Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Lauk berpantang

Ayam- buat sup dgn halia atau goreng lada hitam.


Ayam kg- kukus dgn halia, jgn tambah air, biar air ayam tu yg jadi sup.
X dpt ayam kg, ayam biasa pun boleh kukus.
Daging goreng lada hitam.
Ikan bilis & halia digoreng garing gaul dgn lada hitam tumbuk, makan dgn nasi panas..nak tambah planta
kicap sikit pun boleh dlm nasi tu.
Sup ikan haruan.
Tenggiri goreng.
Sayur bayam tumis.
Sayur sawi tumis.
Buah epal.
Diharap dpt membantu En. Ali Saidin klu nak memasak utk isteri masa berpantang ye.

Kena cebuk rendam dgn uncang cuci berubat herba (ni special blend. Boleh ordee direct dgn spa saya ).
Air suam2 sj. Cebuk n ruang. Rendaman 10min. Kesat kering n sapuruangkan dlmn shingga serviks dgn
Phyto Vagin campur Minyak Brubt Hrba@mstjb. Lakukan shingga tiada bleeding.
Elak drp brsama suami semntara waktu nk sembuh.

Resepi Berpantang : Sup Daging


-------------------------------------------Bahan rebusan:
Semangkuk daging dipotong kepingan
1 inci halia diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1/2 biji bawang kuning Holang didadu besar
Sebatang kulit kayu manis
Sesudu teh ketumbar
Sesudu teh biji lada hitam
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang

Bahan tumisan:
Sekeping halia dihiris memanjang
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dimayang
Sesudu teh ketumbar

Bahan lain:
Lobak merah dipotong baji
Tomato di belah 4
Garam
Lada hitam ditumbuk
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak:
Rebus bahan rebusan hingga daging empuk. Tumis bahan tumisan sehingga kekuningan dan
masukkan ke dalam rebusan daging. Masukkan lobak dan masak sehingga lobak empuk.
Masukkan tomato, daun sup dan daun bawang dan biarkan merenih seketika. Perasakan
dengan lada hitam dan garam sebelum dihidangkan.
Resepi Berpantang : Singgang Ikan Tenggiri
----------------------------------------------------------Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
1 inci halia dipotong kepingan
1 inci kunyit hidup dipotong kepingan
2 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
Garam
Air

Cara memasak:
Rebus kesemua bahan kecuali ikan sehingga air mendidih dan naik bau. Masukkan ikan dan
garam. Biarkan merenih sehingga ikan masak dan hidangkan.

Resepi Berpantang : Sawi Bok Choy / Kailan Kuah Sos Tiram


-------------Bahan-bahan:
Sawi bok choy / kailan / baby kailan secukupnya
Seulas bawang putih dititil dan dihiris
Lada sulah
Garam
Air
Minyak untuk menumis - gunakan minyak bijan jika mahu lebih berperisa.
Sesudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - tak letak pun tak apa
Sos tiram
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingha kekuningan. Masukkan air dan biarkan ia
merenih seketika. Jika menggunakan minyak bijan, tumiskan bawang sekejap sahaja dan
masukkan air segera untuk mengelakkan minyak bijan hangit dan berubah rasa. Masukkan
sayuran dan perasakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Masukkan bancuhan tepung
jagung dan kacau. Biarkan kuah merenih seketika dan hidangkan.
* Sawi adalah sayur pilihan masyarakat India bagi wanita yang baru bersalin kerana dipercayai
dapat membuang angin menurut Majalah Pa & Ma.
Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Ayam Panggang Bermadu


---------------------------------------------------------------

Bahan-bahan :
Paha dan kepak ayam - sebaiknya tidak dibuang kulit supaya isi ayam tidak hangit dan kekal
lembap selepas dipanggang
Seinci halia ditumbuk halus
Seinci kunyit hidup ditumbuk halus
Sesudu besar lada hitam ditumbuk kasar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu besar madu
Sesudu besar kicap manis
Garam
Sedikit majerin
Cara memasak:
Cucuk isi ayam dengan garfu bagi membolehkan perapan meresap ke dalam isi ayam. Perap isi
ayam dengan semua bahan kecuali marjerin selama sekurang-kurangnya 1 jam. Panaskan kuali
pemanggang dan leserkan sedikit marjerin sebelum memanggang. Panggang ayam sehingga
ayam masak. Hidangkan.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Ikan Bawal Rebus Masam Manis
-------Bahan-bahan:
Ikan bawal dikelar sedikit
1 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebiji tomato dipotong kepingan
Sesudu besar sos ikan
Sekotak kecil kismis
Segenggam hirisan daun ketumbar
Air
Minyak untuk menumis
Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik bau dan
kekuningan. Masukkan sedikit air sekadar cukup untuk tenggelamkan 3/4 ikan. Masukkan sos
ikan, tomato, daun ketumbar dan kismis. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan
dan perlahankan api. Tutup periuk dan biarkan merenih sehingga ikan masak. Sesekali
siramkan kuah ke atas ikan. Hidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Resepi Berpantang : Ikan Bawal Kukus Asam Jawa


