Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

GARIS PANDUAN

MENGHADAPI KEBAKARAN DAN


KECEMASAN DI IBU PEJABAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(IPKKM)

Unit Keselamatan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia
1

GARIS PANDUAN MENGHADAPI KEBAKARAN DAN KECEMASAN


DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

TUJUAN

1.1

Garis panduan ini disediakan bagi meningkatkan kesedaran


dan kefahaman penjawat awam di Ibu Pejabat Kementerian
Kesihatan Malaysia (IPKKM) yang dilantik menganggotai
Pasukan Bertindak Kebakaran dan Kecemasan (PBKK),
khususnya

mengenai tatacara dan tindakan yang perlu

diambil bagi menghadapi sebarang insiden kebakaran di


IPKKM.

2.

LATAR BELAKANG

2.1

Ahli PBKK di IPKKM dilatih dengan kemahiran dan


pengetahuan dalam menghadapi situasi bencana seperti
gegaran, kebakaran, ancaman bom dan seumpamanya;

2.2

Tragedi bencana yang mengakibatkan kemusnahan aset,


dokumen dan kehilangan nyawa merupakan satu fenomena
yang perlu ditangani dengan segera dan berkesan; dan

2.3

Dengan wujudnya PBKK, maka terbentuklah kumpulan


penjawat

awam

penggunaan

yang

mempunyai

kemahiran

dalam

peralatan kebakaran dan kelengkapan

keselamatan serta berkeupayaan bertindak segera untuk


memberi bantuan menyelamat dan evakuasi di samping
mampu mengendalikan situasi kecemasan dengan cekap
dan efisien.
2

3.

PBKK
3.1

PBKK di IPKKM ditubuhkan pada Disember 2005 dan telah


dikemaskini keahlian dan peranannya pada 2010;

3.2

Penubuhannya adalah berikutan kejadian kebakaran di


Aras 11 Blok E7, Kompleks E, Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya pada tahun 2005;

3.3

PBKK ditubuhkan di Blok E1, E6, E7, E10, Presint 3


(Bahagian Pengurusan Latihan), Bangunan PERKIM Kuala
Lumpur, Kompleks Jalan Cenderasari, Presint 15 (Bahagian
Sains Kesihatan Bersekutu) dan Jalan Bangsar (Malaysian
Health Tourism Council (MHTC)). Lampiran I menunjukkan
senarai ahli PBKK yang ditubuhkan di fasiliti KKM yang
terlibat; dan

3.4

Rajah 1 menunjukkan struktur Organisasi PBKK yang


ditubuhkan.
Rajah 1 : Struktur Organisasi PBKK
Pengurus Kebakaran dan
Kecemasan

Penolong Pengurus Kebakaran


dan Kecemasan
Ketua Blok
Penolong Ketua Blok

Pasukan
Komunikasi
/Penyelenggaraan

Ketua Tingkat
(Floor Marshal)

Pasukan kawalan
Keselamatan/Trafik

Penolong Ketua
Tingkat

Pasukan
Penyelamat/Evakuasi

Pasukan Pemadam

4.

PERANAN PBKK
4.1

Pasukan ini terdiri daripada penjawat awam yang dilantik


mengikut tingkat dan blok bangunan tempat mereka
bekerja. Setiap ahli pasukan ini telah dilatih dan memahami
akan tanggungjawab masing-masing ketika menghadapi
sebarang kebakaran dan kecemasan;

4.2

Dengan adanya kursus dan latihan kepada Ahli PBKK,


mereka seharusnya berupaya dan mempunyai kemahiran
yang

diperlukan

bagi

menguruskan

situasi

kejadian

kebakaran atau kecemasan yang lain; dan


4.3

Berikut dinyatakan peranan setiap Ahli PBKK semasa


kejadian kebakaran atau kecemasan :

4.3.1 Pengurus Kebakaran dan Kecemasan


i.

Bertanggungjawab

terhadap

keselamatan

penghuni/penjawat awam serta persekitaran tempat


kerja.
ii.

