Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

PENDAHULUAN
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji
bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak
dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di
institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah,
iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara
telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama.
Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun
ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di
kalangan rakyat.
Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini,
pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu
linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya
dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami
bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.
Penulisan ilmiah ini selanjutnya akan membincangkan tentang konsep ilmu
linguistik, linguistik terapan, ciri-ciri dan fungsi bahasa, mengkategorikan golongan
kata dan proses pembentukannya, dan Transformasi Generatif.

2.0

ILMU LINGUISTIK
2.1
Linguistik
Sejarah perkataan linguistik adalah berasal daripada perkataan Latin,
iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan linguistik dalam bahasa
Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam
daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Menurut sumber berautoriti
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik bermaksud kajian saintifik
tentang bahasa.
Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai
kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang
dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai
organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu
yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan
kesahihan fakta. Lynos (1968), mentakrifkan linguistic sebagai bidang ilmu
yang mengkaji bahasa secara saintifik.
Linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik merujuk kepada satu
ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara
empirikal dan objektif iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar
wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah.
Dalam linguistik terdapat berbagai-bagai cabang yang berkait rapat antara
satu sama lain. Antara cabang linguistikk adalah Linguistik Umum, Linguistik
Deskriptif, Linguistik Perbandingan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Sejarah.
2.2

Linguistik Terapan
Linguistik terapan ataupun juga dikenali sebagai linguistic aplikasi
merupakan satu bidang linguistik yang menerangkan bagaimana ilmu ini
dapat digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa
pertama dan bahasa kedua. Oleh hal yang demikian, linguistik deskriptif
seperti disiplin fonologi, fonemik, morfologi dan sintaksis sangat penting
dalam penerapan ilmu bahasa.

3.0

BAHASA
Umumnya bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Bloch
dan Trager (1942), mentakrifkan bahasa sebagai suatu sistem lambing
pertuturan yang arbitrari, digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat
untuk berhubung dan bekerjasama.
Menurut Lyons (1988), bahasa-bahasa di dunia memiliki sifat dan ciri
sepunya. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan,
mengemukakan

permintaan,

memberi

perintah

dan

membuat

kenyataan.

Oleh sebab bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilahistilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain.
Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-duanya
akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Manakala set-set konsonan dan vokal bila
bercantum akan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.
Ciri-ciri Bahasa
Bahasa Bersifat

Keterangan
Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam

Arbitrari

bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan


dan ditentukan oleh buday asesuatu masyarakat.
Bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti
binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan

Bahasa Bersifat Unik

dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.


Bahasa bukan di warisi tetapi dipelajari maka tidak
hairanlah kalau bayi berbangsa Cina dibesarkan di dalam
keluarga Melayu boleh bercakap bahasa Melayu
Bahasa dapat dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja

Bahasa Bersifat

di dunia ini. Secara umum bunyi bahasa dan gabungan

Sejagat.

perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna. Dengan


makna

inilah

manusia

menggunakan

bahasa

untuk

berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.


Bahasa mempunyai potensi untuk berkembang, membuat
penyesuauan
Bahasa Bersifat
Dinamis

serta

menerbitkan

pembaharuan

dan

kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi di kalangan


manusia

berlakulah

menyebabkan

pertembungan

pertambahan

dan

perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

kebudayaan
penggayaan

Fungsi Bahasa

Keterangan
Jadual
1:
Ciri-ciri
bahasa
Bahasa mempunyai cara serta kaedah untuk diujarkan

Bahasa Sebagai Satu

atau dituliskan. Kedudukan perkataan dengan perkataan

Sistem

yang lain dalam ayat adalah teratur.


Bahasa sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh
penutur kepada pendengar sebagai proses interaksi

Bahasa Sebagai Satu

melalui saluran komunikasi tertentu. Bahasa sebagai

Simbol

simbol perpaduan membawa makna bahasa tertentu itu


menjadi alat penutur utama bagi masyarakat dalam
sesebuah negara.
Proses komunikasi berlaku dengan adanya maklumat yang

Bahasa Sebagai Alat

hendak disampaikan oleh penutur kepada pendengar.

Komunikasi

Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua


cara iaitu secara lisan dan bukan lisan.
Jadual 2: Fungsi bahasa

4.0

ANALISIS GOLONGAN KATA DAN PROSES PEMBENTUKANNYA


SISTEM BARU GANTI PMR MAMPU KURANGKAN TEKANAN PEPERIKSAAN
Minda Pengarang
Berita Harian, 11 Oktober 2010

Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan
dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.
Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baru berasaskan
sekolah. Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan
memperbaiki sistem persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang diguna
pakai sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan. Berikutan keputusan itu, mulai 2016
UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk

dan komposisi subjek. Antara perubahan dicadang itu, termasuk mengambil kira bidang
utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya
berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.
Perubahan itu mengurangkan penilaian prestasi pelajar yang selama ini hanya berasaskan
akademik dan peperiksaan. Bagi PMR pula, kementerian melalui Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah
mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah. Kita
yakin, jika soalan disediakan atau dipantau LPM, masalah perbezaan soalan dan sistem
pemarkahan dapat ditangani, sekali gus mengelak dakwaan pihak sekolah mengamalkan
sikap pilih kasih terhadap calonnya.
Keputusan kerajaan ini, tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak kerana
sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai perubahan yang
sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan, termasuk daripada wakil Kementerian
Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri, sektor swasta, ahli akademik serta tokoh pendidikan.
Malah ada yang menyarankan supaya kerajaan memansuhkan langsung kedua-dua
peperiksaan, sebaliknya memadai dengan satu peperiksaan saja, iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Kita yakin keputusan Kementerian Pelajaran itu dibuat selepas mengambil kira pandangan
dari pelbagai pihak dan mengkaji secara mendalam dari pelbagai sudut. Selain itu,
Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 sekolah pada 2008
dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.
Rakyat mesti yakin dengan tindakan kerajaan kerana apa diputuskan tentu sekali demi
kebaikan semua pihak, apatah lagi jika ia membabitkan masa depan anak kita. Pendidikan
adalah proses membangunkan insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan
teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah
kemajuan negara juga boleh terancam. Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit
secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perubahan baru
yang dicadangkan itu.
Kita tentunya tidak mahu sesuatu perubahan dilaksanakan separuh jalan, kemudian
menemui kegagalan seperti apa yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terpaksa dimansuhkan selepas
mendapat bantahan banyak pihak. Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk

mengukur kecemerlangan pelajar, namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi
insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk
mereka bersaing dalam dunia moden hari ini.

4.1

Penggolongan Kata

You might also like