-------------------------------------------------------------------Bahan - bahan :
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
Asam jawa - saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam
Cara memasak :
Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.
* Halia dan kunyit adalah antara bahan masakan yang mampu membantu pemulihan badan
selepas bersalin. Keduanya juga dikatakan boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Halia dapat merawat masalah kembung perut, mengeluarkan angin dalam usus selain
membantu penghadaman makanan. Kunyit pula dikatakan boleh membersihkan dan
mengecutkan rahim wanita.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sup Dua Lobak Bersuun
------------------------------------------------------------Bahan-bahan:

2 inci lobak putih dihiris


1 inci lobak merah dihiris
Seulas bawang merah dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Hirisan cili merah
Sedikit ikan bilis dicincang kasar
Sedikit suun dan fucuk - direndam sehingga lembut
Garam
Lada sulah
Air
Minyak masak
Cara memasak :
Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, ikan bilis, bawang putih dan cili merah
sehingga keperangan. Masukkan air dan masukkan lobak merah serta lobak putih. Biarkan
merenih dan masukkan suun dan fucuk. Biarkan merenih seketika dan perasakan dengan lada
sulah dan garam. Hidangkan.
* Lobak putih, lobak merah dan ubi bit dikatakan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan
pengeluaran susu berdasarkan kepada MOBI Motherhood International, sebuah organisasi
sokongan penyusuan ibu. Lobak putih juga dikatakan mampu memperbaiki sistem
penghadaman dan melawaskan kencing.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sup Ayam Berempah
--------------------------------------------------------Bahan-bahan:
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar

Sedikit lobak merah didadu


Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Minyak masak
Cara memasak:
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua
rempah sehingga kekuningan. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam
dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Masukkan air dan biarkan
mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan
dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih
seketika dan hidangkan.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam
----------------------------------------------------------Bahan-bahan:
Ikan bawal - seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
Cara memasak:
Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke
dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.
Resepi Berpantang : Daging Rebus Asam
-------------------------------------------------------

Bahan-bahan:
Semangkuk daging yang dipotong kepingan
Setengah inci halia
Setengah inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
Sesudu teh ketumbar ditumbuk kasar
Sekeping asam keping
Garam
Air
Cara-cara:
Tumbuk halia, lengkuas, bawang putih dan bawang kecil hingga lumat. Kemudian, rebus daging
bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama ketumbar sehingga daging empuk. Masukkan
asam keping dan perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika sebelum dihidangkan.
* Asam keping bagus untuk melancarkan sistem penghadaman serta membantu
mengempiskan perut selepas bersalin. Hidangan ini tidak berlemak.
Resepi Berpantang : Tumisan Sawi Putih Berkicap
------------------------------------------------------------------Bahan-bahan :
2 batang sawi putih
Hirisan cili merah
Hirisan bawang kuning Holland
Ikan bilis dicincang kasar
Kicap manis
Lada sulah
Garam
Sedikit minyak masak
Air

Cara memasak:
Panaskan minyak masak dan tumis ikan bilis, cili merah dan bawang. Setelah naik bau,
masukkan sedikit air dan batang sawi yang telah dipotong. Kacau rata dan masukkan daun
sawi. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kicap manis. Kacau seketika sehingga sawi
sedikit layu dan tuang ke dalam mangkuk hidangan. Sayur tidak perlu dimasak terlalu lama
untuk mengekalkan khasiatnya. Kuahnya yang panas akan meneruskan proses memasak.
Selamat mencuba!
Resepi Berpantang : Ikan Merah Goreng Masam Manis
Bahan perapan:
1 sudu teh halia disagat halus
1 sudu teh kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh pes asam jawa Adabi
Garam
Gula
Sekeping ikan merah
Bahan gorengan:
1 inci halia dihiris memanjang
2 ulas bawang putih dihiris
Minyak masak
Cara memasak:
Perap semua bahan perapan selama 30 minit. Jika gunakan ayam atau daging, perap lebih
lama. Panaskan sedikit minyak dan masak ikan sehingga masak. Keluarkan ikan dan goreng
hirisan halia dan bawang putih. Tabur gorengan halia dan bawang putih ke atas ikan sebelum
menghidang.
Ikan goreng ini punya rasa masam dan manis yang unik dan menyelerakan. Asam jawa yang
mengandungi flavonoid bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Pengeluaran
peluh adalah salah satu cara mengeluarkan toksin dari.tubuh.