Menggerakkan organisasi bila berlaku kecemasan.

iii.

Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan


pengungsian bangunan.

iv.

Memaklumkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi


mengenai kebakaran atau kecemasan.

v.

Bekerjasama

dengan

agensi

berkaitan

semasa

berlaku kebakaran atau kecemasan.


vi.

Menyediakan maklumat untuk laporan kejadian.

4.3.2
i.

Penolong Pengurus Kebakaran dan Kecemasan


Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti
dan latihan kebakaran / pengungsian bangunan.

ii.

Membantu menentukan keselamatan penghuni serta


persekitaran tempat kerja semasa kejadian.

iii.

Membantu menggerakkan organisasi bila berlaku


kecemasan.

iv.

Membantu

mengeluarkan

arahan

untuk

mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.


v.

Membantu

agensi

berkaitan

semasa

berlaku

kebakaran atau kecemasan.


vi.

Membantu menyediakan maklumat kepada pihakpihak

berkaitan

untuk

menyediakan

laporan

kejadian.

4.3.3

Ketua Blok

i.

Melaporkan

kepada

Pengurus

Kebakaran

dan

Kecemasan / Penolong Pengurus Kebakaran dan


Kecemasan mengenai kebakaran atau kecemasan.
ii.

Mengarahkan Pasukan Komunikasi untuk membuat


pengumuman bencana dan mengaktifkan penggera
selepas mendapat kebenaran Pengurus Kebakaran
dan Kecemasan.

iii.

Memastikan

Ketua

Tingkat

serta

Pasukan-

Pasukannya di setiap tingkat berfungsi dengan


sempurna

semasa

kejadian

kebakaran

dan

kecemasan.

4.3.4
i.

Penolong Ketua Blok


Membantu

melaporkan

kepada

Pengurus

Kebakaran dan Kecemasan / Penolong Pengurus


Kebakaran dan Kecemasan mengenai kebakaran
atau kecemasan sekiranya ketiadaan Ketua Blok.
ii.

Mengarahkan Pasukan Komunikasi untuk membuat


pengumuman bencana dan mengaktifkan penggera
selepas mendapat kebenaran Pengurus Kebakaran
dan Kecemasan.

iii.

Membantu

memastikan

Ketua

Tingkat

serta

Pasukan-Pasukannya di setiap tingkat berfungsi


dengan sempurna semasa kejadian kebakaran dan
kecemasan.
iv.

Menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian


(PKTK) di luar blok untuk kegunaan JBPM, PDRM
dan Pasukan Perubatan.

v.

Mengumpul maklumat terkini dan lengkap untuk


dimaklumkan pada JBPM, PDRM dan Pasukan
Perubatan

4.3.5 Ketua Tingkat


i.

Memeriksa

dan

mengesahkan

kejadian

serta

melaporkan kepada Ketua Blok.


ii.

Mengarahkan

Pasukan

Evakuasi

untuk

mengaktifkan sistem penggera dan memastikan


pengungsian terkawal.
iii.

Memastikan semua penghuni mengungsikan aras


berkaitan.

iv.

Melaporkan situasi kepada Ketua Blok secara


berkala.
6

4.3.6 Penolong Ketua Tingkat


i.

Membantu memeriksa dan mengesahkan kejadian.

ii.

Membantu mengarahkan Pasukan Evakuasi untuk


mengaktifkan sistem penggera dan memastikan
pengungsian terkawal.

iii.

Mengetuai penghuni aras ke zon berkumpul yang


telah ditetapkan mengikut blok masing-masing.

iv.

Memeriksa kehadiran penghuni di zon berkumpul


dengan membuat head count dan memberi laporan
lengkap kehadiran kepada Ketua Blok.

v.

Membantu Ketua Tingkat melaporkan maklumat


kejadian kepada Ketua Blok.

4.3.7
i.

Pasukan Penyelamat / Evakuasi


Memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum
ketibaan pasukan perubatan.

ii.

Melaporkan kepada Ketua Tingkat dan Ketua Blok


akan keadaan mangsa / tempat kejadian.

iii.

