Ctu 555

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.0 PENDAHULUAN.

Malaysia sebuah negara harmoni yang terdiri dari pelbagai kaum. Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia, tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hinggalah ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa ,
agama dan adat resam. Sebelum abad ke 18 dan ke 19 Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu,
perubahan rakyat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang
berlaku pada perubahan struktur politiknya. Pada awal abad ke 19, lebih 90% penduduk di Tanah
Melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum cina
dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal British telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu dan ia kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
petempatan, pekerjaan dan pendidikan.
Menurut Kamus Dewan, penjajahan adalah daripada kata dasar jajah yang diertikan
menakluk dan memerintah sesuatu kawasan (1984, hal. 595).Penjajahan ini boleh dipecahkan
kepada dua, imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme merupakan penjajahan secara fizikal
(mengambil hasil bumi) dan kolonialisme pula merupakan penjajahan secara mental dan fizikal.
Penjajahan ini bukan sahaja mengambil hasil bumi sesebuah negara malah turut mengubah
sistem sosial, politik mahupun agama kepada penduduk tempatan sesebuah negara tersebut.

Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu(Iskandar,1984. hal.6). Individu, keluarga dan kumpulan kecil merupakan
anggota masyarakat Hubungan yang wujud dalam kumpulan tersebut khususnya dalam
hubungan bersemuka. Daripada pergaulan inilah terbentuklah pola hubungan sosial yang
berulang sifatnya seperti menjalankan aktiviti gotong royong , bersama-sama merayakan sesuatu
perayaan seperti menghadiri rumah terbuka, berkumpul untuk menyambut pembesar yang datang
berkunjung, menghadiri majlis kenduri, perkahwinan, membantu jiran atau masyarakat yang
ditimpa mala petaka atau menziarahi jiran yang sakit serta meninggal dunia. Kekerapan
pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.

Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina
sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (2008. hal. 25), masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai
pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk
dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga
berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama.
Dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat merupakan sekumpulan manusia di kawasan
tertentu, mempunyai cara hidup tertentu dan peraturan tertentu serta mengamalkannya. Meskipun
pada abad ke 18, kemasukan buruh Cina, India, Burma dan Indonesia adalah untuk memenuhi
pekerjaan dan ditentang oleh masyarakat Melayu pada ketika itu, namun ia menjadi identiti yang
tidak ternilai. Kesemua bangsa hidup serumpun. Perbezaan bangsa, agama, budaya dan juga
etnik tidak menghalang kita untuk hidup harmoni. Perbezaan bangsa dan bahasa diselaraskan
dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan semua kaum boleh
menuturkannya. Meskipun agama Islam dijadikan agama rasmi Malaysia namun, agama lain
seperti Buddha, Hindu, dan Kristian masih boleh dianuti dan amalan setiap agama perlu
dihormati. Kepelbagaian budaya di Malaysia yang lahir dari kepelbagaian etnik menjadikan
Malaysia sebuah negara yang penuh warna warni dan kaya warisan. Diklasifikan bahawa setiap
bangsa mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu namun, kita masih lagi bersatu bagi
mencapai kejayaan di bawah nama Malaysia.

2.0 POLITIK
Sebelum Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing seperti British, Tanah Melayu
mempunyai sistem pemerintah yang teratur dan tersusun. Namun sistem pemerintah tersebut
musnah selepas kedatangan British yang menjajah secara kolonialisme (1990. hal. 101). Dalam
sistem residen yang diperkenalkan di Perak dan Selangor (1874), Pahang (1888) dan Negeri
Sembilan merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri
Melayu. Residen yang ditugaskan bertanggungjawab menasihati Sultan dan nasihat itu mesti
dipatuhi dalam semua perkara, kecuali melibatkan agama Islam dan istiadat Melayu. Hal ini
menyebabkan kuasa Sultan terbatas kerana tidak dapat terlibat dalam pemerintahan di Tanah
Melayu. British telah merancang untuk mengaut sumber asli

