Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PUNCA KEMEROSOTAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.Semakin hari


semakin merosot penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar.
Terdapat beberapa punca kemerosotan keputusan peperiksaan percubaan UPSR
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Antara puncanya ialah pengajaran mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelajar ini diberi keutamaan
kepada bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Hal ini kerana.mereka
menganggap bahasa Inggeris lebih penting daripada bahasa Melayu kerana bahasa
Inggeris dianggap sebagai bahasa antarabangsa dan ia perlu dikuasai untuk
memantapkan diri sendiri.
Selain itu,penggunaan bahasa Melayu juga boleh dikatakan sebagi punca
kemerosoan keputusan ini. Kebanyakan sekolah rendah menggunakan bahasa
Melayu hanya pada waktu mata pelajaran tersebut. Pelajar pelajar ini juga
menggunakan bahasa ini di sekolah dan mereka tidak menggunakannya sebagai
bahasa percakapannya.
Selain itu,sikap para pelajar juga dikatakan sebagai punca kemerosotannya.
Pelajar-pelajar Melayu beranggapan bahawa mereka tidak perlu mempelajari
bahasa Melayu kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan
boleh dikatakan semua orang Melayu telah menggunakan bahasa Melayu sejak
kecil, mengikut pertuturan masyarakat sekeliling. Sikap pelajar yang malas dan tidak
mahu membuat latihan yang diberikan guru, tidak mengulangkaji mata pelajaran
tersebut, kurang membaca bahan bacaan yang berbentuk akademik dan
menganggap bahasa Melayu mudah. Apabila hal ini berlaku, mereka tidak
mengambil berat terhadap mata pelajaran.
Tambahan pula, pendidikan guru juga merupakan satu punca. Guru
memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dalam pelajarannya. Guru
seharusnya kreatif dalam pengajaran agar mampu menarik minatmurid-murid untuk
mempelajari bahasa Melayu. Guru-guru seharusnya memiliki teori,pendekatan,
kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang terkini. Pada tahap umur 11-12tahun,

iaitu masih pada peringkat kanak-kanak, murid-murid ini cepat merasa bosan,
terutamanya bagi murid Melayu yang kebanyakkannya mempunyai tanggapan
tersendiri tentang bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu mudah
kerana mereka bertutur dalam bahasa tersebut. Murid-murid Melayu biasanya tidak
menganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang
penting memandangkan mereka merupakan penutur jati bahasa ini. Faktor-faktor ini
ditambah dengan cara pengajaran guru yang mendatar, mengurangkan lagi minat
dansekaligus merendahkan peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam
bahasa Melayu di kalangan mereka.

You might also like