Membantu mereka yang kurang upaya, dikenalpasti


mengidap penyakit kronik serta ibu mengandung
untuk mengungsikan bangunan.

iv.

Memastikan tiada penghuni yang terperangkap di


dalam lif semasa kejadian.

v.

Memastikan pintu, tingkap, suis dan lain-lain ditutup.

4.3.8
i.

Pasukan Pemadam
Memadam kebakaran sekiranya kecil dan tidak
merbahaya

menggunakan

peralatan

melawan

kebakaran sedia ada.


ii.

Membantu agensi berkaitan dalam merancang dan


mengendalikan situasi.

iii.

Membantu Pasukan Penyelamat sekiranya perlu.

iv.

Menyediakan pelan susun atur bangunan untuk


operasi menyelamat.

4.3.9

Pasukan Komunikasi / Penyelenggaraan

i. Hubungi agensi/pasukan berkaitan dengan segera


apabila dimaklumkan mengenai kebakaran atau
kejadian kecemasan yang lain.
ii. Maklumat yang perlu disampaikan kepada agensi /
pasukan Penyelamat berkaitan ialah:
a. Nama dan lokasi bangunan
b. Lokasi kebakaran atau kejadian kecemasan
yang lain
iii. Membuat

pengumuman

melalui

sistem

siaraya

mengikut skrip bagi tujuan evakuasi bangunan.


iv. Mengenalpasti kedudukan dan lokasi kejadian.

4.3.10 Pasukan Kawalan Keselamatan / Trafik


i.

Mengawal keadaan sekitar kejadian dan bangunan


sebelum keadaan diisytiharkan selamat.

ii. Mengawal lalu lintas di kawasan kejadian dan


membantu penghuni untuk ke zon berkumpul.
iii. Memastikan laluan ke tempat kejadian bebas dari
halangan

untuk

kegunaan

kenderaan

Pasukan

Penyelamat.
iv. Melaporkan status trafik dan kejadian kepada Ketua
Blok.
v. Memberi pandu arah kepada Pasukan Penyelamat
untuk ke tempat kejadian.

5.

CARTA ALIRAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

5.1

Semasa kejadian kebakaran dan kecemasan, setiap Ahli


PBKK

memainkan

peranan

masing-masing

dalam

mengawal situasi supaya setiap prosedur dan ketetapan


dilaksanakan mengikut aturan. Carta Aliran Kebakaran dan
Kecemasan adalah terbahagi kepada 2 carta iaitu Carta
Aliran Kebakaran dan Kecemasan Tingkat / Blok dan Carta
Aliran Kebakaran dan Kecemasan Umum;

5.2

Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Tingkat / Blok


adalah meliputi kejadian bencana yang hanya meliputi
sesuatu tingkat / blok. Carta aliran ini digunapakai sekiranya
berlaku kejadian yang hanya akan melibatkan pengungsian
pada 1 unit blok sahaja. Kejadian ini akan meliputi bencana
kebakaran, ancaman bom, dan keretakan. Rajah 2 di
halaman berikutnya menunjukkan Carta Aliran Kebakaran
dan Kecemasan Tingkat / Blok; dan

5.3

Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Umum adalah


meliputi kejadian bencana yang akan mengakibatkan
kecemasan di seluruh Blok IPKKM. Carta aliran ini akan
meliputi seluruh ahli PBKK untuk bertindak mengikut arahan
dari Pengurus Kebakaran dan Kecemasan. Antara contoh
bencana yang terlibat adalah gegaran atau gempa bumi,
banjir dan tanah runtuh. Rajah 3 menunjukkan Carta Aliran
Kebakaran dan Kecemasan Umum.