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi British berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan
terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini British seolah-olah menggalakkan kemasukan
orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Kegiatan melombong
dilakukan oleh orang melayu namun pada awal tahun, 1820 kegiatan melombong bijih timah
dilakukan oleh orang Cina yang dibawa masuk oleh British. Buruh India pula dibawa masuk
untuk bekerja di ladang getah. Pada tahun 1930, British memperketatkan dan menguatkuasa
dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal
mereka. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini
sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan British untuk mendapatkan
tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi
melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Selain
itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930 juga menghalang kemasukan baru orang asing ke
Tanah Melayu.
2.1 Kuasa Mutlak Sultan
Sebelum kedatangan British, kuasa Sultan tidak tergugat dan berkuasa
terhadap hal ehwal, ekonomi, dan sosial. Hasil ekonomi diberikan kepada Sultan, bahkan
baginda memperoleh keuntungan yang lumayan. Namun, akibat dari dari kerakusan
memiliki kuasa dan harta. Hal ini memberi peluang kepada British menakluki Tanah

Melayu. Sultan kehilangan kuasa mutlak. British memperkenalkan sistem perundangan


baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman. British memperkenalkan sistem
perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan
sistem kehakiman. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri. Walaupun sultan menjadi
Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan
kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun Sultan masih menjadi ketua negara,
namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. Sultan kehilangan kekuasaan terhadap
ekonomi kepada Residen British. Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di
bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British.British secara beransur-ansur
memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional
terhakis.
2.2 Pembentukan Malaysia.
Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 di mana Sabah, Sarawak dan
Singapura menyertai Malaysia telah memberikan satu struktur baru Perlembagaan Negara
yang sebelum ini dikenali sebagai Perjanjian Persekututuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan pada tahun 1957 (Sufean Husin.1993. hal.142). Banyak
perkara telah dipinda bagi menyesuaikan kemasukan Sabah dan Sarawak. Salah satunya
Bahagian II [Perkara14(1)(b)], kewarganegaraan melalui kuasa Undang-undang bagi
orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia. Hal ini, mejadi salah satu faktor
kepelbagaian etnik di Malaysia.
2.3 Sistem Politik Baru.
Pada asalnya orang-orang Melayu menjadi pemerintah di Tanah Melayu. Rentetan
daripada Perjanjian Pangkor dan Pembentukan Malaysia, sistem politik di Tanah Melayu
juga berubah. Kini, pemimpin Negara merupakan Perdana Menteri. Walaupun Malaysia
masih mengekalkan institusi beraja, namun Perdana Menteri dilihat sebagai ketua negara.
Jarang kita lihat, diplomat asing ke Malaysia bertemu dengan Yang Di-pertuan Aging
Negara. Selain itu, perubahan sistem cabinet negara yang berbilang kaum. Menterimenteri dalam kabinet Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina, dan India dari Perlis
hinggalah ke Sabah. Sabah dan Sarawak juga memilih wakil mereka sendiri seperti

dalam persetujuan Pembentukan Malaysia. Kepelbagaian kaum dalam sistem politik


negara bukan sahaja menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, ia
adalah untuk mengelakkan ada kaum atau bangsa yang merasakan mereka terasing di
negara sendiri. Hal ini juga menjadikan Malaysia dikenali sebagai

3.0 EKONOMI
Sebelum kedatangan British, masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan sistem ekonomi
tradisional atau lebih dikenali sebagai ekonomi sara diri. Kegiatan ini hanya dijalankan secara
kecil-kecilan dan hanya untuk keperluan diri dan keluarga. Ekonomi sara ini dilakukan dalam
skala yang kecil dengan menggunakan teknologi yang mudah atau tradisional. Ekonomi ini juga
tidak memerlukan modal yang besar dan mempunyai jumlah buruh yang terhad. Selain itu,
pasaran mereka pada ketika itu amat kecil dan hanya dilakukan sekiranya ada lebihan hasil.
Sebagai contoh, mereka bercucuk tanam dan berburu untuk bekalan hidup. Sekiranya terdapat
lebihan daripada hasil mereka ini, mereka akan jual kepada orang lain. Selain itu, sistem kerah
yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat dengan pembesar termasuk raja merupakan ciri
penting. Khidmat yang diberikan seperti membuat jalan, menjaga perahu, jambatan, menghantar
surat dan berita dan menjaga kepentingan pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya.
Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip hasil
hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu
tradisional, kegiatan ini dipanggil meramu. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi
mendapatkan beras, garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka
membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.
3.1 Ekonomi Komersial
Namun, setelah kedatangan British ke Tanah Melayu mereka memperkenalkan
sistem ekonomi baru iaitu ekonomi komersial. Ekonomi komersial ialah sistem ekonomi
yang dijalankan secara besar-besaran untuk pasaran (Kamus Dewan, Edisi Empat 2013,
808). Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19 dan 20 terutamanya selepas
kemasukan British. Hal ini kerana British lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang

berorientasikan eksport seterusnya mendorong pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu


dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi.
Ketika pemerintahan British, telah diwujudkan perusahaan getah di Tanah
Melayu. Getah ini dibawa dari Brazil. Wujudnya perusahaan ini kerana mempunyai
permintaan yang tinggi kesan daripada perkembangan industri. Hal ini kerana getah
mempunyai pelbagai kegunaan dalam industri. Selain itu, kemasukan pelabur dari eropah
seperti Harrisons and Crossfield, Guthrie dan Sime Darby telah menggalakkan
perkembangan perusahaan getah.
Bagi industri perlombongan, sebelum kedatangan British orang Melayu yang
menguasai kawasan perlombongan. Hal ini kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil bumi
seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit dan bijih besi. Menyedari akan hal ini,
British mula menguasai industri perlombongan untuk kepentingan mereka. Pada awal
abad ke-20, penguasan pemodal eropah terhadap industri ini lebih ketara kerana bijih
timah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Hal ini menyebabkan pemodal
eropah mengeluarkan modal yang besar untuk menggunakan teknologi moden bagi
industri perlombongan untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat. Sebagai contoh,
mereka telah mencipta kapal korek untuk perlombongan bijih timah. Selain itu, undangundang juga turut digubal seperti yang menentukan penguasaan bijih timah hanya kepada
kolonial British.
3.2 Tenaga Buruh Asing
Hasil daripada wujudnya perusahaan getah dan berkembangnya industri
perlombongan, British telah membawa masuk tenaga buruh asing ke Tanah Melayu.
Mereka membawa tenaga buruh luar untuk menambahkan jumlah tenaga kerja. Buruh
India telah dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perusahaan getah. Buruh Cina pula
dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perlombongan. Namun begitu, kedatangan
buruh asing ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh beberapa faktor. Keadaan asal di
negara mereka yang dalam kesusahan dan keadaan ekonomi yang tidak stabil menjadi
salah satu faktor kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Selain itu, mereka ini mendapat
galakkan daripada pihak British untuk berhijrah dan bekerja di Tanah Melayu.

Masyarakat Melayu juga tidak menghalang kedatangan mereka ke Tanah Melayu.


Keadaan politik yang aman yang dikawal oleh British juga menjadi faktor kedatangan
mereka.
Kemasukan buruh Cina adalah melalui cara tiket kredit. Kheh Tau atau dikenali
sebagai ketua akan mengumpulkan orang-orang Cina yang hendak datang ke Tanah
Melayu. Namun, cara ini banyak berlaku penyelewengan oleh Kheh Tau. Selain daripada
cara tiket kredit, buruh Cina juga dibawa masuk dengan cara sistem pengambilan rumah
kongsi. Dalam sistem ini, pegawai yang dilantik akan membiayai perbelanjaan
kedatangan buruh hingga sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Selain itu, mereka
menggunakan

sistem

pengambilan

kakitangan.

Dalam

hal

ini,

pegawai

bertanggungjawab ke atas buruh itu sehingga tiba di tempat majikan. Bagi buruh India
pula, mereka dibawa masuk dengan cara sistem kontrak. Selain itu, mereka juga dibawa
masuk dengan cara sistem buruh bebas. Melalui cara ini buruh akan datang sendiri
dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Melalui sistem kangani pula mereka akan
diberi lesen dan wang pendahuluan untuk pergi ke India dan mencari buruh-buruh untuk
dibawa ke Tanah Melayu.
3.3 Pungutan Cukai
Dalam sistem ekonomi komersil juga , British telah menghapuskan amalan
pungutan cukai yang dilakukan oleh Sultan dan pembesar. Ianya terbukti apabila
penyusunan sistem kutipan cukai dilakukan oleh J.W.W Birch di mana pembesar dilarang
untuk memungut cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan di bawah
kelolaannya. Tindakan J.W.W Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan kuasa dan
pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil cukai yang dipungut terjejas dan ini
telah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan adat istiadat Melayu. Pada pertengahan
April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan Birch telah membakar rumah
Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang merupakan sepupu Sultan Ismail kerana
didapati telah mengutip cukai daripada pelombong di situ.
Kesan daripada perubahan yang dibawa British masih kekal sehingga kini. Kesan
yang paling ketara adalah terbentuknya masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Hal ini

kerana British membawa masuk tenaga buruh luar untuk memenuhi tenaga kerja dan hal
ini telah memberi kesan sehingga masa kini dimana masyarakat Cina dan India menjadi
antara kaum terbesar di Malaysia setelah Melayu. Selain daripada terbentuknya
masyarakat berbilang kaum, perkembangan sektor pengangkutan juga merupakan kesan
ekonomi yang dibawa oleh British. Hal ini kerana perkembangan didalam industri
perlombongan telah membawa kepada wujudnya pengangkutan yang lebih moden. Selain
itu, berkembangnya pembinaan jalan raya. Sebagai contoh, semakin banyak lebuh raya
dibina untuk memudahkan perjalanan masyarakat.