Resepi Berpantang : Nasi Ulam Ringkas


Bahan-bahan:
Semangkuk nasi
Ulaman yg dihiris halus secukupnya
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Sebatang serai dihiris bahagian yang putih sahaja
2 ulas bawang kecil dimayang
1 sudu besar lada hitam
Segenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak
2 sudu besar santan pekat dipanaskan sehingga pekat
Cara penyediaan:
Tumbuk halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat.
Kemudian, gabungkan bahan yang ditumbuk dengan nasi dan ulaman serta hirisan bawang.
Hidangkan dan nikmati semasa masih segar.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Teh Halia
Rebus seinci halia dengan 3 cawan air dan renih sehingga air hampir kering separuh.
Maniskan dengan sedikit gula melaka cukup sekadar manis buah. Enak diminum suam.
Selain mampu mengurangkan angin, halia juga dikatakan dapat memperbaiki sistem
penghadaman dan meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Tidak hairanlah halia banyak digunakan sebahagian bahan masakan utama dalam menu ibu
berpantang.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Ayam Masak Halia
Bahan-bahan :
Semangkuk isi ayam dipotong kepingan
Seinci halia dihiris memanjang

1/4 bawang kuning Holland dimayang


2 ulas bawang putih dimayang
Sedikit hirisan cili merah
Seinci lobak putih
Seinci lobak merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Air
Minyak masak untuk menumis
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak:
Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang kuning, bawang putih dan cili merah
sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan lobak
putih dan lobak merah. Kacau sehingga ayam dan kesemua lobak hampir masak. Masukkan
bancuhan tepung jagung biarkan merenih. Perasakan dengan lada hitam, garam dan sos tiram.
Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda mahukan dan biarkan merenih seketika.
Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau seketika dan tuangkan ke dalam mangkuk
hidangan.
Nikmati dengan nasi panas. Memang mengenyangkan dan menyelerakan. Selamat mencuba!!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ResepiBerpantang1

Ayam Masak Bijan


Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam Air secukupnya
Cara: Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau
harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan
masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit

air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di
kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.
Ayam Kukus Cuka

Bahan A (diperap sebelum dikukus)


8 potong ayam
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk
Garam secukupnya
Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara: Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam

selama jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur
ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh
dihidangkan. Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik
diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat
mengecut perut dan rahim.

AYAM MASAK KERING ( yang ni mak mertua masakkan masa pantang Jose
tu ari)
Bahannya:
200 ml air
3 5 helai daun pegaga dihiris
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia dimayang halus
sudu teh serbuk lada hitam
sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Caranya:
1.

Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.

2.

Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering


(mengikut suka).

3.

Hidangkan ketika masih panas.

SUP AYAM KAMPUNG(yang ni semua orang tau masak kot)

Bahannya:
kg ayam di buang kulit
3 Ulas bawang merah di hiris
4 Ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di pecah-pecahkan atau di hiris
Kulit kayu manis
sudu teh lada hitam
Buah pelaga
Bunga lawang
Daun sup di hiris
Daun bawang di hiris
Sedikit garam
Caranya:
1.

Masukkan kesemua bahan dan di masak sehingga mendidih

2.

Campurkan daun sop dan daun bawang untuk penambah selera.

3.

Untuk yang nak tambahkan susu boleh campurkan denan kurma cina
(red dates) atau betik muda dalam sup ayam ni skali.
AYAM MASAK HALIA
Bahannya:

Halia Muda Di hiris


Sos Tiram
Lada Hitam Di tumbuk kasar
Daun Bawang
Caranya:
1.

Tumis Halia hingga kuning

2.

Masukkan Ayam

3.

Masukkan sedikit Air

4.

Biar hingga ayam masak

5.

Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk kasar

6.

Masukkan sos Tiram

7.

Masukkan sedikit air

8.

Masukkan daun bawang

AYAM GORENG LADA HITAM (Marinated)


Bahannya:
Ayam
1 biji bawang besar di hiris bulat
Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih di kisar
Sos Cili/Cili mesin di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:

1.

Perapkan ayam bersama halia, bawang putih dan bawang besar


yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.

2.

Panaskan minyak, masukkan ayam bersama bahan perap

3.

Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan ayam masak

4.

Setelah masak, boleh ditambah dengan garam dan serbuk

5.

Perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

You might also like