10

RAJAH 2 : CARTA ALIRAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN TINGKAT / BLOK


SENARIO

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

MULA
KEBAKARAN ATAU
KECEMASAN

Merangkumi kejadian bencana yang


hanya meliputi sesuatu tingkat/blok

PENGGERA AKTIF

Sekiranya berlaku kebakaran pada


tingkat, penggera akan aktif secara
automatik pada aras yang terlibat

PENGESAHAN BENCANA

Mengesahkan
kejadian
dengan
melakukan pemeriksaan tingkat/blok
Memaklumkan
kepada
Pengurus
Kebakaran mengenai hasil pemeriksaan
yang telah dibuat

Tidak
Ya

PENGUMUMAN

Pasukan
Komunikasi
akan
membuat
pengumuman
berkenaan
dengan
false alarm setelah
mendapat arahan dari
Pengurus
Kebakaran
dan Kecemasan

Arahan kepada Pasukan Komunikasi


untuk membuat pengumuman bencana
dan mengaktifkan penggera sekiranya
penggera belum diaktifkan lagi

Ketua Blok

Pengumuman
dibuat
berkenaan
dengan pengungsian mengikut teks
yang disediakan

Pasukan
Komunikasi/Penyelenggaran

PUSAT KAWALAN
TEMPAT KEJADIAN
(PKTK)

Menubuhkan PKTK berdekatan dengan


Zon Berkumpul dan memastikan ia
dilengkapi
dengan
kelengkapan
sewajarnya

HUBUNGI PASUKAN
KESELAMATAN /
AGENSI BERKAITAN

Menghubungi
Agensi
Penyelamat
Jabatan Bomba dan Penyelamat
(JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
dan Ambulans

PENGUNGSIAN

BERKUMPUL DI ZON
YANG DITETAPKAN

Memadam
kebakaran
yang
berlaku
di
tingkat/blok dan membantu Agensi Penyelamat

Pasukan Pemadam

Mengawal lalulintas semasa pengungsian dan


memberi pandu arah kepada Pasukan
Penyelamat untuk ke tempat kejadian serta
memastikan laluan bebas dari halangan untuk
kegunaan Agensi Penyelamat

Pasukan
Keselamatan/Trafik

Melaksanakan pemeriksaan
struktur bangunan

ke

atas

Status keselamatan bangunan akan


dimaklumkan di Pusat Kawalan Tempat
Kejadian
Pengumuman
berkenaan
dengan
status
keselamatan bangunan selamat diduduki atau tidak

TAMAT

Penyelamat/

Kawalan

Setiap penghuni akan berkumpul di zon


berkumpul
yang
telah
ditetapkan
mengikut blok masing-masing

PEMERIKSAAN
BANGUNAN

PENGUMUMAN

Pasukan
Komunikasi/Penyelenggaraan

Pasukan
Evakuasi

PEMERIKSAAN
KEHADIRAN

Ya

Ketua Blok

Membantu Penghuni keluar dari bangunan


dan menyelamatkan mangsa (seperti Orang
Kurang Upaya dan wanita mengandung) serta
Memeriksa pintu, tingkap dan suis ditutup

Pemeriksaan kehadiran setiap penjawat


awam mengikut aras masing-masing di
zon berkumpul
Laporan kehadiran akan dikemukakan
kepada Ketua Blok untuk tindakan
menyelamat sekiranya perlu

Tidak

Ketua Blok

Jika keadaan tidak selamat, Ketua Setiausaha KKM


boleh meluluskan cuti kecemasan berdasarkan
kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 1986
(Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja
Atas Sebab Kecemasan Am)

Penolong Ketua Tingkat

Pasukan
Penyelamat
JBPM,
Jurutera Bangunan Jabatan Kerja
Raya dan Pasukan Komunikasi/
Penyelenggaraan

Pengurus
Kebakaran
dan
Kecemasan / Penolong Pengurus
Kebakaran
Pasukan
Komunikasi/Penyelenggaraan
Ketua Setiausaha KKM

11

RAJAH 3 : CARTA ALIRAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN UMUM


SENARIO

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

MULA
INSIDEN KECEMASAN
UMUM

PENGESAHAN BENCANA

Tidak
Ya

PENGUMUMAN

Mengesahkan
kejadian
dengan
melakukan pemeriksaan tingkat/blok

Arahan kepada Pasukan Komunikasi


untuk membuat pengumuman bencana
dan mengaktifkan penggera sekiranya
penggera belum diaktifkan lagi