4.0 SOSIAL
4.1 Jenayah
Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mengundang beberapa impak dari segi
sosial terhadap pembentukan masyarakat di Tanah Melayu. Antaranya dengan kewujudan
jenayah-jenayah kongsi gelap seperti peras ugut mula berleluasa berlaku di Tanah Melayu
akibat kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan atau yang
dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh permasalahan ekonomi yang teruk yang
telah berlaku di China, masalah yang dihadapi di China adalah seperti bencana alam
yang sering melanda China seperti banjir besar yang telah menghancurkan industri
pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat
China (Mohd Isa.2002. hal.107)
Ia telah menimbulkan pelbagai masalah dan impak buruk terhadap Tanah Melayu
terutamanya Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang merupakan kawasan lombong
bijih timah yang terbesar di Tanah Melayu. Perbezaan kumpulan orang Cina yang
berbeza telah mewujudkan pelbagai pertubuhan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan
masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan bagi mengukuhkan
kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan
kongsi gelap yang terkenal ketika itu ialah Hai San dan Ghee Hin. Persengketaan di
antara mereka membuatkan masyarakat Melayu ketika itu amat terancam. Ini menggugat
ketenteraman dan kerharmonian kawasan Tanah Melayu ketika itu.

Ini membuktikan kemasukan imigran-imigran daripada luar telah mendatangkan


kesan yang buruk sejak era penjajahan British terhadap Tanah Melayu sehingga kini yang
Negara kita masih dihuni oleh imigran-imigran luar seperti Bangladesh dan Indonesia
telah mencatatkan peningkatan kes jenayah di dalam Negara.
4.2 Pendidikan
Antara perubahan sosial yang ketara akibat penjajahan British adalah dalam
sistem pendidikan yang sedia ada di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan British ke
Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak formal iaitu hanya terhad
kepada pengajian Al-Quran dan keagamaan. Contohnya pendidikan yang berkisarkan
tentang kepentingan menjaga akhlak, cara melakukan ibadah dan sirah-sirah Nabi dan
para sahabat terdahulu. Namun selepas kedatangan British, pemikiran sekularisme mula
diterapkan kepada masyarakat di Tanah Meayu. British menanamkan fahaman sekular
secara halus ke dalam pemkiran masyarakat. Sekular. Menurut Kamus Dewan sekular
ialah sesuatu yang berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan
dengan keagamaan (Iskandar.2002. hal. 1213). Ia bermula dengan kewujudan Perjanjian
Pangkor 1874 yang mengsyaratkan residen British akan menasihati sultan dalam semua
hal pentadbiran kecuali mengenai hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Bermula
dari sinilah para sultan telah kehilangan kuasa politik dan pemerintahan yang turut
menghalang bagi mencegah usaha penyebaran fahaman sekular oleh British.
Selain itu, melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British yang
bersifat vernakular telah mewujudkan 4 jenis sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah
Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah British. Sekolah Melayu diwujudkan
melalui dua bentuk persekolahan iaitu keagamaan dan sekular. Sekolah keagamaan
seperti sekolah pondok dan madrasah telah lama wujud di Tanah Melayu yang sejak
sebelum kedatangan British lagi. Manakala sekolah sekular diwujudkan oleh mubaligh
Kristian namun kurang mendapat sambutan oleh masyarakat Melayu kerana takut
terpengaruh dengan dakyah agama Kristian.

Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan
sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British
menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah
berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masing-masing
dan menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini
mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak
wujud sama sekali. Kerajaan colonial British turut membuka sekolah-sekolah untuk
melatih anak-anak tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian di dalam sektor
awam dan swasta. Sekolah King Edward VII Taiping antaranya sekolah yang telah
dibuka untuk memberikan pendidikan untuk membolehkan rakyat tempatan memegang
jawatan-jawatan rendah di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tidak
mementingkan pelajaran di peringkat tertinggi. Maktab Melayu Kuala Kangsar dibuka
untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat latihan untuk memegang
jawatan-jawatan peringkat pertengahan dalam perkhidmatan kerajaan kolonial British.
Di sini dapat kita lihat yang kerajaan British tidak mementingkan pendidikan
terhadap masyarakat di Tanah Melayu dengan hanya menyediakan pendidikan hanya
untuk memegang jawatan untuk bekerja dengan mereka. Masyarakat seolah-olah
dihalang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana bimbang akan
kedudukan mereka sebagai penjajah tergugat. Malah, pendidikan di Tanah Melayu turut
dipecahkan melalui system vernakular bagi mengelakkan kesepaduan kaum berlaku
dengan memecahkan sistem persekolahan berdasarkan kaum. Ianya terus berlanjutan
hingga ke hari ini walaupun negara kita telah lama mencapai kemerdekaan.
4.3 Penempatan Masyarakat Majmuk
Bagi menangani masalah kewujudan masyarakat majmuk yang berlaku di Tanah
Melayu iaitu daripada 3 kaum, Bumiputera, Cina dan India yang mula wujud di Tanah
Melayu. Dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) yang digagaskan oleh kerajaan
British di Tanah Melayu mula diperkenalkan. Ia telah menyebabkan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai ras dan kaum berpecah dan dimanipulasikan mengikut
kepentingan British. Kaum-kaum utama yang wujud pada masa itu yang terdiri daripada
tiga rumpun utama iaitu Melayu, Cina dan India dikelaskan mengikut jenis pekerjaan dan

sistem pendidikan yang berbeza-beza.Melalui dasar ini, orang melayu ditempatkan di


kawan luar bandar sperti di pesisir pantai dan kampun-kampung kecil yang kebanyakan
mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan petani.Manakala kaum Cina pula menetap di
kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti ekonomi serta melibatkan diri dalam
bidang perlombongan dan perniagaan yang lebih mendatangkan keuntungan bagi kaum
mereka. Masyarakat India pula tinggal dan bekerja di pinggir bandar yakni di ladangladang sebagai penggerak utama industri perladangan pada waktu itu seperti perladangan
getah dan kelapa sawit. Masyarakat petani berbangsa Melayu, peniaga Cina dan juga
buruh ladang berketurunan India pada ketika itu merasa curiga antara satu sama lain serta
tidak berkomunikasi secara langsung disebabkan oleh taktik kotor yang diterapkan oleh
British.
Dasar ini telah menyebabkan perpaduan dan perasaan saling ingin hidup
bersama tidak wujud di Tanah Melayu. Ini menyebabkan pelaksanaan undang-undang
dan peraturan dapat dilakukan dendan mudah oleh Kerajaan British pada ketika itu
kerana ketidaksepaduan kaum menyebabkan mereka tidak utuh untuk melawan dan
menidakkan sistem pemerintahan yang ditetapkan oleh kerajaan British.
Namun pada hari ini, Negara kita masih menampakkan kerapuhan dalam
perpaduan kaum walaupun kerajaan kerap kali melaungkan semangat dan fahaman agar
hidup bersatu padu walaupun hidup dalam pelbagai ras bangsa. Walau bagaimanapun,
kejadian pergaduhan bersifat perkauman yang berlaku di Low Yat membuktikan Negara
kita masih memerlukan lebih banyak suntikan semangat perpaduan di dalam masyarakat.
Ini kerana, perpaduan masyarakat mampu membina sebuah Negara yang kuat dan
berdaya saing.

5.0 LANGKAH BAGI MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM


Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1957. Sistem
kerajaan campuran

