lelaki yang mati di dalam ihram.

8.0 SEMBAHYANG JENAZAH


Sembahyang

jenazah

hukumnya

fardu

kifayah.

Ia

boleh

dilakukan pada bila bila masa walaupun pada waktu yang


dimakruhkan. Boleh dilakukan secara keseorangan, tetapi sunat
secara berjamaah.

8.1 Syarat jenazah yang hendak disembahyangkan

Suci dari hadas


Menutup aurat
Niat ( tidak sah tanpa niat )
Mayat Muslim
Bukan mati syahid
Suci dari najis pada badan, kain dan tempat
Mengadap kiblat

8.2 Sembahyang jenazah


Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah seperti di bawah
ini:

Niat.
Berdiri bagi orang berupaya.
Empat takbir termasuk takbiratul ihram.
) (
Membaca fatihah selepas takbir pertama.
Selawat kepada Nabi selepas takbir kedua sekurangkurangnya selawat ialah:

Dan yang sebaik baiknya ialah:



Doa kepada si mati selepas takbir ketiga.
Salam selepas takbir keempat. Sebelum salam disunatkan
membaca:

Di dalam menunaikan sembahyang jenazah , perempuan boleh


makmun
disunatkan

kepada

imam

lelaki.

sembahyang

Jika

sesama

berseorangan

perempuan

dan

bolehjuga

berjemaah. Kanak kanak kecil yang tidak sempat hidup


semasa lahirnya tidak
wajib disembahyangkan.
: ) (
Bermaksud : Kanak kanak kecil tidak disembahyangkan
atasnya, tidak mengambil pusaka dan tidak diambil pusaka
darinya melainkan bersuara semasa keluar dari perut ibunya.
Orang yang mati syahid dalam peperangan tidak perlu
disembahyangkan tetapi yang syahid selain dari perang
hendaklah disembahyangkan.

8.3 Cara menyembahyangkan jenazah:Niat sama ada hadir atau ghaib. Lelaki atau perempuan.
) ( /
Takbir pertama baca Fatihah.
Takbir kedua baca Selawat.

Takbir ketiga berdoa kepada mayat. Antara doanya ialah:



.
Takbir keempat beri salam sebelum itu bacalah doa:

Doa bagi jenazah kanak kanak: .


. .
.
8.4 Perkara yang sunat bagi sembahyang jenazah
Mengangkat tangan ketika takbir.
Semua bacaan dibaca dengan senyap.
Berjemaah makin ramai makin baik.

8.5 Imam sembahyang jenazah


Yang diutamakan dalam sebahyang jenazah ialah bapa kepada
anak, datuk dan
seterusnya ( ke atas ). Anak , cucu dan seterusnya ( ke
bawah ), mengikut tertib

pusaka. Jika didapati sama kedudukannya didahulukan yang


lebih tua.

9.0
9.1

MENGEBUMIKAN JENAZAH

Sabda Nabi SAW:-


..
Bermaksud : Barangsiapa yang menyaksikan jenazah serta
turut menyembahyang- kannya diberi pahala satu Qirat. Dan
barangsiapa

yang

menyembahyang

jenazah

hingga

mengebumikannya diberi pahala dua Qirat. Ditanya kepada


Rasulullah SAW

apakah yang dimaksudkanrdengan Qirat itu?

Jawab Baginda : iaitu pahala yang menyamai dua bukit yang


besar. Membawa jenazah hanyalah untuk lelaki sama ada
jenazah

lelaki

atau

perempuan.

Sebelum

bergerak

meninggalkan halaman rumah menuju ke kubur disunatkan


membaca al-Fatihah tiga kali. Caranya selepas melangkah
selangkah dibaca sekali sehingga tiga langkah

dengan tiga

Fatihah. Sunat berdiri apabila mayat diusung berhampiran


dengan kita dan dibaca doa:
.
Disunatkan kepada kita berada di tempat pengkebumian
sehingga selesai. Boleh menanam jenazah di waktu malam
tetapi disunatkan di waktu siang.
9.2 Cara cara mengebumikan jenazah
Hendaklah

diturunkan

seberapa

cermat

yang

boleh,

lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana yang


tenang. Disunatkan membaca doa:

Dengan nama Allah kami meletakkan kamu di sini dan


berdasarkan agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah
S.A.W.
Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke
atas lambung kanan dengan mengadap kiblat.
Disandarkan dengan ketulan tanah supaya jenazah itu
terbalik atau terpesong dari mengadap kiblat.
Tutup liang lahad dengan papan.
Sunat meraub tanah tiga raub selepas dimasukkan mayat
ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan
dan diletakkan di belakang mayat.Pada rauban pertama
bacakan
( ) dan pada rauban kedua( ) dan pada rauban
ketiga()
Timbuskan

tanah

dengan

perlahan-lahan

dan

cermat.Pastikan supaya tanah tidak memasuki lubang


liang lahad tadi.
Sunat meninggikan kubur dari paras bumi sejengkal.
Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya
supaya senang dikenali.