Pengurus
Kebakaran
Kecemasan / Ketua Blok

Pengumuman
dibuat
berkenaan
dengan pengungsian mengikut teks
yang disediakan

Pasukan
Komunikasi/Penyelenggaran

Menubuhkan PKTK berdekatan dengan


Zon Berkumpul dan memastikan ia
dilengkapi
dengan
kelengkapan
sewajarnya

HUBUNGI PASUKAN
KESELAMATAN /
AGENSI BERKAITAN

Menghubungi
Agensi
Penyelamat
Jabatan Bomba dan Penyelamat
(JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
dan Ambulans

BERKUMPUL DI ZON
YANG DITETAPKAN

berlaku
di
Memadam
kebakaran
yang
tingkat/blok dan membantu Agensi Penyelamat

Pasukan Pemadam

Mengawal lalulintas semasa pengungsian dan


memberi pandu arah kepada Pasukan
Penyelamat untuk ke tempat kejadian serta
memastikan laluan bebas dari halangan untuk
kegunaan Agensi Penyelamat

Pasukan
Keselamatan/Trafik

Melaksanakan pemeriksaan
struktur bangunan

ke

atas

Status keselamatan bangunan akan


dimaklumkan di Pusat Kawalan Tempat
Kejadian
Pengumuman
berkenaan
dengan
status
keselamatan bangunan selamat diduduki atau tidak

TAMAT

Penyelamat/

Kawalan

Setiap penghuni akan berkumpul di zon


berkumpul
yang
telah
ditetapkan
mengikut blok masing-masing

PEMERIKSAAN
BANGUNAN

PENGUMUMAN

Pasukan
Komunikasi/Penyelenggaraan

Pasukan
Evakuasi

PEMERIKSAAN
KEHADIRAN

Ya

dan

Ketua Blok

Membantu Penghuni keluar dari bangunan


dan menyelamatkan mangsa (seperti Orang
Kurang Upaya dan wanita mengandung) serta
Memeriksa pintu, tingkap dan suis ditutup

Pemeriksaan kehadiran setiap penjawat


awam mengikut aras masing-masing di
zon berkumpul
Laporan kehadiran akan dikemukakan
kepada Ketua Blok untuk tindakan
menyelamat sekiranya perlu

Tidak

Ketua Tingkat/Ketua Blok

Memaklumkan
kepada
Pengurus
Kebakaran mengenai hasil pemeriksaan
yang telah dibuat

PUSAT KAWALAN
TEMPAT KEJADIAN
(PKTK)

PENGUNGSIAN

Pasukan
Komunikasi
akan
membuat
pengumuman
berkenaan
dengan
false alarm setelah
mendapat arahan dari
Pengurus
Kebakaran
dan Kecemasan

Merangkumi kejadian bencana yang


melibatkan semua blok di bawah
tanggungjawab Pengurus Kebakaran dan
Kecemasan seperti gempa bumi atau
gegaran

Jika keadaan tidak selamat, Ketua Setiausaha KKM


boleh meluluskan cuti kecemasan berdasarkan
kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 1986
(Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja
Atas Sebab Kecemasan Am)

Penolong Ketua Tingkat

Penyelamat
JBPM,
Agensi
Jurutera Bangunan Jabatan Kerja
Raya dan Pasukan Komunikasi/
Penyelenggaraan

Pengurus
Kebakaran
dan
Kecemasan / Penolong Pengurus
Kebakaran
Pasukan
Komunikasi/Penyelenggaraan
Ketua Setiausaha KKM

12

6.

