Laporan Ketua Tuju Tin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

TUJU TIN
PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2013
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Ahli kumpulan saya terdiri daripada 4 orang iaitu saya sendiri Norhidayah binti Adnan,
Gogilawany a/p Mutayya, Tan Pay Moon dan Cake telah dipertanggungjawabkan untuk
mengelolakan aktiviti pertandingan permainan tradisional Tuju Tin. Permainan Tuju Tin ini
merupakan salah satu daripada pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia. Asal usul
permainan ini tidak dapat dipastikan tetapi permainan ini telah dimainkan sejak zaman
dahulu lagi. Sebelum pertandingan ini diadakan kami telah berbincang pengagihan tugas
bertujuan segala proses persiapan berjalan dengan lancer. Saya sendiri telah ditugaskan
untuk mencari tin kosong sebagai bahan atau alatan utama dalam permainan ini manakala
gogilawany ditugaskan menyiapkan maklumat dan membuat brosur tentang asal usul
permainan dan cara-cara bermain. Pay Moon dan Cake pula ditugaskan untuk menyiapkan
hadiah kepada para pemenang.
Semasa karnival pertandingan ini dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Nong
Chik, kami telah membuat persiapan tempat dan peralatan. Dalam permainan ini peralatan
yang diperlukan ialah tin kosong yang telah dibersihkan, selipar sebagai objek untuk
membaling tin dan satu lagi selipar sebagai objek untuk membaling pihak lawan. Sebelum
pertandingan dimulakan kami telah mengagihkan tugasan supaya perjalanan acara
pertandingan tidak berlaku kesulitan. Saya dan Pay Moon bertindak sebagai penjaga masa,
manakala Cake sebagai juru gambar dan gogilawany menjaga peraturan permainan. Kami
telah mengagihkan perserta kepada beberapa kumpulan kecil dan kami telah siapkan dua
set permainan agar mereka boleh bermain serentak.
Acara pertandingan permainan tuju tin berjalan dengan lancar dimana kami hanya
memilih pemenang daripada kalangan kumpulan yang mendapat mata tertinggi. Kiraan
mata dinilai berdasarkan kepantasan mereka dapat menyusun semula tin yang telah jatuh
berselerakan mengikut masa yang telah kami tetapkan. Selepas acara tamat sesi
penyampaian hadiah di adakan pada akhir karnival pertandingan permainan tradisional.

Disediakan Oleh,
___________________
(Norhidayah binti Adnan)
Ketua Kumpulan Tuju Tin

Disediakan oleh:

.
(NOR LIDA BINTI MAT ISA)
AJK Brosur,
PISMP Sejarah Sem 4,
Bina Insan Guru Fasa 4,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

You might also like