Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING

Jalan Undan 8, Taman Perling


81200 Johor Bahru

07-235 7521
Fax : 07-232 5198

Johor

Ruj. Kami : JEA 1050/600-3/2/2(9)


Tarikh
: 06 Mac 2014
Kepada :

Tuan/Puan,
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PENERIMA ANUGERAH
Merujuk kepada perkara di atas,dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa anda adalah salah seorang
penerima anugerah di dalam Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-17, SMK Seri Perling, Johor Bahru.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda.
2.
Sehubungan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput anda untuk hadir dan
menerima anugerah pada majlis yang akan diadakan:
Tarikh
: 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa
: 7.30 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Perling
ANUGERAH :

3.
Bagi tujuan kelancaran perjalanan majlis, pihak sekolah berharap anda akan dapat
memaklumkan kepada pihak urusetia melalui no. telefon: 012-7317264 (Puan Siti Azar Rafee)
sekiranya anda tidak dapat hadir pada majlis tersebut selewat-lewatnya pada 13 Mac 2014(Khamis).Sila
maklumkan juga butiran wakil kepada pihak sekolah, jika wakil yang akan hadir ke majlis tersebut.
4.
Penerima anugerah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan
bersih. Manakala wakil bagi penerima anugerah perlu memakai pakaian yang formal, sopan dan
kemas. Pelajar/wakil mesti mendaftar kehadiran di meja pendaftaran sebaik sahaja tiba di
perkarangan sekolah. Masa pendaftaran dari 7.30 hingga 9.00 pagi. Kegagalan anda mendaftar
mungkin menyebabkan nama anda tidak akan dipanggil dan seterusnya membenarkan pihak urusetia
membatalkan penerimaan anugerah yang sepatutnya diterima. Raptai penuh majlis akan dijalankan pada
12 dan 13/3/2014 (Rabu dan Khamis) pada jam 11.00 pagi.
5.
Ibu bapa juga dijemput hadir bagi meraikan majlis tersebut. Semoga akan mendapat kerjasama
dan perhatian daripada anda dalam menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menurut perintah,

You might also like