LANGKAH-LANGKAH
KECEMASAN
6.1

DIAMBIL

KETIKA

KEBAKARAN

Arahan Pengungsian Bangunan (Evakuasi)


6.1.1 Pengurus Kebakaran dan Kecemasan mempunyai
kuasa untuk mengarahkan pengungsian bangunan
(evakuasi) atau memasuki semula bangunan setelah
mendapat pandangan dan nasihat daripada agensi
berkaitan;
6.1.2 Pasukan Komunikasi/Penyelenggaraan hendaklah
membuat pengumuman kecemasan dengan sertamerta setelah dibenarkan oleh Ketua Blok melalui
Pengurus

Kebakaran

dan

Kecemasan.

Arahan

pengungsian bangunan hendaklah dibuat dengan


jelas

melalui

sistem

siaraya

dan

penggera

kecemasan; dan
6.1.3 Ketua Blok hendaklah memastikan penghuni di
setiap tingkat selamat keluar dan berlindung di
tempat yang selamat. Ketua Tingkat hendaklah
melaporkan kepada Ketua Blok dari semasa ke
semasa.
6.2

Pengumuman Kecemasan / Penggera Keselamatan


6.2.1 Pasukan Komunikasi / Penyelenggaraan setelah
mendapat kebenaran evakuasi / memasuki semula
bangunan

oleh

Ketua

Blok

melalui

Pengurus

Kebakaran dan Kecemasan hendaklah dengan


segera

membuat

pengumuman

melalui

sistem

siaraya;
13

6.2.2 Pengumuman yang dibuat hendaklah dengan jelas


serta mengikut skrip yang telah ditetapkan meliputi
arahan pengungsian, keselamatan penghuni, lokasi
berkumpul serta tatacara evakuasi; dan
6.2.3 Contoh skrip :
SILA AMBIL PERHATIAN!!
Semua penjawat awam di Blok E7 di arah untuk
mengungsikan bangunan dengan segera dan harap
bertenang. Gunakan tangga kecemasan berdekatan dan
dilarang menggunakan lif. Sila patuhi arahan yang diberi oleh
Ketua Tingkat dan berkumpul di tempat berkumpul yang
ditetapkan iaitu di Dataran Gunasama bagi Blok E7
6.3

Agensi Yang Perlu Dihubungi Segera


i.

JBPM - Gerakan menyelamat dan memadam kebakaran


atau kebahayaan lain.
a. Talian Kecemasan

999

b.

03-88880964

Pusat Operasi JBPM Putrajaya

ii. PDRM Pemantauan trafik dan orang ramai.


a.

Talian Kecemasan

999

b.

Bilik Gerakan Polis Putrajaya

03-88862144

iii. Pasukan Perubatan (Hospital) - Rawatan kecemasan


akibat kecederaan.
a.

Talian Kecemasan

- 999

b.

Pusat Operasi Ambulan Putrajaya

- 03-88889273

(Ketua-Ketua Blok di Luar Kompleks E, Putrajaya perlu


mendapatkan talian kecemasan agensi yang perlu
dihubungi berdekatan dengan kawasan masing-masing)
14

6.4

Tempat Berkumpul (Assembly Point)

6.4.1 Satu tempat yang lapang, jauh daripada sebarang struktur


binaan, tiang-tiang elektrik/ telefon serta pokok-pokok
besar;
6.4.2 Penetapan kawasan berkumpul adalah dengan nasihat
dan pandangan JBPM; dan
6.4.3 Ketua Blok bagi setiap blok bertanggungjawab memastikan
semua penghuni blok dalam keadaan selamat.
6.4.4 Ketua-Ketua

Blok di luar Kompleks E, Putrajaya perlu

mengenalpasti tempat berkumpul mengikut kesesuaian


kawasan masing-masing.

7.

PENUTUP
7.1

Dalam

suasana

menghadapi

sebarang

krisis

atau

bencana, semua ahli PBKK perlu peka dan berhati-hati


semasa mengendalikan proses evakuasi, menyelamat dan
memadam kebakaran kerana risikonya amat tinggi; dan
7.2

Latihan

dan

kursus-kursus

pengurusan

krisis

perlu

diadakan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran


setiap ahli apabila berhadapan dengan sebarang bencana.

Disediakan Oleh :
Unit Keselamatan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia

15

You might also like