Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEBELUM INTERNSHIP)
Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada
dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk
merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti
rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang tempoh
Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan
pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang
mentor.
Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu
taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan hari
Isnin di Dewan Seri Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit
Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed Sepanjang taklimat, saya telah
didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di
sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat
dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship
dengan lancar.
Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya, terdapat banyak perkara yang perlu
dilakukan seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk setiap
projek atau program yang telah dirancang serta cara untuk menguruskan
sesuatu program dengan lancar dan berkesan. Penyediaan portfolio adalah
wajib bagi pelajar untuk menyimpan bahan bukti dan bahan proses
pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship. Sebelum menjalani
Internship, saya telah merancang projek yang akan dilaksanakan di sekolah
kelak berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang menjalani
praktikum fasa 3 di SJK (C) Yue Min, Penampang. Saya telah mengambil
keputussan untuk membuat mural di sekolah tersebut sebagai projek utama.

Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan


proses

pengajaran

dan

pembelajaran

seperti

biasa.

Namun,

waktu

pengajaran pada kali ini telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu
sahaja untuk memberi ruang masa melaksanakan dan menyiapkan segala
projek yang telah dirancang sebelum memulakan Internship di sekolah
masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran pada kali ini juga adalah
lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan rancangan
mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa
bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik
dan lancar.
Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba
pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu
program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila
menjadi bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap agar dapat
memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang menjalani praktikum
pada semester yang lalu terutama dari aspek komunikasi antara saya dengan
murid serta guru-guru.
Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi
peluang dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan
tahap keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi
cabaran sebagai seorang bakal guru kelak, membentuk sifat kepemimpinan
serta akhlak yang baik serta dapat memupuk dan menerapkan nilai
profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru yang produktif
serta efektif kepada bangsa dan negara.

You might also like