dari

segi kepelbagaian

kaum

merupakan

salah

satu cara

bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui

sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti Perikatan yang
merupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC.
Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah
kemunculan BarisanNasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah
dan Sarawak yang bolehmenyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang
wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara
boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. Pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah
bebas dan adil.calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil
rakyat dan bolehmenyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan
Rakyat.
Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi negara adalah
dengan kerajaan tidak mengabaikan sektor ekonomi dalam mengekalkan perpaduan negara.
Perkembangan ekonomi telah dirangka bagi membolehkan semua kaum terlibat dalam semua
bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan ekonomi telah digubal
seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain dasar pembangunan
ekonomi bagi mencapai hasrat tersebut.
Selain itu, kerajaan haruslah sentiasa berusaha dan memastikan teknologi negara sentiasa
dipertingkatkan dan tidak jauh ketinggalan oleh negara-negara lain. Selain itu, kerajaan juga
perlu menyeimbangkan ekonomi antara kaum dimana peluang perniagaan diberikan sama rata
kepada masyarakat. Hal ini kerana masalah sesuatu kaum mendominasi ekonomi tidak akan
timbul. Hal ini sekali gus dapat memupuk perpaduan antara kaum dan meningkatkan ekonomi
negara. Namun, Malaysia berjaya membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali
kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila Malaysia
diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri.
Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan
pembangunan ekonomi di Malaysia. Oleh itu, ekonomi negara boleh berkembang jika kerajaan
dan masyarakat memainkan peranan masing-masing.

Bagi mengatasi ketidak sepaduan dalam masyarakat adalah dengan kerajaan mestilah
memupuk semangat perpaduan terutamanya di peringkat sekolah daripada peringkat akar umbi
lagi bak kata pepatah, merentung buluh biarlah dari rebungnya. Pelaksanaan kokurikulum dalam
sistem pendidikan sekolah di Malaysia adalah salah satu usaha kerajaan bagi memupuk semangat
perpaduan tanpa mengira warna kulit perkauman. Di dalam sistem pendidikan ini, pelajar
diwajibkan menyertai kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan dan kelab-kelab. Melalui
penglibatan ini pelajar dapat memupuk semangat perpaduan dengan melaksanakan aktiviti secara
bersama dan mempunyai semangat kerjasama dalam pasukan tanpa mengira kaum. Contohnya,
aktiviti dalam badan beruniform seperti pengakap yang kebiasaannya akan melakukan aktiviti
perkhemahan. Melalui aktiviti ini sikap tolong menolong antara satu sama lain mampu dipupuk
melalui aktiviti lasak yang sangat memerlukan semangat tersebut seperti menyiapkan sebuah
khemah dan menghidupkan unggun api. Hanya melalui pendidikan sahaja semangat kekitaan
dapat disemai sejak lagi.
Akhir sekali, penyatuan kaum yang pelbagai mampu dicapai melalui penempatan yang
sejajar dengan konsep Satu Malaysia seperti yang sering diungkapkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak. Penempatan Satu Malaysia yang dimaksudkan adalah dengan
menyatukan semua kaum yang sebelum ini dipisahkan seperti Kaum Cina di Bandar-bandar,
Melayu di kampung dan pendalaman dan India di ladang. Penyeragaman adalah dengan
menempatkan dan menggalakkan imigrasi kaum di sebuah penempatan yang strategik. Dengan
hal demikian, penyatuan kaum dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini akan memberikan kesan
yang positif apabila ia berjaya dilaksanakan antaranya keadaan akan menjadi harmoni dan
kehidupan saling bantu membantu antara masyarakat akan dapat dilihat.

6.0 KESIMPULAN
Penjajahan ini tidak tertumpu kepada keburukkan sahaja. Meskipun situasi ketika
penjajahan itu memaparkan pembesar-pembesar Melayu yang rakus dengan kekayaan dan
kekuasaan, namun ia mengajar kita agar lebih bijak dalam membuat keputusan dan
melaksanakan apa-apa tugasan. Pengajaran itu bukan sahaja boleh diambil dan dipratikkan oleh
pemimpin mahupun bakal pemimpin malah masyarakat di negara itu sendiri. Kemasukan buruh

asing yang dibawa membawa pembentukan masyarakat yang harmoni terdiri dari pelbagai kaum
dan bangsa. Kepelbagaian itu menjadi identiti Malaysia yang tidak ternilai. Meskipun
kepelbagaian kaum ini membawa kepada pergaduhan dan ketidakstabilan negara itu, namun ia
boleh diatasi dengan tidak mementingkan dan memihak kepada satu kaum sahaja. Kebebesan
masyarakat Malaysia menganut agama lain selain agama Islam, sambutan perayaan dan adat-adat
bebas diamalkan. Malah rakyat Malaysia juga boleh turut serta meraikan perayaan kaum lain
asalkan ia tidak melanggar batas-batas agama. Keamanan dan keharmonian ini tidak terletak
hanya menjadi tangunggjawab kerajaan tetapi juga masyarakat. Setiap anggota masyarakat perlu
menghormati kaum dan adat bangsa lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

You might also like