10.0

KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR

1- Jika ada tanda-tanda anak tersebut hidup semasa lahirnya


seperti bergerak,
bernafas seumpamanya maka hukum yang dikenakan ke
atasnya samalah seperti mayat orang biasa.
2- Jika tiada tanda-tanda hidup tetapi sudah membentuk
lembaga manusia maka
tadi hendaklah dimandi, dikapan dan dikebumikan tanpa
disembahyangkan.
3-

Sekiranya tiada tanda-tanda hidup dan masih belum

membentuk lembaga
manusia memadailah dengan membasuhnya sahaja untuk
dibersihkan
daripada darah dan kotoran yang ada, kemudian dibungkus dan
ditanam.

11.0 ZIARAH KUBUR


Menziarahi kubur dan hadir ketika mengebumikan mayat
hukumnya sunat bagi lelaki

dan bagi perempuan juga

dibolehkan tetapi makruh (tidak haram) mengikut pendapat


jumhur ulama. Apabila menziarahi kubur sunat memberi salam
dan doa:

Disunatkan juga membaca al-Quran seberapa banyak yang


boleh. Menziarahi
kubur

adalah

sunat

kerana

mengingatkan kita kepada mati.

dengan

demikian

akan

12.0

TAKZIAH

Sunat memberikan ucapan takziah kepada keluarga si mati


sebagai tanda turut bersimpati di atas ujian tersebut dengan
memberikan nasihat supaya dapat bersabar dan menerima
kematian dengan berlapang dada.
Takziah sunat dilakukan sama ada sebelum dikebumikan atau
selepasnya selama tiga hari. Dan makruh memberi takziah
selepas dari tempoh tersebut . Takziah selepas dikebumikan
lebih baik daripada sebelumnya kerana di waktu itu ahli
keluarga si mati sibuk untuk menguruskan jenazah.

13.0

HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN

Sunat bagi jiran yang berhampiran menyediakan makanan


kepada

ahli

menyediakan

si

mati

makanan

bukannya
untuk

keluarga

mereka.

si

Imam

mati
Syafie

yang
ada

menyatakan:

.
Bermaksud: Dan saya menyukai bagi jiran atau kerabat
menyediakan makanan kepada keluarga si mati pada hari
kematiannya

dan

malamnya

dengan

makanan

yang

mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan


menjadi sebutan yang baik dan juga merupakan pekerjaan
orang yang baik sebelum kami.
Sabda Rasulullah S.A.W :

Bermaksud:

Buatlah

makanan

untuk

keluarga

Jaafar

sesungguhnya telah
Mendatangi mereka suatu perkara yang menyibukkan mereka
daripada
menyediakannya.
Sekiranya makanan dan minuman yang dibuat itu melibatkan
harta anak yatim dan tidak dipersetujui maka hukum ke atas
pekerjaan tersebut adalah haram.

2-KENDURI ARWAH
Islam tidak melarang bahkan menggalakkan umatnya membuat
kebaikan. Bagi mengadakan kenduri arwah ia dibolehkan
dengan syarat:
Hutang si mati telah dijelaskan.
Harta waris telah dibahagi dan diselesaikan.
Tidak beriktikad bahawa hari ketiga, lima, tujuh dan seterusnya
di sunatkan.
Tidak menetapkan waktu-akan jadi bidaah.

14.0

HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA


KEMATIAN

Menangis apabila berlaku sesuatu kematian hukumnya harus


tetapi haram bila meraung dan meratap. Diharuskan menangis
kerana Rasulullah S.A.W juga pernah menangis ketika kematian
anaknya Ibrahim . Apabila ditanya wahai Rasulullah kenapakah
kamu menangis, bukankah kamu menegah daripada menangis.
Rasulullah menjawab:Tidak, tetapi aku menegah daripada
meratap-ratap.

15.0

PENUTUP

Untuk akhirnya kami mendoakan semoga risalah kecil yang


serba ringkas ini dapat memberi manfaat untuk semuanya
terutamanya apabila berhadapan dengan jasad yang tidak
bernyawa.
: ..
Bermaksud: Katakan malaikat maut yang diamanahkan untuk
mengambil

nyawamu

akan

mematikan,

kemudian

kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.

hanya

CUKUPLAH MAUT ITU SEBAGAI PEMBERI INGATAN, AL-QURAN


SEBAGAI RUJUKAN DAN RASULULLAH SEBAGAI IKUTAN

You might also like