Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN PROJEK HARI KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAYA

Hari kokurikulum Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya


merupakan salah satu aktiviti tahunan yang penting di sekolah ini. Aktiviti
seperti pertandingan permainan,pertandingan kawad kaki dan pertandingan
memasang khemah adalah aktviti yang utama telah dijalankan.Pertandinganpertandingan ini telah dijalankan secara dua peringkat iaitu sebelum Hari
Kokurikulum pada 19 september 2012 bersamaan dengan hari Khamis,masa
3.30petang diantara kelab-kelab permainan dan pada 27 September 2012
bersamaan dengan hari Khamis,masa 8.30pagi iaitu pada Hari Kokurikulum
pertandingan kawad kaki dan pertandingan memasang khemah diantara UnitUnit Beruniform telah diadakan.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan saya merupakan
pengelola Hari kokurikulum tersebut. Ini merupakan salah satu aktiviti projek
yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semasa program internship.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dari Tahun 4 hingga ke Tahun 6
sahaja dari sekolah ini.
Sebelum memulakan program atau aktiviti ini, saya mendapatkan
pandangan daripada mentor dan pihak pentadbir mengenai cadangan
mengadakan program ini. Saya membuat kertas kerja pertandingan sebagai
prosedur yang telah ditetapkan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Setelah
mendapat persetujuan dan kertas kerja diluluskan, saya mula mengadakan
mesyuarat kali pertama pada 5 September 2012 dengan guru-guru untuk
berbicang mengenai Hari Kokurikulum tersebut.Dalam mesyuarat telah
dibincangkan tentang pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan.Pada
peringkat ini, saya bekerjasama dengan mentor dalam memberi idea dan
pendapat mengenai aktiviti yang akan dijalankan serta agensi-agensi luar yang
akan dijemput.

You might also like